20 April 2011

"How the West Was Won" (partially in 2008) Apakah PR mempunyai kesempatan yang sama pada PRU 13?

Ditulis oleh Motro

PRN Sarawak sudah berakhir, PR menang 15 kerusi, ia menepati andaian realistik yang dibuat ramai pemimpin PR. Secara statistik, bilangan kerusi dan undi popular bertambah berbanding PRN 2006. Itu adalah dasar perkiraan untuk mengharungi PRU 13 kelak.

Beralih kepada tajuk diatas, daripada penilaian strategik, umum telah tahu sebab musabab 'kekalahan' teruk UMNO-BN pada PRU 12, Mac 2008 terutama di Semenanjung (aka Malaysia Barat) Walaupun 'post-mortem' BN ada menjuruskan beberapa sebab,namun ia jauh sama sekali dari pandangan rakyat marhaen yang memangkah undi.

Abdullah Ahmad Badawi (AAB), Khairi Jamaluddin (KJ) dan Mahathir Mohamad (TDM) adalah watak utama penyebab 'kekalahan' BN.

Kelemahan pentadbiran,wanita monggolia dan kapal selam adalah isu panas.

Musibah jentera pilihanraya UMNO-BN, pemilihan calon dan back-stabbing adalah kereputan strategi.

AAB sebagai PM, lebih popular dengan 'kelelapan' dari 'Hadhari' nya. Tertidur dalam majlis rasmi adalah satu dosa besar dalam protokol VIP. Salah laku sebegini ada lah 'check list' dalam menilai tahap kewibawaan sebagai PM lantaran membawa aib pada ahli parti,kakitangan kerajaan dan konco-konconya hatta rakyat jelata. Sama lah macam tok imam tertidur dalam majlis tahlil arwah.Ringkasnya, personaliti dan karakternya nak 'berperang' dalam pilihanraya, hancur.

Ditambah dengan kerakusan KJ yang kebetulan anak menantunya. Dominasi KJ di tingkat empat menjadi bualan dan tertawaan diseluruh pelosok Malaysia. Karakter KJ menjadi pelengkap cemuhan rakyat marhaen pada AAB yang tak semena-mena bertukar menjadi 'anak hantu'. Menang di Rembau pun sebab 'undi hantu'.

Tak cukup dengan itu,TDM pun menghentam KJ dan AAB siang malam. Kelibat TDM bukan saja melemaskan AAB-KJ, lebih dari itu turut sama nak mengkaramkan BN. Pemerhati politik, ahli politik UMNO-BN, pening kepala nak menafsir gelagat TDM.

Gelagat flip-flop AAB, sudah menjadi 'trademark'. Lebih buruk, AAB masih tak pandai nak menjawab soalan wartawan, hingga pada hari-hari terakhir beliau sebagai PM menjelang PRU 12 pun, jawapan untuk jutaan rakyat telah di chop sebagai penipuan terbesar.Apa tidaknya,beliau menafikan pembubaran Parlimen pada tarikh yang ditanya wartawan, tapi esoknya AAB membubarkan Parlimen pada tarikh tersebut.

Kemeluatan orang parti pada AAB dan KJ mencanak naik macam jangkasuhu masuk dalam air panas. Isu petrol dan barang naik sudah jadi macam loji Chernobyl yang pecah. Semua jadi panik, semua jadi huru-hara.

Isu timbalannya dengan jurubahasa Monggolia, sudah tidak terkawal. Isu kembarnya pula fasal komisyen kapal selam. Yang bertambah buruk, Najib hanya membiarkan saja segala tohmahan itu dilempar tepat kebatang hidung tanpa ada upaya nak menepis.

Kelemahan AAB dalam percaturan politik menyebabkan dia diserang dari dalam dan luar partinya.

TDM pula bertindak macam 'self appointed' jurucakap pembangkang.

'Let the gravity do the job'. Begitulah umpamanya tatkala sokongan UMNO-BN yang merudum angkara serangan TDM, bekas pemimpin agung mereka yang tak habis-habis berdendam dengan AAB.

