03 July 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya


Siri 8. Dewa

Tiga ribu tahun dahulu ada seorang alim berdakwah disatu kampung tentang tuhan yang esa . Selama ini mereka meminta dan menyembah pada apa saja yang difikir patut disembah. Kerana baik pekertinya dan elok adabnya, maka ramailah yang menganut agama yang dibawanya.

Lama kelamaan ajarannya memberi kesan baik pada orang ramai, rezeki orang kampung pula semakin murah, ladang ternak dan tanaman mereka subur dan berkembang biak. Orang dari kampung sekitar juga turut memeluk agama baru itu. Penduduk kampung bersetuju memberikan sebidang tanah untuk pendakwah itu tinggal dan membina rumah. Dengan itu lebih selesa lah orang ramai datang untuk belajar ugama. Juga didirikan rumah ibadat berdekatannya.

Setelah lama berlalu, sudah menjadi adat pula membawa bekal makanan, buahan dan hasil tanaman kepada orang alim itu. Apakah tidaknya, semakin dibawa semakin banyak rezeki mereka dapat.
Bila orang alim mendapat tahu hal ini, beliau berasa marah kerana amalan itu akan menghakis kepercayaan pada tuhan yang esa. Pada suatu hari beliau telah mengumpulkan orang ramai dan memberitahu rezeki mereka ditentukan tuhan atas usaha mereka sendiri, bukan dengan membawa hadiah untuknya. Mereka diperingatkan tentang percaya pada tuhan yang esa. Mujurlah orang ramai memahaminya dan membetulkan kepercayaan mereka.

Bertahun kemudian, kampung mereka dilanda kemarau. Ladang tanaman tak menjadi, sungai dan telaga kering kontang. Orang kampung datang beramai-ramai mengadu pada orang alim itu. Kali ini orang alim itu meminta mereka bersama-sama bersembahyang, bermunajat dan memohon doa kepada tuhan yang esa. Selang beberapa hari doa mereka dimakbulkan, hujan turun mengairi telaga, sungai dan ladang mereka.
Penghormatan terhadap orang alim itu bertambah. Mereka datang dan membawa buah tangan kepada orang alim itu seperti dahulu. Sekali lagi orang alim dan beberapa murid kanannya menolak pemberian mereka kerana takut kepercayaan mereka terpesong. Sekali lagi kepercayaan mereka terpelira dengan saranan orang alim itu.

Setelah sekian lama hidup bersama dengan penduduk setempat, akhirnya panggilan tuhan yang esa telah tiba. Telah tiba masanya untuk orang alim itu meneruskan hidupnya di alam lain. Orang kampung meratapi pemergiannya.
Anutan agama yang dibawa orang alim itu tetap subur diamalkan. Anak anak muridnya meneruskan amalan berdakwah dan membimbing orang kampung. Kerana rindukan orang alim itu, kadangkala orang kampung datang kerumahnya dan membersihkan kawasan sekeling. Rumah itu dijaga orang kampung umpama rumah yang berpenghuni.

Puluhan tahun berlalu, kanak-kanak bertanya mengapa rumah tak berpenghuni itu dijaga sebaiknya oleh orang-orang tua. Disebabkan banyak cerita yang disebut, ada yang menyebut rumah itu dahulunya didiami oleh orang yang luarbiasa, bila dia berdoa, pasti dimakbulkan tuhan. Lama kelamaan cerita itu dianggap benar. Melihat orang tua kampung terus mengunjungi rumah itu, kanak-kanak yang membesar itu percaya orang alim itu punya kuasa mistik.
Pada suatu hari, secara senyap-senyap, sepasang suami isteri telah datang kerumah orang alim itu meminta dikurniakan anak setelah lama gagal mendapatkannya. Tidak lama kemudian isterinya mengandung. Berita tentang isterinya mengandung setelah memohon doa dirumah orang alim itu tersebar luas. Kepercayaan mistik telah mula meresapi orang kampung.

Sejak itu upacara memohon doa dan membayar nazar dirumah orang alim itu mula jadi amalan. Anak murid orang alim tidak dapat mengawal keadaan tersebut. Bukan itu saja mereka menghias dan meletakkan barangan berharga di rumah tersebut. Tiap kali ada musibah menimpa, mereka meminta pertolongan pada roh orang alim itu kerana kononnya roh orang alim itu masih berada dikampung itu dan hanya roh itu saja yang dapat berhubung dengan tuhan yang maha esa.

Puluhan tahun kemudian, kanak-kanak yang dulunya percaya pada mistik orang alim itu sudah dewasa. Mereka mula mengandaikan rupa orang alim itu. Mereka membina arca yang mereka percaya menyerupai orang alim berpandukan cerita orang-orang tua yang pernah menemuinya. Setelah berpuashati mereka meletakkan arca itu dirumah orang alim yang tak pernah sunyi dari kunjungan orang ramai. Mereka percaya dengan meletakkan arca orang alim tersebut, tuhan yang maha esa akan sentiasa memberi perhatian pada mereka.

Puluhan tahun selanjutnya, arca itu diubahsuai menjadi patung yang besar. Patung orang alim itu menjadi sembahan, bukan lagi tuhan yang esa. Kata mereka orang alim itu adalah dewa yang diutus tuhan pada mereka. Segala doa, permohonan dan sembahan sudah memadai kepada dewa itu,tidak perlu lagi pada tuhan yang esa.

Ratusan tahun kemudian bertambah ramailah dewa sembahan yang mereka cipta. Tiap dewa mempunyai peranan khas dalam kehidupan mereka. Akhirnya mereka bertuhankan dewa, bukan tuhan yang esa.

Dewi pula ?? 
 
Kisah tentang dewi sama seperti kisah dewa yang mana manusia diangkat martabatnya jadi sembahan.
Tetapi sebab sifat cemburu, tambahan pula dewi-dewi itu selalu digambarkan dengan rupa yang cantik, ditambah pula sifat manusia ingin memiliki yang cantik-cantik, justeru itu dewi pun telah ditukar semula menjadi manusia. Lantaran itu banyak lah nama anak perempuan manusia bermula dengan dewi, Dewi itulah, Dewi inilah.

Begitulah perangai manusia yang suka-suka menukar manusia jadi dewa-dewi. Kemudian suka-suka juga menukar dewa-dewi jadi manusia. George Lucas pun ambil nama dewa jadi jadi salah satu watak filemnya.



(lagu ini sekadar santapan jiwa,,,,bukan santapan rohani !!)


02 July 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 10, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War
(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 10/13

Mukabumi

(10.1)Master Sun
Ada bentuk mukabumi yang mudah dilalui, ada yang mengelirukan, ada yang jadi buntu, ada yang sempit, ada yang curam, ada yang luas terbuka.
Jika kedua-dua belah boleh datang dan pergi (keluar dan masuk), mukabumi itu disebut mudah dilalui. Apabila mukabumi itu mudah dilalui, ambil kedudukan kamu dahulu, pilih yang tinggi dan disinari matahari, mudah untuk laluan bekalan, sebagai kelebihan dalam pertempuran.
Bila kamu boleh pergi namun sukar untuk balik, kamu dikatakan terkeliru. Bagi jenis mukabumi ini, jika pihak lawan tidak bersedia, kamu akan berjaya jika kamu mara, namun jika musuh telah bersedia , jika kamu mara dan tidak berjaya kamu akan menghadapi kesukaran untuk balik, ini menjadi kelemahan kamu.
Bila ia menjadi kelemahan untuk kedua-dua pihak untuk mara, ia dipanggil mukabumi yang buntu. Bagi mukabumi yang buntu, walaupun pihak lawan menawarkan kelebihan pada kamu, jangan kamu pergi - tarik diri untuk meyakinkan musuh keluar separuh (jalan), dan kemudian kamu serang, ia jadi kelebihan untuk kamu.
Bagi mukabumi yang sempit, jika kamu tiba disana dulu, kamu harus kuasainya dan tunggu pihak lawan. Jika pihak lawan tiba dahulu, jangan rebutnya jika pihak lawan telah menguasai kawasan sempit itu. Rebut jika pihak lawan tidak menguasai kawasan sempit itu.
Bagi mukabumi yang curam, jika kamu tiba dahulu, kamu harus kuasai kawasan tinggi dan disinari cahaya matahari untuk menunggu pihak lawan. Jika pihak lawan tiba dahulu, tarik diri dari sana dan jangan rebutnya.
Bagi mukabumi yang luas terbuka, kekuatan momentumnya sama, ianya sukar untuk buat saingan, tiada kelebihan untuk bertarung.
Memahami kesemua enam jenis mukabumi ini adalah tanggungjawab paling utama bagi jeneral, dan ianya mustahak untuk menelitinya.

