01 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 2. Lembu Jambatan

Di England, seorang pemuda aristokrat bercadang membeli sebidang tanah yang subur. Namun banyak halangan dihadapi untuk mendapatkan tanah tersebut kerana ia dipunyai ramai penduduk kampung.Kerana itu dia telah menghantar ejen untuk memujuk orang kampung menjualnya. Banyak halangan yang dihadapi kerana orang kampung meletakkan harga yang tinggi dan bermacam lagi permintaan. Namun atas bantuan agen-agennya dan kawan-kawan yang jadi penasihatnya, pemuda aristokrat itu berjaya juga akhirnya mendapatkan tanah tersebut.

Setelah menguasai tanah tersebut, dia berjaya mengusahakannya dengan membuat ladang pertanian dan lembu ternakan. Usaha yang dibuat dengan kerjasama rakan-rakan aristokratnya itu membuahkan hasil yang lumayan.

Kejayaannya itu telah menarik perhatian wizurai dan pemerintah. Mengetahui perhatian yang diberi oleh wizurai, lantas pemuda aristokrat mengunjungi wizurai dan membawa hadiah yang banyak untuk mengambil hati wizurai. dan membayar cukai pada perbendaharaan
Lama kelamaan hubungan pemuda aristokrat itu dengan wizurai menjadi akrab. Untuk menjadikan hubungan lebih bersifat peribadi, pemuda itu telah mengahwini anak perempuan wizurai itu.

Setelah masa berlalu dan menyedari dirinya dikenali dikalangan ahli pemerintah, pemuda aristokrat itu bercadang untuk membeli dan mendiami istana hinggap diraja yang tidak digunakan lagi dalam daerah itu.Dia pun mulalah meminta kawan-kawan rapatnya dahulu, yang kini turut sama bekerja dan bersosial dengan ahli pemerintah untuk melobi bagi pihaknya agar dia dapat membeli istana hinggap tersebut.

Tanpa diduga,istana lama itu juga menjadi idaman seorang pemuda aristokrat dari daerah lain. Kini pemuda aristokrat itu rasa tercabar, yang mana selama ini beliau rasa beliau tiada tandingan.

Bagi kedua-dua pemuda tersebut, memiliki istana lama itu adalah suatu prestij, yang mana ia merupakan satu simbol hubungan peribadi dengan pihak diraja. Kini bermulalah persaingan antara mereka berdua. Kedua-duanya pintar dan dikelilingi oleh agen dan kenalan yang bijak pandai. Pemuda pertama tadi kelahiran Oxford dan ramai agen dan sahabatnya juga dari tempat yang sama dan ada juga dari Cambridge. Kumpulan mereka ini digelar Ox-bridge. 

Pemuda kedua itu juga tidak kurang hebatnya. Namun kehebatan sebenar pada pemuda kedua tersebut ialah beliau memiliki sebentuk cincin yang istimewa. Batu cincinnya itu adalah harta pusaka dan mempunyai kuasa mistik, barangsiapa yang terpandangnya pasti akan rasa gerun. Disebut saja nama pemuda kedua tersebut, pasti orang akan teringat batu cincinnya. Bila saja orang menyebut nama pemuda itu pasti orang menyebut nama cincin ditangannya. Pendeka kata namanya ber-bin kan batu cincin itu.

Setelah usaha lobi-melobi berjalan dengan rancak dan kadangkala genting,akhirnya kekecewaan menimpa pemuda aristokrat yang pertama tadi. Pemuda aristokrat pertama itu kecewa tidak terkata, baginya ini satu penghinaan terhadap kredibilitinya, intelektualitinya dan kekayaannya. Walaupun dibarisi oleh pasukan Ox-bridge, namun kuasa mistik batu cincin itu tetap berpengaruh walaupun sudah lama tidak diasap kemeyankan.