09 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 4. Kita semua berasal dari 'alien' !!.....??

Puluhan tahun dulu,ada beberapa orang saintis mengatakan manusia itu sebenarnya berasal dari alien, mereka mendakwa yang datuk nenek kita ini sebenarnya alien, datang dari planet yang tak tahu mana lokasinya dan tercampak kebumi sebab sesuatu hal yang tak jelas.

Ada yang kata cross breeding, ada yang kata kita ciptaan intelligent being.

Hujah mereka itu berdasarkan beberapa fakta yang mengatakan ada komponen tubuh kita ini tidak terdapat atau pun tidak berasal atau pun dengan bahasa mudahnya bukan bahan bumi.

Samalah macam tahi bintang yang jatuh kebumi, bila dikaji,ada komponen pada batu tahi bintang itu memang tak terdapat dibumi, hanya terdapat diangkasa lepas saja, tidak dibumi.

Saya setuju (kata seorang jejaka). Saya setuju dengan teori saintis itu. Malahan saya setuju dengan sepenuh jiwa raga saya. Saya sanggup berkorban jika ada orang cuba menafikan itu semua.

Heiiii….. apa punya manusia yang sanggup percaya manusia itu berasal dari alien…. (celah seorang pemuda berbaju putih bersongkok hitam) Gerangan manusia apa yang sanggup BERKORBAN dengan teori sesat itu, manusia jenis apa engkau ini, HEIII, apa ugama engkau ??
Kira OK juga la si mamat ni…. Kurang2 pun dia tak la cakap kita ni berasal dari beruk….

Nanti dulu bang…Saya cakap bukan sebarang cakap (kata jejaka itu)…. Saya ada fakta… lepas ni sapa nak percaya ke tak percaya ke…. Suka hati la….. Suka tak suka … saya nak cakap sini … saya beriman yang manusia itu memang berasal dari alien…

Memang padan la engkau…. Dah soal iman pulak dia cerita….. kau ni ada tauliah tak nak cakap pasal ugama…. Nanti kena tangkap nanti….. kalau orang jabatan datang….apa-apa hal nanti…. Aku tak tau….Encik… dia yang bercerita saya organize saja…

Kita ni bukan nak cerita ugama, saya bukan nak bagi ceramah…. Saja nak berkongsi idea je… sebab kita ni kadang-kadang terperangkap dalam persepsi dan terminologi….. benda-benda samawi…. Holistic… mistik dan realistic ni kita kena belek betul-betul ….. baru boleh pehe…. (kata jejaka itu… tersasul cakap kelate )


Kalau ikut cerita ugama, kalau ikut kitab yang diturunkan dari langit,samada yang masih sah atau tak sah, semuanya menyebut kita ni berasal dari Adam dan Hawa. Kemudian Adam dan Hawa tu diturunkan kebumi. Kita percaya, umat manusia ni berasal dari Adam dan Hawa. Malahan saintis pun dah mula dapat bukti yang yang segala manusia tak kira mongoloid ke, afrikanus ke, kaukosoid ke memang berasal dari satu lelaki, mereka gelarnya sebagai The Scientific Adam.

Kalau ikut saintis itu,Dr Spenser Wells , manusia pertama tu berasal dari Afrika.Tapi kena ingat, Afrika ribuan tahun dulu bukan kering kontang macam sekarang,dulu cantik,hijau,banyak sungai, banyak pokok,rimbun,banyak buahan. Jadi kalau di turun kan Adam dan Hawa,memang sesuai sangat la kat Afrika tu.

Ikut cerita Quran, Adam dan Hawa itu diciptakan di syurga, Adam dari tanah liat dan Hawa dari Adam.

Masa itu,dibumi yang ada hanyalah binatang, tumbuhan dan segala hidupan yang tak berunsur manusiawi, tapi ikut kata Charles Darwin datuk nenek dia memang dah ada. Iaitu Apes.

Chhhrrreeeeeet….(bunyi brek) nanti dulu…. Adam dicipta kan di Syurga???.... dimana kah syurga….. Nun jauh diatas sana….. tak siapa pun tahu….. alam semesta ni…. Galaksi kita Milky Way ini, lebarnya saja sudah beratus juta tahun cahaya dari hujung ke hujung ….. dan Hubble teleskop sudah melihat ratusan juta galaksi….. Buka Youtube… taip Carl Sagan…. Ada macam2 cerita Carl Sagan fasal langit dan galaksi….heavenly body.

Sebelum tuhan nak menciptakan Adam untuk dijadikan khalifah diatas muka bumi. Sebenarnya Nabi Adam tu turun kebumi tak ikut jadual. Sebab baginda dan Hawa telah buat silap. Namun kalau tak buat silap pun, Baginda berdua akan tetap diturunkan juga ke bumi.

Pasal kalifah dibumi tadi,sebelum Adam diciptakan untuk di ‘assign’ kan ke bumi, tuhan rabbul alamin telah bertanya kepada semua makhluk diatas bumi ini…. Siapakah dia kalangan kamu yang sanggup menjadi khalifah….. gajah, zirafah, katak, gunung, pokok, buaya…… semuanya telah diberi tawaran tersebut…. Seolah Allah SWT membuka tender, member peluang kepada penghuni bumi ini untuk mentadbir dunia ini.Tapi tak satu pun yang sanggup menawarkan diri…. Sebab apa????? Sebab mereka takut. Takut kan apa??? Sebab mereka telah menyaksikan dan mendengar kemusnahan yang amat dahsyat yang berlaku 250 juta tahun dulu.

Heiii… apa pulak mengarut budak ni (seorang pakcik berkopiah lusuh menyampuk)…. 250 juta tahun dulu pulak…. Benda yang 25 tahun dulu pun kau tak boleh nak tahu…. Ini kan pula 250 juta tahun….

Macam ni pakcik……..600 juta hingga 250 juta tahun dulu … ini memang sah… disahkan oleh paleanthropologist….saintis. Ada satu makhluk hidup dizaman itu.(sambung pemuda itu)

Makhluk ini telah diperintah kan untuk mentadbir bumi ini, tetapi mereka telah leka dengan kekuasaan yang tuhan beri…. Mereka bertubuh besar, kuat, gagah dan cerdik.

Tetapi telah bongkak dan sombong terhadap makhluk lain….. membuat kerosakan yang amat dahsyat. Habis hutan belantara dilahapnya….. habis makhluk yang lemah di bahamnya…. Tak cukup dengan itu…. Sesama mereka bergasak dan berbunuhan…… dan itu lah makhluk yang kita panggil sebagai dinasor…. T-rex dan sebagainya…..

Kemudian bumi telah direjam dengan meteor… ini pun memang disahkan oleh geologist….meteor yang teramat besar dan bumi dilanda malapetaka yang amat dahshat, tsunami, ribut bak nuclear storm, gempa bumi berskala besar dan musnah lah bumi dan hampir keseluruhan makhluknya.

Musnah lah segala makhluk yang bongkak dan sombong itu…yang bertubuh besar,kuat dan gagah itu… dan yang lain adalah sejarah….. sebab itulah makhluk lain takut untuk memikul tugas sebagai khalifah dibumi ini, takut akan kemurkaan tuhan yang satu, Allah yang Esa.

Disebabkan itu tuhan telah mencipta manusia yang kerdil, lemah untuk dijadikan khalifah jika dibandingkan dengan makhluk lain. Apa yang besar pada manusia hanya lah otaknya….

Tapi… memang ada juga makhluk yang macam manusia yang berjalan dengan dua kaki… Kalau ikut antropologis (kalau tak silap)… Homo Erectus,Homo Sapien,Neandertal Man,Austrolophitecus juga berotak tapi tak berakal sangat macam Adam, sebab Nabi Adam ini, ‘bersekolah’ di syurga …. Namun yang membezakan Adam dengan makhluk yang berjalan dengan dua kaki itu… bi-pedal creature, istilahnya, ialah Iman…. Adam dan Hawa turun dengan akal dan iman.

Tatkala turunnya Adam dan Hawa…. Sekelian makhluk telah diberitahu awal-awal tentang kehadhiran khalifah bumi itu….. masing masing tertunggu-tunggu tika dan saatnya…..

Bagi makhluk yang jauh dari arus perdana…. Mereka hanya tahu tentang adanya berita ketibaan utusan dari langit.

Mereka berbisik-bisik dan merungut sesama sendiri ….. “itu lah kamu semua… sebab dah tidak ada siapa pun dikalangan kita yang sanggup jadi khalifah untuk menggantikan si durjana T-rex itu …. Sekarang tuhan telah menghantar ALIEN kedunia kita ini…. Tuhan telah melantik ALIEN… tau tak….makhluk asing…. Tuhan melantik MAKHLUK ASING untuk menguruskan dunia kita ini semua…..”

Sebab dah tak ada lagi makhluk yang berasal dari bumi yang luas dan kaya ini untuk dijadikan khalifah, tuhan telah mengutus ADAM dan HAWA yang bukan lahir dan tercipta dari kalangan kita, dan tidak berasal dari bumi yang fana’ ini untuk dijadikan pentadbir bumi tuhan ini. (kata sang gajah kepada haiwan yang lain)

Adam dan Hawa sememangnya ALIEN, makhluk asing, tatkala baginda berdua turun kebumi. Baginda berdua adalah entity asing pada makhluk bumi, dan bumi serta makhluknya ada lah entity asing bagi baginda berdua.

Adam dan Hawa tak diciptakan dengan cara makhluk bumi tercipta. Baginda berdua tercipta dalam syurga yang indah, sophisticated , teknologi yang tak terperi hebatnya, penuh keajaiban yang jauhnya beratus juta tahun cahaya dari bumi.

Dan sememangnya kita berasal dari ALIEN….. Lain kali kalau ada orang cakap kita ini berasal dari Alien…. Katakan sajalah… YA…kami dah tahu sejak dulu lagi. Beriman lah kamu semua dengan isi Al Quran itu.

Maka berkata lah gajah…. Aku akan bersamanya membangunkan kerajaan manusia. Aku akan bersamanya menjelajah bumi ini…kata kuda……. Aku akan menjadi sahabat baiknya… kata German Shepperd… aku akan jadi teman di rumahnya, kata kucing siam.. ambil lah nyawaku dan makan lah dagingku untuk kamu mendapat tenaga…kata kerbau dan lembu …. Asalkan jangan kau arak kepala ku ke hulu dan kehilir sekeliling kota.

Tapi sekarang kahancuran yang manusia buat diatas muka bumi ini pun tak kurang hebat dari yang dibuat T-Rex dan dinasor lain… apakah akan berulang sejarah 250 juta tahun dulu itu ?


07 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 7, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 7/13

Perjuangan Bersenjata

Li Quan » Perjuangan adalah pencarian keatas kelebihan ; apabila kerapuhan dan keampuhan dikenalpasti, seseorang akan berjuang bersama yang lain untuk kelebihan.

Wang Xi » Berjuang bermaksud berjuang untuk kelebihan ; mereka yang peroleh kelebihan,  dengan itu berjaya. Mula-mula seseorang itu harus menetapkan samaada untuk menggunakan senjata ringan atau berat, dan nilai samaada untuk menghampiri secara tidak-terus atau terus, jangan benarkan musuh mengambil kesempatan atas kerja keras seseorang.

(7.1) Master Sun
Peraturan am untuk kegunaan kuasa ketenteraan ialah untuk pemerintah tentera menerima arahan dari pihak berkuasa awam, kemudian kumpul dan himpunkan pasukan-pasukan, berikan mereka tempat tinggal bersama. Tiada yang lebih sukar dari perjuangan bersenjata.

Zhang Yu » Berlawan untuk mendapatkan kelebihan secara bersemuka dengan orang adalah perkara paling sukar didunia.

(7.2) Master Sun
Kesukaran dalam perjuangan bersenjata ialah menjadikan jarak yang jauh jadi dekat dan menjadikan masalah jadi kelebihan.

Cao Cao » Sementara menunjukkan sedang berada ditempat yang jauh, lajukan langkah kamu dan sampai disana sebelum pihak musuh.

Du Mu » Perdayakan mereka supaya (mereka) mengambil mudah, kemudian buat tergesa-gesa.

(7.24) Master Sun
Jangan hentikan tentera dalam perjalanan pulang.

Li Quan » Bila askar hendak pulang, kehendak mereka jangan dinafikan.

Mei Yaochen » Didalam keadaan sebegini, pihak lawan akan melawan sampai mati.

(7.25) Master Sun
Tentera yang terkepung mesti diberi jalan keluar.

Cao Cao » Peraturan silam tentera berkuda mengatakan, "kepung mereka di tiga sisi, biarkan satu sisi terbuka, untuk menunjukkan mereka jalan untuk hidup."

Du Mu » Tunjukan mereka jalan untuk hidup (menyelamatkan diri) jadi mereka tidak terus bersemangat untuk melawan sampai mati, kemudian kamu boleh ambil kesempatan untuk menyerang mereka.

(7.26) Master Sun
Jangan ditekan tentera yang terdesak.

Du Mu » Haiwan yang keletihan akan tetap melawan, itu adalah hukum alam.

Zhang Yu » Jika pihak lawan membakar bot mereka, memusnahkan periuk masak mereka, dan datang melawan habis-habisan, jangan tekan mereka, bila haiwan terdesak mereka merempuh secara liar (membabi-buta).

(7.27) Master Sun
Inilah peraturan-peraturan operasi ketenteraan.

03 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 3 : Penghulu Raja Rimba

Satu kisah benar terjadi dinegeri gajah putih. Seekor monyet tunggal tiba-tiba ternampak dua ekor anak harimau sedang bergurau. Lama si monyet ini memerhatikan anak harimau hingga dia berasa teruja untuk turut sama bergurau. Namun apa kan daya, si monyet sedar, dia hanyalah monyet yang mungkin jadi bahan terkaman anak harimau itu. Si monyet sedar, walaupun anak harimau itu masih menyusu, tapi kalau dia diterkam, buruk padahnya.

Namun hatinya bergelojak hendak turut bergurau dengan kedua anak harimau itu. Jadi pada suatu hari, dia menunggu ibu harimau pergi berburu. Anak harimau itu tinggal berdua, berbaring dibawah pokok. Dengan berhati-hati si monyet mendekati anak harimau itu dari atas pokok. Sedang ekor anak rimau itu melibas-libas keatas kebawah, si monyet merentap ekornya. Anak rimau terkejut dan bingkas bangun. Si monyet tadi melompat ke dahan yang lebih tinggi, gembira sakan sambil ketawa terkekek pada anak rimau itu.

Anak rimau yang berang itu cuba menangkap si monyet itu, tapi hanya di tertawakan saja oleh monyet yang jauh diatas pokok. Sekali lagi monyet itu datang waktu anak rimau itu sedang leka, kali ini dia dapat memial telinga anak rimau. Begitulah seterusnya, si monyet itu menjadikan kedua anak rimau itu bahan gurauannya. Manakala anak rimau itu rasa terhibur dengan gelagat monyet itu yang melompat terkinja-kinja.




Untuk dijadikan cerita,begitulah seterusnya hari kehari jalinan hubungan si monyet tunggal dan kedua anak rimau itu semakin akrab tanpa diketahui ibu rimau. Setiap kali ibu rimau itu balik kesarangnya, si monyet akan menyorok dicelah-celah dahan pokok yang tinggi sambil memerhati dua-dua kawannya itu dari jauh.

Ibu rimau hairan mengapa tiap kali pulang berburu, kedua anaknya tercungap-cungap keletihan dan mereka begitu banyak menyusu. Dilihat sekeliling tiada apa yang aneh. Fikirnya anaknya itu kuat bergurau.

Pada suatu hari, ibu harimau membawa mangsa tangkapan untuk dijadikan habuan anak-anaknya. Sudah tiba masanya bagi anak-anak rimau makan daging berdarah. Alangkah terkejutnya anak rimau itu , rupa-rupanya seekor monyet mati dibawa oleh ibunya. Dari kejauhan anak rimau itu menjenguk monyet diatas pokok sana tanda simpati. Si monyet, dengan muka hiba, hanya mampu menjengahkan kedua-dua bahunya seolah memberitahu, apakan daya, itulah nasib kami.

Kedua anak rimau memberitahu ibunya mereka tidak mahu menjamah monyet itu. Ibu rimau hairan sambil menegaskan sudah tiba masanya mereka makan daging, lagi pun monyet ini memang patut dibunuh kerana ia haiwan yang jahat dan suka buat kacau.

Kedua anak rimau itu menggelengkan kepala sambil berundur dari bangkai monyet itu.Kedua-duanya membawa diri kepangkal pokok sambil berpelukan seolah menangisi kematian monyet itu. Hari itu berlalu dengan kesedihan.

Hari silih berganti, anak rimau semakin besar remaja. Kepala si monyet kini hanya sebesar telapak kaki anak rimau. Sesekali si monyet naik menunggang ditengkuk rimau itu. Kedua-dua rimau itu suka bila monyet menunggang mereka sebab monyet tolong membersihkan kutu dibadan mereka.Ibu rimau sudah tidak mengambil peduli dengan kehadhiran monyet itu. Elok juga ada monyet ini, tak perlu lah dia nak melayan anak remajanya itu bergurau.

Cerita monyet berkawan dengan rimau telah tersebar ke pelosok belantara. Ada yang percaya ada yang tidak. Pada suatu hari harimau mengajak monyet berjalan-jalan sekitar belantara itu. Katanya, monyet yang tahu jalan-jalan dalam hutan itu, jadi lebih baik monyet ikut serta dan menunjukkan arah. Monyet pun bersetuju, jadi keesokan harinya, kedua-dua rimau remaja itu keluarlah bersama monyet yang menunggang diatas tengkuk mereka. Bergilir-gilir anak rimau itu membawa si monyet yang menunjuk jalan.

Sepanjang perjalanan itu, terpegunlah segala mergastua di belantara itu. Beruk, ungka, rusa, tenuk, unggas, beruang, kijang, harimau akar, musang, ular sawa kehairanan melihat si monyet nenunggang harimau. Semua terpegun dan terdiam. Benarlah cerita yang mereka dengar selama ini.
Sambil menunggang, si monyet memakan buahan yang di capainya sekitar hutan itu. Sambil itu juga dia menuding-nuding kan jarinya menunjukkan arah pada kedua rimau itu. Dia memberitahu si rimau tentang nama flora dan fauna di rimba itu.

Semakin hairanlah segala mergastua di rimba belantara itu. Mana mungkin seekor monyet menunggang harimau, si raja rimba yang garang itu. Lagaknya umpama raja menunggang gajah. Sibuklah penghuni rimba memperkatakan peristiwa itu.

Kini si ,monyet itu dihormati diseluruh pelosok riimba, apakan tidak, bagaimana seekor monyet yang selama ini menjadi bahaman harimau, tiba-tiba boleh menunggang si raja hutan.

Kini, si monyet tunggal itu disanjung. Ramailah yang datang padanya membawa segala macam buah dan makanan. Dahulu tiada siapa mempedulikannya kini dia telah diangkat dan digelar Penghulu Raja Rimba.

02 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 7, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 7/13

Perjuangan Bersenjata

Li Quan » Perjuangan adalah pencarian keatas kelebihan ; apabila kerapuhan dan keampuhan dikenalpasti, seseorang akan berjuang bersama yang lain untuk kelebihan.

Wang Xi » Berjuang bermaksud berjuang untuk kelebihan ; mereka yang peroleh kelebihan dengan itu berjaya. Mula-mula seseorang itu harus menetapkan samaada untuk menggunakan senjata ringan atau berat, dan nilai samaada untuk menghampiri secara tidak-terus atau terus, jangan benarkan musuh mengambil kesempatan atas kerja keras seseorang.

(7.1) Master Sun
Peraturan am untuk kegunaan kuasa ketenteraan ialah untuk pemerintah tentera menerima arahan dari pihak berkuasa awam, kemudian kumpul dan himpunkan pasukan-pasukan, berikan mereka tempat tinggal bersama. Tiada yang lebih sukar dari perjuangan bersenjata.

Zhang Yu » Berlawan untuk mendapatkan kelebihan secara bersemuka dengan orang adalah perkara paling sukar didunia.

(7.2) Master Sun
Kesukaran dalam perjuangan bersenjata ialah menjadikan jarak yang jauh jadi dekat dan menjadikan masalah jadi kelebihan.

Cao Cao » Sementara menunjukkan sedang berada ditempat yang jauh, lajukan langkah kamu dan sampai disana sebelum pihak musuh.

Du Mu » Perdayakan mereka supaya (mereka) mengambil mudah, kemudian buat tergesa-gesa.

(7.3) Master Sun
Lantaran itu jadikan laluan mereka itu jauh, umpan mereka dengan harapan adanya habuan. Bila kamu telah bersiap mendahului yang lain dan tiba sebelum mereka, kamu tahu (bagaimana) strategi untuk membuatkan jarak menjadi dekat.

Jia Lin » Jika pihak lawan benar-benar ada jalan dekat untuk dilalui, jika kamu boleh memanjangkan jalannya dengan membuatnya (seolah) mengejar angsa liar, kamu boleh perdayakan mereka, lantas mereka tidak dapat datang melawan kamu.

Ho Yanxi » Kamu gunakan skuad khas untuk mengumpan pihak lawan (umpama) mengejar angsa liar, supaya ia kelihatan seperti angkatan induk berada jauh; kemudian hantar pasukan serangan mengejut untuk tiba disana dahulu, walaupun ianya dipersiapkan untuk bertahan.


(7.25) Master Sun
Tentera yang terkepung mesti diberi jalan keluar.

Cao Cao » Peraturan silam tentera berkuda mengatakan, "kepung mereka di tiga sisi, biarkan satu sisi terbuka, untuk menunjukkan mereka jalan untuk hidup."

Du Mu » Tunjukan mereka jalan untuk hidup (menyelamatkan diri) jadi mereka tidak terus bersemangat untuk melawan sampai mati, kemudian kamu boleh ambil kesempatan untuk menyerang mereka.

(7.26) Master Sun
Jangan ditekan tentera yang terdesak.

Du Mu » Haiwan yang keletihan akan tetap melawan, itu adalah hukum alam.

Zhang Yu » Jika pihak lawan membakar bot mereka, memusnahkan periuk masak mereka, dan datang melawan habis-habisan, jangan tekan mereka, bila haiwan terdesak mereka merempuh secara liar (membabi-buta).

(7.27) Master Sun
Inilah peraturan-peraturan operasi ketenteraan.

01 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 2. Lembu Jambatan

Di England, seorang pemuda aristokrat bercadang membeli sebidang tanah yang subur. Namun banyak halangan dihadapi untuk mendapatkan tanah tersebut kerana ia dipunyai ramai penduduk kampung.Kerana itu dia telah menghantar ejen untuk memujuk orang kampung menjualnya. Banyak halangan yang dihadapi kerana orang kampung meletakkan harga yang tinggi dan bermacam lagi permintaan. Namun atas bantuan agen-agennya dan kawan-kawan yang jadi penasihatnya, pemuda aristokrat itu berjaya juga akhirnya mendapatkan tanah tersebut.

Setelah menguasai tanah tersebut, dia berjaya mengusahakannya dengan membuat ladang pertanian dan lembu ternakan. Usaha yang dibuat dengan kerjasama rakan-rakan aristokratnya itu membuahkan hasil yang lumayan.

Kejayaannya itu telah menarik perhatian wizurai dan pemerintah. Mengetahui perhatian yang diberi oleh wizurai, lantas pemuda aristokrat mengunjungi wizurai dan membawa hadiah yang banyak untuk mengambil hati wizurai. dan membayar cukai pada perbendaharaan
Lama kelamaan hubungan pemuda aristokrat itu dengan wizurai menjadi akrab. Untuk menjadikan hubungan lebih bersifat peribadi, pemuda itu telah mengahwini anak perempuan wizurai itu.

Setelah masa berlalu dan menyedari dirinya dikenali dikalangan ahli pemerintah, pemuda aristokrat itu bercadang untuk membeli dan mendiami istana hinggap diraja yang tidak digunakan lagi dalam daerah itu.Dia pun mulalah meminta kawan-kawan rapatnya dahulu, yang kini turut sama bekerja dan bersosial dengan ahli pemerintah untuk melobi bagi pihaknya agar dia dapat membeli istana hinggap tersebut.

Tanpa diduga,istana lama itu juga menjadi idaman seorang pemuda aristokrat dari daerah lain. Kini pemuda aristokrat itu rasa tercabar, yang mana selama ini beliau rasa beliau tiada tandingan.

Bagi kedua-dua pemuda tersebut, memiliki istana lama itu adalah suatu prestij, yang mana ia merupakan satu simbol hubungan peribadi dengan pihak diraja. Kini bermulalah persaingan antara mereka berdua. Kedua-duanya pintar dan dikelilingi oleh agen dan kenalan yang bijak pandai. Pemuda pertama tadi kelahiran Oxford dan ramai agen dan sahabatnya juga dari tempat yang sama dan ada juga dari Cambridge. Kumpulan mereka ini digelar Ox-bridge. 

Pemuda kedua itu juga tidak kurang hebatnya. Namun kehebatan sebenar pada pemuda kedua tersebut ialah beliau memiliki sebentuk cincin yang istimewa. Batu cincinnya itu adalah harta pusaka dan mempunyai kuasa mistik, barangsiapa yang terpandangnya pasti akan rasa gerun. Disebut saja nama pemuda kedua tersebut, pasti orang akan teringat batu cincinnya. Bila saja orang menyebut nama pemuda itu pasti orang menyebut nama cincin ditangannya. Pendeka kata namanya ber-bin kan batu cincin itu.

Setelah usaha lobi-melobi berjalan dengan rancak dan kadangkala genting,akhirnya kekecewaan menimpa pemuda aristokrat yang pertama tadi. Pemuda aristokrat pertama itu kecewa tidak terkata, baginya ini satu penghinaan terhadap kredibilitinya, intelektualitinya dan kekayaannya. Walaupun dibarisi oleh pasukan Ox-bridge, namun kuasa mistik batu cincin itu tetap berpengaruh walaupun sudah lama tidak diasap kemeyankan.


31 May 2012

Siapa Makan Cili Terasalah Pedasnya


Siri 1 : Raja Lembong

Pada suatu masa dahulu disebuah negeri disebalik samudera, ada seorang raja yang pintar, pandai bercakap dan berpidato. Bijak memerintah dan menewaskan lawannya. Suka membaca dan menulis syair.
Rakyat menyukai raja sebab negara aman dan banyak pedagang datang berdagang. Rakyat jadi senang dan kaya kerana banyak hasil negeri dapat diniagakan.

Hari berganti bulan, tahun berganti dekad. Pada suatu hari raja buat keputusan yang silap . Baginda telah mengarahkan batu bersurat yang menjadi kemegahan negara dialih ketempat lain. Sedangkan batu bersurat itulah lambang tamadun dan asal usulnya negara tersebut selama ini. Dibatu bersurat itulah tertulis rukun tertib negara.
Batu bersurat itu kononnya hendak dialih ketempat yang lebih selamat. Sebenarnya raja telah mendapat nasihat dari pedagang supaya dialihkan batu bersurat itu sebab tapaknya hendak di buat bangsal barang dagangan.

Ramai rakyat tidak bersetuju namun kuasa ditangan raja. Akhirnya kerja mengalihkan batu bersurat yang berpuluh bongkah itu dilaksana dan diselesaikan.

Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Sewaktu kerja pengalihan batu-batu bersurat itu, sebuah batu lagi dijumpai tertanam. Batu itu mengatakan satu perihal peraturan negara yang agung. Ia mengatakan jika raja berbuat salah, ia boleh dihakimi. Perkhabaran ini dimaklumkan pada raja. Raja termenung dan mendiamkan diri.
Bijak pandai dikalangan rakyat telah mengetahui hal ini dan ingin mengambil tindakan terhadap raja kerana tindakan raja mengalihkan batu bersurat itu mencemari warisan kerana dibatu bersurat itulah ditulis rukun tertib negara yang ditulis oleh nenek moyang raja itu sendiri dan boleh menyebabkannya musnah.

Setelah berbagai halangan ditempuhi oleh bijak pandai dikalangan rakyat jelata untuk menghakimi sang raja, maka tiba lah hari yang ditunggu. Dakwaan yang dibuat ialah sang raja dengan sengaja mengarah dan mengalihkan batu bersurat ke suatu tempat yang boleh mengakibatkannya musnah.Pada ketika sang raja hendak berangkat ke dewan hakim, raja tiba-tiba jatuh sakit. Rakyat jelata tertanya-tanya apa penyakit yang tiba-tiba menimpa raja. Nujum istana mengatakan penyakit itu berasal dari negeri atas angin, namanya 'alzhemeir'. Rakyat jelata hairan, tidak pernah didengar nama penyakit itu.

Namun penghakiman tetap dijalankan. Bila soalan diajukan pada raja, raja terdiam dan riak mukanya seolah cuba mengingat sesuatu. Di cuba juga untuk ingat tapi akhirnya raja menjawab 'beta lupa peristiwa mengalih batu bersurat itu'.
Ditanya lagi, berapa bongkah batu bersurat yang diperintah raja untuk dialihkan. Jawab raja 'beta lupa'. Ditanya lagi dengan siapa perbincangan dibuat untuk mengalih batu bersurat itu. Jawab raja 'beta lupa'. Begitulah seterusnya, tiap kali soalan, jawapannya, 'beta lupa'.
Oleh kerana itu, tiadalah hukuman dikenakan kerana raja sudah jatuh sakit, sakit lupa. Ironinya, bertahun sebelum itu, raja pernah menulis sebuah syair berjodol 'Rakyat ku mudah lupa'. Kini, raja pula yang jadi pelupa.

Tidak lama selepas raja turun takhta kerana penyakit lupanya itu, raja sudah mula menulis syair. Ada juga dikalangan rakyat ingin tahu apa kah syair yang ditulis raja. Tajuk syairnya itu 'dukun didalam rumah'. Peliknya syair itu mengisahkan cerita-cerita dan pengalaman raja yang berdekad lamanya. Rakyat tertanya-tanya, apakah raja telah pulih dari penyakitnya?

Sun Tzu : The Art of War (Bab 6, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The  Art  of  War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 6/13

Kerapuhan dan Keampuhan

Du Mu » Ahli ketenteraan mengelakkan yang ampuh dan menyerang yang rapuh, dengan itu mereka terlebih dahulu harus mengenali kerapuhan dan keampuhan pada orang lain dan diri mereka sendiri.

(6.1) Master Sun
Mereka yang tiba dahulu di medan perang dan menunggu pihak lawan (akan) berada dalam selesa; mereka yang terakhir tiba dimedan perang dan (terus) menuju kedalam pertempuran akan keletihan.

Jia Lin » Mereka yang terlebih dahulu mengambil tempat yang memberi kelebihan (strategik) dan menungu pihak lawan adalah lebih bersedia, dengan itu pasukannya lebih tenang. Jika pihak lawan berada diposisi yang ada kelebihan, jadi kamu tidak harus merapati mereka, jauhkan pasukan kamu pergi ke tapak lain, buat ianya kelihatan kamu tidak akan menentang mereka. Pihak lawan akan fikir kamu tiada strategi, dan akan datang menyerang kamu. Kemudian kamu akan dapat mengubah keadaan dan membuatkan pihak lawan kepenatan tanpa melemahkan kamu.


(6.2) Master Sun
Lantaran itu pahlawan yang handal membuatkan pihak lain (lawan) datang pada mereka, dan tidak pergi pada yang lain (pihak lawan).

Du Mu » (Bila kamu) Membuatkan pihak lawan datang pada kamu, kamu harus memelihara kekuatan kamu dan tunggu mereka, jangan pergi kearah mereka bimbang akan meletihkan diri kamu.

Zhang Yu » Jika kamu membuatkan pihak lawan datang menyerang, kekuatan mereka akan sentiasa rapuh . Jika kamu tidak pergi melawan, kekuatan kamu sentiasa ampuh . Ini adalah seni merapuhkan yang lain dan mengampuhkan diri kamu.


(6.27) Master Sun
Lantaran itu kejayaan dalam peperangan bukan boleh diulang-ulang, tetapi jadikannya keadaan yang tiada penamat.

Li Quan » Tentukan perubahan sebaik mungkin, jangan ulangi strategi terdahulu untuk mencapai kemengangan.

Du Mu » Apa jua formasi pihak lawan bakal gunakan, dari mula lagi saya boleh sesuaikan dengan mereka untuk mencapai kemenangan.

(6.28) Master Sun
Formasi ketenteraan umpama air - bentuk air ialah mengelak dari tempat tinggi dan turun ke bawah, bentuk kuasa ketenteraan ialah mengelak keampuhan dan menyerang kerapuhan; aliran air ditentukan oleh bumi, kejayaan kuasa ketenteraan ditentukan oleh pihak lawan.

Li Quan » Bagaimana kamu boleh memastikan kemenangan jika tidak berdasarkan bentuk rupa musuh? Briged yang kecil tidak boleh bertahan lama, jadi jika kamu berterusan menyerang, tidak dapat disangkal lagi kekalahan mereka;briged yang besar tidak akan gagal bertindak-balas terhadap provokasi dan menonjolkan dirinya. Jika tentera lawan marah, malukan mereka; jika tenteranya kuat, biar mereka berehat. Jika jeneral lawan riak, malukan dia, jika jeneralnya tamak, umpan dia, jika jeneralnya berwaspada intipnya serapat mungkin - dengan itu tatacara kemenangan ditentukan dengan berpandu pada musuh.

(6.29) Master Sun
Jadi kuasa ketenteraan tiada bentuk yang tetap, air tiada bentuk yang tetap: kemampuan untuk peroleh kejayaan dengan mengubah dan menyesuaikan berpandukan (tindakan) musuh digelar genius.