Siri 7. Lawak
Berjiran
Disebuah
penempatan pinggir pekan, tinggal dua orang tuan tanah yang berjiran.
Tanah mereka dipisahkan sebatang sungai. Tanah Mat Kadir diutara
sungai, tanah Engku Riduan, lebih dikenali dengan nama Ku Wan pula
diselatan.
Jambatan
yang menyambung kedua keping tanah itu sudah uzur. Jambatan itu
penting pada Mat Kadir dan Ku Wan, sebab bila Ku Wan hendak kepejabat
kerajaan diutara, dia kena melintas sungai, manakala Mat Kadir pula
perlukan jambatan tu untuk keselatan kalau hendak ke pekan membeli
barang keperluan.
Jambatan
yang uzur itu, pada asalnya dibina oleh orang tua mereka. Kini
jambatan itu harus diganti, namun yang jadi masalahnya Mat Kadir dan
Ku Wan tidak berhubungan baik, tidak seperti orang tua mereka yang
berkawan rapat.
Masing-masing
tak bersepakat samaada nak bina jambatan kayu atau konkrit. Sebab
jambatan itu dalam tanah persendirian, sukar lah nak minta bantuan
kerajaan. Akhirnya mereka melantik orang tengah menyelesaikan. Kata
orang tengah lebih baik dibuat jambatan konkrit, lebih kuat dan tahan
lama. Mat Kadir setuju, tapi tidak pula Ku Wan, mahal katanya. Buat
jambatan kayu, tapi guna kayu yang bagus, kata orang tengah itu lagi.
Ku Wan setuju, tapi tidak pula Mat Kadir, jambatan kayu tak kuat
katanya. Orang tengah memberi jalan penyelesaian, Mat Kadir tanggung
belanja buat jambatan konkrit, sampai tengah sungai sambung dengan
jambatan kayu, Ku Wan pula tanggung belanja. Masing-masing terdiam,
masing-masing memandang orang tengah. Baiklah kata mereka berdua.
Mat
Kadir beritahu orang tengah dia mahukan jambatannya itu ditinggikan
paras melebihi tebing supaya tidak menghalang air jika paras air
naik waktu hujan lebat. Orang tengah pula kata Ku Wan tidak mahu
dinaikkan paras jambatan. Kata Mat Kadir, selagi jambatan itu dalam
tanah dia, ikut suka dialah bagaimana bentuknya. Bagi Ku Wan pula,
dia mahukan jambatannya cantik, kukuh dan praktikal.
Mat
Kadir mahu jambatan itu dipasang lampu kelap-kelip, Ku Wan pula mahu
CCTV dipasang. Jadi bermacam-macamlah kehendak dan kerenah kedua tuan
tanah yang harus dilayan oleh orang tengah.
Kerana
sebab itulah akhirnya orang tengah yang menjadi juru-runding itu
menarik diri kerana sudahlah bayaran yang diterima tidak seberapa, kemudian banyak pula kerenah kedua-dua jiran itu. Jambatan yang
sejengkal itu pun nak diperbesarkan jadi lambang ego masing-masing,
rungut orang tengah itu.
Akibatnya,
tertangguh lah projek jambatan itu. Meloponglah mulut Mat Kadir dan
Ku Wan. Cerita tentang pertelagahan ego mereka berdua telah tersebar
ke merata pekan. Ramai juru runding tidak mahu berurusan dengan
mereka melainkan mereka bersetuju dengan yuran yang tinggi.
Permusuhan mereka jadi bualan, kedegilan mereka jadi lawak.