Siri 8. Dewa
Tiga
ribu tahun dahulu ada seorang alim berdakwah disatu kampung tentang
tuhan yang esa . Selama ini mereka meminta dan menyembah pada apa
saja yang difikir patut disembah. Kerana baik pekertinya dan elok
adabnya, maka ramailah yang menganut agama yang dibawanya.
Lama
kelamaan ajarannya memberi kesan baik pada orang ramai, rezeki orang
kampung pula semakin murah, ladang ternak dan tanaman mereka subur
dan berkembang biak. Orang dari kampung sekitar juga turut memeluk
agama baru itu. Penduduk kampung bersetuju memberikan sebidang tanah
untuk pendakwah itu tinggal dan membina rumah. Dengan itu lebih
selesa lah orang ramai datang untuk belajar ugama. Juga didirikan
rumah ibadat berdekatannya.
Setelah
lama berlalu, sudah menjadi adat pula membawa bekal makanan, buahan
dan hasil tanaman kepada orang alim itu. Apakah tidaknya, semakin
dibawa semakin banyak rezeki mereka dapat.
Bila
orang alim mendapat tahu hal ini, beliau berasa marah kerana amalan
itu akan menghakis kepercayaan pada tuhan yang esa. Pada suatu hari
beliau telah mengumpulkan orang ramai dan memberitahu rezeki mereka
ditentukan tuhan atas usaha mereka sendiri, bukan dengan membawa
hadiah untuknya. Mereka diperingatkan tentang percaya pada tuhan yang
esa. Mujurlah orang ramai memahaminya dan membetulkan kepercayaan
mereka.
Bertahun
kemudian, kampung mereka dilanda kemarau. Ladang tanaman tak menjadi,
sungai dan telaga kering kontang. Orang kampung datang beramai-ramai
mengadu pada orang alim itu. Kali ini orang alim itu meminta mereka
bersama-sama bersembahyang, bermunajat dan memohon doa kepada tuhan
yang esa. Selang beberapa hari doa mereka dimakbulkan, hujan turun
mengairi telaga, sungai dan ladang mereka.
Penghormatan
terhadap orang alim itu bertambah. Mereka datang dan membawa buah
tangan kepada orang alim itu seperti dahulu. Sekali lagi orang alim
dan beberapa murid kanannya menolak pemberian mereka kerana takut
kepercayaan mereka terpesong. Sekali lagi kepercayaan mereka
terpelira dengan saranan orang alim itu.
Setelah
sekian lama hidup bersama dengan penduduk setempat, akhirnya
panggilan tuhan yang esa telah tiba. Telah tiba masanya untuk orang
alim itu meneruskan hidupnya di alam lain. Orang kampung meratapi
pemergiannya.
Anutan
agama yang dibawa orang alim itu tetap subur diamalkan. Anak anak
muridnya meneruskan amalan berdakwah dan membimbing orang kampung.
Kerana rindukan orang alim itu, kadangkala orang kampung datang
kerumahnya dan membersihkan kawasan sekeling. Rumah itu dijaga orang
kampung umpama rumah yang berpenghuni.
Puluhan
tahun berlalu, kanak-kanak bertanya mengapa rumah tak berpenghuni
itu dijaga sebaiknya oleh orang-orang tua. Disebabkan banyak cerita
yang disebut, ada yang menyebut rumah itu dahulunya didiami oleh
orang yang luarbiasa, bila dia berdoa, pasti dimakbulkan tuhan. Lama
kelamaan cerita itu dianggap benar. Melihat orang tua kampung terus
mengunjungi rumah itu, kanak-kanak yang membesar itu percaya orang
alim itu punya kuasa mistik.
Pada
suatu hari, secara senyap-senyap, sepasang suami isteri telah datang
kerumah orang alim itu meminta dikurniakan anak setelah lama gagal
mendapatkannya. Tidak lama kemudian isterinya mengandung. Berita
tentang isterinya mengandung setelah memohon doa dirumah orang alim
itu tersebar luas. Kepercayaan mistik telah mula meresapi orang
kampung.
Sejak
itu upacara memohon doa dan membayar nazar dirumah orang alim itu
mula jadi amalan. Anak murid orang alim tidak dapat mengawal keadaan
tersebut. Bukan itu saja mereka menghias dan meletakkan barangan
berharga di rumah tersebut. Tiap kali ada musibah menimpa, mereka
meminta pertolongan pada roh orang alim itu kerana kononnya roh orang
alim itu masih berada dikampung itu dan hanya roh itu saja yang dapat
berhubung dengan tuhan yang maha esa.
Puluhan
tahun kemudian, kanak-kanak yang dulunya percaya pada mistik orang
alim itu sudah dewasa. Mereka mula mengandaikan rupa orang alim itu.
Mereka membina arca yang mereka percaya menyerupai orang alim
berpandukan cerita orang-orang tua yang pernah menemuinya. Setelah
berpuashati mereka meletakkan arca itu dirumah orang alim yang tak
pernah sunyi dari kunjungan orang ramai. Mereka percaya dengan
meletakkan arca orang alim tersebut, tuhan yang maha esa akan
sentiasa memberi perhatian pada mereka.
Puluhan
tahun selanjutnya, arca itu diubahsuai menjadi patung yang besar.
Patung orang alim itu menjadi sembahan, bukan lagi tuhan yang esa.
Kata mereka orang alim itu adalah dewa yang diutus tuhan pada mereka.
Segala doa, permohonan dan sembahan sudah memadai kepada dewa
itu,tidak perlu lagi pada tuhan yang esa.
Ratusan
tahun kemudian bertambah ramailah dewa sembahan yang mereka cipta.
Tiap dewa mempunyai peranan khas dalam kehidupan mereka. Akhirnya
mereka bertuhankan dewa, bukan tuhan yang esa.
Dewi pula ??
Dewi pula ??
Kisah
tentang dewi sama seperti kisah dewa yang mana manusia diangkat
martabatnya jadi sembahan.
Tetapi
sebab sifat cemburu, tambahan pula dewi-dewi itu selalu digambarkan
dengan rupa yang cantik, ditambah pula sifat manusia ingin memiliki
yang cantik-cantik, justeru itu dewi pun telah ditukar semula menjadi
manusia. Lantaran itu banyak lah nama anak perempuan manusia bermula
dengan dewi, Dewi itulah, Dewi inilah.
Begitulah
perangai manusia yang suka-suka menukar manusia jadi dewa-dewi.
Kemudian suka-suka juga menukar dewa-dewi jadi manusia. George Lucas pun ambil nama dewa jadi jadi salah satu watak filemnya.
(lagu ini sekadar santapan jiwa,,,,bukan santapan rohani !!)
(lagu ini sekadar santapan jiwa,,,,bukan santapan rohani !!)
No comments:
Post a Comment