26 April 2008

Self Sufficient: the bad, the good and the ugly

by Motro
Dalam tahun 1999, waktu kegawatan ekonomi, saya pernah beritahu kawan saya, lulusan kejuruteraan universiti di US, bagaimana kita hendak jadi negara maju jika tak sediakan polisi yang kukuh untuk elemen terpenting. Kawan saya tanya apa itu elemen terpenting itu. Saya cakap 'perut' sebab macam mana kita nak progres kalau tiada jaminan perut ini boleh sentiasa diisi. Bagi individu, macam mana nak hidup kalau makanan jadi mahal. Bagi birokrasi, macam mana nak laksanakan strategi kalau asyik bergelut untuk dapatkan bekalan yang cukup dan 'affordable'. Impot pun bergantung pada faktor luaran. Kalau negara pengekspot tiba-tiba kacau bilau,impot pun terjejas.Negara boleh jadi huru-hara kalau kehendak perut tidak dipenuhi.
Pengisian perut atau makanan, ialah asas utama hirarki kehidupan, selain pakaian dan tempat tinggal. Tak perlu ambil PhD untuk tahu itu semua. Itu asas pengurusan, tapi pelik bagaimana Wawasan 2020, tak banyak beri penekanan tentang aspek ini dan tiada program khusus peringkat nasional. Tidak seperti MSC, Cyberjaya, dijemput segala pakar dari serata dunia, beri insentif, buat pula Hi Tech Park dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Sarawak akan jadi pengeluar beras utama di Malaysia untuk menjamin 100% cukup sara (self sufficient). Mengapa sekarang? Mengapa tidak 10 tahun dulu, apa fasal tak buat masa pelancaran Wawasan 2020 , 18 tahun dulu. OK lah, 'better late than never'. Maknanya kita sedar cukup sara beras kita cuma 60-75% dari dulu. Bila kita terkena masa 1997 dulu apa 'action plan' kerajaan buat untuk menambah 'yield' beras kita, menambah 'output' berskala besar.
Peratusan tak melambangkan jumlah sebenar. Biarpun 95% cukup sara, kita tak patut rasa selamat, sebab bilangan penduduk semakin bertambah. Biarpun kita impot 5% saja untuk menampung keperluan, tapi dari setahun ke setahun, 'tonnange' nya meningkat. Inikan pula kita impot 25%. Jika Indonesia mengimpot 5% dari keperluannya, ia menyamai 50% keperluan Malaysia. Bayangkan apa jadi dengan harga beras serantau.
Isu pengisian perut memukul semasa Krisis Kewangan 1997. Sebelum krisis, Asia Timur dan ASEAN terasa seperti 'invincible', kebal. Ditambah dengan adanya persefahaman dalam ASEAN tentang fungsi tiap anggota untuk memastikan bekalan makanan mencukupi antara satu sama lain.
Tapi bila George Soros 'meliwat' matawang ASEAN, semua jadi tunggang langgang, persefahaman ASEAN diketepikan, sebab yang jadi keutamaan ialah keperluan rakyat sendiri dan yang paling kritikal, survival politik masing-masing.Sejarah berulang lagi, Thailand dan negara pengekspot lain telah menaikan harga beras. Malaysia tiada pilihan, terpaksa juga beli, tiap orang kena bayar lebih.
Good vision, bad strategy.
Kita sering mengabaikan signifikan sejarah. Kalau sejarah tak penting, mengapa Quran ada banyak paparan sejarah. Bagi yang tak sempat belajar sejarah di sekolah, jika disebut kemakmuran dalan satu tamaddun, salah satu maknanya yang penting ialah 'abundance of food'. Tamaddun manusia mesti bermula dengan keupayaan menyediakan makanan secukupnya untuk rakyat.
Ruangan ini bukan untuk menjelaskan sejarah, tapi cubalah 'surf' dan selidik apakah persamaan tamaddun Sumeria, Mesir, Inca, Maya, Aztec, Rom, China, Greece kalau bukan kerana hasil tani mereka. Lebihan hasil tani didagangkan dengan negara yang ada emas, perak, rempah ratus, arak, kain dan lain keperluan. Itu memastikan leher mereka tidak digenggam orang lain. Jika tidak mereka akan di cekik.
Itulah yang terjadi pada kita 10 tahun dulu. Walaupun tiada negara pengeluar makanan di ASEAN yang mencekik kita, tapi tindakan menyelamatkan diri masing-masing telah mencekik sesama sendiri. Yang jelas mencekik kita ialah Singapura. Semua tahu bank Singapore naikkan interest.
Bad situation, ugly friend.
