12 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 8, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 8/13

Penyelarasan

Zhang Yu » Penyelarasan bermaksud tidak menuruti kaedah-kaedah yang ditetapkan, tetapi mengubah dengan berpatutan berpandukan kejadian, bertindak mengikut kesesuaian.

(8.1) Master Sun
Peraturan am operasi ketenteraan ialah kepimpinan ketenteraan menerima arahan dari kepimpinan awam untuk mengumpulkan tentera.
Jangan buat perkhemahan di bentuk tanah (lanskap) yang sukar. Biar hubungan diplomatik dijalinkan di sempadan. Jangan tinggal ditanah tandus atau wilayah terpencil.
Apabila dikawasan yang terkepung, buat rancangan. Bila di kawasan maut, lawan.

Jia Lin » Berada di kawasan terkepung bermaksud adanya tebing curam disemua arah, kamu pula ditengah-tengah, jadi musuh boleh datang dan pergi dengan bebas tetapi kamu menghadapi masa sukar untuk bergerak. Bila kamu berada dikawasan sebegini, kamu harus membuat rancangan tertentu sebagai persediaan awal untuk mengelak musuk dari mengganggu kamu, demikian dapat mengimbangi kekurangan pada (keadaan) kawasan.

Li Quan » Tempatkan tentera dalam situasi maut dan askar akan berjuang dengan cara mereka.

(8.2) Master Sun
Ada laluan yang tidak perlu diikut, tentera yang tidak perlu diserang, kota berkubu yang tak perlu dikepung, wilayah yang tak perlu di perangi, arahan kerajaan awam yang tak perlu dipatuhi.

Li Quan » Jika ada laluan sempit di sepanjang jalan dan mungkin ada serangan hendap, laluan itu tidak perlu diambil.

Du Mu » Jangan serang pasukan yang berpecah, jangan halang tentera yang pulang, jangan tekan tentera yang terdesak, jangan serang medan maut. Dan jika kamu kuat dan musuh pula lemah, jangan serang bahagian depan, khuatir kamu akan menakutkan yang lain untuk berundur.

Cao Cao » Boleh juga untuk menyerang tentera, tapi tidak digalakkan kerana jajaran tanah membuatnya sukar untuk diteruskan, untuk terus berada disana bermakna akan kehilangan habuan seterusnya, habuan yang ada mungkin sedikit saja, dan tentera yang terdesak akan bertarung hingga mati.
Apabila kota berkubu itu kecil dan terkawal, dan ada banyak bekalan, maka jangan kepung ia. Apabila wilayah itu memberi faedah yang sedikit dan ianya mudah untuk tewas semudah ia untuk menang, maka jangan bertarung keatasnya. Apabila ia adalah perkara untuk mempercepatkan tugas kamu, jangan hadkan ia pada perintah kepimpinan awam.

Du Mu » Wei Liaozhi berkata, "senjata adalah alat yang buruk padah, konflik ialah kualiti yang negatif, pahlawan-pemimpin adalah pegawai maut dengan tiada langit diatas, tiada bumi dibawah, tiada lawan dihadapan, tiada pemerintah dibelakang."


(8.7) Master Sun
Justeru itu ada lima ciri yang merbahaya dalam tiap para jeneral: Mereka yang bersedia untuk mati boleh terbunuh; mereka yang berniat untuk hidup boleh ditawan; mereka yang panas baran boleh diaibkan; mereka yang warak boleh diaibkan; mereka yang menyukai (mengambil berat) orang ramai boleh disusahkan.

Cao Cao » Mereka yang berani tetapi tidak fikir panjang dan mendesak untuk berlawan sampai mati tidak akan menyerah, tetapi boleh diserang dengan serang hendap.

Meng Shi » Apabila seorang jeneral bacul dan lemah dan ingin balik hidup-hidup, hatinya tidak sepenuhnya dalam pertempuran dan askarnya tidak benar-benar bersungguh-sungguh. Kedua-dua jeneral dan pasukan dalam keraguan, jadi mereka terancam pada serangan dan ditawan.

Cao Cao » Orang yang panas baran boleh diumpan untuk datang pada kamu dengan kemarahan dancelaan, orang yang warak boleh diumpan datang pada kamu dengan fitnah dan keaiban. Jika kamu tampil ditempat yang pasti mereka bergegas untuk pertahankannya, mereka yang menyayangi (mengambil berat) orang ramai akan sentiasa ragu-ragu untuk menyelamatkan mereka, menyusahkan dan meletihkan mereka sendiri dalam proses itu.

(8.8) Master Sun
Inilah lima perkara yang menjadi kesalahan pada jeneral, malapetaka pada operasi ketenteraan.

Chen Hao » Jeneral yang bagus pula sebaliknya: mereka tidak rela untuk mati dan tidak pula berharap untuk hidup; mereka bertindak berpandukan kejadian, bukan panas baran, tidak tergugat dengan keaiban. Bila mereka lihat peluang, mereka seperti harimau, jika tidak mereka tutup pintu. Tindak tanduk dan keengganan mereka adalah perkara strategi, dan mereka tidak boleh dirai atau dimarahi.

No comments: