22 May 2011

Sumpah itu boleh mempersendakan tuhan ?


Ditulis oleh Motro

Saudara Saudari, baik yang Pakatan Rakyat ataupun UMNO BN.
Perjuangan Pakatan Rakyat  bukan hanya berkisar tentang Datuk Sri Anwar Ibrahim. Setiap hari baik di media alternatif apatah lagi di media arus perdana (MAP), kisah fitnah DSAI terus dipaparkan.

Kadang-kadang rasa naik muak pula asyik dihidangkan dengan isu fitnah ini. Blogger dan pengamal media pro PR pula jangan terikut-ikut sangat rentak MAP ini.
DSAI adalah bahagian penting dalam gerak perjuangan PR. Agenda PR ialah untuk mengembalikan kedaulatan raja-raja, badan kehakiman, badan eksekutif dan ‘legislature’ di Malaysia ini.

Namun DSAI diserang siang dan malam kerana beliau lah Jeneral perang PR nombor satu. Lawan tetaaaap lawan…………..

Ada dua sebab isu fitnah ini dimainkan oleh  MAP, pertama hendak mempengaruhi minda dan arah pemikiran orang luar bandar. Keduanya ialah mengenepikan isu –isu besar dari perhatian rakyat. Dengan adanya isu fitnah Anwar, rakyat di bandar atau luar bandar hanya memperkatakan isu itu. Cuba kita dengar dimana-mana kedai kopi, jika mereka berbicara fasal politik, apa kah isu yang dapat perhatian. Tak lain tak bukan ialah cerita budak Saiful dan video fitnah porno.

Padahal masih ada banyak isu boleh dibualkan berkenaan hidup derita rakyat, kebobrokan pemimpin kerajaan UMNO-BN, kesongsangan penggunaan duit dan dana untuk rakyat, kepincangan pentadbiran kerajaan UMNO-BN, harga barang naik. Isu-isu tersebut amatlah dekat dengan kehidupan harian rakyat jelata. Tetapi MAP telah ‘mencurinya’ dari perhatian rakyat marhaen dan membiarkan rakyat jelata leka dengan kisah fitnah ‘sodomy’ dan video lucah. Mereka tidak peduli samaada rakyat akan percaya atau tidak, yang pentingnya rakyat harus dibiarkan leka dan khayal.

Isu sumpah
Cuba kita lihat isu sumpah dari konteks yang lain. Apakah maknanya bersumpah dengan nama Allah?

Bersumpah dengan nama Allah maknanya kita menyerahkan pengadilan dan penghukuman kepada Allah swt. Apabila berlaku ‘deadlock’, tiada lagi upaya manusia untuk mengemukakan bukti, saksi dan mempertahankan diri seperti kisah Lian dizaman Rasulullah. Sumpah boleh dibuat.

Apabila sumpah telah dilafazkan, bermakna putusnya campurtangan manusia dalam kes tersebut kerana ia telah diserah kan pada Allah swt untuk mengadili dan menghukum. Tidak ada manusia sepatutnya memperkatakan lagi tentang kes tersebut. Jika kita masih merperkata dan mempertikaikan bermakna kita telah mencabar kuasa Allah swt. Itulah yang dinamakan mempermainkan sumpah.

Kita ambil analogi yang mudah, apabila sesuatu kes telah dibawa ke mahkamah sivil, tidak ada sesiapa pun diluar mahkamah, samaada orang yang menuduh atau tertuduh, media,polis dan pihak berkuasa lain dibenarkan memberi komen tentang kes tersebut. Jika ada, ia boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah.

Jadi, bila ada ‘makhluk-makhluk’ tuhan yang berani bersumpah di masjid, memegang Al-Quran, maknanya sudah selesai lah kerja kamu. Senyap lah. Sepatut-patutnya mereka harus menarik segala tindakan sivil yang dibuat. Ini tidak, setelah bersumpah, masih lagi membawa kes tersebut ke ‘mahkamah manusia’ sedangkan kamu telah menyerahkannya pada ‘mahkamah tuhan.’ Bukankah mereka telah mempersendakan tuhan.

Hukuman yang tuhan akan lakukan ada berbagai cara, mungkin ada yang dapat dilihat oleh manusia, mungkin ada yang tidak . mungkin turun ketika didunia, mungkin selepas orang itu meninggal. Itu semua terserah pada Allah swt.
Jadi memang wajarlah DSAI tidak melafazkan sumpah.


Ketulenan Video
Perkataan ‘tulen’ inilah yang dijaja oleh MAP untuk mengelirukan rakyat, hingga orang UMNO-BN yang kurang cerdik pun turut terkeliru. Biar pun video itu tulen tapi ia tidak bermakna orang yang didalam video itu Anwar yang tulen.

Habis dijajanya mengatakan video itu telah dihantar keluar negeri untuk disahkan ketulenannya. Pihak polis tak henti-henti berdolah dalik dengan isu tulen ini. Memang dah sah orang dalam video itu bukan Anwar, jadi untuk pengetahuan orang  UMNO-BN, tak mungkinlah polis akan buat kenyataan yang memihak pada PR dan Anwar sekeluarga. Semua orang sudah tahu mahupun orang yang memeriksanya diluar negeri, sememangnya pelaku dalam video itu bukan DSAI.

Amatlah sedih kita melihat polis sebagai pelindung rakyat telah dipergunakan oleh puak tertentu. Termasuk IGP yang terbaru, sudah lima kali IGP bertukar ganti dan mereka semua mempunyai persamaan, iaitu memastikan usaha DSAI dikekang.

Janganlah kita layan sangat tentang isu Saiful dan video itu, mari kita bergerak kedepan. Jika kita terikut-ikut sangat rentak MAP, maka tercapailah objektif mereka untuk meleka-lekakan rakyat. Jika ada cerita rakyat bergaduh, baling kerusi meja fasal dua isu tersebut, maka lagi sukalah MAP dan gembiralah ahli politik UMNO-BN. Mari kita dengar ceramah-ceramah yang memperkatakan tentang derita rakyat, harga minyak naik, harga gula naik, kos kehidupan yang mencengkam. Masih ramai lagi orang yang mengambil mudah tentang hal-hal ini. Walaupun mereka bukan orang BN mahupun PR, manakala mereka pula hidup dalam ‘comfort zone’, mereka perlu jengah-jengah isu yang dibawa PR kerana itu semua adalah isu ‘bread and butter’.

http://rainwonder.blogspot.com