21 May 2011

Sun Tzu: The Art of War (Bab 3, terjemahan Bahasa Melayu)

Sun Tzu
The Art of War
(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 3/13

Merancang Pengepungan

(3.1) Master Sun
Peraturan am digunakan dalam ketenteraan ialah lebih baik mengekalkan negara teguh dari menghancurkannya. Lebih baik mengekalkan tenteranya teguh dari menghancurkannya, lebih baik mengekalkan divisyennya teguh dari menghancurkannya, lebih baik mengekalkan batalionnya teguh dari menghancurkannya, lebih baik mengekalkan unitnya teguh dari menghancurkannya.

Cao Cao » Jika kamu membawa tentera dan menembusi jauh ke dalam wilayah pihak lawan, teruskan kemaraan, halang kawasan antara kubu didalam dan tembok kota diluar, putuskan perhubungan antara dalam dan luar, kemudian jika musuh menyerah diri kesemuanya, itu yang terbaik. Jika kamu serang secara memusnahkan dan menawan secara paksa, pencapaian sebegitu tidaklah seberapa.

Jia Lin » Jika kamu dapat mengekalkan negara musuh dalam keadaan teguh, lantas negara kamu juga sendiri dalam keadaan teguh. Ini yang terbaik.

Li Quan » Ini bermaksud pembunuhan bukanlah perkara yang penting.

Du You » Yang terbaik jika musuh menyerah diri dengan rela hati. Untuk setiap serangan dan kekalahan (pasti) ada kekurangannya yang tersendiri.

Ho Yanxi » Polisi terbaik ialah menggunakan strategi, pengaruh, dan kecenderungan situasi untuk menyebabkan pihak penentang menyerah dengan rela.

Zhang Yu » Zhang Yu memetik kenyataan Wei Laozhi: "Amalkan (prinsip) seni pertahanan diri, nilai lawan kamu; buatkan mereka hilang semangat dan arah, justeru itu walaupun tentera lawan itu teguh namun ianya tak berguna - inilah kemenangan melalui Tao. Jika kamu musnahkan tentera penentang dan membunuh jeneral-jeneral, memanjat benteng dengan pantas, kumpulkan pemberontak dan mengambil penguasaan tanah - ini ialah kemenangan melalui kekerasan"

Zhang Yu menjelaskan lagi " Lantaran itu, menang melalui Tao dan menang dengan kekerasan adalah sama seperti mengekalkan negara itu teguh dan (atau) menghancurkan negara (tersebut). Layan rakyat (negara yang ditawan) dengan belas kasihan sementara menghukum pesalah, beroleh kemenangan seluruhnya dengan negara (itu kekal) teguh, adalah terbaik" .
Wang Xi » Negara, tentera, divisyen, batalion, unit - besar atau kecil, kekalkan keteguhannya dan maruah kamu akan bertambah baik disebabkan itu; memusnahkannya, maruah kamu akan turut terjejas.

(3.2) Master Sun
Lantaran itu mereka yang menang setiap pertempuran tidak semestinya cekap - mereka yang menyebabkan tentera musuh tak berdaya tanpa berlawan adalah terbaik antara semua.

Cao Cao » Kemenangan terbaik ialah apabila pihak lawan menyerah diri dengan kerelaan sendiri sebelum berlakunya tentangan yang sebenar.

Li Quan » Atasi lawan kamu dengan perkiraan.

Chen Hao » Bila kamu bertempur, ianya perlu untuk membunuh orang, lantaran itu yang terbaik ialah menang tanpa berlawan.

Jia Lin » Yang terbaik antara semua apabila pasukan kamu dapat kekal dihormati hinggakan kesemuanya (musuh) menyerah diri. Ini lebih berharga dari memenangi secara berhelah, ganas dan berbunuhan.

Mei Yaochen » Ini adalah persoalan tidak suka untuk mengakibatkan kecederaan.

Zhang Yu » Jika kamu hanya boleh mencapai kemenangan dengan bertempur, sudah tentu ramai yang terkorban, itu tidak bagus.
Jika kamu dengan jelas menyatakan apa yang bakal di anugerahkan, apa yang dihukum, pastikan arahan kamu dihormati, pastikan jentera diselenggara, latih dan didik para pegawai dan pasukan-pasukan, dan biarkan kekuatan mereka diketahui sebagai cara mengatasi saikologi lawan , ini dikira paling baik.

Wang Xi » Dalam operasi ketenteraan, apa yang dinilai ialah mematahkan strategi lawan, bukan pertempuran sengit.

Ho Yanxi » Ho Yanxi menceritakan kisah ini: Apabila Wang Po dari Dinasti Han yang terkemudian mengganyang Chu Chien dan Su Mo, dia pulang ke kem selepas pertempuran. Musuhnya bergabung semula dan cuba mencetuskan pertempuran kecil, tetapi Wang Po enggan keluar. Sewaktu Wang Po di majlis makan malam bersama para pegawainya, tentera Su Mo menghujani kem dengan anak panah.Hinggakan satu darinya terkena bekas wain dihadapannya. Bagaimanapun Wang Po duduk dengan tenang, tidak berganjak sedikit pun.
Pada ketika itu, seorang pegawai berkata Su Mo sudah hampir kehabisan upaya dan mudah untuk menyerang mereka. Wang Po enggan, (dan) berkata, " Tentera upahan Su Mo datang dari jauh, dan mereka sedang kekurangan bekalan - sebab itu mereka terdesak untuk berlawan agar pemenang bolot semua. Jika saya tutup kem saya dan kekalkan tentera didalam, inilah yang dipanggil "terbaik antara semua".

(3.3) Master Sun
Lantaran itu, ahli ketenteraan yang hebat menyerang sewaktu rancangan sedang diatur.

Cao Cao » Apabila pihak lawan baru mula untuk merancang strategi, ianya mudah untuk menyerang.

Du You » Di kala pihak lawan merancang untuk bersiap-siaga kekuatan mereka, jika kamu nenyerang dan beri tekanan pada mereka, itulah yang terbaik. Lantaran itu seorang pahlawan agung - maharaja pernah berkata, "Mereka yang bijak mengatasi masalah adalah mereka yang menyelesaikannya sebelum ianya timbul; mereka yang bijak mengatasi musuh, adalah mereka yang menang sebelum ia dibentuk."

Mei Yaochen » Ini bermaksud menang melalui kepintaran.