Pemilihan calon di saat akhir melambangkan jentera pilihanraya yang berkecamuk. Duit minyak nak hidupkan jentera, entah kemana. Ahli Parlimen ditukar kawasan, musuh dalam parti diberi kawasan pasir jerlun.... maaf... pasir jerlus. Ahli parti yang tak puashati, buat sabotaj.

Benda-benda itu semua lah yang secara tak langsung memberi kelebihan pada Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kelebihan tersebut mungkin tak akan datang lagi pada PRU 13 nanti.

Najib nampaknya sudah dapat membendung sebahagian masalah tersebut. KJ masih diperlukan selaku ketua Pemuda UMNO-BN. Tetapi kalau dulu lagaknya umpama Ferrari di Sri Hartamas, kini Najib telah simpan Ferrari itu di garaj. Keluar hanya bila perlu. KJ seolah diikat tangan kebelakang, mata ditutup. Kanan kata Najib, kananlah dia pergi, kiri kata Najib, kiri juga diikutnya. Tun Mahathir gelak terbahak-bahak dibelakangnya.

Lagak Najib di skrin TV dibanding dengan AAB, nampak lebih 'confident', garang, 'firm', lebih lagi kalau Rosmah tak disisi.

Program ekonominya nampak 'real', walaupun 'foreign investment' jauh meleset.

Nasib baik Najib ada Idris Jala.Kalau nak harap menteri yang ada, semuanya mentaliti 'bossy'. Orang lain fikir, orang lain yang buat, orang lain kerja keras, dia dapat nama.

Idris Jala ialah serampang dua mata Najib. Idris punya corporate intelligent yang tinggi dan keturunan orang Kelabit, Sarawak. Kelebihan pentadbiran dan politik.

Kalau tak kerana Idris, mungkin 'economic transform' Najib jadi 'punching bag' dalam ceramah Pakatan Rakyat.

Jentera pilihanraya Najib tak mungkin buat silap yang sama macam 2008 dulu. Kalau dulu orang UMNO sendiri yang sabotaj sebab bencikan AAB-KJ, PRU 13 ini mungkin tidak.

Melepaskan kuasa pemerintahan bukanlah satu pilihan bagi Najib,UMNO dan BN. "Not an option". Tidak sama sekali untuk mereka kehilangan segala kuasa dan gaya hidup dalam satu malam. Mereka akan berusaha sedaya upaya supaya kuasa tetap ditangan mereka.

Dalam Perhimpunan UMNO dan Konvensyen BN, Najib telah beri amaran yang dia akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

" walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai nyawa dari badan. Saudara dan saudari, walau apa pun terjadi, Putrajaya tetap kita pertahan kan"

Bergemuruh lah Dewan Merdeka dek tepukan pada perhimpunan Umno ke 61 itu.

Apa punya ucapan ini, ada musuh nak serang Malaysia ke? Ada kapal induk asing sebesar USS Nimitz dah sampai nak serang kita? Ada peluru berpandu Singapura meletup di Sungai Besi ke?

Jadi apa yang berkecai, apa yang bercerai.

Kita negara demokrasi, pemimpin ditentukan rakyat dengan undi, dengan mata pena yang memangkah kertas undi. Apa kena mengena "bercerai dan berkecai" itu semua dengan kertas undi.

Ikrar sebegitu sebenarnya sumpah perajurit. Sumpah perajurit yang mempertahankan tanahair, bukan mempertahankan hegemoni parti politik. Malaysia bukan diserang kuasa asing. Jangan campur-adukan sumpah perajurit dengan kepentingan politik parti. Kalau rakyat dah tak mahu BN, kena turunlah, kena serahlah kuasa pada yang menang. Putrajaya milik negara,milik rakyat. Bukan milik individu, bukan milik parti.

Jika betul BN sanggup bertindak sampai "berkecai dan bercerai", itu ungkapan malang untuk rakyat jelata. Rakyat mahu aman makmur. Rakyat tak mahu lihat ada rakan taulan, saudara sebangsa, yang berkecai tulang, bercerai nyawa. Ini semua kerja gila.

