02 July 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 10, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War
(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 10/13

Mukabumi

(10.1)Master Sun
Ada bentuk mukabumi yang mudah dilalui, ada yang mengelirukan, ada yang jadi buntu, ada yang sempit, ada yang curam, ada yang luas terbuka.
Jika kedua-dua belah boleh datang dan pergi (keluar dan masuk), mukabumi itu disebut mudah dilalui. Apabila mukabumi itu mudah dilalui, ambil kedudukan kamu dahulu, pilih yang tinggi dan disinari matahari, mudah untuk laluan bekalan, sebagai kelebihan dalam pertempuran.
Bila kamu boleh pergi namun sukar untuk balik, kamu dikatakan terkeliru. Bagi jenis mukabumi ini, jika pihak lawan tidak bersedia, kamu akan berjaya jika kamu mara, namun jika musuh telah bersedia , jika kamu mara dan tidak berjaya kamu akan menghadapi kesukaran untuk balik, ini menjadi kelemahan kamu.
Bila ia menjadi kelemahan untuk kedua-dua pihak untuk mara, ia dipanggil mukabumi yang buntu. Bagi mukabumi yang buntu, walaupun pihak lawan menawarkan kelebihan pada kamu, jangan kamu pergi - tarik diri untuk meyakinkan musuh keluar separuh (jalan), dan kemudian kamu serang, ia jadi kelebihan untuk kamu.
Bagi mukabumi yang sempit, jika kamu tiba disana dulu, kamu harus kuasainya dan tunggu pihak lawan. Jika pihak lawan tiba dahulu, jangan rebutnya jika pihak lawan telah menguasai kawasan sempit itu. Rebut jika pihak lawan tidak menguasai kawasan sempit itu.
Bagi mukabumi yang curam, jika kamu tiba dahulu, kamu harus kuasai kawasan tinggi dan disinari cahaya matahari untuk menunggu pihak lawan. Jika pihak lawan tiba dahulu, tarik diri dari sana dan jangan rebutnya.
Bagi mukabumi yang luas terbuka, kekuatan momentumnya sama, ianya sukar untuk buat saingan, tiada kelebihan untuk bertarung.
Memahami kesemua enam jenis mukabumi ini adalah tanggungjawab paling utama bagi jeneral, dan ianya mustahak untuk menelitinya.

Li Quan » Inlah bentuk rupa muka bumi; jeneral yang tidak mengetahuinya akan tewas.

Mei Yaochen » Bentuk tanah adalah asas dimana ketenteraan dapat dibantu dan kejayaan dicapai, jadi ia mesti di ukur.

(10.2) Master Sun
Jadi dikalangan anggota tentera ada mereka yang terburu-buru, mereka yang lembab, mereka yang rebah, mereka yang hancur, mereka yang huru-hara, dan mereka yang ditewaskan. Ini bukan malapetaka alam semulajadi, tetapi kesilapan jeneral.
Mereka yang mempunyai momentum yang sama tapi menyerang sepuluh dengan satu adalah terburu-buru. Mereka yang askarnya kuat tapi pegawainya lemah, lembab. Mereka yang pegawainya kuat tapi askarnya lemah, rebah. Bila para kolonel berang dan celupar dan melawan berseorangan dan mencaci bila bertemu pihak lawan, dan para jeneral tidak ketahui keupayaan mereka, mereka hancur.

Zhang Yu » Secara umumnya, keseluruhan kepimpinan ketenteraan harus bersatu fikiran, kesemua ketumbukan ketenteraan harus bekerjasama, dengan tujuan agar dapat mengalahkan pihak lawan.


(10.8) Master Sun
Jika kamu terlalu baik terhadap mereka, kamu tidak dapat khidmat mereka, terlalu lembut dengan mereka, kamu tidak dapat memerintah mereka, terlalu santai kamu tidak dapat menggariskan arahan, mereka seperti anak yang rosak, tiada guna.

Cao Cao » Ganjaran sahaja tidak boleh digunakan, tidak patut pula berharap pada hukuman saja (sewaktu) dalam tahanan. Jika tidak, seperti anak yang rosak, rakyat akan terbiasa samaada dengan berhibur atau menyesal. Ini merbahaya dan menjadikan mereka tidak berguna.