Wang Xi » Adalah terbaik menghalang orang dengan rancangan yang pintar.

Ho Yanxi » Sewaktu musuh mula merancang serangan keatas kamu , kamu serang mereka dahulu - ini mudah. Perhatikan dari arah mana rancangan musuh dan susun kekuatan kamu berpandukannya; serang sewaktu rancangan mereka masih diperingkat awal.

Zhang Yu » Zhang Yu memetik ada sesetengah orang mengatakan maksud Master Sun ini ialah operasi ketenteraan yang terbaik ialah menyerang secara strategik, bermaksud gunakan taktik yang jarang digunakan dan perkiraan-perkiraan sulit untuk mencapai kemenangan tanpa bertempur.

(3.4) Master Sun
Perkara terbaik yang seterusnya ialah menyerang sekutu-sekutu.

Li Quan » Maksudnya ialah menyerang ketika (hubungan) dengan sekutu sedang dijalinkan.

Chen Hao » Sesetengah mengatakan ini bermaksud apabila musuh telah mula bergerak dan berunding, serang dan tewaskan mereka - inilah yang terbaik seterusnya .

Meng Shi » Jika kamu bersekutu dengan negara yang kuat, musuh kamu tidak akan berani berkomplot menentang kamu.

Mei Yaochen » Ini bermaksud menang dengan menimbulkan rasa gerun (terhadap lawan)

Wang Xi » Ini bermakna jika kamu tidak boleh menghalang perancangan musuh sepenuhnya , kamu patut sasarkan pula pada sekutu-sekutunya, cuba buat mereka bertelagah.

Ho Yanxi » Apa yang disebut oleh Master Sun ialah serang apabila kamu telah berdepan dengan musuh, bermaksud apabila pasukan kamu sudah hampir untuk bertempur, kamu buat satu pasukan palsu untuk menakutkan mereka dan buat mereka tidak berupaya samaada untuk mara atau berundur, dan kemudian gunakan peluang tersebut untuk melawan dan menawan mereka. Disebabkan jiran-jiran juga dapat dibantu dengan tindakan tersebut, musuh tidak dapat menjauhkan diri dan menjadi lemah.

(3.5) Master Sun
Perkara terbaik seterusnya ialah menyerang tentera.

Cao Cao » Maksudnya ialah apabila tentera telah dibentuk.

Jia Lin » Untuk hasil yang bagus dalam serangan yang berjaya,susunkan kekuatan kamu tanpa kesilapan, jika tidak ianya satu lagi tanda kegagalan. Lantaran itu seorang pahlawan agung – maharaja berkata, “Seorang yang bertarung untuk kemenangan dengan menghunus pedang bukanlah jeneral yang handal”.

Mei Yaochen » Ini bermaksud menang melalui pertarungan.

(3.6) Master Sun
Paling rendah ialah menyerang kota. Mengepung kota hanya dibuat sebagai pilihan terakhir.

Mei Yaochen » Apabila musuh telah memanggil bantuan dan mempertahankan kota, menyerang mereka dalam keadaan begini adalah cara yang paling rendah dalam operasi ketenteraan.

Li Quan » Apabila tentera kamu berkubu dikota yang bertembok, para pegawai jadi muak dan askar jadi malas.

Du You » Ini bermaksud apabila kamu menyerang kota dan meranapkan pekan, ini ialah bentuk paling rendah dalam serangan, kerana banyak terkorban.

Wang Xi » Askar terbunuh dan jadi cacat tanpa perlu mengambil alih kota.

Zhang Yu» mengepung kota-kota dan meranapkan pekan-pekan bukan saja meletihkan askar dan mensesiakan sumber, ia juga melibatkan banyak korban, sebab itu ianya adalah cara serangan yang paling rendah. Bila kamu mengepung kota, tenaga kamu akan kehabisan untuk itu, jadi lakukan sekiranya ia benar-benar perlu sebagai pilihan terakhir.

(3.7) Master Sun
Ambil tiga bulan untuk menyediakan jentera dan tiga bulan untuk melengkapkan kejuruteraan pengepungan.

Du Mu » Dia bermaksud ianya perlu untuk mengambil masa yang cukup untuk benar-benar dapat menyediakan jentera dan pembinaan secara menyeluruh agar tidak ramai yang tercedera. Seperti kata ahli strategi silam "Mereka yang tidak dapat menyusun jentera mereka secara berkesan akan berhadapan dengan masalah.

Mei Yaochen » Jika kedua-dua (cara) samaada menimbulkan rasa gerun atau kepintaran tidak cukup untuk mengatasi musuh, kamu tiada pilihan melainkan menyerang dimana mereka tinggal, justeru kamu mesti mengambil masa yang cukup untuk buat persediaan.

Zhang Yu » Ada yang mengatakan maksud Master Sun disini ialah kamu tidak patut menjadi marah dan terburu-buru untuk menyerang. Sebab itu ia berkata untuk mengambil masa, bukan disebabkan adanya keperluan untuk tempoh tertentu.

(3.8) Master Sun
Jika jeneral tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan tenteranya pula mengerumuni kubu kota, (yang) membunuh sepertiga askarnya, dan masih lagi tak dapat menawan kubu kota tersebut, ini merupakan serangan yang malang.

Cao Cao » Jika jeneral terlalu berang dan tidak sabar menunggu jentera pengepungan, lantas menghantar tenteranya memanjat tembok seperti kawanan semut, ini akan membunuh dan mencederakan askar.

Jia Lin » Ampu mereka, sambil mencetuskan pergeseran dikalangan tentera, dan kota akan jatuh dengan sendirinya.

(3.9) Master Sun
Lantaran itu mereka yang handal dalam seni pertanan diri mengatasi kekuatan pihak lain tanpa bertempur , menakluk kota musuh tanpa mengepung, memusnahkan negara asing tanpa mengambil masa yang panjang.

Li Quan » Gunakan taktik-taktik untuk mengatasi pihak lawan dengan melemahkan semangat mereka daripada bertempur dengan mereka, tawan kota mereka dengan strategi . Musnahkan negara mereka dengan licik, jangan terkorban dalam peperangan yang berpanjangan.

Mei Yaochen » Pertempuran bermaksud menyakiti orang, mengepung bermaksud memusnahkan harta benda.

