29 May 2008

Who will be the 'Messiah' of UMNO?

By Motro

Ini bukan fasal 'the last supper'.
Dulu saya pernah terserempak dengan Tan Sri Khaled Ibrahim bersama keluarga disebuah restoran di PJ State, tengah 'supper' barangkali, sebab jauh malam juga masa itu. Masa itu DSAI baru saja kena tangkap. Saya nak tanya dia, siapa lagi 'the messiah of malays'. Sebab ramai orang, saya tak sempat nak tanya. Kalau hari ini saya terserempak dengan Nazri Aziz pula, saya nak tanya, siapa pula 'the messiah of UMNO'. Kalau boleh, dapat terserempak masa 'supper' juga.

Bila seorang keluar dari agama, secara prinsipnya dia dah hilang kepercayaan pada agama itu, bukan pada individu dalam agama itu.

Tapi perang Karbala lain pula, ia jadi, sebab tidak sehaluan dengan pemimpin, namun tak ada seorang pun keluar ugama, murtad, tapi kelompok yang tak besetuju, memerangi pemimpin.

20 minit selepas pengumuman TDM keluar UMNO, seorang yang saya kenal lama, bekas wartawan dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri Besar kata,

"Mahathir dengan track record dia sebagai 'statesman' sudah cukup untuk mempengaruhi rakyat. Namanya saja sudah cukup besar, tak timbul isu dia menyokong atau menyertai mana-mana parti."

Yang mana satu ?
Kalau ikut kronologi, parti UMNO yang sekarang ini ditubuhkan oleh Mahathir dan Sanusi. Sekarang, kedua-dua pengasas itu telah keluar parti. Maka jelaslah UMNO tidak lagi relevan untuk orang Melayu, kalau mengikut tafsiran dan tindakan TDM. Kalau relevan, TDM dan Sanusi akan terus 'berperang' dari dalam UMNO sendiri. Mungkin tak ada ruang lagi untuk mereka berjuang dalam UMNO.

TDM sendiri pernah kata "UMNO has now become completely paralyse"

http://www.youtube.com/watch?v=wqW02-wHDAo&feature=related
(minit ke 05:25)

Komen TDM pula, beliau meletakan keahlian selagi AAB kekal Presiden. Kata TDM lagi, UMNO sekarang ini lebih seperti parti milik AAB. Juga menyarankan ahli UMNO mesti berani untuk mengembalikan perjuangan asal penubuhan UMNO.

UMNO sendiri pun dah dua kali 'ditubuhkan'. Perjuangan asal yang mana satu?

Sekarang, secara dasarnya, perjuangan mereka akan dibuat dari luar UMNO. Untuk atas kewajaran apa pun, apa yang bakal disebut oleh TDM bukan lagi atas semangat UMNO sebab beliau telah menjatuhkan talak dengan UMNO.

Perjuangan marhaen
Cukup setakat ini fasal UMNO sebelum kita sambung dalam perenggan lain.

Sekarang cuba kita lihat keadaan sebenar orang kita. Cuba senaraikan kegelisahan orang Melayu di bandar sekarang ini. Barang mahal, beras mahal, gaji tak cukup, anak sekolah minta belanja lebih, kereta nak bayar, nama kena blacklist Bank Negara, bank minta bayar kredit kad, minyak mahal, pakai kereta kena 'budget' minyak, takut kalau kereta 'breakdown' ...duit lagi.

Bini pula nak bersalin.... Nak hantar balik kampung pula... Nak minta mak mertua jaga pula... Mesti nak 'hulur' sikit pada mak mertua.

Lain pula cerita kalau ada anak nak kahwin, duit belanja kenduri... Adui..
Itu semua kehidupan tipikal orang Melayu, rakyat Malaysia seluruhnya, benda yang mereka hadap hari-hari.
Tak kira lagi anak, adik atau abang kena tangkap merempit, syabu, ketum. Kes culik budak-budak lagi.

Hal hal diatas sudah cukup untuk melemaskan orang Melayu.

Sekarang ditambah pula dengan 'clash of the Titan' tadi.

Macamana pula orang di luar bandar, di pedalaman ceruk kampung. Tak kira lah di Semenanjung atau Sabah, Sarawak ke.

Barang makanan mahal, dah tentulah. Bekalan air paip pula tak tentu ada kalau kita pergi kampung pedalaman. Tiang letrik pun tak ada lagi, macamana pulak nak ada mentol letrik dirumah. Macammana anak-anak orang kampung kita nak pakai internet, broadband, Wi-Fi. Tak lama lagi Wimax pula. Jalan tar pun tak ada. Kena ikut jalan becak, habis kasut, seluar berlumpur.

Klinik jauh berpuluh batu, kalau sakit, kena mintak orang yang ada kenderaan tolong hantar, kalau tak ada jugak, jalan kaki lah. Ada tempat yang cuma boleh sampai dengan bot atau kapalterbang atau helikopter saja. Dah berpuluh tahun macam itu. Genting Highland tahun 70 'an, macam itulah, helikopter ialah pengangkutan utama. Tapi Genting Highland, tempat mewah , ini fasal kampung orang, kawasan penempatan pendalaman.

Budak pergi sekolah naik bot tak pakai 'life jacket', kalau kemalangan, lemas, barulah lintang pukang. YB nya pun sibuklah menyalahkan itu ini. Kementerian pun sibuklah cakap nak buat penambaikan. Kerajaan negeri pula sibuk 'review' projek untuk rakyat, kononnya. Budak sekolah balik ikut jalan sunyi, jalan gelap, kena rogol, kena bunuh. Ada banyak lagi benda yang dirisaukan orang rakyat pendalaman, rakyat marhaen.

Royal-tea cups
Bila kita baca hal-hal diatas dalam suratkhabar atau berita TV, peliknya, mana perginya duit royalti minyak itu semua. Dari tahun 2000 - 20007, royalti Terengganu RM 7.3 billion, Sarawak RM 4 bilion lebih, Sabah RM 1 billion lebih.Tapi kesemua negeri pengeluar minyak ini masih bergelut dengan kedaifan infrastruktur, miskin tegar, tanah terbiar banyak, kemudahan sekolah tak cukup, tahap akademik, terutama anak lelaki, rendah.

Semua orang tahu kedudukan Terengganu dan Sabah dalam senarai kemiskinan. Tak perlu untuk menjadi pakar ekonomi kalau setakat nak buat rumusan mengatakan perancangan ekonomi dan pembelaan rakyat adalah statik, pincang dan korup.

Kalau dilihat jumlah royalti yang dah dapat atau yang patut dapat, segala masalah itu boleh diselesaikan dalam satu malam.

Janganlah royalti itu jadi minuman yang dituang kedalam cawan untuk hidangan orang-orang tertentu. Mana perginya RM 3 billion 'wang ehsan' Terengganu yang tak ada dalam akaun ? ('ehsan' atau 'hey my son')

Really-tea break
Rakyat sekarang terhimpit, susah, lemas sebab ekonomi dan politik yang huru hara.

Jadi sekarang apakah signifikan nya tindakan TDM itu pada UMNO dan orang Melayu marhaen amnya. Jelas, TDM tidak lagi mempercayai UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu.

Waktu TAR menyingkir TDM, semangat TDM masih bersama UMNO. Jadi kalau TDM sendiri menyingkirkan diri dari UMNO, bukan setakat beliau tidak ada menaruh harapan pada kepimpinan UMNO sekarang, malahan pada perjuangan UMNO itu sendiri. UMNO tidak lagi relevan pada beliau.

Soalnya, apakah pertelingkahan ini dapat memberi jawapan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh orang Melayu dan rakyat seluruhnya sekarang ini. Rakyat sedang menanti pelan tindakan, perlaksanaan dan 'date line' untuk penyelesaian kesemua masalah ini.

Bagi majoriti masyarakat marhaen di bandar, isu UMNO ini tak lebih seperti satu 'realiti show', sebab, realitinya mereka bukan penyokong UMNO. Tak kira lah siapa yang menang, tak ada kena mengena dengan mereka. Rakyat di bandar yang rata-ratanya penyokong pembangkang, lebih memikirkan masalah-masalah yang berjela-jela diatas, masalah 'survival' harian. Mereka lebih beri perhatian pada strategi Pakatan Rakyat. Berita UMNO yang keluar di TV atau suratkhabar lebih merupakan santapan dan hiburan untuk melegakan hati mereka sekejap masa 'tea break'.

Orang UMNO yang berjawatan saja yang ambil serius dan jenis ahli yang 'opportunist' sebab TDM juga membuat 'tawaran' akan menyertai semula UMNO jika AAB tidak lagi Presiden UMNO. Ini sedikit 'tricky'. Memanglah TDM ialah bekas Presiden dan PM yang berjaya.

Namun, kita selalu dengar orang UMNO cakap, pemimpin datang dan pergi, UMNO masih tetap gagah. Biasa juga kita dengar, UMNO itu lebih besar dari mana-mana individu. Shahrir Samad pernah kata begitu semasa beri komen tentang DSAI.

Apakah UMNO rela diperlakukan sebegitu, yang mana individu boleh keluar masuk sesuka hati bergantung samada parti sanggup menunaikan hasratnya ?

Cakap siapa yang betul ?
"Mana ada parti yang keramat, tak ada apa yang keramat nya pun, yang jadi kan keramat atau tidak ialah orang itu sendiri" Kata seorang kenalan saya.

Anwar Ibrahim di label penderhaka , pengkhianat bangsa Melayu, pembelot, tak ada moral dan macam-macam lagi. Samaada DSAI disingkir atau menubuhkan parti , itu hal lain. Pokoknya dia bukan dalam perjuangan UMNO.

Begitu juga tindakan TDM sekarang ini, bukan lagi atas landasan UMNO. Bukan itu saja, malahan TDM telah menyedia dan mengumumkan di media, pelan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Walaupun ada pelan untuk 'rebuild', tapi itu agenda kedua yang mana BN dan UMNO sudah hilang perisai, terdedah pada sabotaj dan 'ambush'. Berani kah pemimpin UMNO beri label yang sama pada TDM dalam Perhimpunan Agung akan datang, lantaran 'destroy and re-build plan' nya itu.

Bagi UMNO, hanya perjuangan atas landasan mereka saja yang betul. Perjuangan orang lain tak betul walaupun untuk matlamat yang sama.

Seorang lagi Tun, TMH, Tun Musa Hitam, dalam satu ucapan di satu majlis anjuran Dewan Perdagangan Melayu Kuala Lumpur dan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia, pada 23 Mei lepas, mengulangi kenyataan beliau yang mengatakan keputusan PRU 12 adalah satu tanda kematangan demokrasi di Malaysia.TMH mengatakan inilah satu-satunya pilihanraya yang membangkitkan isu asas, isu 'bread and butter' rakyat. Isu ugama dan kaum tidak lagi jadi 'subject', tapi 'submerge' oleh isu-isu corruption, kronisme dan nepotisme.

Tiada banyak kegusaran dilihat dari ucapan TMH, jika dibanding dengan kegusaran yang dibuat-buat oleh politikus pemerintah dan beliau kelihatan puas dengan keputusan PRU 12 lepas.

TMH melihat ada 'cahaya di hujung terowong' untuk kesuburan politik, ekonomi dan sosial dari keputusan PRU 12 lalu. TMH begitu optimistik dengan masa depan Malaysia ditengah kekalutan politik dan suasana ekonomi sekarang ini.

Apakah beliau optimis dengan 'style' pentadbiran AAB yang dikatakan terbuka atau peralihan kuasa dalam UMNO yang di umumkan atau perubahan 'landscape' politik oleh Pakatan Rakyat, yang dikatakan bakal berlaku atau setakat nak menyedapkan hati tetamu majlis saja?

Pass the baton to win the relay.
Ada
satu 'management cliche' yang popular, "the only thing that constant is CHANGE". (Perubahan ialah sesuatu yang tetap berlaku)

Izinkan saya menambah, "perkara yang melembabkan progres ialah NOSTALGIC"

CHANGE ialah benda yang paling ditakuti oleh Melayu dan NOSTALGIC ialah makanan dan mimpi indah Melayu. Orang Melayu cukup suka mengenang kegemilangan lampau, tapi pada masa yang sama lupa tentang realiti hari ini.

Tiap Nabi dan Rasul yang diutuskan tak lain tak bukan untuk mengubah. 'CHANGE'. Setiap kali itu juga Rasul dan Nabi akan ditentang habis-habisan sebab umatnya tak mahu perubahan. Kalau sekarang ini dah tak ada Rasul yang turun lagi, kita sendirilah kena ubah. Asalkan jangan ada yang mengaku Nabi, cukup lah.

Ezam pulang ke UMNO sama seperti waktu Dataran Serengeti dilanda kemarau. Sungai dan tasik banyak yang kering. Masing-masing tengah mencari lopak air. Masa inilah mangsa dan pemangsa berada dalam jarak yang paling dekat. Keadaan di lembah Tanzania kini amat terdesak. Penghuninya sanggup melakukan apa saja, walaupun kudrat tak seberapa.Namun, yang paling berkuasa ketika ini bukan lah karnivor, tapi herbivor paling besar, gajah. Yang kurang bernasib baik, akan berdepan dengan dua situasi, dibaham karnivor atau mati kering.

Dulu, Nabi Isa al Masih a.s datang nak 'scrap' amalan ugama yahudi yang masa itu dah sesat, materialistik dan hipokrit. Walaupun Nabi Isa a.s gagal mengubah kaumnya secara total, tapi usahanya diteruskan oleh pengikut baginda.

Jadi kalau di Malaysia ini ada yang nak 'scrap' parti yang asyik berebut dan mengekalkan jawatan sesama sendiri, tambah pula dah 'overloaded' dengan unsur-unsur materialistik dan hipokrit. Rakyat pula tambah susah, 'scrap' saja lah.
Alasannya mudah saja, apa guna wujud, kalau wujud tak bawa munafaat.

Dengan usia sekarang ini pun, dah kira pencapaian yang 'extra ordinary' untuk sebuah parti dalam sistem demokrasi. Dah boleh masuk 'hall of fame'. Cukuplah, bagilah peluang parti lain pula, 'pass' lah baton itu.
Malay-sia has to win gold medal through PRo sprinter.

http://rainwonder.blogspot.com


No comments: