15 June 2011

Sun Tzu: The Art of War (Bab 4, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 4/13

Susunan (Formasi)

Du Mu »        Kamu lihat keadaan dalaman pihak lawan berpandukan formasi luaran mereka. Keadaan dalaman bagi yang tak berbentuk adalah tersirat, manakala bagi yang mengambil bentuk yang khusus ianya ketara. Yang tersirat menang, yang ketara tewas.

Wang Xi »     Mereka yang cekap dalam operasi ketenteraan berupaya untuk mengubah formasi sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan berdasarkan tindakan pihak lawan.

Zhang Yu »  Ini bermaksud formasi serangan dan pertahanan digunakan oleh kedua-dua tentera. Bila mereka bersembunyi didalamnya (formasi), mereka tidak akan diketahui oleh yang lain: bila mereka muncul tanpanya (formasi), musuh boleh masuk melalui laluan yang sempit. Formasi didedahkan melalui serang dan bertahan, jadi perbincangan berkenaan formasi menyusuli perbincangan merancang pengepungan.

(4.1)    Master Sun
Dimasa silam pahlawan yang cekap menjadikan diri mereka kebal terlebih dahulu, kemudian memerhatikan kerentanan (kelemahan/kerapuhan) pihak lawan.

Zhang Yu »  Menjadikan diri kamu kebal bermakna mengenali diri kamu sendiri; menunggu kerentanan pihak lawan bermakna mengenali pihak lain.

Mei Yaochen »  Sembunyikan formasi kamu, pastikan keadaan teratur, dan perhatikan ruangan dan kecuaian.

(4.2)    Master Sun
Kekebalan adalah dalam diri seseorang, kerentanan ialah pada pihak lawan.

Du Mu »        Kekalkan tentera kamu dalam keadaan teratur, sentiasa bersedia terhadap pihak lawan, padamkan jejak kamu dan sembunyikan formasi kamu, buatkan diri kamu tidak kelihatan oleh pihak lawan. Apabila kamu lihat boleh ambil kesempatan keatas pihak musuh, terus tampil untuk menyerang.

Wang Xi »     Kekebalan ialah persoalan pertahanan diri, kerentanan adalah sekadar urusan perolehi ruangan.

(4.3)    Master Sun
Lantaran itu pahlawan yang mahir berupaya untuk menjadi kebal, tapi mereka tidak boleh menyebabkan pihak musuh terdedah pada ancaman.

Du Mu »        Jika tiada formasi yang dapat dicari dipihak musuh , tiada ruang atau kecuaian untuk diambil kesempatan, jadi bagaimana kamu boleh mengatasi mereka walaupun kamu cukup kelengkapan ?        

Zhang Yu »  Jika kamu sembunyikan formasi, merahsiakan jejak kamu, dan sentiasa kekal dengan persediaan yang ketat, justeru kamu boleh menjadi kebal. Jika bentuk kekuatan dan kelemahan pihak lawan tidak dapat diperjelaskan secara luarannya, lantas bagaimana kamu boleh pastikan kemenangan atas mereka.?


(4.15)  Master Sun
Undang-undang ketenteraan ada lima : ukuran, penilaian, perkiraan, perbandingan, dan kemenangan. Lapangan memberi sokongan pada pada ukuran, ukuran memberi sokongan pada penilaian, penilaian memberi sokongan pada perkiraan, perkiraan memberi sokongan pada perbandingan, perbandingan memberi sokongan pada kemenangan.

Cao Cao »    Dengan membuat perbandingan pada ukuran, kamu tahu dimana terletaknya kemenangan dan kekalahan.

Wang Xi »     Yang berat berjaya keatas yang ringan.

(4.16)  Master Sun
Lantaran itu, tentera yang gemilang umpama satu paun kepada satu gram, tentera yang tewas umpama satu gram kepada satu paun.
Apabila pemenang mendapatkan orangnya untuk pergi berperang ia adalah umpama mereka menyalurkan banjir besar kedalam gaung yang dalam, ini adalah berkaitan formasi.

Du Mu »        Apabila air berkumpul dalam jurang yang dalam, tiada siapa dapat menyukat jumlahnya, seperti pertahanan kita yang tidak menunjukan rupa. Bila air dilepaskan, ia menderu kedalam arus deras , seperti serangan kita yang tak dapat dihalangi.