Sekarang isu pengisian perut timbul lagi, bukan sebab faktor ekonomi tapi lebih dahsyat lagi, 'Wrath of Creator'. Kalau enviromentalis kata ' the mother nature has responded', lebih kurang sama juga lah maknanya.Beberapa bulan dulu, semasa melihat berita banjir di TV yang berlaku di Bangladesh, India dan China, tak ramai terfikir kesannya itu akan kita rasa sekarang ini. Pengeluaran beras di Asia berkurang secara dratik. Impot naik mendadak sebab secara purata stok beras di banyak negara Asia turun keparas kritikal. Negara pengekspot lain mula ambil sikap berjaga-jaga mengawal ekspot.
PBB dan IMF dah beri amaran dulu lagi. Jossette Sheeran dari World Food Programme, PBB, beberapa hari lau mengumumkan membatalkan bantuan makanan kepada 400,000 kanak-kanak sekolah di seluruh dunia, dan dua juta lagi diambang kebuluran sebab kekurangan bekalan dan bermacam lagi cerita 'seram' dari PBB dan IMF. Sekaramg kita kena fikir apa pula kesan kekurangan bekalan makanan sekarang ini untuk beberapa bulan akan datang? Apa lagi bahan makanan yang kita impot dari dari negara yang dilanda banjir itu ? Apa lagi benda yang berlaku sekarang, yang mungkin kita anggap tak penting, tapi mungkin beri kesan pada kita beberapa bulan atau tahun lagi?.
Kerajaan mungkin dah 'anticipate' beberapa hal, tapi tak nak bagi tahu, takut orang panik agaknya.
(Nostradamus ada menyebut tentang kebuluran yang melarat dalam ramalannya, dan diikuti pula oleh wabak penyakit. Foooh!)
Bad Sign, bad fortune.
Satu jasa PM Abdullah Badawi yang besar ialah merancakan kembali sektor pertanian ruji yang 'lesu' sejak 20 tahun lebih. Walaupun 'net profit' nya belum kita rasa, sekurangnya kita berada dilandasan yang betul dan satu-satunya benda yang betul dibuat oleh PM. Sektor pertanian ruji (staple food), ialah padi , sayuran, sumber protin, gula, minyak masak dan beberapa lagi. Nasib baik minyak kelapa sawit ,kita ada perancangan strategik sebab daya pengeluaran terhad pada negara tertentu dan nilai komoditi yang tinggi.Dibandingkan minyak masak, gula dan tepung yang dipacu oleh pihak swasta, makanan ruji yang lain tak mendapat perhatian perancangan strategik negara sejak 20 tahun dulu. Banyak bergantung pada impot dan pejanjian saja.Perkembangan dalam negara yang berlaku selama ini dalam sektor padi, sayuran, daging, tenusu, ikan dan yang lain lebih merupakan 'evolusi' teknologi, bukan 'revolusi' yang dipacu kerajaan untuk perubahan skala besar.
Sekinchan, kadar tuaian beras mereka paling tinggi di Malaysia, dikira dari nisbah tan dan keluasan. Am mengetahui, daerah itu sudah tiada lagi kawasan untuk diusahakan. Tapi kejayaan yang sekian lama itu hanya jadi dibanggakan untuk jadi kemegahan agensi pertanian setempat.Mengapa lambat sangat untuk diadaptasi kenegeri lain. Kalau Thailand boleh tuai tiga kali setahun, apa kurangnya Malaysia.
Dulu bos saya ada bagi tahu' "Hey...that's a good problem". Kali kedua saya dengar masa pertemuan tak formal denga businessman dari Australia. "OK... it's a good problem".
Barulah saya faham, problem pun ada dua jenis. Satu 'good' dan satu lagi 'bad'. Makna 'good problem' ialah bila kita dapat selesaikan, kita dapat munafaat, keuntungan dan kebaikan.Jadi kalau ada masalah nak guna model Sekinchan di Kedah atau masalah nak tuai tiga kali setahun, itu 'good problem', jadi 'fight for it' lah.
Good problem, bad problem
Semasa bekerja di Labuan, saya selalu makan nasi yang berasnya datang dari Limbang, Sarawak. Itulah nasi putih tersedap yang pernah saya makan di Malaysia. Sarawak patut menjadi pengeluar beras utama sejak dulu lagi kerana keluasan negeri yang ada.Sekarang bila dah terhantuk, barulah kelam kabut bagi berbillion ringgit untuk buat sawah di Sarawak.