(10.9) Master Sun
Jika kamu tahu askar kamu mampu menyerang , tapi tidak tahu samaada musuh terlindung pada serangan, kamu ada separuh dari peluang kemenangan. Jika kamu tahu musuh rentan pada serangan, namun tidak tahu jika askar kamu tidak mampu untuk membuat serangan, kamu ada separuh dari peluang kemenangan. Jika kamu tahu musuh rentan terhadap serangan, dan tahu askar kamu mampu menyerang, tapi tidak tahu rupa bentuk tanah yang menjadikannya tidak sesuai untuk bertempur, kamu ada separuh dari peluang kemenangan.

Wang Xi » Jika kamu kenal diri kamu tapi tidak kenal yang lain, atau jika kamu kenal yang lain tapi tidak kenal diri kamu, dalam kedua-dua kes kamu tidak boleh memastikan kemenangan. Dan mahupun kamu kenal kedua-dua diri kamu dan pihak lawan dan tahu kamu boleh bertarung, masih lagi kamu jangan terlepas pandang persoalan kelebihan mukabumi.

(10.10) Master Sun
Lantaran itu mereka yang tahu seni pertahanan diri tidak menyimpang bila mereka bergerak, dan tidak kepenatan bila mereka bangkit. Seperti disebut bila kamu kenal diri kamu dan yang lain, kemenangan tidak dalam bahaya;bila kamu tahu langit dan bumi, kemenangan tidak ada kesudahannya.

Du Mu » Bila kemenangan dan kecundang sudah pun dipastikan sebelum siap siaga dan kebangkitan (untuk bertempur), kamu tidak akan jadi keliru dengan tindakan kamu dan tidak meletihkan diri kamu akibat kebangkitan.

Mei Yaochen » Bila kamu tahu apa yang menjadi kelebihan pada orang lain dan apa kelebihan kamu, kamu tidak dalam bahaya. Bila kamu tahu musim dan mukabumi, kamu tidak akan jadi buntu.

28 June 2012

What is the real treason: Re-visit English Civil War and Cromwell.

by Motro


"Treason" dalam bahasa Melayu ialah penderhakaan atau pengkhianatan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=treason . Ahli Parlimen Sri Gading yang buta istilah dan sejarah telah menuduh Ambiga sebagai penderhaka dan dihukum gantung. 


Baiklah untuk melihat perbandingan kita lihat satu contoh klasik yang amat berkait rapat dengan iklim politik di Malaysia sekarang. Ianya berkenaan English Civil War dan Oliver Cromwell. Perang saudara tersebut adalah antara rakyat England dan pihak pemerintah, yang mana pemerintah pada masa itu ialah Monarki. Tapi dalam konteks Malaysia perbandingan yang dibuat bukan dengan pihak Istana tetapi antara rakyat dan pihak yang mentadbir kerajaan pusat. Siapakah yang sebenarnya penderhaka.


Sekitar pertengahan abad 17,Parlimen  di England mewakili suara rakyat. Pada masa yang sama, pihak istana juga juga mempunyai kuasa yang besar, malahan kuasa tentera adalah dibawah kuasa pihak istana.


Disebabkan ketidakpuasan hati Parlimen terhadap kerakusan istana, berlakulah beberapa siri peperangan antara parlimen (rakyat) dan istana. Apa yang menarik disini, pada permulaan perang, pihak istana yang menguasai perang, sebab tentera dibawah kuasa mereka. Manakala tentera parlimen yang di ketuai oleh Oliver Cromwell di barisi oleh rakyat biasa yang tiada punya pengalaman bertempur dan hanya dilengkapi dengan senjata yang dibuat sendiri.


Lama kelamaan, tentera parlimen mendapat sokongan dari Jeneral tentera yang bersimpati dengan perjuanagan rakyat. Lantaran itu, tentera istana semakin hari semakin lemah.


 Dan disinilah "case study" dari sejarah ini.


Apabila King Charles 1, telah mula tewas dalam beberapa pertempuran, beliau telah meminta bantuan tentera dari negara asing, termasuk tentera upahan asing. Ini bermakna beliau telah bekerjasama dengan tentera asing untuk memerangi rakyat beliau sendiri.


