31 May 2012

Siapa Makan Cili Terasalah Pedasnya


Siri 1 : Raja Lembong

Pada suatu masa dahulu disebuah negeri disebalik samudera, ada seorang raja yang pintar, pandai bercakap dan berpidato. Bijak memerintah dan menewaskan lawannya. Suka membaca dan menulis syair.
Rakyat menyukai raja sebab negara aman dan banyak pedagang datang berdagang. Rakyat jadi senang dan kaya kerana banyak hasil negeri dapat diniagakan.

Hari berganti bulan, tahun berganti dekad. Pada suatu hari raja buat keputusan yang silap . Baginda telah mengarahkan batu bersurat yang menjadi kemegahan negara dialih ketempat lain. Sedangkan batu bersurat itulah lambang tamadun dan asal usulnya negara tersebut selama ini. Dibatu bersurat itulah tertulis rukun tertib negara.
Batu bersurat itu kononnya hendak dialih ketempat yang lebih selamat. Sebenarnya raja telah mendapat nasihat dari pedagang supaya dialihkan batu bersurat itu sebab tapaknya hendak di buat bangsal barang dagangan.

Ramai rakyat tidak bersetuju namun kuasa ditangan raja. Akhirnya kerja mengalihkan batu bersurat yang berpuluh bongkah itu dilaksana dan diselesaikan.

Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Sewaktu kerja pengalihan batu-batu bersurat itu, sebuah batu lagi dijumpai tertanam. Batu itu mengatakan satu perihal peraturan negara yang agung. Ia mengatakan jika raja berbuat salah, ia boleh dihakimi. Perkhabaran ini dimaklumkan pada raja. Raja termenung dan mendiamkan diri.
Bijak pandai dikalangan rakyat telah mengetahui hal ini dan ingin mengambil tindakan terhadap raja kerana tindakan raja mengalihkan batu bersurat itu mencemari warisan kerana dibatu bersurat itulah ditulis rukun tertib negara yang ditulis oleh nenek moyang raja itu sendiri dan boleh menyebabkannya musnah.

Setelah berbagai halangan ditempuhi oleh bijak pandai dikalangan rakyat jelata untuk menghakimi sang raja, maka tiba lah hari yang ditunggu. Dakwaan yang dibuat ialah sang raja dengan sengaja mengarah dan mengalihkan batu bersurat ke suatu tempat yang boleh mengakibatkannya musnah.Pada ketika sang raja hendak berangkat ke dewan hakim, raja tiba-tiba jatuh sakit. Rakyat jelata tertanya-tanya apa penyakit yang tiba-tiba menimpa raja. Nujum istana mengatakan penyakit itu berasal dari negeri atas angin, namanya 'alzhemeir'. Rakyat jelata hairan, tidak pernah didengar nama penyakit itu.

Namun penghakiman tetap dijalankan. Bila soalan diajukan pada raja, raja terdiam dan riak mukanya seolah cuba mengingat sesuatu. Di cuba juga untuk ingat tapi akhirnya raja menjawab 'beta lupa peristiwa mengalih batu bersurat itu'.
Ditanya lagi, berapa bongkah batu bersurat yang diperintah raja untuk dialihkan. Jawab raja 'beta lupa'. Ditanya lagi dengan siapa perbincangan dibuat untuk mengalih batu bersurat itu. Jawab raja 'beta lupa'. Begitulah seterusnya, tiap kali soalan, jawapannya, 'beta lupa'.
Oleh kerana itu, tiadalah hukuman dikenakan kerana raja sudah jatuh sakit, sakit lupa. Ironinya, bertahun sebelum itu, raja pernah menulis sebuah syair berjodol 'Rakyat ku mudah lupa'. Kini, raja pula yang jadi pelupa.

Tidak lama selepas raja turun takhta kerana penyakit lupanya itu, raja sudah mula menulis syair. Ada juga dikalangan rakyat ingin tahu apa kah syair yang ditulis raja. Tajuk syairnya itu 'dukun didalam rumah'. Peliknya syair itu mengisahkan cerita-cerita dan pengalaman raja yang berdekad lamanya. Rakyat tertanya-tanya, apakah raja telah pulih dari penyakitnya?

Sun Tzu : The Art of War (Bab 6, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The  Art  of  War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 6/13

Kerapuhan dan Keampuhan

Du Mu » Ahli ketenteraan mengelakkan yang ampuh dan menyerang yang rapuh, dengan itu mereka terlebih dahulu harus mengenali kerapuhan dan keampuhan pada orang lain dan diri mereka sendiri.

(6.1) Master Sun
Mereka yang tiba dahulu di medan perang dan menunggu pihak lawan (akan) berada dalam selesa; mereka yang terakhir tiba dimedan perang dan (terus) menuju kedalam pertempuran akan keletihan.

Jia Lin » Mereka yang terlebih dahulu mengambil tempat yang memberi kelebihan (strategik) dan menungu pihak lawan adalah lebih bersedia, dengan itu pasukannya lebih tenang. Jika pihak lawan berada diposisi yang ada kelebihan, jadi kamu tidak harus merapati mereka, jauhkan pasukan kamu pergi ke tapak lain, buat ianya kelihatan kamu tidak akan menentang mereka. Pihak lawan akan fikir kamu tiada strategi, dan akan datang menyerang kamu. Kemudian kamu akan dapat mengubah keadaan dan membuatkan pihak lawan kepenatan tanpa melemahkan kamu.


(6.2) Master Sun
Lantaran itu pahlawan yang handal membuatkan pihak lain (lawan) datang pada mereka, dan tidak pergi pada yang lain (pihak lawan).

Du Mu » (Bila kamu) Membuatkan pihak lawan datang pada kamu, kamu harus memelihara kekuatan kamu dan tunggu mereka, jangan pergi kearah mereka bimbang akan meletihkan diri kamu.

Zhang Yu » Jika kamu membuatkan pihak lawan datang menyerang, kekuatan mereka akan sentiasa rapuh . Jika kamu tidak pergi melawan, kekuatan kamu sentiasa ampuh . Ini adalah seni merapuhkan yang lain dan mengampuhkan diri kamu.


(6.27) Master Sun
Lantaran itu kejayaan dalam peperangan bukan boleh diulang-ulang, tetapi jadikannya keadaan yang tiada penamat.

Li Quan » Tentukan perubahan sebaik mungkin, jangan ulangi strategi terdahulu untuk mencapai kemengangan.

Du Mu » Apa jua formasi pihak lawan bakal gunakan, dari mula lagi saya boleh sesuaikan dengan mereka untuk mencapai kemenangan.

(6.28) Master Sun
Formasi ketenteraan umpama air - bentuk air ialah mengelak dari tempat tinggi dan turun ke bawah, bentuk kuasa ketenteraan ialah mengelak keampuhan dan menyerang kerapuhan; aliran air ditentukan oleh bumi, kejayaan kuasa ketenteraan ditentukan oleh pihak lawan.

Li Quan » Bagaimana kamu boleh memastikan kemenangan jika tidak berdasarkan bentuk rupa musuh? Briged yang kecil tidak boleh bertahan lama, jadi jika kamu berterusan menyerang, tidak dapat disangkal lagi kekalahan mereka;briged yang besar tidak akan gagal bertindak-balas terhadap provokasi dan menonjolkan dirinya. Jika tentera lawan marah, malukan mereka; jika tenteranya kuat, biar mereka berehat. Jika jeneral lawan riak, malukan dia, jika jeneralnya tamak, umpan dia, jika jeneralnya berwaspada intipnya serapat mungkin - dengan itu tatacara kemenangan ditentukan dengan berpandu pada musuh.

(6.29) Master Sun
Jadi kuasa ketenteraan tiada bentuk yang tetap, air tiada bentuk yang tetap: kemampuan untuk peroleh kejayaan dengan mengubah dan menyesuaikan berpandukan (tindakan) musuh digelar genius.