28 February 2009

Tony Fernandes, Merit and DEB

Written by: Motro

Kita bukan nak bincang fasal Tony Fernandes dengan LCCT Labu nya tapi dalam blognya dia tulis sesuatu yang saya amat bersetuju dari dulu lagi.

"....Now wouldn't it be great if our GLCs took the same tack when hiring for the top posts? We needn't even have to look beyond our borders: Malaysia has a large and deep enough talent pool to supply a multitude of leadership candidates who can help our GLC’s compete on the world stage. I really cannot agree more with Nazir's call for the review and restructuring of the NEP. It is probably the single most important factor that is preventing Malaysia moving from good to great. I realize the important role it has played in narrowing the economic divide between races. But there is empirical evidence to show that there has been little incremental benefit over the past two decades. It's a 39-year-old machine that is broken, running on empty and which desperately needs to be fixed."
Beberapa tahun lepas saya terfikir mengapa tidak diberi GLG kepada bijak pandai Cina dan India yang lahir dan berwarganegara Malaysia. Kita tahu dan pernah melalui pengalaman disekolah menengah yang pelajar Cina terutamanya, memang lebih banyak yang pandai.
Baru-baru ini saya bertemu seorang pembekal bahan cetak, seorang peniaga Cina. Dia merungut sebab banyak bisness dah hilang. Kebetulan, sehari sebelum itu saya baru saja bagi satu order dengan salesmannya. Saya ingat, salesman itu masih bekerja dengannya, rupanya salesman itu dah buka syarikat sendiri. Tapi saya tak pula bagi tahu fasal order itu.
Kami berbual sedikit fasal iklim ekonomi sekarang, dia bersetuju bila saya kata, potensi ekonomi Malaysia tidak banyak berubah. Kita 'stagnant", tak banyak kemajuan. Tahun 90'an sebelum krisis, kita sama level atau bawah satu takuk saja dengan Taiwan, Korea. Dulu popular dengan label 'Harimau Asia Timur'.Kita pun megahlah sebab kita pun termasuk dalam keluarga 'harimau' tu.
Sepuluh tahun dah berlalu, kita dah jauh tertinggal, sekarang kita tengah bersaing dengan Vietnam pula. Cambodia pun dah mula tunjuk taring susunya pada kita.Eh...apa dah jadi. Tahun 70'an, mak saya pergi shopping di Singapura sebab barang di sana murah.
Tahun 60'an, ramai wanita Hong Kong jadi 'maid' di Filipina. Tapi sekarang berapa ramai Filipino yang yang sanggup buat apa saja untuk jadi 'maid' di Hong Kong. Sudah terbalik.
Kalau kita tak keluarkan otak-otak geliga yang ada di kalangan rakyat Malaysia ini. Kalau kita tidak pedulikan kebijaksanaan Cina/India Malaysia. Kalau kita tetap tak mahu melihat persaingan dikalangan bijak pandai Melayu dengan Cina/India berlaku di bumi Malaysia ini, mungkin anak cucu orang Melayu akan bekerja jadi pekerja kontrak di Indonesia, 20, 30 tahun lagi.
Ramai yang tahu seorang penerima anugerah Maal Hijrah beberapa tahun dulu, seorang guru berbangsa Cina yang dihantar ke sekolah pedalaman di Sabah. Sekolah yang terkenal dengan rekod buruknya dan segala masalahnya. Tapi sebab dengan semangat dan motivasi yang betul, Guru Besar wanita itu, berjaya mengubah imej sekolah itu dan menjadi sekolah contoh di Sabah, walau pernah disergah dengan parang di pejabatnya. Kejayaan yang dicapai guru itu sesuatu yang tak pernah dicapai oleh guru-guru bumiputera sebelumnya. Bukan hanya sekolah tu yang berubah, masyarakat setempat pun berubah mentalitinya.
Hasil yang sebegini lah yang nak kita lihat. Mengapa kita tak beri peluang orang Cina dan India untuk menjadi agen perubahan mentaliti orang Melayu. Guru Besar berbangsa Cina tersebut telah menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat yang bukan sebangsa dengannya.
Moralnya?? siapakah yang dapat munafaatnya?? Guru Besar itu dapat sanjungan, tetapi 'paradigm shift' yang berlaku dikalangan masyarakat setempat akan diwarisi untuk kesekian generasinya.Itu 'priceless"
GLC juga harus disuntik dengan agen perubahan supaya adanya idea, metodologi dan hasil membanggakan. Idris Jala, Bumiputera Sarawak bukan Melayu telah buat sesuatu yang tak berani dibuat oleh CEO Melayu. Hal begini perlu terus berlaku, bukan sepuluh tahun sekali.
Berbulan dulu, hari-hari kita dengar fasal 'Human Capital'. Siang malam, diceruk mana pun habis dijaja fasal human capital,modal insan. Faham ke orang yang yang menjaja human capital tu sedangkan potensi beribu rakyat Malaysia dibiarkan terpendam tak diberi peluang. Mengapa GLC harus diberi pada orang Melayu saja??.
Malaysia tak akan kemana kalau polisi-polisi lapuk DEB dibiar berterusan, kononnya nak menjaga kepentingan orang Melayu, memartabatkan Melayu, 'towering Malays', Melayu Glokal.
"..... oh... kita tak menyekat orang lain untuk maju. Kita tak mengambil hak orang lain."
Kalau tanya dengan Cina, ".... itu dia punya cakap saja...".
Maknanya itu semua retorik saja.
Apa gunanya "towering malays" kalau Malaysia pada realitinya tak kompetitif di arena antarabangsa. Untuk apa memartabatkan Melayu kalau Malaysia bukan negara yang terbilang di mata dunia.
Untuk Malaysia jadi kompetitif, segala kepala otak yang bijak pandai mesti bawa keatas. Kita tahu memang ada ramai Cina , India dan Bumiputera Sabah Sarawak yang lebih kompeten dari CEO GLC Melayu sekarang ini.
Kalau setakat nak menaikkan Melayu saja untuk pegang GLC, akhirnya CEO Melayu itu hanya jadi jaguh kampung, sebab jadi jaguh pun dengan bantuan kerajaan.
Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Mungkin dah hampir seratus orang 'trainee' yang buat praktikal di bawah seliaan saya dibeberapa syarikat yang saya bekerja. Juga beberapa orang graduan yang bekerja dibawah saya. Saya tidak mahu pergi secara terperinci, namun hasil yang dikeluarkan oleh 'non malay trainee/graduate' lebih menyenangkan hati saya.
Saya pernah ditanya mengapa saya bagi lebih perhatian pada Eksekutif Cina itu dari Eksekutif Melayu. Saya cakap mudah saja, Eksekutif Cina itu, setiap soalan yang dia tanya akan disusuli cadangan penyelesaian berbanding Eksekutif Melayu yang hanya bertanya soalan saja tapi tak memikirkan jalan penyelesaian.
Jadi macamana agaknya survival orang Melayu jika dasar peringkat nasional kita masih ada elemen mengongkong, menyekat, pilih kasih. Orang Melayu mesti didedahkan dengan persaingan terbuka. Bukan "persaingan tertutup" yang mana dia bersaing sesama dia saja. Masuk tender dengan 3,4 syarikat. Salah satu mesti sangkut, dia juga yang dapat.
Tony Fernandes, walaupun ada kaitan dengan KJ, namun apa yang ditulisnya jauh sekali dengan apa yang di 'gendong' KJ fasal DEB. Tony sebagai seorang CEO tidak harus kita palitkan dengan isu-isu politiking. Tony seorang ahli perniagaan yang 'genuine.' Air Asia adalah satu 'success story' bertaraf dunia hasil titik peluh beliau dan pasukannya orang Malaysia.
(Namun saya teringin hendak mendengar Tony buat ucapan dalam Bahasa Melayu walaupun dia pernah 'dera' Richard Branson pakai pakaian Melayu siap dengan tengkolok.)