Li Quan » Inlah bentuk rupa muka bumi; jeneral yang tidak mengetahuinya akan tewas.

Mei Yaochen » Bentuk tanah adalah asas dimana ketenteraan dapat dibantu dan kejayaan dicapai, jadi ia mesti di ukur.

(10.2) Master Sun
Jadi dikalangan anggota tentera ada mereka yang terburu-buru, mereka yang lembab, mereka yang rebah, mereka yang hancur, mereka yang huru-hara, dan mereka yang ditewaskan. Ini bukan malapetaka alam semulajadi, tetapi kesilapan jeneral.
Mereka yang mempunyai momentum yang sama tapi menyerang sepuluh dengan satu adalah terburu-buru. Mereka yang askarnya kuat tapi pegawainya lemah, lembab. Mereka yang pegawainya kuat tapi askarnya lemah, rebah. Bila para kolonel berang dan celupar dan melawan berseorangan dan mencaci bila bertemu pihak lawan, dan para jeneral tidak ketahui keupayaan mereka, mereka hancur.

Zhang Yu » Secara umumnya, keseluruhan kepimpinan ketenteraan harus bersatu fikiran, kesemua ketumbukan ketenteraan harus bekerjasama, dengan tujuan agar dapat mengalahkan pihak lawan.


(10.8) Master Sun
Jika kamu terlalu baik terhadap mereka, kamu tidak dapat khidmat mereka, terlalu lembut dengan mereka, kamu tidak dapat memerintah mereka, terlalu santai kamu tidak dapat menggariskan arahan, mereka seperti anak yang rosak, tiada guna.

Cao Cao » Ganjaran sahaja tidak boleh digunakan, tidak patut pula berharap pada hukuman saja (sewaktu) dalam tahanan. Jika tidak, seperti anak yang rosak, rakyat akan terbiasa samaada dengan berhibur atau menyesal. Ini merbahaya dan menjadikan mereka tidak berguna.

(10.9) Master Sun
Jika kamu tahu askar kamu mampu menyerang , tapi tidak tahu samaada musuh terlindung pada serangan, kamu ada separuh dari peluang kemenangan. Jika kamu tahu musuh rentan pada serangan, namun tidak tahu jika askar kamu tidak mampu untuk membuat serangan, kamu ada separuh dari peluang kemenangan. Jika kamu tahu musuh rentan terhadap serangan, dan tahu askar kamu mampu menyerang, tapi tidak tahu rupa bentuk tanah yang menjadikannya tidak sesuai untuk bertempur, kamu ada separuh dari peluang kemenangan.

Wang Xi » Jika kamu kenal diri kamu tapi tidak kenal yang lain, atau jika kamu kenal yang lain tapi tidak kenal diri kamu, dalam kedua-dua kes kamu tidak boleh memastikan kemenangan. Dan mahupun kamu kenal kedua-dua diri kamu dan pihak lawan dan tahu kamu boleh bertarung, masih lagi kamu jangan terlepas pandang persoalan kelebihan mukabumi.

(10.10) Master Sun
Lantaran itu mereka yang tahu seni pertahanan diri tidak menyimpang bila mereka bergerak, dan tidak kepenatan bila mereka bangkit. Seperti disebut bila kamu kenal diri kamu dan yang lain, kemenangan tidak dalam bahaya;bila kamu tahu langit dan bumi, kemenangan tidak ada kesudahannya.

Du Mu » Bila kemenangan dan kecundang sudah pun dipastikan sebelum siap siaga dan kebangkitan (untuk bertempur), kamu tidak akan jadi keliru dengan tindakan kamu dan tidak meletihkan diri kamu akibat kebangkitan.

Mei Yaochen » Bila kamu tahu apa yang menjadi kelebihan pada orang lain dan apa kelebihan kamu, kamu tidak dalam bahaya. Bila kamu tahu musim dan mukabumi, kamu tidak akan jadi buntu.