Namun, disebabkan momentum kemenangan dipihak Cromwell dan parlimen tidak dapat dibendung, ramai tentera dan Jeneral tentera yang menyertai Cromwell , akhirnya King Charles 1 tewas dan berakhirlah Perang Saudara.


Persoalannya, apa yang terjadi pada King Charles 1??


Perdebatan hangat berlaku di Parlimen untuk membincangkan bagaimana patut dihakimi King Charles 1 ini. Akhirnya 59 orang hakim Mahkamah Tinggi Keadilan telah menjatuhkan hukuman mati pada King Charles 1 kerana "treason".... menderhaka !!!. Dituduh sebagai zalim,pengkhianat, pembunuh dan musuh rakyat.


Apa ???? raja dihukum mati kerana menderhaka.... menderhaka pada siapa. Sebab itulah dikatakan tadi ,Sri Gading itu buta istilah, tak faham terminologi.  Inilah yang dinamakan pengkhianatan. King Charles dihukum mati kerana mengkhianati rakyat sendiri dengan bekerjasama dan mengupah tentera asing untuk memerangi dan membunuh rakyat sendiri semata-mata untuk kekal berkuasa.


MP Sri Gading, kamu faham tak moral sejarah tadi? Kalau tak faham saya sambung lagi.


Moralnya, bukan siapa yang kamu tentang, tetapi apa yang kamu tentang.


Sekarang ini, telah beribu kes didedahkan tentang pengkhianatan yang dibuat oleh "pentadbir" kerajaan Malaysia dengan mendaftarkan beribu rakyat asing untuk jadi pengundi semata untuk menewaskan undi rakyat Malaysia yang sejati. Samalah seperti King Charles 1 membawa masuk tentera asing dan tentera upahan untuk memerangi rakyatnya sendiri. Inilah penderhakaan dan pengkhianatan yang sedang dijalankan oleh UMNO/BN. Inilah "TREASON".


Bayangkan, warga asing yang baru menetap 2,3 tahun, telah diberikan My Kad,  warganegara Malaysia. Sedangkan kita yang lahir di Malaysia, datuk nenek lahir di Malaysia, itupun kena tunggu duabelas tahun, baru dapat kad pengenalan. Ini fakta. Itulah syarat-syarat untuk memohon kad pengenalan bagi rakyat Malaysia. Tak cukup umur 12 tahun, tak boleh dapat kad pengenalan.


Kontrasnya, rakyat asing yang baru sampai Malaysia 2,3 tahun, dah dapat warganegara. Pentadbiran apa ini. Sudah itu pula, layak pula mengundi. Inilah kerja derhaka dan khianat yang paling jijik.


Apakah maruah bagi orang yang menutup mata sebelah , dan sanggup "berpeluk" dengan warga asing dan masuk ke pusat mengundi dan mengundi BN. Inilah orang yang telah hilang jati diri. Bersekongkol dengan orang asing melawan aspirasi rakyat jati Malaysia. Mereka inilah "treason".... penderhaka,  pengkhianat, pembelot, pembunuh jiwa bangsa dan musuh rakyat.





















26 June 2012

Siapa makan cili, terasalah pedasnya


Siri 7. Lawak Berjiran

Disebuah penempatan pinggir pekan, tinggal dua orang tuan tanah yang berjiran. Tanah mereka dipisahkan sebatang sungai. Tanah Mat Kadir diutara sungai, tanah Engku Riduan, lebih dikenali dengan nama Ku Wan pula diselatan.

Jambatan yang menyambung kedua keping tanah itu sudah uzur. Jambatan itu penting pada Mat Kadir dan Ku Wan, sebab bila Ku Wan hendak kepejabat kerajaan diutara, dia kena melintas sungai, manakala Mat Kadir pula perlukan jambatan tu untuk keselatan kalau hendak ke pekan membeli barang keperluan.

Jambatan yang uzur itu, pada asalnya dibina oleh orang tua mereka. Kini jambatan itu harus diganti, namun yang jadi masalahnya Mat Kadir dan Ku Wan tidak berhubungan baik, tidak seperti orang tua mereka yang berkawan rapat.