13 comments:

Anonymous said...

Kalau ada lebih bumiputera Melayu seperti anda dan Zaid di pucuk pimpinan negara , saya yakin negara kita akan mencapai ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.
Bukan aspek itu sahaja, tetapi soal hubungan antara kaum, pembentukan satu masyarakat yang lebih sivil, adil dan demokratik semua akan berlaku dengan licin.
Malangnya UMNOputras yang memegang semua alat kuasa negara dan seorang pemimpin baru yang reputasi tidak bermoral itu akan ambil alih kuasa bulan depan.
Jadi, harapan untuk perubahan memang tiada hingga pilihan raya umum akan datang!!

Anonymous said...

Excellent article. The Malays are a genuinely intelligent and hardworking people - well, many of my friends are anyway. They should not be afraid of walking shoulder to shoulder with the Chinese and Indians. It is the present Government that has held back the Malays - hoping that their racial scare tactics will keep the nation divided AND themselves holding on to power. It's simply the divide and rule concept.

Anonymous said...

Good article..tapi ada pembetulan fakta sikit, daerah di sabah tu sebenarnya tawau, dan ia tidak dikira sebagai pendalaman, ia dikawasan pekan sekarang jadi bandar besar. Dan ya sekolah itu memang terkenal dengan masaalah.tq

Goostee said...

Sdr Motro,

Saya lebih minat menjawab pertanyaan yang sdr jadikan moto buat blog sdr sebagai respons kepada tulisan sdr. Melayu tak mungkin nampak dirinya dalam cermin kalau tidak menipu, merompak, menyamun, atau memijak kepala orang lain secara kotor. Walau pun seorang Melayu, saya kesal terhadap sikap bangsa saya yang sia-sia saja mengakui mereka Islam.

Anonymous said...

Cuba kita pandang ke seberang laut iaitu Sabah dan Sarawak,kita buat statistik dalam penjawat tinggi kerajaan tak kira lah kerajan negeri atau persekutuan, cuba kita bandingkan peratusan orang dusun,murut, kadazan, iban, kayan,kenyah dan lain lain . Ini amat menyedih kan sedang kan ada ramai geraduan university dari kalangan mereka ini yang jauh lebih layak dan berpotensi. Malam semalam ada lah hari penutupan Hari Wilayah persekutuan di Pulau Labuan , dan selepas hampir suku abad Labuan menjadi wilayah para penjawat awan disini masih lagi terdiri daripada MELAYU dari semenenjung ,ada kah penduduk lLabuan tak layak atau tak berkebolehan ? Perbadanan Labaun mempunyai hampir 70% penjawat penting dari semenanjung, begitu juga jabatan jabatan lain di Labuan ini.Jangan lah sampai DRIVER pun nak di import dari Semenanjung walaupun bos bos mereka ini dari sana kan ,....Fikir fikir kan lah .....Aramaiti ...

Yap said...

Good article and appreciate there Malays that can see the truth and reality in Malaysia. However there are also Malays who are very efficient and knowledgeable in the various fields.

momentum said...

Inilah silapnya kerajaan yang ada, hanya melantik GLC dikalangan melayu tapi bukan yg terbaik. Saya tahu ramai melayu yg bijak dan pendai diluar sana tapi telah dinafikan haknya. Org melayu yg pandai sikit tapi cable besar dgn org politik terutamanya pemimpin atasan kerajaan pasti akan dilantik jadi pengerusi GLC.
Kalau macam ni sampai bila pun org melayu tak akan maju.

Ahmad Shakir said...

banyak jugak yang saya setuju.. tapi daripada semua GLC, berapa peratus yang berCEO kurang bertaraf antarabangsa? berdasarkan pengalaman banyak juga CEO GLC yang bertaraf antarabangsa. cuma mungkin kalau kriteria berbangsa melayu tidak digunakan, pencapaian negara kita lebih kehadapan. dari satu sudut, keadaan yang lebih kompetitif bagi semua bangsa akan mengeluarkan produk yang lebih berkualiti.

Anonymous said...

Peluang harus dibuka kepada orang melayu, bumi, cina, india dan semua rakyat malaysia yang berkebolehan. saya ada banyak kawan melayu yang bijak dan banyak juga melayu yang berjaya di bidang masing-masing. Mereka patut diberi peluang bukannya kerana mereka mempunyai 'connection' dengan orang atas(nepostism) atau kerana mereka dari sesetengah PertubuhanKMB(cronysim).

Anonymous said...

Artikel yang memang tepat. Orang melayu ramai yang pandai pandai. Semasa saya di sekolah rendah sampai tingkatan 3 selalu saya dapat tempat ke 10-15 di kelas. Biasanya dari tempat 1-15 ada sekurang kurang nya 5-8 pelajar melayu.

sepatutnya kerajaan menggunakan semua kekuatan pelbagai bangsa untuk membina malaysia. tidak mustahil kita menjadi lebih mashur dari singapura.

Anonymous said...

malangnya ini semua taktik kotor umno. orang melayu di "brain wash" untuk mempunyai "inferior complex". disuapkan dengan idea bahawa tanpa NEP orang melayu tidak boleh maju. selagi orang melayu berfikir sedemikian, selagi itu umno boleh terus berkuasa dan merompak masyarakat.

Anonymous said...

I takut akan ramalan saudara mengenai rakyat malaysia pada satu hari nanti akan menjawat sebagai "maid" di negara jiran mungkin menjadi realiti.

mukhsen_x said...

Jiwa hamba menyebabkan rendah diri dan tak tau berdikari.

selagi ada ketuanan, masyarakat melayu susah nak bebas dari jiwa hambanya. lagi-lagi bila dimomok2, ketuanan itulah yang melangsungkan hidup mereka. Hidup mereka yang macam mana eh?
Tunggulah bila pelabur asing lari habis. Nanti kita mungkin akan kerja kilang di Korea, atau China.