03 April 2008

To protect Malay is to "nationalise" Malay. (mempertahankan Melayu ialah men"kebangsaan"kan Melayu)

Bangsa dan Kebangsaan
Saya berbual fasal keputusan pilihanraya di kedai kopi mamak dengan seorang tua, 83 tahun. Orang kampung panggil dia, Bob, saya pun memang panggil dia Bob walaupun tua dari mak saya.

"kita ni cakap pasal bangsa saja, semangat bangsa saja....tapi kebangsaan tak ada..."
Saya tersentak dengan ungkapan spontan Bob itu.

"orang politik ni sibuk pasal bangsa saja... kebangsaan tak"
Ulang Bob lagi.

Saya lihat itu memang sinonim dengan situasi pilihanraya ke 12 ini. Sana sini sibuk dengan hak ketuanan Melayu yang kononnya tercabar sebab Penang jatuh ke DAP, kemudian EXCO DAP paling ramai di Perak, isu nak memulaukan angkat sumpah, isu songkok, etika pakaian, tak hormat Sultan (peliknya orang Melayu sendiri yang kurang ajar dengan Sultan), isu timbalan menteri dan banyak lagi yang berkelibatkan perkauman.

Saya tak tahu tahap mana pengetahuan Bob fasal politik. Dia lebih terkenal dengan madu tiganya. Tapi sekarang tinggal seorang saja, yang dua lagi dah ke rahmatullah. (innalillah)

Namun kalau masa UMNO (lama) ditubuhkan, Bob dah berusia 21 tahun, saya kira banyak sudah tempias politik dia dah rasa sebagai masyarakat marhaen. Jadi apa yang Bob cakap tadi memang relevan. Jarang sekali sesama Melayu cakap fasal kebangsaan. Selalunya soal kebangsaan ini timbul dalam urusan berbilang etnik saja. Sebagai 'extension' untuk istilah 'kebangsaan' dalam senario politik semasa ialah 'Bangsa Malaysia'.

Sepanjang pra dan pasca pilihanraya ini, tak pernah pula saya terbaca ungkapan tadi dalam TV, suratkhabar kerajaan, suratkhabar kiri, blog kanan atau blog kiri.

"bangsa dan kebangsaan"
Dua perkataan yang sama tapi berlainan maksud dalam konteks politik Malaysia.

Wakil Raktyat
Seminggu selepas pilihanraya, saya sempat berbual dengan pakcik saya, seorang pejuang UMNO tulen. Saya panggil Pakcik Othman, baru saja dapat gelaran Datuk. Seorang 'hard core' UMNO, aktif sejak sebelum merdeka lagi. Sekarang berumur 77 tahun. Semangat nasionalisme UMNO beliau hebat.

"yang jadi masalah ialah ketua-ketua bahagian dan pegawai kerajaan....implementation itu yang jadi masalah"
Itu ungkapan Datuk Othman mempertahankan pucuk pimpinan negara.

"diorang ni yang merosakan nama UMNO....orang-orang peringkat pertengahan ini yang banyak tak betul....kita kena cari pemimpin yang bagus, yang boleh kerja"
. sambung Datuk.

"tapi Pakcik, orang-orang macam itulah yang ramai dalam UMNO, diorang lah...yang masuk politik semata nak projek....cari makan". Saya sambung.

"ada lagi......ada lagi yang baik-baik dan yang lebih bijak dari Mahathir pun ada" balas Datuk Othman.

OK, itu pendapat beliau, tapi sekarang ini UMNO sebenarnya memerlukan 'instant remedy, corrective action' untuk 'damage control'.

Sebelum itu Datuk Othman agak setuju dengan saya bila saya cakap ramai wakil rakyat sekarang lebih merupakan wakil kerajaan. Sang wakil memberitahu masyarakat marhaen apa aspirasi kerajaan untuk rakyat !!, bukan nak tahu apa aspirasi rakyat yang patut dibawa ke Parlimen ataupun Dewan Undangan. Jangan dibuat organisasi politik macam organisasi syarikat.

Organisasi politik berbeza dengan organisasi syarikat. Dalam syarikat, arah tujunya datang dari 'top to down'. Arahan datang dari atas dan dituruti ke bawah. Perlantikan berlaku dari atas ke bawah.

Politik pula dari bawah ke atas. Aspirasi, kehendak, keperluan rakyat dibawah yang mesti diperjuangkan oleh orang di atas. Perlantikan dilakukan melalui undi orang di bawah untuk melantik wakil dan pemimpin di atas.

Tidak keterlaluan dikatakan banyak wakil rakyat sudah lupa, lalai denagn fungsi mereka, 'purpose of their existance'. Barulah sekarang nampak kelam kabut nak tahu apa orang bawah risaukan. Selama ini mungkin sibuk dengan hal lain. Contohnya, apa rasional nya wakil rakyat buat rumah besar macam istana dikawasan perumahan sederhana.?

Apa mesej pertama yang sampai kepada rakyat yang mengundinya, melihat rumah wakil rakyat mereka tersergam indah bak istana.

Tak mungkin ada yang terlintas "bagusnya wakil rakyat kita, rumah dia besar sebab banyak tolong kita"
Mungkin dah hilang akal kalau ada yang kata begitu.
(namun, doakan untuk kebaikan bagi mereka yang telah pulang kerahmatullah)

Memang tak dinafikan hak seseorang untuk mengecapi kemewahan hidup atas titik peluh sendiri. Namun, seperti yang disebut tadi, jangan lupa 'fungsi' seorang wakil rakyat. Mereka ialah individu tempat rakyat mengadu, mungkin ada yang mengidolakan mereka, gerak geri mereka jadi perhatian. Jadi 'the magic word' nya ialah 'kesederhanaan'. Rumah besar tak jadi hal, tapi tidak terlalu menonjolkan kemewahan.

Najib pernah beritahu dalam TV, Allayarham Tun Razak pernah menidakkan permintaan anak-anak nya untuk membuat kolam renang di rumah bimbang apa orang kata nanti.
Tun Razak melihat kolam renang sebagai satu simbol kemewahan dan tak manis dipandang rakyat seorang pemimpin hidup mewah. Allhyarham faham fungsi beliau.

Kalau nak buat rumah, biarlah rumah yang mesra rakyat. Kalau ya pun memang nak bergaya hidup mewah, tak payah lah dibuat ditengah masyarakat biasa, marhaen. Buat lah ditempat lain, dirumah percutian ke, rumah kedua ke atau rumah bini kedua.

Bukan nak cakap apa, Menteri paling cool, Nik Aziz Nik Mat. (memang ni'mat hidup beliau)

Sistem Nilai (Value System)
Berbalik pada soal pokok, soal mempertahankan ketuanan Melayu. Orang Melayu memang cukup sensitif fa
sal ketuanan, hak bangsa Melayu tapi kurang peka fasal isu kebangsaan.(bak kata Bob tadi). Kebelakangan ini, sebab banyak 'upset' dalam pilihanraya, orang-orang politik, persatuan dan pertubuhan tak kering gusi cakap fasal ketuanan Melayu, tak cukup website nak tulis fasal maruah orang Melayu. Tapi apa itu ketuanan Melayu yang sebenarnya.? Apa punca sebenar yang menyebabkan genting sangat ?....atau benar ke memang genting atau ada agenda disebaliknya ?

Perlembagaan kita dah cukup menjaga isu itu semua. Perlembagaan persekutuan dan setiap negeri beraja sudah memperuntukan hak ketuanan Melayu itu. Tak cukup dengan itu, berapa banyak pula institusi kerajaan atau badan-badan yang 'directly' mahupun 'indirectly' menjaga kepentingan orang Melayu dan pri bumi lain.

Sekarang, samaada peruntukan perlembagaan itu akan terus kekal hanya bergantung pada 'dinamisme' orang Melayu dan dinamisme itu tak dapat diterjemahkan dalam perundangan.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pernah menegaskan, orang Melayu perlu bersatu bagi mempertahankan 4 perkara yang termaktub d
alam perlembagaan iaitu, orang Melayu iaitu penduduk asal negeri-negeri Melayu mempunyai hak yang istimewa sebagai rakyat Malaysia, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia, agama Islam ialah agama rasmi Malaysia, Raja-Raja Melayu adalah Raja Berpelembagaan dinegeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia."
Mingguan Malaysia,Ahad, 23/3/08,Analisa Massa, m/s 8, perenggan 14.

Saya rasa orang bukan Melayu tak ada hal dengan ketuanan Melayu, Kesultanan Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama rasmi Islam dan bahasa Melayu. Sudah beratus tahun orang bukan Melayu hidup di tanah yang bersultankan Melayu. Apa yang mereka mahukan ialah kesaksamaan peluang dalam negara yang merdeka. Soal ketuanan, mereka faham sudah. Sudah termaktub dalam perlembagaan.

Jika ada yang tak puas hati pun tak cukup nak jadi 'critical mass'. Kalau jadi 'critical mass', barangkali pencetusnya ialah orang Melayu sendiri. Jika orang Melayu tak henti-henti melaungkan hak istimewa orang Melayu, minta perlindungan dalam sistem tender terbuka, minta itu dan ini kononnya untuk melindungi hak istimewa, orang bukan Melayu akan melihat itu sebagai sikap meminta-minta dan mendesak kerajaan. Jika orang Melayu sendiri yang terbawa-bawa dengan sentimen bangsa Melayu lantas mengenepikan semangat kebangsaan, akan timbul rasa 'double standard' dikalangan orang bukan Melayu dan boleh mengakibatkan 'snow ball' dan 'avalanche' ketidakpuasan hati bukan Melayu.

Orang Melayu mesti mempamerkan kualiti yang mereka 'worth being born as son of the land' hasil dari kebijaksanaan, kehebatan dan dominasi mereka sendiri. Bukan semata-mata sebab darah daging mereka. Darah daging dan keturunan hanya satu bonus yang tertulis atas surat beranak saja.

Lantaran dari kata-kata TDM diatas, bersatu saja tidak mencukupi jika tak ada strategi. Bersatunya Melayu untuk menjadi lebih berilmu, bijak, berhemah, rasional dan berugama itulah yang akan menjamin ketuanan orang Melayu. Kualiti-kualiti itulah yang akan mengangkat martabat orang Melayu dan menjadikan mereka dominan.

Tapi jika bersatu dengan mempamerkan kuantiti, hanya untuk mendesak, memprotes,membuat tuntutan, berethorik, berslogan dan ber 'resolusi' dalam dewan dua tahun sekali, tak akan membantu ketuanan Melayu. Hanya ketegangan kaum yang akan wujud. Nilai kebangsaan akan terencat. Dominasi Melayu akan jadi 'liability' dari aspek kebangsaan.

Senario sekarang amat berbeza dengan tahun 70' an. Peristiwa 1969 tak boleh dijadikan sandaran untuk merelevankan hak orang Melayu mendapat keutamaan.Lama-kelamaan 1969 akan dilupakan, kita kena maju kedepan. Tak boleh lagi bersikap nostalgik. Bilangan orang Melayu kaya pun sudah ramai. Kepincangan orang Melayu akan terserlah jika pola taburan kekayaan Melayu tak seimbang. Jika lekuk graf nya hanya tertumpu pada julat yang kecil, itu bermakna jurang kaya dan miskin adalah tinggi. Jika itu berlaku orang Melayu sendiri ada masalah dalaman.

Lama kelamaan konsep kontrak sosial akan terhakis. Sampai bila pemimpin Melayu nak menjaja kontrak sosial ini dalam dunia globalisasi dan perdagangan bebas. Dalam pembahagian kerusi pilihanraya, adalah relevennya tapi dalam pembahagian ekonomi, tender dan kontrak, itu bergantung pada 'capabality' bukan 'cablelity'.

Apa juga dasar dan pilicy mesti ada 'life-cycle' nya. Tentu ada titik noktahnya. Apa juga program dan plan ekonomi mesti ada 'dateline' nya.Mana mungkin menggunakan analogi "apabila orang Melayu dah bersedia"
Itu samalah seperti beri ikan kap jepun makan, ikan tak bagi tahu dia dah cukup makan ke belum. Silap-silap ikan itu mati sebab terlebih makan.
Atau macam kes Air Asia dengan MAS fasal 'KL-Singapore route'.Tony Fernandez cakap dia tak boleh tunggu sampai MAS dah sedia dengan 'turn-around plan' nya.

Dan tiap program tidak akan berjaya jika tiada pemacuan untuk menjadikan orang Melayu lebih dinamik.
Jadi apa pemacuannya. Ada mengatakan Revolusi Mental tidak sama-sama dilancarkan pada tahun 70' an seiring dengan DEB untuk memacu dinamisme orang Melayu.

Bangsa Cina, India dan Israel (bukan zionis) mempunyai sejarah panjang yang boleh dijejak hingga 5000 tahun dulu. Contohnya, upacara tradisi dan ritual yang mereka amalkan sekarang boleh dirujuk dalam teks dan manuskrip yang ditulis pada tahun-tahun sebelum masihi lagi. Dengan lain perkataan, sistem nilai (value system) mereka telah berakar umbi ribuan tahun dulu.Dari sini lah lahir nya dinamisme mereka.
Itulah sebabnya diaspora mereka terserlah dimana saja. Salah satu faktor utama diaspora mereka, juga didorong oleh keterlibatan mereka didalam aktiviti ekonomi.

Satu ketika dulu ada 300 ratus orang Melayu di Liverpool, pelayar yang berasal dari Malaya. Kini cuma tinggal kurang dari 10 orang.
Orang Melayu di Afrika Selatan tidak langsung berbahasa Melayu.

Saya kira sistem nilai kita tak sekukuh dan setua sistem nilai orang Cina, India atau Israel. Maksudnya kita harus kenal dan akui kelemahan kita dan mengenal pasti cara mengimbangi kelemahan itu dengan kekuatan yang kita ada. Namun apa pula kekuatan kita atau nilai yang telah kita pupuk dalam tempoh beberapa ratus tahun dulu?

Saya bukan ahli antropologi untuk merungkai persoalan ini, jauh dari untuk membuat kesimpulan kerana keterbatasan ilmu. Walau apa pun, saya pun orang Melayu. Nak mencari kekuatan dan kelemahan orang Melayu itu, mungkin sekadar melihat dalam diri saya saja.

Bagi saya kekuatan orang Melayu ialah ketaatan dan toleransi.Ketaatan orang Melayu pada pemimpin bermula dari zaman feudal lagi, dan diteruskan ke zaman kapitalis dan demokrasi ini. Toleransi ialah kemampuan orang Melayu untuk memaafkan selagi ada alasan yang dapat memujuk hati mereka. Jika ketaatan dan toleransi itu dibayar dengan keikhlasan, kejujuran dan kesopanan, itu sudah memadai.
Tetapi jika sebaliknya, ketaatan dan toleransi itu akan hilang secara drastik. Ia tak perlukan masa yang panjang untuk orang Melayu melakukan perubahan.

Hang Jebat dan Laksamana Bentan adalah contaoh klasik. Toleransi dengan Inggeris tamat demi menjaga kedaulatan Raja Melayu bila perarakan menentang Malayan Union berlaku. Imuniti Raja pula dilucutkan tak lama selepas kes kerabat raja terlibat dalam pergaduhan dengan rakyat biasa. Perarakan menentang kepimpinan UMNO berlaku sebaik Anwar Ibrahim di pecat. Orang Melayu tak teragak-agak mengundi DAP semata-mata nak menunjuk ketidakpuasah hati pada pemimpin Melayu.

Itu semua berlaku dalam masa yang singkat. Itu semua berlaku bila toleransi orang Melayu sudah sampai kemuncaknya. Lantaran itu ketaatannya lupus.

Jadi ketaatan dan toleransi orang Melayu itu wajib dihormati oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu, jangan sesekali dikhianati sebab itu lah kekuatan Melayu sebagai satu entiti masyarakat. Jika dikhianati, kekuatan itu bertukar menjadi kekuatan yang 'destructive'.

Ketuanan orang Melayu hanya dapat dipertahankan dengan semangat kebangsaan bukan semangat bangsa. Mempertahankan ketuanan orang Melayu bukan terletak pada dasar atau polisi kerajaan. Ketuanan orang Melayu bergantung pada bagaimana orang Melayu hendak dilihat dari kacamata orang bukan Melayu. Nilai kebangsaan mesti dihadapan. Penghormatan bukan suatu yang diwarisi tapi deperolehi dari masa kesemasa.
Untuk kesekian tempoh 50 tahun dulu segelintir pemimpin lampau telah menyuntik nilai-nilai songsang dalam budaya Melayu.Orang Melayu mesti berani untuk meninggalkan cara pemikiran yang disogok selama 50 tahun itu
.Kualiti Melayu mesti ditingkatkan dengan nilai-nilai baru untuk menjamin ketuanan Melayu.

Written by: Motro