Masing-masing tak bersepakat samaada nak bina jambatan kayu atau konkrit. Sebab jambatan itu dalam tanah persendirian, sukar lah nak minta bantuan kerajaan. Akhirnya mereka melantik orang tengah menyelesaikan. Kata orang tengah lebih baik dibuat jambatan konkrit, lebih kuat dan tahan lama. Mat Kadir setuju, tapi tidak pula Ku Wan, mahal katanya. Buat jambatan kayu, tapi guna kayu yang bagus, kata orang tengah itu lagi. Ku Wan setuju, tapi tidak pula Mat Kadir, jambatan kayu tak kuat katanya. Orang tengah memberi jalan penyelesaian, Mat Kadir tanggung belanja buat jambatan konkrit, sampai tengah sungai sambung dengan jambatan kayu, Ku Wan pula tanggung belanja. Masing-masing terdiam, masing-masing memandang orang tengah. Baiklah kata mereka berdua.

Mat Kadir beritahu orang tengah dia mahukan jambatannya itu ditinggikan paras melebihi tebing supaya tidak menghalang air jika paras air naik waktu hujan lebat. Orang tengah pula kata Ku Wan tidak mahu dinaikkan paras jambatan. Kata Mat Kadir, selagi jambatan itu dalam tanah dia, ikut suka dialah bagaimana bentuknya. Bagi Ku Wan pula, dia mahukan jambatannya cantik, kukuh dan praktikal.




Mat Kadir mahu jambatan itu dipasang lampu kelap-kelip, Ku Wan pula mahu CCTV dipasang. Jadi bermacam-macamlah kehendak dan kerenah kedua tuan tanah yang harus dilayan oleh orang tengah.

Kerana sebab itulah akhirnya orang tengah yang menjadi juru-runding itu menarik diri kerana sudahlah bayaran yang diterima tidak seberapa, kemudian banyak pula kerenah kedua-dua jiran itu. Jambatan yang sejengkal itu pun nak diperbesarkan jadi lambang ego masing-masing, rungut orang tengah itu.

Akibatnya, tertangguh lah projek jambatan itu. Meloponglah mulut Mat Kadir dan Ku Wan. Cerita tentang pertelagahan ego mereka berdua telah tersebar ke merata pekan. Ramai juru runding tidak mahu berurusan dengan mereka melainkan mereka bersetuju dengan yuran yang tinggi. Permusuhan mereka jadi bualan, kedegilan mereka jadi lawak.



22 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya


Siri 6. Kapitan Kapital

Disebuah negeri dihujung benua, rakyatnya aman, hidup dengan ehsan, lautnya banyak hasil dan mutiara. Pemerintahnya bernama Ridzuan Naim. Ekonominya berteraskan rakyat. Slogannya, "yang susah dibantu, yang kaya buat kebajikan".

Melihatkan sejahteraan negara tersebut, pemerintah dari benua asing tidak senang melihatnya kerana cara pemerintahannya tidak mengikut acuan mereka. Bagaimana mungkin mereka dapat menggembirakan rakyat, fikir pemimpin dari benua asing yang bertunjangkan "untung setinggi langit diutamakan, sejahtera rakyat hanya dilangit-langit".

Pemikiran pemimpin benua asing tersebut jauh menyimpang kerana kitab mereka ditulis oleh Professor Judah Benjamin dari Universiti Sai-Nai. Sistem kesejahteraan mereka berlandaskan "modal itu raja", tetapi untuk mengelabui orang ramai mereka kata "pembeli itu raja".


Jadi untuk menyalurkan dan menyuburkann idea-idea "modal itu raja", tetapi bertopengkan "pembeli itu raja" mereka telah menghantar kapitan-kapitan perusahaan mereka untuk menabur modal dinegeri Ridzuan Naim yang aman dan ehsan itu. Untuk memudahkan lagi, mereka melantik dikalangan rakyat negeri itu sendiri mengepalai perusahaan bagi pihak mereka sebagai Kapitan Kapital.

