Siri
9. Pokemen (Poket Menteri)
Jengkal dan Kerteng adalah dua buah negara
berjiran. Kedua-dua negara berhubung erat dalam banyak urusan. Landar dan
Mangkar adalah menteri di kedua-dua negara. Kedua-dua mereka saling berhubung
dan kunjung mengunjungi.
Setelah sekian lama tidak menjemput Mangkar
kenegaranya, Landar mengundang Mangkar untuk memperlihatkan pembangunan yang
diusahakannya.
Setiba di Jengkal, Landar menjemput Mangkar kerumahnya. Alangkah terkejut bila
dilihat rumah menteri Landar itu bertingkat-bertingkat dipuncak bukit. Disekeliling rumahnya itu
tebing tinggi yang berkehijauan dengan pokok. Pemandangannya sayup keseluruh
wilayah. Dari anjung rumahnya itu,Landar menunjukan sebuah jambatan panjang
yang merentasi sungai. Mangkar mengangguk tanda nampak. Projek ini baik untuk
rakyat dan belanjanya pun besar. Mangkar dari negara Kerteng bertanya berapakah
belanjanya. Landar kata berapa besar belanjanya tak penting, yang pentingnya
separuh dari jumlahnya masuk kepoketnya, dia menepuk-nepuk poket didadanya
sambil ketawa sinis lagak orang kaya. Tawanya itu terus disambut Mangkar dan
keduanya ketawa berderai-derai.
Setelah berbulan berlalu, kini giliran Mangkar
menteri negara Kerteng pula menjemput Landar dari Jengkal mengunjunginya.
Alangkah terkejutnya bila dilihat rumah Mangkar lebih besar dari rumahnya. Tiga tingkat keatas dan tiga tingkat dibawah
tanah. Sekelilingnya laut yang biru. Dari anjung rumahnya itu kelihatan
pulau-pulau kecil tempat peranginan. Mangkar menunjukkan teluk dihujung sana.
Dia bertanya samaada Landar nampak
kompleks jeti di teluk itu. Katanya komples itu sepatutnya baik untuk
orang ramai dan nelayan.
Puas Landar mengejap-ngejap kan matanya mencari
kompleks jeti itu. Landar memberitahu dia tidak nampak komples jeti itu.
Mangkar kata memanglah tiada kompleks itu kerana semua wang belanjanya sudah
masuk poketnya, dia menepuk-nepuk poket didadanya sambil ketawa sinis lagak
orang kaya. Tawanya itu terus disambut Landar dan keduanya ketawa
berderai-derai.