Mei Yaochen » Ini bermaksud menyerang pada (peringkat) perancangan dan menyerang sekutu-sekutu, bukanlah (itu yang) pertempuran sebenarnya telah berlaku. Sebab itu seni pertahanan diri klasik mengatakan strategi terbaik ialah tidak berlawan. Seseorang yang pandai mengatur pengepungan, tidak mengatur kepungan dengan tentera, tetapi menggunakan strategi untuk menghalang pihak lawan, membuatkan mereka tewas dengan sendirinya, dan musnah dengan sendirinya, daripada berdepan dengan mereka dalam kempen yang panjang dan menyulitkan.

Zhang Yu » Ahli ketenteraan yang cekap memusnahkan rancangan (lawan), merosakkan perhubungan, memotong bekalan, atau menghalang jalan, dan oleh kerana itu dapat mengatasi lawan tanpa berlawan.

Satu cara untuk mengambil alih kota ialah dengan menyerang tempat yang sudah pastinya mereka akan selamatkan , dengan tujuan musuh akan keluar dari kubu mereka untuk membantu; kemudian tawan kota itu melalui serang hendap.

Zhang Yu » Dikala kamu boleh ambil kesempatan dari keadaan musuh, jika kamu tak lepaskan peluang untuk menghancurkan mereka umpama cendawan kayu reput , justeru ia tak akan ambil masa yang lama.

(3.10) Master Sun
Adalah mustahak untuk membuat perbandingan (antara) kesemua kumpulan untuk kejayaan mutlak, jadi tentera tak perlu berkubu dan faedahnya boleh dihitung. Ini ialah hukum pengepungan strategik.

Cao Cao » Kamu tidak berlawan dengan musuh kamu, namun kamu menang sepenuhnya, capai kejayaan dimana-mana, bukan dengan tentera yang berkubu dan pedang berdarah.

Mei Yaichen » Kemenangan mutlak ialah bila tentera tak berlawan, kota tak dikepung, tiada kemusnahan berlaku, tapi dalam setiap kes musuh telah tertewas dengan strategi. Ini dipanggil pengepungan strategik. Dengan cara begini kamu tidak membosankan tentera kamu, dan faedahnya sememangnya tercapai.

Zhang Yu » Jika kamu tidak bertempur, tentera kamu tidak cedera, jika kamu tidak mengatur pengepungan, kekuatan kamu tidak akan habis, jika kamu tidak berlarutan lama, sumber kamu tak akan kehabisan. Beginilah caranya kamu mencapai kejayaan penuh keatas dunia. Lantaran itu tiada kerosakan yang dikaitkan dengan tentera yang berkubu dan kekejaman, dan ada kebaikan pada negara yang makmur dan tentera yang kuat. Ini ialah seni pengepungan strategik dari general yang hebat.

(3.11) Master Sun
Sebagai aturan untuk kegunaan ketenteraan dimana jika kamu mengatasi bilangan musuh dengan (kadar) sepuluh dengan satu,kepung mereka;lima dengan satu, serang;dua dengan satu, pecahkan.

Cao Cao » Jika kamu mengatasi bilangan musuh sepuluh dengan satu, kepung mereka - begitu, jika jeneral-jeneral sama pintar dan sama berani, dan tentera juga sama handal. Jika kamu mengatasi bilangan musuh lima dengan satu, gunakan tiga per lima kekuatan kamu untuk serangan terus, dua per lima lagi untuk serangan mengejut. Jika kamu mengatasi bilangan musuh dua dengan satu, bahagikan kekuatan kamu pada dua, satu untuk serangan terus dan satu lagi untuk serangan mengejut.

Du Mu » Ia memerlukan sepuluh kali ganda bilangan tentera untuk mengelilingi pihak lawan, kerana kamu kena membuat lingkaran ke satu jarak tertentu dari musuh, jadi kawasan yang terlibat adalah besar, dan kamu harus buat kawalan ketat, dengan demikian jika kamu tidak mempunyai tentera yang ramai, tentu ada ruang dan bolos.
Sekarang jika ada perpecahan dikalangan barisan musuh, dengan itu tiada yang jelas dalam turutan kuasa memerintah, lantaran mereka akan bertelagah sesama sendiri, walaupun kamu tidak mengepung mereka. Jika kamu mengepung mereka dalam keadaan sebegitu, tak perlu disebut lagi tentang akan berlakunya kemusnahan.
Apabila Master Sun mengatakan kamu memerlukan bilangan sepuluh kali ganda untuk mengelilingi musuh, ini ialah apabila pemimpin (kedua pihak) sama-sama pintar dan berani dan tentera kamu sama-sama hebat, bukan diwaktu adanya perselisihan dalam barisan tentera masing-masing.

Ho Yanxi » Bila kamu mengira dan membandingkan kekuatan angkatan kamu dengan pihak lawan, pertimbangkan juga (faktor) kebolehan, kepintaran dan keberanian para jeneral - jika kamu sepuluh kali ganda kuat dari musuh, maksudnya sepuluh kepada satu, dan kamu boleh mengepung mereka, patahkan sebarang cubaan melepaskan diri.

Du Mu » Jika kamu lima kepada satu berbanding lawan, kamu harus mengambil tiga perlima dari kekuatan kamu, bahagi mereka kepada tiga unit untuk menyerang musuh dari satu arah, persiapkan dua pertiga (lagi), perhatikan ruang-ruang dimana pihak lawan tidak bersedia, dan ambil peluang untuk membuat serangan mengejut keatas mereka.

Chen Hao » Bila kekuatan kamu diberitakan lima kali ganda berbanding musuh, ini bermaksud kamu mempunyai tenaga yang lebih.
Kekuatan mereka disusun sini dan sana, jadi bagaimana kamu boleh menyerang mereka dengan tiga haluan saja?
Bilangan yang dikenalpasti itu hanya merujuk untuk serangan ke kubu kota.

Du Mu » Jika kamu dua kepada satu berbanding lawan kamu, kamu harus menyertai tentera kamu dan mara ke kawasan kritikal pihak lawan, atau serang kawasan dimana pihak lawan pasti akan pertahankan, dengan itu pihak lawan akan terpecah untuk memberi bantuan , dan kamu boleh menggunakan bahagian lagi satu untuk menyerang mereka. Prinsip peperangan bukan sekadar bilangan - dalam tiap pertembungan tentu ada kedua-duanya serangan mengejut dan serangan-berdepan, kamu tidak boleh tunggu hingga tentera kamu bertambah untuk bersiap bagi melakukan serangan mengejut.

Du You » Bila kamu mengatasi bilangan pihak lawan dengan dua kepada satu, ambil satu bahagian serangan untuk serbuan-terus, satu bahagian (lagi) untuk serangan mengejut. Justeru mereka tidak sempat untuk buat penyelarasan, ini akan mengelirukan askar lawan dan tentera mereka akan terpisah. Lantaran itu panglima-maharaja pernah berkata, "Jika kamu tidak boleh membahagi dan mara, kamu jangan bercakap fasal mengendalikan kejutan".

(3.12) Master Sun
Jika kamu setanding, lawan jika kamu mampu. Jika kamu sedikit, elakkan jika mampu. Jika kamu tidak sehandal mana, lari jika kamu mampu.

Cao Cao » Jika kekuatan kamu setanding dengan musuh, walaupun kamu handal namun kamu masih perlu untuk membuat rancangan serang hendap dan serangan mengejut untuk menang keatas mereka. Jika tidak, bertindak defensif dan jangan terlibat dalam pertempuran, atau jika tak seimbang, bawa askar kamu dan lari.

Wang Xi » Mampu bermaksud mampu memotivasi yang lain berjuang hingga mati. Jika kamu mencapai kemenangan dengan serbuan dan serang hendap, ini dipanggil kehebatan dalam kepintaran. Ianya bukan berkaitan dengan pertembungan tentera.

Li Quan » Jika kamu kira kekuatan kamu kurang dari pihak lawan, dengan itu kuatkan pertahanan kamu, jangan keluar dan mematahkan pedang kamu. Tunggu sehingga semangat musuh jadi lemah, kemudian mara dan buat serangan mengejut.

Du Mu » Jika kekuatan kamu tidak seimbang berbanding musuh, elakkan pertempuran dengan mereka, tunggu ruangan; kemudian buat ketetapan untuk mencapai kemenangan. Mampu juga bermaksud mampu tabah menahan kemarahan dan penghinaan, tidak keluar untuk berdepan dengan cabaran lawan.

Chen Hao » Ianya tak begitu. Ia cuma bermaksud jika tentera musuh lebih dari kamu, kamu patut lari dari mereka , dengan itu membuatkan mereka bongkak dan gunakan ini untuk rancangan selanjutnya. Ia tidak bermaksud tabah menahan marah dan penghinaan.

Jia Lin » Jika mereka melebihi kamu, berundur dan sembunyikan kedudukan pasukan kamu agar musuh tidak tahu, kemudian sediakan penyerang hendap yang menunggu mereka, sediakan tipu helah untuk mengelirukan mereka. Ini juga cara untuk mencapai kejayaan.

Zhang Yu » Nasihat untuk menjauhkan diri dan tidak bertempur jika musuh terlalu ramai juga digunakan dalam situasi yang seimbang, kualiti kepimpinan dan pasukan pasukan.
Jika tentera kamu tersusun manakala mereka pula huru hara, jika kamu bersemangat dan mereka lembab, walaupun mereka lebih ramai, kamu boleh bertempur (dengan mereka).
Jika askar kamu, kekuatan kamu, strategi kamu, keberanian kamu lemah dari pihak lawan, dengan demikian kamu patut berundur dan perhatikan ruangan terbuka.

(3.13) Master Sun
Lantaran itu, jika pihak yang kecil berdegil, ia akan jadi tawanan pihak yang lebih besar.

Li Quan » Jika pihak yang kecil tidak mahu mengalah tanpa mengambilkira kekuatannya, ia tentu akan ditawan oleh pihak yang lebih besar.

Meng Shi » Yang kecil tidak aan dapat menandingi yang besar, ini bermakna jika negara kecil tidak dapat menilai kekuatannya dan sanggup menjadi musuh pada negara yang lebih besar, tidak kira betapa kukuhnya pertahanannya, ia tak akan dapat mengelak dari menjadi negara jajahan. Dalam Hikayat Musim Bunga dan Luruh, "Jika kamu tidak boleh jadi kuat dan tidak pula lemah, ini akan menyebabkan kekalahan kamu".

Ho Yanxi » Ho Yanxi menceritakan kisah Jeneral Kanan Su Jian dari Dinasti Han, seorang timbalan jeneral dalam beberapa peperangan dengan penaklukan Huns di zaman silam. Jeneral Kanan Su dan Jeneral Serangan Zhao dari tentera serangan mengepalai divisyen dengan beberapa ribu tentera berhadapan dengan Hun yang mempunyai kekuatan sepuluh kali ganda.
Mereka bertarung sepanjang hari, hingga lah tentera China dimusnahkan. Sekarang Jeneral Serangan Zhao, orang asing yang pada asalnya menyertai pihak China sebagai tukaran untuk kedudukan dan pangkat, telah dipelawa oleh Huns menyerai mereka, jadi dia membawa baki tenteranya, lebih kurang lapan ratus atau lebih, dan menyerah diri pada Shanyu, ketua puak Huns. Jeneral Kanan Su, kini telah kehilangan seluruh tenteranya, tidak tahu kemana hendak dituju, (beliau) satu-satunya yang masih hidup.
Jeneral utama bertanya pada beberapa penasihat utamanya apa yang perlu dibuat dalam hal Jeneral Kanan Su ini. Seorang darinya berkata, "Kita tak pernah menghukum seorang pun timbalan jeneral selama kempen ini. Sekarang Su ini telah meninggalkan tenteranya - kita patut menghukumnya untuk menunjukan betapa seriusnya kita "
Tapi seorang lagi berkata, "Tidak, itu tidak betul, hukum seni pertahanan diri kata kedegilan yang keterlaluan oleh pihak yang kecil yang membuatkan mereka menjadi tawanan oleh pihak yang lebih besar. Sekarang Su berseorangan dengan beberapa ribu tentera bila ia bertembung dengan Shanyu yang ada puluhan ribu tentera; dia berjuang bermatian sehari suntuk, tidak sanggup memikir benda lain apatah lagi untuk meninggalkan askarnya. Jika kita menghukumnya sebaik dia pulang dengan sendiri, ini akan memberi isyarat pada yang lain tiada gunanya untuk pulang.

(3.14) Master Sun
Para jeneral adalah pembantu kepada bangsa. Jika bantuannya sempurna, negara akan teguh. Bila bantuannya pincang, negara akan lemah.

Cao Cao » Bila para jeneral sempurna seluruhnya, rancangan mereka tidak bocor. Jika ada kepincangan, susunan mereka akan didedahkan.

Jia Lin » Kekuatan dan kelemahan sesebuah negara bergantung pada para jeneral. Jika para jeneral membantu kepimpinan dan berkebolehan sepenuhnya, negara akan teguh. Jika para jeneral tidak membantu kepimpinan, dan menyembunyikan dusta dalam hati mereka, negara akan lemah. Lantaran itu amatlah mustahak untuk memilih orang dengan teliti bagi jawatan yang mempunyai tanggungjawab besar.

Ho Yanxi » Sempurna bermaksud mempunyai kedua-dua kebolehan dan kepintaran. Bila sebuah negara mempunyai para jeneral yang berkebolehan dan kepintaran, negara itu akan selamat dan teguh. Ini bermaksud para jeneral harus benar-benar berkebolehan dan benar-benar berpengetahuan dalam semua (aspek) operasi.
Jeneral di medan mesti sudah membiasakan diri dengan kesemua selok belok peperangan sebelum mereka boleh mengetuai askar mereka sendiri dan menilai formasi pertempuran.

Wang Xi » Sempurna bermaksud apabila para jeneral itu bagus dan arif, mereka juga setia dan berkebolehan. Jika berlakunya kepincangan bermakna ada sesuatu yang kurang.

Zhang Yu » Apabila strategi para jeneral teliti, pihak musuh tidak dapat melihatnya, jadi negara akan teguh. Jika ada sedikit saja ruang, pihak lawan akan ambil kesempatan secara aggresif, jadi negara akan lemah.

(3.15) Master Sun
Dengan itu ada tiga cara dimana kepimpinan awam boleh mengakibatkan masalah ketenteraan. Apabila kepimpinan awam tidak peka tentang fakta-fakta mengarahkan tentera untuk mara dimana ia tak sepatutnya, atau mengarahkan tentera untuk berundur dimana ia tak sepatutnya, ini dipanggil mengongkong tentera. Apabila kepimpinan awam jahil tentang urusan ketenteraan tetapi berkongsi kuasa yang sama berkaitan tentera dalam kerajaan, (tentera akan keliru.
Apabila kepimpinan awam jahil tentang pengendalian ketenteraan tetapi berkongsi (kuasa) yang sama dalam pemerintahan tentera, askar akan jadi ragu-ragu. Bila saja tentera jadi keliru dan ragu-ragu, masalah datang dari pesaing. Ini dipanggil menidakkan kejayaan dengan membuat pihak tentera bercelaru.

Wang Zi » Untuk mengatasi masalah sebegini, adalah perlu untuk menghantar pihak berkuasa yang bebas, dengan itu amatlah mustahak bagi para pegawai itu yang sebaiknya para jeneral yang setia dan berkebolehan.

Du Mu » Jika pihak ketenteraan hendak ditadbir cara yang sama seperti masyarakat awam biasa, justeru askar akan menjadi keliru, disebabkan mereka telah terbiasa dengan prosedur tentera dan arahan kuatkuasa.

Mei Yaochen » Urusan tentera dan awam adalah berbeza, berurusan dengan perkara berlainan. Jika kamu cuba menggunakan cara pentadbiran awam untuk mentadbir operasi tentera, operasi akan jadi keliru.

Zhang Yu » Sesebuah negara boleh ditadbir dengan kemanusiaan dan keadilan, bukan dengan tentera. Tentera boleh dibimbing dengan peraturan , tetapi bukan bagi negara. Apabila ada dikalangan pegawai awam ditugaskan di ketenteraan (dan) memberi perintah kepada mereka yang tidak faham tentang strategi ketenteraan, jika mereka dibenarkan berkongsi tanggungjawab dalam kepimpinan tentera, justeru itu turutan kuasa memerintah tidak akan sepakat dan tentera dalam keraguan.

Zhang Yu » Juga, jika jeneral kurang kebolehan merancang untuk buat penilaian keatas para pegawai dan (gagal) meletakkan mereka di posisi yang terbaik dengan kebolehan mereka, namun di tugaskan secara mendadak dan lantaran itu mereka tidak dapat meggunakan kebolehan mereka sepenuhnya, justeru itu tentera akan menjadi celaru.
Huang Shigong menceritakan "Mereka yang bagus menyerahkan tanggungjawab melantik si pintar, si gagah, si tamak dan si bodoh. Si bijak amat suka untuk menunjukan kebolehannya, si gagah suka menonjolkan cita-citanya, si tamak gembira dengan peluang untuk dapat keuntungan, dan si bodoh tidak peduli jika dia mati"
Jika tentera kamu sendiri ragu-ragu dan keliru, kamu yang membuat masalah sendiri,sama seperti kamu membawa musuh untuk mengalahkan kamu.

Meng Shi » Apabila pasukan tentera ragu-ragu tentang tanggungjawab mereka dan keliru dengan apa yang perlu dibuat, kemudian pesaing (kamu) akan ambil kesempatan diatas situasi yang tak terkawal dan menimbulkan masalah.

(3.16) Master Sun
Jadi ada lima cara untuk ketahui siapa yang bakal menang. Mereka yang tahu bila perlu berlawan dan bila tak perlu berlawan adalah pemenang. Mereka yang dapat mengenalpasti bila hendak gunakan pasukan yang banyak atau sedikit adalah pemenang.
Mereka yang mana anggota pangkat tinggi dan rendah mempunyai kemahuan yang sama adalah pemenang. Mereka yang menghadapi (perkara) luar jangkaan dengan persediaan adalah pemenang. Mereka yang mana jeneral mereka berkebolehan dan tidak tertekan oleh pihak kerajaan adalah pemenang.
Inilah lima cara untuk ketahui siapa yang bakal menang.

Ho Yanxi » Nilai diri kamu dan lawan kamu.

Du You » Kadangkala kumpulan besar tidak dapat menyerang kumpulan kecil dengan berkesan, dan lagi kadangkala kelemahan boleh digunakan untuk mengawal yang kuat. Mereka yang dapat menyesuaikan dengan situasi adalah pemenang. Inilah sebabnya tradisi dalam Hikayat Musim Bunga dan Luruh mengatakan " Penaklukan ketenteraan adalah berkaitan koordinasi, bukan massa (jumlah besar)"

Zhang Yu » Antara cara untuk menyusun pasukan, ada berbagai cara dimana yang sedikit boleh mengatasi yang ramai, dan ada berbagai cara dimana yang ramai boleh mengatasi yang sedikit. Ianya berkaitan menilai kegunaannya dan bukan disalahgunakan.
Juga, apabila para jeneral bersatu hati (sepakat), tentera akan mengkoordinasi usaha mereka , dan semua orang mahu berlawan, dan tiada siapa boleh menandingi kekuatan sebegitu.
Sentiasa kebal (gagah) sepanjang masa, sebagai persediaan terhadap pihak lawan. Sepertimana Wu Qi sebut, "Bila kamu keluar dari pintu, anggap sepertimana kamu melihat musuh"
Dan Shi Li berkata "Sentiasa bersedia, dan kamu tidak akan ditewaskan"
Apabila para jeneral ada kepintaran dan keberanian, mereka patut diberi kepercayaan dengan tanggungjawab untuk menyempurnakan kerja mereka , bukan dikawal oleh pihak awam.

Jia Lin » Pergerakan tentera mesti disesuaikan dengan situasi pada ketika itu juga - tidak ada yang banyak menimbulkan masalah selain dari cuba mengendalikan mereka dari barisan belakang.

Wang Xi » Jika kepimpinan awam cuba mengawal jeneral-jeneral yang hebat, ia tidak dapat melenyapkan keraguan dan halangan. Kepimpinan yang waras adalah satu-satunya yang mengenali orang-orang nya dan dapat menyerahkan kuasa secara berkesan. Di medan (perang) adalah perlu untuk mengambil kesempatan dari peluang-peluang kerana ia melambangkan mereka seadanya, tanpa keraguan - bagaimana ini dapat dikawal dari jauh?
Ho Yanxi » Sebagai peraturan, dalam operasi ketenteraan kamu perlu menukar taktik seratus kali dalam setiap langkah, teruskan jika kamu lihat boleh, patah balik jika kamu tahu ada kebuntuan.Untuk membincangkan tentang arahan kerajaan berkenaan ini semua samalah seperti hendak mengumumkan (beritahu) orang atasan kamu yang kamu hendak memadamkam api, sebaik kamu balik dengan arahan tersebut, tiada apa lagi yang tinggal melainkan abu.

Du Mu » Du Mu memetik kata Wei Liaozi, "Seorang jeneral tidak dikawal oleh langit diatas, tidak dikawal oleh bumi di bawah, tidak dikawal oleh manusia diantaranya. Inilah mengapa 'ketenteraan ialah alat yang buruk padahnya'. Seorang jeneral ialah pegawai maut"

(3.17) Master Sun
Lantaran itu disebut jika kamu kenal yang lain dan kenal diri kamu, kamu tidak akan tersiksa dalam seratus pertempuran; jika kamu tidak kenal yang lain tapi kenal diri kamu, kamu menang satu dan tewas satu; jika kamu tidak kenal yang lain dan tidak kenal diri kamu, kamu akan terseksa dalam setiap satu pertempuran.

Li Quan » Jika kamu menilai kekuatan kamu dan boleh menhindari musuh, apa bahaya yang ada? Jika sebab kekuatan kamu sendiri kamu gagal mengukur pihak lawan, kemenangan masih tidak pasti.

Du Mu » Bandingkan kerajaan kamu dengan musuh; bandingkan kepimpinan ketenteraan kamu dengan musuh; bandingkan lojistik kamu dengan musuh; bandingkan lapangan kamu dengan musuh. Setelah mengumpulkan perbandingan tersebut, kamu akan ada sekilas pandangan (previu) berkenaan kehebatan dan kekurangan , kelemahan dan kekuatan ; ini akan membolehkan kamu berjaya setiap kali dalam operasi ketenteraan yang seterusnya.

Zhang Yu » Bila kamu kenal yang lain, kamu mampu menyerang mereka. Bila kamu kenal diri kamu, kamu mampu mempertahankan diri kamu. Menyerang ialah masa untuk bertahan, bertahan ialah strategi untuk menyerang. Jika kamu tahu ini, kamu tidak akan berhadapan bahaya walau kamu bertarung seratus pertempuran.
Bila kamu tahu diri kamu saja, ini bermakna mengawal tenaga kamu dan tunggu. Ini sebabnya ketahui pertahanan tapi tidak kesalahan maknanya setengah berjaya dan setengah tewas.
Jika kamu tidak tahu salah satu samaada seni pertahanan atau seni serangan, kamu akan tewas dalam pertempuran.

06 May 2011

Sun Tzu: The Art of War (Bab 2, terjemahan Bahasa Melayu)

Sun Tzu
The Art of War
(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)
Sun Tzu
Seni Perang
Bab 2/13
Melaksanakan Pertempuran
Li Quan » Pertama, siapkan rancangan kamu, kemudian sediakan kelengkapan. Inilah sebabnya bab pertempuran menyusuli bab penilaian strategik.
(2.1) Master Sun
Bila kamu bertempur, walaupun kamu sedang menang, (tetapi) jika berterusan terlalu lama ia akan melunturkan tenaga kamu dan menumpulkan pedang; jika kamu mengepung kubu kota, kamu akan keletihan. Jika kamu membiarkan tentera kamu dimedan (perang) terlalu lama, bekalan kamu tidak akan mencukupi.
Jia Lin » Walaupun kamu mengatasi yang lain dalam pertempuran, jika ia berterusan terlalu lama, tiada untungya. Dalam operasi ketenteraan, kemenangan total adalah penting, jika tenaga kamu luntur dan serangan kamu tumpul, korban bertambah dan pertempuran jadi sengit, kamu akan kepenatan.
Zhang Yu » Jika kamu membelanjakan wang yang banyak dalam operasi ketenteraan, tentera kamu pula terlalu lama di medan perang, peruntukan kewangan kamu tidak akan cukup untuk menampung perbelanjaan.
Li Quan » Dalam sebuah karya klasik 'Hikayat Musim Bunga dan Luruh' ada menyebut "perang itu umpama api, jika tak dipadamkan, kelak membakar dirinya sendiri."
Jia Lin » Jika operasi ketenteraan berlarutan tanpa mendatangkan hasil, lawan kamu akan mula mendapat idea.
Du You » Senjata itu buruk padahnya - menggunakannya untuk tempoh yang panjang akan membawa musibah. Pernah disebut "mereka yang suka berlawan dan terlalu penat, tentera mereka tak dapat dielakkan dari kemusnahan"
(2.2) Master Sun
Bila tenaga kamu luntur, serangan kamu tumpul, kekuatan kamu akan luluh, dan bekalan kamu kehabisan, orang lain akan mengambil kesempatan keatas kelemahan kamu dan bangkit melawan. Walaupun kamu mempunyai penasihat yang bijak namun akhirnya kamu tidak lagi boleh memperbaiki keadaan.
Li Quan » Operasi berskala besar melibatkan belanja yang sangat besar, yang bukan setakat menggagalkan kamu dimedan perang tetapi juga negara kamu juga akan kehabisan (sumber). Sebab itu kerajaan yang bijak, tidak membiarkan tentera mereka lama di medan perang.
(2.3) Master Sun
Lantaran itu saya pernah mendengar operasi ketenteraan yang cemerkap tetapi tangkas, tetapi tidak pula saya dengar (tentera) yang mahir dan bertahan lama. Ianya tidak membawa kebaikan pada negara bila operasi ketenteraan berlanjutan untuk masa yang lama.
Cao Cao » Ada yang menang menggunakan kepantasan walaupun mereka cemerkap.
Du Mu » Ada yang cemerkap bila menyerang, tetapi mereka mendapat kelebihan melalui ketangkasan yang luarbiasa, sebab mereka tidak mempedulikan masalah kepenatan dan kehabisan sumber (bekalan).
Chen Hao » Pepatah menyebut, 'tangkas seperti guruh yang berdentum sebelum sempat kamu menutup telinga, pantas seperti petir yang berkilat sebelum sempat mengerdipkan mata'.
(2.4) Master Sun
Lantaran itu, mereka yang tidak faham sepenuhnya perihal kelemahan menggunakan senjata, tidak akan faham sepenuhnya kelebihan menggunakan senjata.
Li Quan » Kelebihan dan kelemahan saling berkait – pertama ketahui kelemahannya kemudian ketahui kelebihannya.
Jia Lin » Dikala jeneral-jeneral menjadi angkuh dan tentera menjadi malas, dalam ketamakan mereka mencari keuntungan, mereka lupa mungkin akan terjadi perkara yang tak diduga - inilah kelemahan yang terbesar.
Du You » Ini bermaksud jika kamu merancang untuk menggerakan angkatan kamu dan bersedia untuk kempen, jika kamu tidak memikirkan bahana musibah dan kemusnahan terlebih dahulu, kamu tidak akan berupaya memperolehi sebarang kelebihan.
(2.5) Master Sun
Mereka yang mengendalikan ketenteraan dengan cekap tidak akan menambah bilangan pasukan dua kali dan tidak membekalkan makanan tiga kali.
Cao Cao » Ini bermaksud kamu mengerahkan rakyat untuk berkhidmat hanya sekali dan terus mencapai kemenangan - kamu tidak balik kenegeri asal meminta pasukan tambahan untuk kali kedua.
Pertama sekali, kamu bekalkan makanan, selepas itu kamu sekat makanan musuh; dan apabila tentera kamu pulang ke negeri, jangan sambut mereka dengan makanan pecuma lagi.
Du Mu » Pastikan samaada serangan keatas musuh boleh berjaya, pastikan samaada kamu boleh bertempur , dan justeru itu kumpulkan pasukan - kemudian kamu boleh tundukan musuh dan pulang.
Li Quan » Jangan kumpulkan bala tentera dua kali, kelak rakyat akan keletihan dan timbul persengketaan.
(2.6) Master Sun
Dengan membawa kelengkapan dari negeri kamu tetapi menyekat makanan musuh , senjata dan bekalan kamu akan mencukupi
Cao Cao » Bila kamu hendak pergi berperang, pertama kamu mesti buat perkiraan perbelanjaan dan usahakan untuk memutuskan bekalan makanan pihak lawan.
Li Quan » Jika kamu mempunyai senjata sendiri dan ambil makanan dari musuh kamu, kemudian walaupun kempen itu membawa kamu ke tempat yang jauh kamu tidak akan kekurangan apa-apa pun.
Cao Cao » Persenjataan dibawa dari negeri, bekalan makanan diambil dari pihak musuh.
(2.7) Master Sun
Bila negara menjadi miskin kerana operasi ketenteraan, ianya kerana menghantar bekalan ketempat yang jauh. Menghantar bekalan ke tempat yang jauh, dan rakyat jelata akan miskin.
Li Quan » Pasukan (tentera) yang dikumpulkan berulang kali, dan kerahan tenaga menjadi berat.
Du Mu » Master Guan berkata, "bila bekalan menjangkau tiga ratus batu, negara akan putus bekalan setahun;bila bekalan menjangkau empat ratus batu, negara putus bekalan untuk dua tahun; bila bekalan menjangkau lima ratus batu,rakyat diancam kebuluran."
Ini bermaksud bekalan tidak sepatutnya dihantar, ini akan menyebabkan pengeluar akan kerugian, jadi mereka tidak berupaya lantas menjadi miskin.
Jia Lin » Menghantar bekalan ke tempat yang jauh bermakna banyak wang dibelanjakan dalam perjalanan dan habis dibelanjakan untuk pengangkutan, dengan itu rakyat jelata akan bertambah miskin hari ke hari.
Zhang Yu » Bila tujuh ratus ribu keluarga harus membiayai seratus ribu tentera dalam ekspedisi yang jauh, rakyat jelata tidak dapat mengelak dari jadi papa.
(2.8) Master Sun
Mereka yang berdekatan dengan tentera , menjual pada harga tinggi. Disebabkan harga yang tinggi, hartabenda rakyat jelata habis.
Cao Cao » Bila tentera pergi ke perbatasan, mereka yang hampir dengan tentera, tamak pada wang, menjual pada harga tinggi. Lantaran itu rakyat jelata akan jadi miskin.
Li Quan » Perniagaan akan ada berhampiran dimana tentera berada, rakyat jelata akan kehilangan hartabenda kerana terpaksa mengikut keadaan, dan justeru itu jatuh miskin.
Jia Lin » Dimana saja pasukan (tentera) berkumpul, harga barang akan naik. Disebabkan ada orang yang tamak untuk mengaut untung berlebihan, mereka menjual kesemua barangan. Walaupun pada mulanya mereka mendapat untung besar , akhirnya mereka kehabisan barang keperluan. Begitu juga, disebabkan adanya kerahan tenaga yang luarbiasa, mereka yang punya sesuatu untuk dijual akan meletak harga paling tinggi yang boleh diperolehi; rakyat jelata akan jadi papa untuk beli barang, lantas negara akan jadi miskin dengan sendirinya.
Wang Xi » Apabila bekalan dibawa ketempat yang jauh , rakyat akan sengsara kerana berkorban. Pasar-pasar yang berdekatan dengan tentera, harga barangan melambung tinggi. Lantaran itu, kempen tentera yang berpanjangan merupakan satu derita kepada negara.
(2.9) Master Sun
Apabila sumber telah kehabisan,kerahan tenaga akan menjadi tertekan. Apabila tenaga dan sumber kehabisan, kemudian tanahair jadi muflis. Rakyat jelata akan kehilangan tujuh puluh peratus dari perbelanjaan mereka , manakala jumlah perbelanjaan kerajaan untuk kelengkapan menjangkau enam puluh peratus dari belanjawan.
Du Mu » Jika situasi ketenteraan tidak diselesaikan dan tentera tidak dibubarkan lagi, kerahan tenaga akan menjadi bertambah menekan , mengakibatkan kehabisan sumber yang dihasilkan rakyat, dengan itu mereka akan kehilangan hampir semua yang dihasilkan.
Ho Yanxi » Rakyat adalah asas sesebuah negara, makanan adalah nikmat untuk rakyat. Mereka yang memerintah yang lain harus menghormati perkara ini dan amalkan berjimat.
Mei Yaochen » Rakyat jelata menyediakan barangan, makanan dan tenaga untuk kegunaan ketenteraan, mereka kehilangan hampir keseluruhan asas kehidupan, sementara kerajaan menyediakan kelengkapan untuk ketenteraan, dengan demikian kehilangan lebih separuh dari belanjawan. Lantaran itu cukai akan habis digunakan, tentera akan kehabisan upaya dan rakyat jelata akan putus asa. Apabila kerahan tenaga menjadi penindasan dan rakyat jadi papa , negara jadi muflis.
(2.10) Master Sun
Kerana itu jeneral yang pintar berusaha untuk memintas bekalan musuh. Setiap paun makanan yang diambi dari musuh, bersamaan dua puluh paun untuk kamu.
Cao Cai » Pengangkutan bekalan makanan bernilai dua puluh kali ganda dari jumlah yang diangkut.
Zhang Yu » Ia mengambil dua puluh paun bekalan untuk menghantar satu paun bekalan untuk tentera yang jauh. Jika bentuk mukabuminya kasar, ia akan mengambil lebih dari itu. Sebab itu jeneral yang bijak akan memintas bekalan makanan musuh.
(2.11) Master Sun
Jadi apa yang membunuh musuh ialah kemarahan, apa yang diperolehi dari barangan musuh ialah ganjaran.
Zhang Yu » Jika kamu mengapikan semangat pegawai-pegawai dan pasukan-pasukan agar mereka naik berang, lantaran itu mereka membunuh musuh. Jika kamu balas dengan kenaikan pangkat, itu akan buat mereka berjuang atas kemahuan sendiri, jadi barangan (tinggalan) musuh boleh diambil. Justeru itu ada pepatah mengatakan dimana ada ganjaran yang besar disitu ada orang yang gagah.
Du You » Jika rakyat tahu mereka akan peroleh ganjaran yang lumayan jika menewaskan musuh, mereka akan gembira menyertai peperangan
Wang Xi » Ini hanya bermaksud menyediakan ganjaran yang lumayan - jika kamu biarkan mereka merampas sesuka hati, ia mungkin tak terkawal.
(2.12) Master Sun
Lantaran itu, dalam pertempuran berkuda, beri ganjaran pada (mereka) yang pertama (sekali) menawan sekurangnya sepuluh kenderaan berkuda.
Mei Yaochen » Jika kamu beri hadiah (balasan) pada semua orang, ianya tidak akan mencukupi , jadi kamu tawarkan ganjaran sebagai cara untuk menggalakan semua orang.
(2.13) Master Sun
Tukar warna mereka, biarkan mereka bercampur gaul dengan kamu. Layan askar dengan baik, jaga mereka.
Cao Cao » Tukar warna mereka supaya kelihatan sama seperti kamu, biasakan mereka bergaul dengan kamu asalkan tidak membiarkan mereka dengan peralatan mereka sendiri.
Jia Lin » Kamu tukar warna mereka supaya tak dikenali oleh musuh.
Jia Lin » Tentera tawanan harus dilayan dengan baik, supaya mereka boleh bekerjasama dengan kamu.
(2.14) Master Sun
Ini dipanggil mengatasi musuh dan sekaligus menambah kekuatan kamu.
Du Mu » Dengan menawan tentera lawan dan menggunakan bekalan musuh , kamu akan menambah kekuatan .
Mei Yaochen » Bila kamu menawan musuh , beri mereka tanggungjawab bersesuaian dengan kekuatannya, jaga mereka dengan baik, dan mereka akan berkhidmat untuk kamu.
Ho Yanxi » Jika kamu menggunakan musuh untuk mengalahkan musuh, kamu akan tetap kuat tak kira dimana kamu pergi.
(2.15) Master Sun
Jadi perkara penting dalam operasi ketenteraan ialah kemenangan, bukan kegigihan.
Cao Cao » Kegigihan tak mendatangkan faedah. Tentera umpama api - jika kamu tidak padamkan, ia akan membakar dirinya sendiri.
Meng Shi » Apa yang terbaik ialah kemenangan yang pantas dan pulangan yang cepat.
Mei Yaochen » Apa yang tertera diatas, kepantasan amatlah penting. Jika kamu pantas , kamu akan menjimatkan perbelanjaan dan biarkan rakyat berehat.
(2.15) Master Sun
Lantaran itu, kita ketahui pemimpin tentera bertanggungjawab terhadap nyawa rakyat dan keselamatan negara.
Cao Cao » Jika kepimpinan tentera bijak, negara akan selamat.
Mei Yaochen » Ini menerangkan pada kita betapa pentingnya urusan melantik para pemimpin tentera.
Wang Xi » Nyawa rakyat dan kerukunan negara adalah tanggungan para jeneral. Kesulitan untuk mencari hasil dari kepimpinan yang bagus adalah masalah (cabaran) yang berterusan.