Maka berbondong-bondonglah perusahaan dari benua asing datang kononnya untuk merancakkan perdagangan. Namun jauh disudut hati, mereka sebenarnya ingin memporak perandakan sistem "yang susah dibantu, yang kaya buat kebajikan", dan diganti dengan sistem "untung setinggi langit diutamakan, sejahtera rakyat hanya dilangit-langit".

Lama selepas kedatangan perusahaan dari para kapitalis benua tersebut, kelihatan indeks ekonomi negara dibawah perintah Ridzuan Naim itu meningkat. Ini menggembirakan beliau. Rakyatnya kini bertambah kaya, rumah besar, tanah besar, kenderaan besar.

Namun kata bijak pandai dan penasihat Ridzuan Naim, keadaan ini bahaya kerana kesenangan rakyat pada hakikatnya adalah palsu. Ridzuan Naim bertanya mengapa jadi palsu. Bijak pandai mengatakan, semua harta benda yang dibeli adalah hutang, bukan milik mereka sepenuhnya. Mereka pula bekerja dengan perusahaan asing. Jika perusahaan asing itu tutup dan balik kenegeri mereka, rakyat akan hilang kerja dan bagaimana mereka nak bayar hutang. Jadi kekayaan mereka hanya diatas kertas, palsu belaka. Hutang itu pula ada kadar faedahnya, faedah yang langsung tak membawa faedah. Istilah yang tepat adalah beban, makin lama semakin banyak bebannya. Jika orang ramai tak dapat bayar hutang, peminjam wang akan rampas harta mereka. Peminjam wang ini juga pedagang. Mereka berdagang wang ringgit, berasal usul dari benua asing itu. Lama kelamaan ramai rakyat jadi muflis, dagangan jadi lembap , orang ramai tertindas dan akhirnya negara tergadai.

Ridzuan Naim terdiam, matanya memandang jauh, terbayang olehnya sengsara yang bakal ditanggung rakyat, rakyat yang muflis dan tak bekerja akan jadi peminta sedekah, anak-anak mereka yang bersekolah akan turut mengemis. Rumah besar mereka akan dirampas dan dilelong. Dahulu mereka tidak pernah gagal melunaskan hutang, kini jika tidak bayar empat puluh lima hari saja, kenderaan dan rumah mereka akan dirampas dan dilelong tanpa mengambil kira kesukaran yang mereka hadapi.



Bahan makanan akan jadi mahal kerana pedagang asing telah memonopolinya. Banyak sawah dan tanah subur tidak diusahakan kerana tiada modal untuk mengusahakannya. Pedagang asing itu pula tidak mahu beri pinjaman untuk pertanian. Risiko tinggi katanya. Semakin lama, keadaan kewangan dan makan minum rakyat makin menghimpit. Akhirnya slogan "pembeli itu raja" akan bertukar jadi "pembeli itu hamba". Itulah matlamat azali mereka.
Muslihat pedagang asing yang berpengkalan di Juru Selam untuk memporak perandakan sistem "yang susah dibantu, yang kaya buat kebajikan", telah dibongkar oleh bijak pandai. Walaupun namanya Juru Selam, namun tiada satu pun pusat latihan menyelam di situ.

Pada masa yang sama ketua pedagang asing itu bersekongkol dengan jiran sekitar negara Ridzuan Naim. Pemerintah negara-negara jiran itu sememangnya menyanjung falsafah "untung setinggi langit diutamakan, sejahtera rakyat hanya dilangit-langit".

Bahkan bermacam sabotaj yang mereka lakukan untuk menyekat kemakmuran negara Ridzuan Naim. Agen dihantar untuk mengintip. Berita palsu disebar untuk melaga-lagakan. Perjanjian dagangan dicabuli. Hasil galian dicuri. Hak orang dinafi. Maruah orang dibeli. Yang lemah dibuli.

Kini Ridzuan Naim harus mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk tidak bergantung pada pedagang asing kapitalis. Berkumpul lah bijak pandai negara Ridzuan Naim berbincang untuk menyelamatkan negara.

Kata sepakat dicapai, Ridzuan Naim menghantar utusan ke Negara Seratus Dinasti dan Negara Tanduk Emas. Mereka ini mempunyai sejarah yang baik kerana mereka suka berdagang dan menghormati kedaulatan negara. Mereka juga menyanjung prinsip "yang susah dibantu, yang kaya buat kebajikan". Negara-negara ini sedang berjuang untuk memecahkan sistem “New World Order”.




19 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 9, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 9/13

Mengemudi Tentera

Cao Cao » Ini bermaksud memilih cara yang banyak kelebihan untuk mara.
(9.1) Master Sun
Bila saja kamu menempatkan tentera untuk meninjau pihak lawan, sekat gunung dan tinggal di lembah.

Li Quan » Sekat gunung bermaksud mengawal laluan sempit di jurang, tinggal dilembah bermaksud hampir dengan sumber air dan makanan.

(9.2) Master Sun
Perhatikan cahaya (kedudukan matahari), kekal di puncak. Bila bertempur di bukit, jangan mendaki. Ini ditujukan untuk tentera di pergunungan.

Du Mu » Satu versi mengatakan, "Lawan ke bawah, bukan mendaki"

(9.3) Master Sun
Apabila terhalang oleh air, sentiasa jauhkan diri dari air. Jangan bertembung dengan mereka di air ; ianya satu kebihan dengan membiarkan setengah dari mereka menyeberang dan kemudian serang mereka.

Cao Cao dan Li Quan » Kamu galakkan mereka untuk menyeberang.


(9.37) Master Sun
Jika askar-askar di hukum sebelum tugasan peribadi dengan kepimpinan dibentuk, mereka tidak akan akur, dan jika mereka tidak akur, sukar untuk mereka bertugas.

Wang Xi » Jika rasa penghargaan dan kepercayaan tidak terbit didalam fikiran orang dari mula lagi, ikatan itu tidak akan terjalin.

(9.38) Master Sun
Jika hukuman tidak dilaksanakan selepas tugasan peribadi terjalin dengan askar-askar, mereka tidak boleh diambil bertugas.

Zhang Yu » Bila perasaan terhadap penghargaan dan kepercayaan dipendam, dan hati para askar telah pun terjalin dengan kepimpinan , jika hukumannya longgar, askar- askar akan jadi bongkak dan mustahil boleh bekerja.

(9.39) Master Sun
Lantaran itu arahkan mereka menyelami seni kebudayaan, satukan mereka dengan seni pertahanan diri; ini bermakna kejayaan yang pasti.

Cao Cao » Seni budaya ialah belas kasihan, seni pertahanan diri bermaksud undang-undang.

Li Quan » Seni budaya bermakna kemuliaan dan ganjaran, seni pertahanan diri bermakna ketegasan dan hukuman.

Mei Yaochen » Perintah mereka dengan peri kemanusiaan dan kemuliaan, satukan mereka dengan tegas dan keras. Apabila kedua-dua kemuliaan dan ketegasan jelas diperlihatkan kejayaan akan jadi pasti.

(9.40) Master Sun
Apabila arahan dilaksanakan dengan konsisten untuk mendidik rakyat, rakyat akan terima. Bila arahan tidak dilaksanakan secara konsisten untuk mendidik rakyat, rakyat tidak menerimanya. Apabila arahan dilaksanakan dengan konsisten , disitu adanya kepuasan bersama diantara kepimpinan dan pasukan.

Du Mu » Konsisten maknanya berterusan: dalam waktu-waktu biasa adalah mustahak bagi kemuliaan dan kepercayaan bersama maruah dan arahan menjadi panduan untuk orang dari mula lagi, jadi bila kemudiannya, jika mereka berhadapan dengan musuh barangkali dapat mengharungi situasi itu dengan cara teratur, dengan penuh kepercayaan dan penerimaan orang ramai.

14 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 5. Langit nak runtuh

Dahulu ada satu cerita dongeng yang mengisahkan binatang di belantara mendapat khabar langit nak runtuh. Perkhabaran itu disampaikan sang helang. Lantas mendengar khabar itu, segala mergastua dibelantara bekerjasama menggali lubang didalam tanah untuk buat perlindungan.

Semua binatang diberitahu supaya cepat balik dan beritahu yang lain supaya buat lubang untuk berlindung sebab langit nak runtuh. Tiada cara lain nak selamat melainkan berlindung dibawah tanah.

Justeru berita bencana yang bakal tiba itu telah diketahui keseluruh pelosok rimba dan alam mergastua. Tidak kira siapa haiwan pemangsa dan siapa mangsa, mereka saling bekerjasama untuk menyelamatkan diri dari malapetaka ini. Kerjasama ini sesuatu yang luarbiasa kerana mereka bekerjasama untuk meneruskan hirarki kehidupan mereka. Walaupun si rusa yang berganding bahu dengan harimau itu tahu dia mungkin akan dibaham tanpa belas, jika masing-masing terselamat dari malapetaka ini.

Akhirnya, mengikut cerita dongeng itu, runtuhlah langit dan segala mergastua yang berlindung didalam tanah terselamat dari malapetaka. Masing-masing kembali pada hirarki kehidupan mereka. Pemangsa tetap mengejar mangsa. Cerita ini mungkin tercipta puluhan, ratusan atau ribuan tahun dulu.

Dongeng tetap dongeng, hinggalah tiba peristiwa ombak besar tsunami menghentam manusia dan harta bendanya, barulah manusia tahu, cerita dongeng itu bukan dongengan semata.

Apa kah tidaknya, pada hari akan berlaku tsunami itu, segala binatang peliharaan hilang melarikan diri. Burung-burung yang biasa berkicau, senyap, hilang entah kemana. Ayam dalam reban, anjing dalam kandang, resah nak melarikan diri. Gajah peliharaan pun lari naik bukit. Ikan dilaut pun berlumba-lumba naik kedarat, kerana takutkan bencana didasar laut. Kalau binatang darat lari sampai tak cukup tanah, mendaki sampai tak cukup bukit, ikan dilaut pula berenang sampai tak cukup air. Katanya lebih mulia aku mati didarat daripada aku mati dilaut. Sekurangnya manusia tidak hairan aku mati didarat.

Kini ada satu dongeng yang baru muncul. Kononnya ada manusia lain akan datang melawat bumi setelah sekian lama tidak datang singgah melawat. Bolon Yokte nama ketuanya, datang nak melawat legasi yang ditinggalkannya dulu. Kalau dulu si Bolon Yokte ini datang, dia merasmikan upacara, kini dia datang untuk upacara juga, iaitu upacara penutup. Kalau ada perubahan, mungkin si Bolon Yokte ini, selepas dia menutup upacara, dia kena tunggu sekejap untuk membuka upacara yang lain pula. Sibuk juga si Bolon Yokte ini, kononnya, dia sebenarnya wakil utama dari pemerintah kerajaan yang hebat teknologinya. Macam tak ada tempat lain si Bolon Yokte ini nak melawat. Alam semesta yang besar dengan berbillion galaksi ini, bumi yang sebutir pasir ini juga jadi pilihannya.

Jadi, kalau masa langit nak runtuh dulu, mergastua menggali lubang untuk menyelamatkan diri, jadi apa kita nak buat masa si Bolon Yokte ini turun dari langit pula? Bolon Yokte ini bawa sengsara atau bawa gembira?

Dongeng tetap dongeng hinggalah tiba waktunya terjadi.

12 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 8, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 8/13

Penyelarasan

Zhang Yu » Penyelarasan bermaksud tidak menuruti kaedah-kaedah yang ditetapkan, tetapi mengubah dengan berpatutan berpandukan kejadian, bertindak mengikut kesesuaian.

(8.1) Master Sun
Peraturan am operasi ketenteraan ialah kepimpinan ketenteraan menerima arahan dari kepimpinan awam untuk mengumpulkan tentera.
Jangan buat perkhemahan di bentuk tanah (lanskap) yang sukar. Biar hubungan diplomatik dijalinkan di sempadan. Jangan tinggal ditanah tandus atau wilayah terpencil.
Apabila dikawasan yang terkepung, buat rancangan. Bila di kawasan maut, lawan.

Jia Lin » Berada di kawasan terkepung bermaksud adanya tebing curam disemua arah, kamu pula ditengah-tengah, jadi musuh boleh datang dan pergi dengan bebas tetapi kamu menghadapi masa sukar untuk bergerak. Bila kamu berada dikawasan sebegini, kamu harus membuat rancangan tertentu sebagai persediaan awal untuk mengelak musuk dari mengganggu kamu, demikian dapat mengimbangi kekurangan pada (keadaan) kawasan.

Li Quan » Tempatkan tentera dalam situasi maut dan askar akan berjuang dengan cara mereka.

(8.2) Master Sun
Ada laluan yang tidak perlu diikut, tentera yang tidak perlu diserang, kota berkubu yang tak perlu dikepung, wilayah yang tak perlu di perangi, arahan kerajaan awam yang tak perlu dipatuhi.

Li Quan » Jika ada laluan sempit di sepanjang jalan dan mungkin ada serangan hendap, laluan itu tidak perlu diambil.

Du Mu » Jangan serang pasukan yang berpecah, jangan halang tentera yang pulang, jangan tekan tentera yang terdesak, jangan serang medan maut. Dan jika kamu kuat dan musuh pula lemah, jangan serang bahagian depan, khuatir kamu akan menakutkan yang lain untuk berundur.

Cao Cao » Boleh juga untuk menyerang tentera, tapi tidak digalakkan kerana jajaran tanah membuatnya sukar untuk diteruskan, untuk terus berada disana bermakna akan kehilangan habuan seterusnya, habuan yang ada mungkin sedikit saja, dan tentera yang terdesak akan bertarung hingga mati.
Apabila kota berkubu itu kecil dan terkawal, dan ada banyak bekalan, maka jangan kepung ia. Apabila wilayah itu memberi faedah yang sedikit dan ianya mudah untuk tewas semudah ia untuk menang, maka jangan bertarung keatasnya. Apabila ia adalah perkara untuk mempercepatkan tugas kamu, jangan hadkan ia pada perintah kepimpinan awam.

Du Mu » Wei Liaozhi berkata, "senjata adalah alat yang buruk padah, konflik ialah kualiti yang negatif, pahlawan-pemimpin adalah pegawai maut dengan tiada langit diatas, tiada bumi dibawah, tiada lawan dihadapan, tiada pemerintah dibelakang."


(8.7) Master Sun
Justeru itu ada lima ciri yang merbahaya dalam tiap para jeneral: Mereka yang bersedia untuk mati boleh terbunuh; mereka yang berniat untuk hidup boleh ditawan; mereka yang panas baran boleh diaibkan; mereka yang warak boleh diaibkan; mereka yang menyukai (mengambil berat) orang ramai boleh disusahkan.

Cao Cao » Mereka yang berani tetapi tidak fikir panjang dan mendesak untuk berlawan sampai mati tidak akan menyerah, tetapi boleh diserang dengan serang hendap.

Meng Shi » Apabila seorang jeneral bacul dan lemah dan ingin balik hidup-hidup, hatinya tidak sepenuhnya dalam pertempuran dan askarnya tidak benar-benar bersungguh-sungguh. Kedua-dua jeneral dan pasukan dalam keraguan, jadi mereka terancam pada serangan dan ditawan.

Cao Cao » Orang yang panas baran boleh diumpan untuk datang pada kamu dengan kemarahan dancelaan, orang yang warak boleh diumpan datang pada kamu dengan fitnah dan keaiban. Jika kamu tampil ditempat yang pasti mereka bergegas untuk pertahankannya, mereka yang menyayangi (mengambil berat) orang ramai akan sentiasa ragu-ragu untuk menyelamatkan mereka, menyusahkan dan meletihkan mereka sendiri dalam proses itu.

(8.8) Master Sun
Inilah lima perkara yang menjadi kesalahan pada jeneral, malapetaka pada operasi ketenteraan.

Chen Hao » Jeneral yang bagus pula sebaliknya: mereka tidak rela untuk mati dan tidak pula berharap untuk hidup; mereka bertindak berpandukan kejadian, bukan panas baran, tidak tergugat dengan keaiban. Bila mereka lihat peluang, mereka seperti harimau, jika tidak mereka tutup pintu. Tindak tanduk dan keengganan mereka adalah perkara strategi, dan mereka tidak boleh dirai atau dimarahi.