Diktator macam Pinochet, Marcos, Ceausescu, Suharto, Saddam, Pol Pot saja yang sanggup mempertahankan kuasa dengan "kecai dan cerai". Tak tahulah kalau ada pemimpin kita yang nak menyambung senarai itu dengan namanya.Hosni Mubarak pun tak cakap macam itu.

Sebagai rakyat Malaysia, kenyataan sebegitu cukup mengganggu. Sama seperti anak melihat bapanya mengasah parang dimalam hari. Kita sebagai rakyat Malaysia harus mengutuk kenyataan sebegitu. Malaysia negara berdaulat, jangan main "zero sum game".

Mungkin Najib telah hilang keyakinan dengan proses demokrasi yang tidak memihak kepadanya?

Kalau pun ungkapan "kecai dan cerai" itu hanya sekadar metafora,ia sama sekali tidak sesuai digunakan.

Membaca "The Art of War", 'kitab' strategi perang purba yang tersohor, barangkali dapat mengajar kita melihat percaturan politik yang sedang berlangsung dibumi bertuah yang terbahagi dua oleh Laut China Selatan, wilayah timur dan barat. Mari kita lihat siapa yang banyak belajar dari Sun Tzu.

("Sun Tzu, The Art of War", terjemahan bahasa Melayu dalam post berikut)

Dibawah ialah petikan terjemahan buku The Art of War, bab 3

(3.12)

Master Sun :

Jika kamu setanding, lawan jika kamu mampu. Jika kamu sedikit, elakkan jika mampu. Jika kamu tidak bagus, lari jika kamu mampu.

Cao Cao » Jika kekuatan kamu setanding dengan musuh, walaupun kamu bagus namun kamu masih perlu untuk membuat serang hendap dan serangan mengejut untuk menang keatas mereka. Jika tidak, bertindak defensif dan jangan terlibat dalam pertempuran, atau jika tak seimbang, bawa askar kamu dan lari.

Wang Xi » Mampu bermaksud mampu memotivasi yang lain berjuang hingga mati. Jika kamu mencapai kemenangan dengan serangan dan serang hendap, ini dipanggil kehebatan dalam kepintaran. Ianya bukan berkaitan dengan pertembungan tentera.

Li Quan » Jika kamu kira kekuatan kamu kurang dari pihak lawan, dengan itu kuatkan pertahanan kamu, jangan keluar dan mematahkan pedang kamu. Tunggu sehingga semangat musuh jadi lembab, kemudian mara dan buat serangan mengejut.

Du Mu » Jika kekuatan kamu tidak seimbang, elakkan serangan mereka untuk sementara waktu, tunggu ruangan; kemudian buat arahan yang dapat memastikan kemenangan. Mampu juga bermaksud mampu menahan kemarahan dan penghinaan, tidak keluar untuk berdepan dengan cabaran lawan.

Chen Hao » Ianya tak begitu. Ia cuma bermaksud jika tentera musuh lebih dari kamu, kamu patut lari dari mereka , dengan itu membuatkan mereka bongkak dan gunakan ini untuk rancangan selanjutnya. Ia tidak bermaksud menahan marah dan penghinaan

Jia Lin » Jika mereka melebihi kamu, berundur dan sembunyikan formasi pasukan kamu agar musuh tidak tahu, kemudian sediakan penyerang hendap yang menunggu mereka, rancangkan tipu helah untuk mengelirukan mereka. Ini juga cara untuk mencapai kejayaan.

Zhang Yu » Nasihat untuk menjauhkan diri dan tidak bertempur jika musuh terlalu ramai juga digunakan dalam situasi yang seimbang, kualiti kepimpinan dan pasukan.

Jika tentera kamu tersusun manakala mereka pula huru hara, jika kamu bersemangat dan mereka lembab, walaupun mereka lebih ramai, kamu boleh bertempur (dengan mereka).

Jika askar kamu, kekuatan kamu, strategi kamu, keberanian kamu lemah dari pihak lawan, dengan demikian kamu patut berundur dan perhatikan ruangan terbuka.

http://rainwonder.blogspot.com

No comments: