04 January 2010

Have you forgotten what Allah have warned you?

Written by Motro

Apakah kamu telah lupa amaran Allah?

Ingatlah….

Sudah lupa kah kamu wahai orang Melayu, beberapa purnama dulu kamu sekelian menginjak-injak lambang ugama jiran-jiran kamu. Kamu berarak sekeliling kota menunjukan kesombongan kamu. Kamu berkumpul dan berteriak menghina dan meludah kepala haiwan yang tak berdosa.

Nah sekarang, amaran tuhan yang telah kamu pinggirkan menerkam dari segala sudut. Tuhan sedang memerhatikan kita yang terkinja-kinja melenting bila nama Allah boleh di miliki oleh orang lain. Umat Melayu di Malaysia, risau akan disalahgunakan nama Allah itu oleh golongan yang lain. Namun mereka itu bukan orang lain tetapi jiran-jiran mereka juga, sahabat handai mereka juga, rakan taulan mereka juga,mungkin saudara sedarah mereka juga.

Apakah sekarang mereka sedar perasaan jiran,sahabat mereka dahulu yang pernah diperlekehkan oleh segerombolan manusia Melayu songsang yang sanggup memijak kepala haiwan yang tak bernyawa. Walaupun setakat ini belum lagi ada berbuat begitu terhadap nama Allah, belum lagi yang menghina nama Allah, belum lagi ada yang menginjak-injak kan nama Allah, tetapi umat Melayu melenting bagai monyet di cucuh puntung rokok.

Dalam kitab yang kamu sanjungi, Al Quran, jelas dan nyata melarang kamu menghina tuhan orang lain. Telah juga disebut dalam Al Quran apa yang bakal kamu terima jika kamu berbuat demikian, namun atas kebodohan, kesombongan dan kedegilan segerombolan manusia Melayu, bahana nya diterima oleh seluruh umat Islam. Sekarang , nah!.... balasan tuhan itu dihadapan kamu semua. Angkara secubit Melayu yang buta hati pada Quran, sekawah Melayu yang merasa hangatnya.

Baliklah lah kamu kepangkal, buka lah Al-Quran, jika amaran dan balasannya telah tertera jelas di dalamnya, cari lah penawarnya, cari lah antidotnya didalam kitab Allah itu. Jangan lah lagi kamu bertekak menyalahkan orang lain, lihat kedalam diri kamu, carilah didalam hati kamu, perincikan lah isi Al Quran itu agar terungkai kekusutan ini.

Orang Melayu di Malaysia penuh dengan bijak pandai ugamanya, politiknya, hujahnya. Janganlah pula kamu mencari dan menjurangkan lagi perbezaan yang ada diantara fahaman ugama. Janganlah lagi dicari kurangnya i’tikad ugama lain, janganlah lagi dicari silapnya ugama lain kerana bukan itu caranya menegakkan yang hak, bukan itu caranya berdakwah. Jika itu juga yang dibuat, ingatlah pesan Allah tentang ugama mu urusan mu, ugama mereka urusan mereka.

Realitinya….
Isu perkataan Allah kini seperti dipermainkan oleh satu pihak. Ucapan-ucapan provokasi sengaja di siarkan supaya jadi hangat. Media kerajaan sedang memainkan isu sensitif secara tak bertanggungjawab. Ada orang cuba menangguk di air keruh. Pemimpin Melayu UMNO sudah mengarahkan pencacai mereka mencanang-canang kan isu ini. Media suruhan sudah mula memalukan gendang perang saraf.

Apakah kerajaan tidak dapat melihat isu itu boleh didebatkan secara harmoni, intelektual dan akademik. Apa kah pihak TV kerajaan terlalu terdesak mengambil hujah dan pandangan yang bersifat emosi. Nampak gayanya ada orang yang nampak dia boleh dapat keuntungan dalam hal ini. Keuntungan politik. Perkara ini dilihat dan diputar-putarkan dalam konteks Melayu-Islam saja.

Jeyovah,Yahoo,Yahweh… apakah Itu. Perkataan itu merujuk kepada Siapa? Tak salah kalau ada Muslim mengatakan “Yahweh” kamu itu ialah “Allah” aku. Sebab mereka percaya, Yahweh itu tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Yusuf, Nabi Isa.

Kita takut dengan bayang-bayang. Kita takut orang Islam terkeliru kerana penggunaan berganda. Mengapa kita tak fikir kita ada kelebihan sebab orang lain sudah mengakui Tuhan kita adalah tuhan mereka juga. Yang berbeza pada mereka ialah secara teknikal. Bukan kah lebih mudah kita hendak menerangkan Islam pada mereka dalam keadaan mereka mengakui Allah itu tuhan. Mengapa kita fikir kita yang “at lower side”. Tak boleh kah kita fikir kita yang berada di “upper side”. Apa fasal kita pula yang takut tentang isu perkataan “Allah”. Takut terkeliru, terseleweng, penggunaan yang salah.
Cuba kita kunyah-kunyah ini:Selama ini para pendakwah Islam berusaha menyampaikan Allah itu ialah tuhan, sekarang mereka yang bukan Islam beria-ia hendak mengaku yang Allah itu tuhan, kita pula cuba nak halang.
Oleh sebab mereka dah mengaku Allah itu tuhan, bukan kah dengan itu lebih senang kalau hendak memperjelaskan apa maksud Allah itu maha esa.
Ini lah sifat tipikal orang Melayu, orang tak nak, dia nak bagi. Bila orang nak dia pula tak nak bagi.