Selangor pula, nak buat ladang lembu pula.Lebih bagus lah begitu jika dibanding dengan ladang individu yang beserak diseluruh negeri. Dulu bekas MB Selangor, ada buat ladang lembu ala 'Kobe beef', satu Malaya dicanangnya., dengar cerita lebih bagus dari Kobe itu sendiri dan murah pula tu, tapi apa ceritanya. kalau setakat lebih bagus dan murah, tapi tak sampai kepasaran , sama dengan tak ada. Harap boleh dengar progres ternakan ala 'Kobe beef' itu.Kalau positif, kita 'appreciate' lah. Jika tak, buatlah 'improvement', jangan 'give-up'.
Jadi apakah dasar pemakanan dan pertanian selepas Wawasan 2020 dilancar selaras dengan matlamat wawasan itu sendiri. Dalam hal ini, Kementerian Pertanian, apakah visi dan misi agensi dibawahnya selaras dengan visi/misi kementerian. Dan apakah pula visi/misi kementerian, menyokong visi/misi kerajaan dan Wawasan 2020, dan adakah Wawasan 2020 ada menyatakan dengan jelas arah tentang cukup sara makanan ruji untuk rakyat Malaysia.?
(beberapa tahun ini, kadar pertumbuhan bawah 7%, boleh lagi ke nak capai wawasan menjelang 2020?)
Mungkin ada kata, Singapura tak ada pertanian pun boleh jadi negara maju. Betul, sesiapa yamg kata begitu sebenarnya mengigaukan Singapura tentang 'the worst nightmare of Singapore administration'. Sama macam sebut 'bom' dalam kapalterbang.
Kita tahu kekuatan sektor kewangan mereka dan tenaga pakar mereka adalah dari bangsa yang paling tragis dan paling bijak di dunia.Selain itu, sikap diplomasi mereka yang terpaksa berbaik denagan diktator dan jeneral dari negara tertentu.
Pernah dalam tahun 2005, saya naik teksi di Singapura, kali kedua kesana dalam sebulan, fasal kerja.Saya tanya pemandu teksi itu yang kebetulan Melayu,lebih kurang 40 an.
"ramai ke Jews kat sini , bang?"
"Ramai dik" dia membahasakan saya adik.
"Diorang ni duduk dengan dia-dia saja, tak campur sangat dengan orang, selalu juga ada call teksi dari tempat diorang tu" abang teksi itu menambah.
"Diorang ni senang nak cam lah, tak tahu nak cakap macam mana, kalau Jews tu muka diorang lain sikit, lagi pun orang macam abang, bawa teksi, kita boleh tahu"
"Diorang ni banyaknya 'consultant' dengan 'government' lah." Sambung abang teksi itu.
Abang teksi tu ada sebut kawasan mana Jews itu ramai tinggal, tapi saya lupa dimana, dan beberapa kali juga dia sebut tentang rias muka mereka sepanjang perbualan itu.
Good brains , ugly faces.
Singapura tak ada 'resources' macam Malaysia, tapi mereka gunakan 'resources' yang ada, semaksimanya melalui 'k-economy' dan 'human capital'.
Pentadbiran Malaysia pula 'sesak' dengan program, 'blueprint' dan agensi pelaksana.Idea bersepah-sepah sampai tak tahu mana satu nak dikutip.Bulan lepas keluar cerita di TV fasal berjuta anak benih cili merah tersadai. Kononnya, tujuan projek itu nak bagi pada petani untuk dituai hasilnya. Tapi, hasilnya yang jelas ialah pembaziran. Tak tahu lah siapa pula yang 'supply' berjuta polybag itu.
Disarankan, kesemua YB, Ketua Pengarah dan Pengarah,baca buku pengurusan Jepun dan cari apa itu 7 jenis pembaziran. Bila dah baca, luaskan skop pemahamannya supaya 'resources' dan wang rakyat tak dibazirkan begitu saja.Sebelum pilihanraya Mac lalu, seorang Menteri mendedahkan tentang projek penanaman anak pokok bakau di utara Malaysia, kononnya satu program pasca Tsunami beberapa tahu dulu untuk memulih alam sekitar. Projek terbengkalai, benih bakau mati, hutan bakau jadi mimpi. Berapa banyak 'resources' telah dibazirkan. Masa, tenaga, wang, benih, kepakaran dan kawasan.
Malaysia, Tuhan dah kurniakan dengan segala 'resources' yang lebih dari cukup. Tanah subur, luas saujana mata memandang, baik dibukit atau dilurah boleh cucuk tanam, iklim baik sepanjang tahun, minyak membuak-buak, laut sekeliling negeri, hujan sepanjang tahun, air mencurah-curah dan kalau tak ditadbir dan digunakan, samalah macam mensesiakan nikmat tuhan. Itulah maksud ayat Quran, "yang baik dari tuhan, dan yang buruk itu dari manusia". Tuhan dah bagi segala yang baik , tapi kita tak gunakan untuk dapat munafaat, kita lah yang memnburukan keadaan.
The good from God, the ugly from men, the bad from whom??

16 April 2008

Pig Farm: Malay Media,be a catalyst of first class mentality!

by Motro
========================================
Menteri Penerangan dalam ucapan sulung di kementeriannya menyarankan RTM bakal bertindak sebagai "agen perubahan"
========================================
Minggu lepas, orang awam di Selangor telah dipalitkan dengan isu penternakan babi. Lama sebelum ini, isu babi di Selangor seperti di Tanjung Sepat pernah mendapat liputan luas di TV. Juga di Melaka, penternak babi dipaksa keluar dan cari tempat ternakan baru. Namun isu tersebut gagal untuk diselesaikan secara komprehensif. Penternakan haram terus berleluasa, yang berlesen pula, pengurusannya tak beretika, isu alam sekitar masih tak selesai dan mangsa keadaan masih raktyat biasa, terutama orang Melayu sebab sentimen agama.
Tiba-tiba Kerajaan Selangor mengumumkan satu projek yang komprehensif disamping dapat menangani implikasi negatif ternakan babi.
Persoalan utama dalam tulisan ini bukan bagaimana projek itu bakal menyelesaikan isu yang dah berpuluh tahun. Itu tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyampaikan secara efektif.
Namun isu utamanya ialah bagaimana media arus perdana (elektronik dan cetak), juga ahli politik meng'instrumen'kan isu tersebut untuk menyentap emosi rakyat biasa yang tak sempat mendapat penerangan secukupnya.
Selangor telah mencapai status negeri maju di bawah kerajaan BN. Rakyat Selangor dan Malaysia amnya harus dicetuskan untuk berfikir secara bijak dan rasional sejajar dengan status negeri ini. Pemangkinnya ialah orang berpendidikan yang rapat denagn rakyat. Tak lain tak bukan ialah ahli politik dan orang media.
Namun isu ini digembar-gemburkan oleh media arus perdana dengan andaian-andaian cetek dan rakyat biasa disogokan dengan kesangsian dan keresahan. Dengan latar belakang akademik ahli politik dan orang media, mereka tahu impak positif yang dapat disumbangkan oleh keputusan kerajaan Selangor itu, tetapi lebih rela membelakangkan ketinggian intelektual mereka sendiri dengan menyampaikan berita yang mengusutkan keadaan.
Penternakan babi yang sistematik dan moden, ditenggelamkan dengan isu-isu subjektif. Dari liputan media, seolah-olah tiada bezanya ternakan cara moden dengan cara tradisional.
Rakyat sudah faham, dalam negara majmuk, menghalang penternakan babi bukan satu pilihan, kerana permintaan tetap wujud, mencecah berbillion ringgit (cukai dikutip kerajaan pun bukan sedikit), tapi bukan itu isunya.
Isunya, dari pihak berkuasa bertungkus lumus menjejak pencemaran yang dilakukan penternak babi, lebih baik penternak diberi tempat khas, dididik dan didedahkan denga pengurusan moden, menjamin alam sekitar dan menjamin keselesaan rakyat setempat. Ternakan babi ini, walau dimana pun, memang mendapat tentangan penduduk setempat, jadi lokasi juga mesti mengambil kira supaya pihak berkuasa dapat membuat pengawalan dan pemantauan yang cekap. Jadi cadangan di buat disebuah pulau, mungkin tak praktikal.
Dengan ini tak perlulah Karam Singh Walia keluar masuk ladang babi. KSW boleh beralih kepada isu yang lebih berat, disamping membongkar kelemahan sistem perundangan dan pengurusan alam sekitar yang disimpulkan denga pantun-pantun sadisnya. Wartawan seperti beliau patut diramaikan lagi, begitu juga dengan Wan Kamarudin (walaupun trademark 'apakah jadahnya' agak keras). Meraka adalah wartawan yang membuat orang berfikir.
Sedikit masa dulu, ramai pemimpin mengatakan Malaysia punyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga. Diharap melaui tulisan ini kita berjumpa sebahagian jawapannya.
Banyak pihak bersetuju, salah satu punca keputusan PRU memihak kepada pembangkang sebab media terlalu banyak melaporkan hal negatif tentang pembangkang. Namun mereka masih tidak mahu mengambil iktibar dan memperkecilkan tahap pemikiran rakyat marhaen.
Kegusaran yang jelas dari situasi ini ialah bagaimana acuan pemikiran rakyat yang hendak melangkah hidup dalam negara maju, sedangkan agen pembentukan minda rakyat iaitu media, belum terlepas dari kongkongan dunia ketiga.
Sebagai agen perubahan, mereka patut sudah sampai ketahap pemikiran kelas pertama. Hanya 12 tahun saja lagi menjelang Malaysia dinobatkan setaraf dengan Singapura, negara maju. (Rakyat juga faham peranan media kerajaan atau pro kerajaan yang menyebelahi kerajaan, tetapi jangan pula kebenaran yang tak menyebelahi pemerintah disulam dengan cerita-cerita 'twillight zone'.
Saranan Menteri Penerangan untuk RTM menjadi agen perubahan, harus disambut oleh agensi media yang lain.Namun peubahan yang dimaksudkan mesti holistik, pemikiran dan pendekatannya.
Mungkin ya atau tidak, kredibiliti dan integriti media patut dijadikan satu 'pre-requisite' untuk pengiktirafan sebagai negara maju. Sebabnya mudah saja, bagaimana untuk menjana dan mengekalkan minda kelas pertama dikalangan rakyat jika agen penyebaran maklumat hanya dikelas ketiga.
Pihak media harus menunjukan pada rakyat yang mereka memiliki 'set of thinking' yang betul dan berwibawa. Paparkan pada rakyat maklumat yang disiarkan hasil dari 'methodology' yang kukuh. Rakyat harus digalakan berinteraktif dengan maklumat yang tepat. Reputasi media akan dipersoal jika mereka memainkan isu tanpa 'homework' dan sumber yang tak ' reliable'.
Kerajaan mensasarkan 40% rakyat mempunyai pendidikan formal sekurangnya diploma. Ini harus dijadikan 'benchmark' intelektual rakyat.
Ada pihak mengatakan terlalu banyak hiburan dihidangkan oleh media dan unsur-unsur 'hedonisme' telah menjalar dengan subur. Ini akan kita bincangkan di lain ruangan.
Pentadbir dan pengamal media mesti melihat apa sumbangan mereka dalam membentuk minda masyarakat supaya pemikiran rakyat sentiasa berinteraktif dengan suasana dalam dan luar negara. Tingkap untuk melihat dunia luar dan masa depan adalah media TV dan suratkhabar, kerana keduanya masih popular dan menjangkau keserata pelusuk negara.
Diawal kebangkitan nasionalisme Melayu, golongan guru dan wartawan lah yang berperanan besar dan golongan ini dihormati untuk sekian lama. Mereka berjuang untuk mengubah 'mind set' rakyat ketika itu. Golongan inilah yang mencetuskan artikel-artikel yang memberi acuan yang betul dalam membentuk pemikiran rakyat masa itu.
Namun bila masa beredar, golongan guru tidak lagi disanjung. Jika wartawan dan orang media pula bakal tidak dihargai dimasa depan, 'sendiri mau ingatlah', jika mereka sendiri merendahkan martabat profession mereka. Mereka harus menjaga taraf intelektual mereka tanpa di 'barter-trade' kan dengan gelaran, banglo,mercedes dan saham.
('media' merujuk kepada televisyen dan suratkhabar arus perdana)

04 April 2008

Hishamuddin, enter the Grand Master , Khairi??

Dalam permainan catur,kadangkala ada gerakan yang dibuat saja-saja, iatu gerakan yang dibuat tanpa niat mengancam. Kalau kaki main catur, istilahnya ialah GOYANG. Selalunya pihak yang menyerang buat begitu, sebab ada kalanya permainan jadi buntu. Jadi untuk memecah kebuntuan, GOYANG itu dibuat semata-mata untuk melihat apa yang bakal dibuat oleh lawan atau membaca rancangan lawan. Kadang-kadang dengan GOYANG juga, lawan akan terbuat 'fatal mistake'.
Mukhriz dan Khir sudah buat pengumuman bertanding Ketua Pemuda. Hishamuddin dah masuk 'Grand Master league'. Apa fasal kedua-dua yang bertaraf 'knight' ini nak berlaga satu sama lain. Mereka sebenarnya bukan nak berlaga, semua dah nampak kedua-dua knight itu duduk semeja dalam satu forum.Memang dah ada satu kompromi. Mereka nak halakan 'rook' lawan ke posisi 'dormant', supaya dia tak berfungsi sangat, silap haribulan pawn pun boleh makan rook. Tak lain tak bukan Khairi adalah rook. Kalau ada yang tersasul cakap 'crook' pun tak apa, sebab dia pernah mengaku dia itu crook...budak nakal.

Jadi Khairi nak pergi mana lagi, dia terpaksa lawan. Dua knight tadi dah berpakat, nak paksa Khairi masuk gelanggang.Kalau Khairi tak lawan, meskipun dia berjaya pertahankan jawatan sekarang, maknanya boss baru dia ialah musuh ketatnya. Sanggup ke Khairi??

Jadi mau tak mau dia kena lawan, bila dia umum nak lawan, seorang antara dua knight tadi akan tarik diri dan masuk bertanding Naib Ketua Pemuda yang dikosongkan Khairi. Akhirnya pertandingan 2 penjuru untuk Ketua Pemuda.
Kalau ikut rekod, 2 knight itu dapat undi tertinggi dalam pemilihan lepas. Mukhriz tertinggi dalam Exco Pemuda, Khir dalam MT. Tak ada lagi orang yang boleh acah-acah dua knight ini.

Matlamat Khir dan Mukhriz ialah nak melenyapkan rook. Kita tengok saja lah apa nak dibuat oleh pemuda 'Oxbridge clan' itu.

Masa Knight buat surat suruh King turun takhta, Hishamuddin tak buat apa pun. Maknanya dah dua kali Mukhriz tak dikenakan tindakan oleh Pemuda, jentik pun tak. Khairi senyum tawar saja.

Ada orang cakap, apa yang knight buat hari itu, adalah GOYANG yang dibuat Hishamuddin. Dia nak tengok apa pihak lagi satu nak buat. Signalnya jelas, jalan nak jadi salah seorang Grand Master, cantik. (cousin kat atas boleh sambut)

by motro




03 April 2008

To protect Malay is to "nationalise" Malay. (mempertahankan Melayu ialah men"kebangsaan"kan Melayu)

Bangsa dan Kebangsaan
Saya berbual fasal keputusan pilihanraya di kedai kopi mamak dengan seorang tua, 83 tahun. Orang kampung panggil dia, Bob, saya pun memang panggil dia Bob walaupun tua dari mak saya.

"kita ni cakap pasal bangsa saja, semangat bangsa saja....tapi kebangsaan tak ada..."
Saya tersentak dengan ungkapan spontan Bob itu.

"orang politik ni sibuk pasal bangsa saja... kebangsaan tak"
Ulang Bob lagi.

Saya lihat itu memang sinonim dengan situasi pilihanraya ke 12 ini. Sana sini sibuk dengan hak ketuanan Melayu yang kononnya tercabar sebab Penang jatuh ke DAP, kemudian EXCO DAP paling ramai di Perak, isu nak memulaukan angkat sumpah, isu songkok, etika pakaian, tak hormat Sultan (peliknya orang Melayu sendiri yang kurang ajar dengan Sultan), isu timbalan menteri dan banyak lagi yang berkelibatkan perkauman.

Saya tak tahu tahap mana pengetahuan Bob fasal politik. Dia lebih terkenal dengan madu tiganya. Tapi sekarang tinggal seorang saja, yang dua lagi dah ke rahmatullah. (innalillah)

Namun kalau masa UMNO (lama) ditubuhkan, Bob dah berusia 21 tahun, saya kira banyak sudah tempias politik dia dah rasa sebagai masyarakat marhaen. Jadi apa yang Bob cakap tadi memang relevan. Jarang sekali sesama Melayu cakap fasal kebangsaan. Selalunya soal kebangsaan ini timbul dalam urusan berbilang etnik saja. Sebagai 'extension' untuk istilah 'kebangsaan' dalam senario politik semasa ialah 'Bangsa Malaysia'.

Sepanjang pra dan pasca pilihanraya ini, tak pernah pula saya terbaca ungkapan tadi dalam TV, suratkhabar kerajaan, suratkhabar kiri, blog kanan atau blog kiri.

"bangsa dan kebangsaan"
Dua perkataan yang sama tapi berlainan maksud dalam konteks politik Malaysia.

Wakil Raktyat
Seminggu selepas pilihanraya, saya sempat berbual dengan pakcik saya, seorang pejuang UMNO tulen. Saya panggil Pakcik Othman, baru saja dapat gelaran Datuk. Seorang 'hard core' UMNO, aktif sejak sebelum merdeka lagi. Sekarang berumur 77 tahun. Semangat nasionalisme UMNO beliau hebat.

"yang jadi masalah ialah ketua-ketua bahagian dan pegawai kerajaan....implementation itu yang jadi masalah"
Itu ungkapan Datuk Othman mempertahankan pucuk pimpinan negara.

"diorang ni yang merosakan nama UMNO....orang-orang peringkat pertengahan ini yang banyak tak betul....kita kena cari pemimpin yang bagus, yang boleh kerja"
. sambung Datuk.

"tapi Pakcik, orang-orang macam itulah yang ramai dalam UMNO, diorang lah...yang masuk politik semata nak projek....cari makan". Saya sambung.

"ada lagi......ada lagi yang baik-baik dan yang lebih bijak dari Mahathir pun ada" balas Datuk Othman.

OK, itu pendapat beliau, tapi sekarang ini UMNO sebenarnya memerlukan 'instant remedy, corrective action' untuk 'damage control'.

Sebelum itu Datuk Othman agak setuju dengan saya bila saya cakap ramai wakil rakyat sekarang lebih merupakan wakil kerajaan. Sang wakil memberitahu masyarakat marhaen apa aspirasi kerajaan untuk rakyat !!, bukan nak tahu apa aspirasi rakyat yang patut dibawa ke Parlimen ataupun Dewan Undangan. Jangan dibuat organisasi politik macam organisasi syarikat.

Organisasi politik berbeza dengan organisasi syarikat. Dalam syarikat, arah tujunya datang dari 'top to down'. Arahan datang dari atas dan dituruti ke bawah. Perlantikan berlaku dari atas ke bawah.

Politik pula dari bawah ke atas. Aspirasi, kehendak, keperluan rakyat dibawah yang mesti diperjuangkan oleh orang di atas. Perlantikan dilakukan melalui undi orang di bawah untuk melantik wakil dan pemimpin di atas.

Tidak keterlaluan dikatakan banyak wakil rakyat sudah lupa, lalai denagn fungsi mereka, 'purpose of their existance'. Barulah sekarang nampak kelam kabut nak tahu apa orang bawah risaukan. Selama ini mungkin sibuk dengan hal lain. Contohnya, apa rasional nya wakil rakyat buat rumah besar macam istana dikawasan perumahan sederhana.?

Apa mesej pertama yang sampai kepada rakyat yang mengundinya, melihat rumah wakil rakyat mereka tersergam indah bak istana.

Tak mungkin ada yang terlintas "bagusnya wakil rakyat kita, rumah dia besar sebab banyak tolong kita"
Mungkin dah hilang akal kalau ada yang kata begitu.
(namun, doakan untuk kebaikan bagi mereka yang telah pulang kerahmatullah)

Memang tak dinafikan hak seseorang untuk mengecapi kemewahan hidup atas titik peluh sendiri. Namun, seperti yang disebut tadi, jangan lupa 'fungsi' seorang wakil rakyat. Mereka ialah individu tempat rakyat mengadu, mungkin ada yang mengidolakan mereka, gerak geri mereka jadi perhatian. Jadi 'the magic word' nya ialah 'kesederhanaan'. Rumah besar tak jadi hal, tapi tidak terlalu menonjolkan kemewahan.

Najib pernah beritahu dalam TV, Allayarham Tun Razak pernah menidakkan permintaan anak-anak nya untuk membuat kolam renang di rumah bimbang apa orang kata nanti.
Tun Razak melihat kolam renang sebagai satu simbol kemewahan dan tak manis dipandang rakyat seorang pemimpin hidup mewah. Allhyarham faham fungsi beliau.

Kalau nak buat rumah, biarlah rumah yang mesra rakyat. Kalau ya pun memang nak bergaya hidup mewah, tak payah lah dibuat ditengah masyarakat biasa, marhaen. Buat lah ditempat lain, dirumah percutian ke, rumah kedua ke atau rumah bini kedua.

Bukan nak cakap apa, Menteri paling cool, Nik Aziz Nik Mat. (memang ni'mat hidup beliau)

Sistem Nilai (Value System)
Berbalik pada soal pokok, soal mempertahankan ketuanan Melayu. Orang Melayu memang cukup sensitif fa
sal ketuanan, hak bangsa Melayu tapi kurang peka fasal isu kebangsaan.(bak kata Bob tadi). Kebelakangan ini, sebab banyak 'upset' dalam pilihanraya, orang-orang politik, persatuan dan pertubuhan tak kering gusi cakap fasal ketuanan Melayu, tak cukup website nak tulis fasal maruah orang Melayu. Tapi apa itu ketuanan Melayu yang sebenarnya.? Apa punca sebenar yang menyebabkan genting sangat ?....atau benar ke memang genting atau ada agenda disebaliknya ?

Perlembagaan kita dah cukup menjaga isu itu semua. Perlembagaan persekutuan dan setiap negeri beraja sudah memperuntukan hak ketuanan Melayu itu. Tak cukup dengan itu, berapa banyak pula institusi kerajaan atau badan-badan yang 'directly' mahupun 'indirectly' menjaga kepentingan orang Melayu dan pri bumi lain.

Sekarang, samaada peruntukan perlembagaan itu akan terus kekal hanya bergantung pada 'dinamisme' orang Melayu dan dinamisme itu tak dapat diterjemahkan dalam perundangan.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pernah menegaskan, orang Melayu perlu bersatu bagi mempertahankan 4 perkara yang termaktub d
alam perlembagaan iaitu, orang Melayu iaitu penduduk asal negeri-negeri Melayu mempunyai hak yang istimewa sebagai rakyat Malaysia, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia, agama Islam ialah agama rasmi Malaysia, Raja-Raja Melayu adalah Raja Berpelembagaan dinegeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia."
Mingguan Malaysia,Ahad, 23/3/08,Analisa Massa, m/s 8, perenggan 14.

Saya rasa orang bukan Melayu tak ada hal dengan ketuanan Melayu, Kesultanan Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama rasmi Islam dan bahasa Melayu. Sudah beratus tahun orang bukan Melayu hidup di tanah yang bersultankan Melayu. Apa yang mereka mahukan ialah kesaksamaan peluang dalam negara yang merdeka. Soal ketuanan, mereka faham sudah. Sudah termaktub dalam perlembagaan.

Jika ada yang tak puas hati pun tak cukup nak jadi 'critical mass'. Kalau jadi 'critical mass', barangkali pencetusnya ialah orang Melayu sendiri. Jika orang Melayu tak henti-henti melaungkan hak istimewa orang Melayu, minta perlindungan dalam sistem tender terbuka, minta itu dan ini kononnya untuk melindungi hak istimewa, orang bukan Melayu akan melihat itu sebagai sikap meminta-minta dan mendesak kerajaan. Jika orang Melayu sendiri yang terbawa-bawa dengan sentimen bangsa Melayu lantas mengenepikan semangat kebangsaan, akan timbul rasa 'double standard' dikalangan orang bukan Melayu dan boleh mengakibatkan 'snow ball' dan 'avalanche' ketidakpuasan hati bukan Melayu.

Orang Melayu mesti mempamerkan kualiti yang mereka 'worth being born as son of the land' hasil dari kebijaksanaan, kehebatan dan dominasi mereka sendiri. Bukan semata-mata sebab darah daging mereka. Darah daging dan keturunan hanya satu bonus yang tertulis atas surat beranak saja.

Lantaran dari kata-kata TDM diatas, bersatu saja tidak mencukupi jika tak ada strategi. Bersatunya Melayu untuk menjadi lebih berilmu, bijak, berhemah, rasional dan berugama itulah yang akan menjamin ketuanan orang Melayu. Kualiti-kualiti itulah yang akan mengangkat martabat orang Melayu dan menjadikan mereka dominan.

Tapi jika bersatu dengan mempamerkan kuantiti, hanya untuk mendesak, memprotes,membuat tuntutan, berethorik, berslogan dan ber 'resolusi' dalam dewan dua tahun sekali, tak akan membantu ketuanan Melayu. Hanya ketegangan kaum yang akan wujud. Nilai kebangsaan akan terencat. Dominasi Melayu akan jadi 'liability' dari aspek kebangsaan.

Senario sekarang amat berbeza dengan tahun 70' an. Peristiwa 1969 tak boleh dijadikan sandaran untuk merelevankan hak orang Melayu mendapat keutamaan.Lama-kelamaan 1969 akan dilupakan, kita kena maju kedepan. Tak boleh lagi bersikap nostalgik. Bilangan orang Melayu kaya pun sudah ramai. Kepincangan orang Melayu akan terserlah jika pola taburan kekayaan Melayu tak seimbang. Jika lekuk graf nya hanya tertumpu pada julat yang kecil, itu bermakna jurang kaya dan miskin adalah tinggi. Jika itu berlaku orang Melayu sendiri ada masalah dalaman.

Lama kelamaan konsep kontrak sosial akan terhakis. Sampai bila pemimpin Melayu nak menjaja kontrak sosial ini dalam dunia globalisasi dan perdagangan bebas. Dalam pembahagian kerusi pilihanraya, adalah relevennya tapi dalam pembahagian ekonomi, tender dan kontrak, itu bergantung pada 'capabality' bukan 'cablelity'.

Apa juga dasar dan pilicy mesti ada 'life-cycle' nya. Tentu ada titik noktahnya. Apa juga program dan plan ekonomi mesti ada 'dateline' nya.Mana mungkin menggunakan analogi "apabila orang Melayu dah bersedia"
Itu samalah seperti beri ikan kap jepun makan, ikan tak bagi tahu dia dah cukup makan ke belum. Silap-silap ikan itu mati sebab terlebih makan.
Atau macam kes Air Asia dengan MAS fasal 'KL-Singapore route'.Tony Fernandez cakap dia tak boleh tunggu sampai MAS dah sedia dengan 'turn-around plan' nya.

Dan tiap program tidak akan berjaya jika tiada pemacuan untuk menjadikan orang Melayu lebih dinamik.
Jadi apa pemacuannya. Ada mengatakan Revolusi Mental tidak sama-sama dilancarkan pada tahun 70' an seiring dengan DEB untuk memacu dinamisme orang Melayu.

Bangsa Cina, India dan Israel (bukan zionis) mempunyai sejarah panjang yang boleh dijejak hingga 5000 tahun dulu. Contohnya, upacara tradisi dan ritual yang mereka amalkan sekarang boleh dirujuk dalam teks dan manuskrip yang ditulis pada tahun-tahun sebelum masihi lagi. Dengan lain perkataan, sistem nilai (value system) mereka telah berakar umbi ribuan tahun dulu.Dari sini lah lahir nya dinamisme mereka.
Itulah sebabnya diaspora mereka terserlah dimana saja. Salah satu faktor utama diaspora mereka, juga didorong oleh keterlibatan mereka didalam aktiviti ekonomi.

Satu ketika dulu ada 300 ratus orang Melayu di Liverpool, pelayar yang berasal dari Malaya. Kini cuma tinggal kurang dari 10 orang.
Orang Melayu di Afrika Selatan tidak langsung berbahasa Melayu.

Saya kira sistem nilai kita tak sekukuh dan setua sistem nilai orang Cina, India atau Israel. Maksudnya kita harus kenal dan akui kelemahan kita dan mengenal pasti cara mengimbangi kelemahan itu dengan kekuatan yang kita ada. Namun apa pula kekuatan kita atau nilai yang telah kita pupuk dalam tempoh beberapa ratus tahun dulu?

Saya bukan ahli antropologi untuk merungkai persoalan ini, jauh dari untuk membuat kesimpulan kerana keterbatasan ilmu. Walau apa pun, saya pun orang Melayu. Nak mencari kekuatan dan kelemahan orang Melayu itu, mungkin sekadar melihat dalam diri saya saja.

Bagi saya kekuatan orang Melayu ialah ketaatan dan toleransi.Ketaatan orang Melayu pada pemimpin bermula dari zaman feudal lagi, dan diteruskan ke zaman kapitalis dan demokrasi ini. Toleransi ialah kemampuan orang Melayu untuk memaafkan selagi ada alasan yang dapat memujuk hati mereka. Jika ketaatan dan toleransi itu dibayar dengan keikhlasan, kejujuran dan kesopanan, itu sudah memadai.
Tetapi jika sebaliknya, ketaatan dan toleransi itu akan hilang secara drastik. Ia tak perlukan masa yang panjang untuk orang Melayu melakukan perubahan.

Hang Jebat dan Laksamana Bentan adalah contaoh klasik. Toleransi dengan Inggeris tamat demi menjaga kedaulatan Raja Melayu bila perarakan menentang Malayan Union berlaku. Imuniti Raja pula dilucutkan tak lama selepas kes kerabat raja terlibat dalam pergaduhan dengan rakyat biasa. Perarakan menentang kepimpinan UMNO berlaku sebaik Anwar Ibrahim di pecat. Orang Melayu tak teragak-agak mengundi DAP semata-mata nak menunjuk ketidakpuasah hati pada pemimpin Melayu.

Itu semua berlaku dalam masa yang singkat. Itu semua berlaku bila toleransi orang Melayu sudah sampai kemuncaknya. Lantaran itu ketaatannya lupus.

Jadi ketaatan dan toleransi orang Melayu itu wajib dihormati oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu, jangan sesekali dikhianati sebab itu lah kekuatan Melayu sebagai satu entiti masyarakat. Jika dikhianati, kekuatan itu bertukar menjadi kekuatan yang 'destructive'.

Ketuanan orang Melayu hanya dapat dipertahankan dengan semangat kebangsaan bukan semangat bangsa. Mempertahankan ketuanan orang Melayu bukan terletak pada dasar atau polisi kerajaan. Ketuanan orang Melayu bergantung pada bagaimana orang Melayu hendak dilihat dari kacamata orang bukan Melayu. Nilai kebangsaan mesti dihadapan. Penghormatan bukan suatu yang diwarisi tapi deperolehi dari masa kesemasa.
Untuk kesekian tempoh 50 tahun dulu segelintir pemimpin lampau telah menyuntik nilai-nilai songsang dalam budaya Melayu.Orang Melayu mesti berani untuk meninggalkan cara pemikiran yang disogok selama 50 tahun itu
.Kualiti Melayu mesti ditingkatkan dengan nilai-nilai baru untuk menjamin ketuanan Melayu.

Written by: Motro