28 June 2008

Pengangkutan Awam Bukan 'People-Centric Project' ke?

by Motro


Harga petrol naik 40%, rakyat diseru ubah cara hidup, disuruh naik pengangkutan awam, jadi dimana rasional kerajaan kata monorail bukan projek 'people centric'. Rakyat nak ubah cara hidup dengan menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam, tapi projeknya dibatalkan. Samalah macam suruh anak belajar rajin-rajin tapi tak bagi buku, pen untuk belajar.

Saya tidak tinggal, bekerja dan bukan orang Penang.

Pengangkutan awam seperti monorail ini sepatutnya jadi satu keperluan utama. Infrastruktur sebegini penting untuk bandaraya sebab ia boleh menjimatkan penggunaan tenaga, memudahkan rakyat, tidak mengeluarkan CFC, tak ada pencemaran bunyi, kadar kemalangan kosong, meningkatkan taraf keselesaan rakyat, sistem yang 'reliable', menjimatkan kos pengangkutan rakyat, menjimatkan masa rakyat (masa pun kos), tapi peliknya, kerajaan tidak mengkategorikan ia dalam 'people centric project' (PCP).

Jadi, boleh kerajaan tolong jelaskan senarai 'compliance' untuk PCP. Apa kriteria nya? Apa parameter dalam mengklasifikasikan PCP ini?

Jadi mana rasionalnya aspirasi kerajaan nak melihat rakyat Malaysia ini menggunakan pengangkutan awam?

Memanglah ada banyak lagi jenis pengangkutan awam, tapi bezanya yang lain itu menggunakan minyak. Dato' Shahrir kata, kita kena berjimat 'reserve' minyak yang kita ada, supaya anak cucu kita dapat merasa hasil minyak yang kita pernah ada. Jadi monorail Penang itu patut dibina!!
Kalau Kuala Lumpur sudah ada monorail atau LRT dari tahun 80an dulu seperti yang dicadangkan oleh Dato' Shahrir sendiri masa menjawat Menteri WP dulu, dah tentu rangkaian LRT dan monorail sekarang lebih luas dari sekarang. Begitu juga Penang, jangan biar sistem pengangkutan awam di Penang untuk 15 tahun akan datang jadi macam KL sekarang. Mana aspirasi Wawasan 2020. Pengangkutan awam adalah 'pre-requisite' untuk jadi negara maju.

Betullah andaian YB Sallehuddin Ayub dalam perdebatan denga Dato' Shahrir Samad di RTM yang mengatakan kerajaan tak ada 'blue print' untuk sistem pengangkutan awam negara. Kejap nak buat, kejap tak nak buat.

Samaada masalah itu wujud dibandar atau luar bandar, tetap masalah rakyat. Masalah rakyat Sabah dan Sarawak tetap masalah nasional. Tak dapat dinafikan, ia sudah kronik, banyak peruntukan dialihkan kesana untuk kepentingan politik pemerintah. Jadi pembelaan isu rakyat disana tak 'genuine'. Dibuat secara 'ad-hoc'. Masalah PATI, kemiskinan, pembangunan Sabah Sarawak bukan isu baru, dah berpuluh tahun.

Sebab itu peruntukan monorail Penang dah dilarikan kesana. Atau sebenarnya, kerajaan memang ada duit nak buat tapi sengaja dibatalkan dengan alasan situasi kewangan semasa. AAB mengulangi aksi yang sama seperti sebelum PRU 12 dulu di Parlimen 26 June lepas, melaporkan prestasi ekonomi lah, KPI lah, harga saham lah, report card lah. tapi rakyat tak nampak benda itu semua dalam poket mereka, dalam kantung duit mereka. Apa yang mereka nampak, sekeping roti canai sudah tak cukup dengan sekeping duit seringgit lagi. Saya singgah 'tapau' chapati di Sri Hartamas, tiga keping RM4.50.

Masa AAB jadi PM pada 2003, rakyat, tak kiralah penyokong kerajaan atau tidak, memasang harapan tinggi Malay sia akan keluar dari bayangan Mahathir yang dikatakan kronisme, nepotisme dan banyak lagi. Rakyat begitu optimistik dan beri beliau kemenangan besar masa PRU 11. Tapi lepas itu apa yang rakyat nampak, sama saja, kronisme dan nepotisme masih jadi trend dalam UMNO dan BN. Rakyat patah harapan.
Fasal Suruhanjaya BPR dan Kehakiman ini semua, dah kira terlambat, itu semua setakat 'damage control' saja. Hati rakyat dah tak boleh dibeli lagi. Hati Ezam saja yang lembut.

Penang adalah 'golden egg goose'.Menyekat pembangunan infra dan sebelum ini , isu paip gas kosong di Penang, sama seperti menyekat angsa tadi dari bertelurkan emas. Komunis China pun tak buat begitu pada Hong Kong, lagi dilimpah limpahkan duit ke pulau itu. Pemimpin komunis China tahu angsa demokrasi itu mengeluarkan emas berbillion dollar. Jadi buatlah penilaian antara pemimpin kita dengan komunis China itu. Siapa yang bijak, dan siapa yang lebih komunis dari komunis.

OK, katakanlah rakyat faham, harga minyak naik sebab nak kurangkan kereta di jalanraya, nak suruh rakyat buat 'car pool'. parking naik dan di caj sampai malam sebab tak mahu orang bawa kereta masuk bandar macam Singapura. Dato' Shahrir pernah sebut, minyak akan jadi barang mewah. Jadi nak tak nak, rakyat akan gunakan pengangkutan awam. Katakan lah juga, rakyat faham sebab selama ini infra pengangkutan awam tak cukup sebab kurang sambutan dari rakyat sendiri. Tapi apa fasal monorail Penang dibatalkan?? Itu yang rakyat tak faham.

Taktik 'oppressive' tak pernah berjaya secara total dan holistik. Di manapun taktik oppressive akan gagal dan memakan diri. Tak perlu tengok sejarah Nelson Mandela, dalam negara pun cukup. Hampir 20 tahun PAS Kelantan dihimpit dengan taktik itu. Tapi mereka semakin kuat, rata-rata orang professional yang mulanya hanya simpati, sekarang jadi tulang belakang parti. Boleh tengok dalam Parlimen macamana style YB mereka bercakap. Mereka cakap apa yang mereka tahu, tak seperti MP BN yang tak pernah cakap Tamil, tiba-tiba nak cakap Tamil dalam Dewan, salah sebut pula tu.

Sabah masa PBS memerintah, pun dilayan cara yang sama. Royalti minyak tak dapat. Siapa yang gunakan PATI dan pelarian UNHCR untuk kepentinga politik?. Siapa yang tanggung susah sekarang?. Tahun 70an dulu, sebut saja datang dari Sabah, mesti orang kaya. Sekarang??
Idea penubuhan Malaysia untuk memerdeka dan membela nasib bumiputera Sabah Sarawak. Itu inpirasi Tunku, Tun Razak dan Ghazali Shafie. Apa dah jadi sekarang?

Sekarang Penang pula nak dilayan sebegitu. Beribu alasan boleh diberi sebab pembatalan projek monorail dan PORR, tapi rakyat tahu apa yang sebenarnya. Jangan lupa, rakyatlah kuasa terakhir yang buat keputusan dan tuhan selalu menyebelahi rakyat yang teraniaya tak kira apa ugamanya.

http://rainwonder.blogspot.com