“Perkataan Allah itu eksklusif untuk orang Islam saja”. Satu komen yang keluar di kaca TV. Saya rasa komen itu memalukan umat Melayu atau umat Islam di Nusantara yang berjumlah ratusan juta ini.
Kawan saya berugama Hindu menyebut “Inshallah” bila saya minta dia jumpa saya esok hari. Saya rasa bangga dan terharu seolah dia dah faham benar apa maksudnya. Dan saya tahu nada yang di sebut bukan menghina. Dia serius.

Kawan saya Cina menyebut “Alhamdulillah”, bila sendawa sesudah makan. Bukan niat berjenaka tapi spontan sebab sudah terikut-ikut mendengar kawan Melayu yang lain menyebutya.

Terhina kah nama Tuhan?

Tidak! sama sekali tidak. Bukan kah dia sudah setapak mengenali Allah dan Islam jika dibandingkan dengan kawan seagama yang tak pernah menyebutnya?

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Satu posting yg wise dan bernas.

Umat islam di negara ini perlu dikejutkan dr tidur. Mereka terlampau complacent kerana dilahirkan sebagai islam tetapi status dan level keislaman mereka disisi Allah swt jauh dari memuaskan dan mengundang kemurkaanNya, tetapi kita masih bernasib baik kerana Allah swt itu mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan kita umat islam di negara ini masih selamat.

Kenapa dlm kekalutan sekarang umat islam tidak merujuk kpd Al-Quran dan sunnah rasul saw? Kenapa mesti rujuk perlembagaan yg dibikin oleh manusia? Kenapa bertindak mengikut nafsu sesat? Ini semuanya berpunca dari kecetekan ilmu agama maka tak faham akan apa yg sebenarnya dituntut oleh Islam itu sendiri. Maka sesatlah yg berterusan taqlid dan amalan yg dilakukan tanpa ilmu.

Fenomena ini lagi bahaya kerana ianya menyentuh soal akidah terhadap Allah swt. Apa yg ditakuti nanti umat islam setaraf dgn bukan islam hanya mampu menyebut kalimah Allah swt pd bibir sahaja tetapi kosong dihati. Maka senanglah ditiup oleh dakyah2 yg menyesatkan seperti lalang ditiup angin.

Wallahualam

Fadros said...

Salam Motro,

Sejuknya hati ini membaca tulisan sdr. Saya percaya ramai yg di luar sana bersetuju dgn pandangan ini. Bersetuju bukan bermakna kita terlalu bertoleransi dgn mereka yg bukan beragama Islam. Jauh sekali kalau nak dikatakan kita tidak mengambil berat akan masa hadapan anak2 kita yg mungkin akan terpengaruh dgn mereka. Selama usia hidup kita berapa kalikah risalah2 yg mengajak kita meninggalkan ajaran Islam pernah sampai kpd kita dan adakah kita sebegitu mudah terpengaruh. Yg penting adalah cara didikan, asuhan serta santapan rohani yg kita terima sbg umat Islam sejak kita mengenali dunia ini. Itulah peranan yg sepatutnya dimainkan oleh kita sbg ibu bapa, masyarakat mahupun pemimpin negara.Dan kerajaan sendiri sudah tentulah boleh memainkan peranan bagi memastikan agar kalimah Allah tidak disalahgunakan sewenang2nya. Namun bukan dgn cara marahkan nyamuk kelambu dibakar. Istilah "Tuhan Alah" oleh jiran2 Cina & India kita selama ini tiada siapa pun ambil pusing. Tidak salah jika diandaikan bahawa semua ini hanyalah satu lagi episod "diversion tactic" yg dimainkan oleh pihak2 yg berkepentingan.

Teruskan perjuangan....

Payed

bats said...

Its hit between the eyes. Many words and vacobararies in malaysia were borrowed from older civilizations. Even in Modern times, we borrowed the term "Computer", Taj Mahal in a song, TV, and countless numbers. Even academics and religious system in the country were borrowed. It's a pool of FOOLs and CROOKs.

Anonymous said...

Salam saudara Motro,

Pandangan yg berAKAL..saya amat setuju dgn usul saudara agar umat islam negara ini kembali ke pangkal jalan dengan merujuk kepada Al-Quran..ALLAH maha mengetahui akan timbul isu yg sedemikian rupa,oleh itu telah tersedia jawapan didalamnya..gunakanlah AKAL sebaiknya kerana setiap diri dikurniakan ALLAH akan AKAL tersebut..kecuali diri itu GILA..dan sekiranye diri itu GILA tidak timbul lah isu yang sedemikian rupa..maka aman lah dunia..mungkinkah orang GILA lebih 'berAKAL' dari orang yang suka mengacau keamanan sesama bangsa manusia?Wallahualam...

Syabas..Teruskan memberi pandangan yang berAKAL saudara motro..saya akan terus mengikuti perkembangan saudara..

Salam