by Motro
Professor Datuk Hamdan Adnan (FOMCA Adviser) dalam temuramah dengan media elektronik pada 5 Jun 2008 menyatakan dengan meningkatnya harga petrol, pihak yang paling terjejas ialah golongan miskin.
Professor Hamdan menjelaskan, masalah sosial juga bakal bertambah. Rahsuah di kalangan kakitangan kerajaan akan bertambah, kadar jenayah akan meningkat, bilangan kes merompak dan menyamun akan naik. Ini juga harus diambil kira kerajaan kerana ia akan juga melibatkan kos, kata beliau.
Inilah yang dipanggil 'Failure Cost', kos yang ditanggung untuk menguruskan kegagalan.
Dalam 'scientific management' yang diinstitusikan oleh Deming, Shewhart dan Juran (yang diaplikasikan di Jepun sejak habis perang dunia ke dua), setiap perbelanjaan atau kos dibahagikan pada tiga jenis iaitu Failure Cost, Preventive Cost dan Appraisal Cost. Idea ini sebenarnya untuk memperhalusi kemanakah sumber kewangan sesuatu organisasi digunakan dan ia di namakan 'Cost of Quality'.
Jika banyak yang digunakan untuk 'failure cost', bererti organisasi itu bermasalah. 'Scientific Management' inilah yang menghasilkan pelbagai aliran pengurusan, sistem piawaian ISO yang dipraktikan di seluruh dunia dan menjadi asas kepada bermacam lagi piawaian.
Apa yang dimaksudkan dengan 'failure' ialah kegagalan yang terhasil dari sistem yang dipakai oleh organisasi itu.
Apa yang dimaksudkan Professor Hamdan dengan kos tadi ialah 'failure cost' (kos kegagalan) yang bakal berlaku akibat sistem yang menaikan harga petrol.
Sebagai contoh, jumlah wang yang terlibat dalam jenayah yang mungkin berlaku sebab kenaikan harga minyak, itu semua dikategorikan sebagai kos kegagalan. Begitu juga kos penyiasatan polis, kos logistik dalam penyiasatan dan kos tenaga pegawai polis yang terlibat. 'Holding cost' suspek dan pesalah dalam lokap atau penjara juga di ambil kira. Prosiding mahkamah dari pion hingga ke peguam hingga ke hakim yang terlibat mengendalikan kes, juga melibatkan kos. Tambah lagi dengan wang pampasan dan insuran yang dibayar.
Itu semua adalah 'Failure Cost', kerana kesemua kos itu terbit dari satu kepincangan yang tercetus oleh kenaikan harga minyak yang diputuskan oleh sistem dalam kerajaan.
Itu baru dalam kategori 'Failure Cost', belum lagi menyentuh 'Preventive Cost' pula sebagai susulan dan kes itu.
Idea idea pengurusan saintifik, seperti Cost of Quality ini, telah wujud di Jepun dan meresap dalam masyarakat industrinya sejak sekian lama. Inilah faktor kamajuan industri mereka. Hasil praktis yang puluhan tahun itulah yang membuatkan keuntungan
Saya berpendapat salah satu sebab kejayaan Jepun ialah mereka bukan saja mempraktikan unsur baik ditempat kerja saja tapi dibawa balik ke rumah. (benda tak baik mereka tinggalkan di pusat karaoke)
Balik kepada saranan Professor Hamdan tadi, dan isu kos kegagalan tadi, cuma jawapan yang ditunggu, adakah 'ya' atau 'tidak', akan berlakunya anasir negatif hasil dari kenaikan harga minyak itu. Ramai yang akan memberi jawapan 'ya'
Jika ramai yang cakap 'ya', mengikut 'law of attraction' ia pasti berlaku.
Sekarang kerajaan patut berusaha supaya gema yang mengatakan 'tidak' melebihi 'ya'. Agar rakyat percaya apa yang dibuat kerajaan adalah betul. Supaya pengguna yakin pada kerajaan. Namun apakan daya, Penasihat FOMCA sendiri yang mewakili pengguna, awal-awal lagi sudah menduga berlakunya benda benda negatif.
Apalah nak jadi agaknya.
Mengubah cara hidup memang sesuatu yang senang dicakap. Tapi apakah tauladan yang kerajaan dan pemimpin akan tunjukan. Kepimpinan melalui tauladan, selalunya betul, tak kira dimana pun, di tengah gurun
Rakyat mahu lihat tauladan yang ditunjukan oleh pemimpin yang memanifestokan 'mengubah
Apa yang bakal ditunjukan oleh para Menteri, pemimpin kerajaan dan isteri-isteri (suami) mereka yang 'visible' dimata rakyat ?
Apa yang bakal ditunjukan oleh birokrasi kerajaan dalam menyokong idea 'mengubah
Bolehkah kerajaan mengishtiharkan perbelanjaan petrol oleh kenderaan menteri dan timbalan menteri yang ditanggung kerajaan supaya rakyat boleh lihat wang negara tidak dibazirkan.
Jabatan-jabatan kerajaan patut mengishtiharkan, contohnya kos utiliti setiap bulan untuk tatapan dan bukti pada rakyat yang 'kepimpinan melalui tauladan' memang wujud dan 'mengubah gaya hidup' dipraktikan. Juga kos utiliti di kediaman resmi PM, TPM dan menteri-menteri.
Atau kalau kerajaan ada cara lebih baik untuk buktikan 'kepimpinan melalui tauladan', rakyat suka nak tahu.
Kerajaan harus berani melakukan ini jika ikhlas menyeru rakyat 'mengubah cara hidup'. Hendak tak nak, semua mesti berubah, kerana perubahan penting untuk progres, kemajuan. Biasanya perubahan juga di susuli dengan pengorbanan.
Sanggupkah, menteri, timbalan menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengorbankan sebahagian kemudahan dan keselesaan yang diberi kerajaan selama ini untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Jika rakyat yang punya 2 kereta diseru untuk menggunakan satu kereta saja, kerajaan patut menimbang untuk tidak menggunakan jet 'Air Force One'
Itulah yang patut ditunjukan kepada rakyat dahulu, agar rakyat mendapat tauladan yang betul.
http://rainwonder.blogspot.com
1 comment:
gua sokong bro...
lead by example.
simple three sentences that every single leaders or leaders-to-be should possess.
so to whom it may concern..
tak paham2 lagi ke. kalau tak reti memimpin jangan gatal2 nk memimpin.
n kepada rakyat2 jelata...please la stop dewa2 kan pemimpin nih...hangpa lantik diorang ni utk buat kerja...so siapa empoyee siapa employer. tak perform hang pecat la. lantik org baru... rakyat bos, politician adalah MACAI anda! sory gua emo sket..i rest my case.
Post a Comment