Sun
Tzu
The
Art of War
(terjemahan
Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)
Sun
Tzu
Seni
Perang
Bab
8/13
Penyelarasan
Zhang
Yu » Penyelarasan bermaksud tidak menuruti kaedah-kaedah yang
ditetapkan, tetapi mengubah dengan berpatutan berpandukan kejadian,
bertindak mengikut kesesuaian.
(8.1) Master
Sun
Peraturan
am operasi ketenteraan ialah kepimpinan ketenteraan menerima arahan
dari kepimpinan awam untuk mengumpulkan tentera.
Jangan
buat perkhemahan di bentuk tanah (lanskap) yang sukar. Biar hubungan
diplomatik dijalinkan di sempadan. Jangan tinggal ditanah tandus atau
wilayah terpencil.
Apabila
dikawasan yang terkepung, buat rancangan. Bila di kawasan maut,
lawan.
Jia
Lin » Berada
di kawasan terkepung bermaksud adanya tebing curam disemua arah, kamu
pula ditengah-tengah, jadi musuh boleh datang dan pergi dengan bebas
tetapi kamu menghadapi masa sukar untuk bergerak. Bila kamu berada
dikawasan sebegini, kamu harus membuat rancangan tertentu sebagai
persediaan awal untuk mengelak musuk dari mengganggu kamu, demikian
dapat mengimbangi kekurangan pada (keadaan) kawasan.
Li
Quan » Tempatkan tentera dalam situasi maut dan askar akan berjuang
dengan cara mereka.
(8.2) Master
Sun
Ada
laluan yang tidak perlu diikut, tentera yang tidak perlu diserang,
kota berkubu yang tak perlu dikepung, wilayah yang tak perlu di
perangi, arahan kerajaan awam yang tak perlu dipatuhi.
Li
Quan » Jika ada laluan sempit di sepanjang jalan dan mungkin ada
serangan hendap, laluan itu tidak perlu diambil.
Du
Mu » Jangan serang pasukan yang berpecah, jangan halang tentera
yang pulang,
jangan tekan tentera
yang terdesak, jangan serang medan maut. Dan jika kamu kuat dan musuh
pula lemah, jangan serang bahagian depan, khuatir kamu akan
menakutkan yang lain untuk berundur.
Cao
Cao » Boleh juga untuk menyerang tentera, tapi tidak digalakkan
kerana jajaran tanah membuatnya sukar untuk diteruskan, untuk terus
berada disana bermakna akan kehilangan habuan seterusnya, habuan yang
ada mungkin sedikit saja, dan tentera yang terdesak akan bertarung
hingga mati.
Apabila
kota berkubu itu kecil dan terkawal, dan ada banyak bekalan, maka
jangan kepung ia. Apabila wilayah itu memberi faedah yang sedikit dan
ianya mudah untuk tewas semudah ia untuk menang, maka jangan
bertarung keatasnya. Apabila ia adalah perkara untuk mempercepatkan
tugas kamu, jangan hadkan ia pada perintah kepimpinan awam.
Du
Mu » Wei Liaozhi berkata, "senjata adalah alat yang buruk
padah, konflik ialah kualiti yang negatif, pahlawan-pemimpin adalah
pegawai maut dengan tiada langit diatas, tiada bumi dibawah, tiada
lawan dihadapan, tiada pemerintah dibelakang."
(8.7) Master
Sun
Justeru
itu ada lima ciri yang merbahaya dalam tiap para jeneral: Mereka yang
bersedia untuk mati boleh terbunuh; mereka yang berniat untuk hidup
boleh ditawan; mereka yang panas baran boleh diaibkan; mereka yang
warak boleh diaibkan; mereka yang menyukai (mengambil berat) orang
ramai boleh disusahkan.
Cao
Cao » Mereka yang berani tetapi tidak fikir panjang dan mendesak
untuk berlawan sampai mati tidak akan menyerah, tetapi boleh diserang
dengan serang hendap.
Meng
Shi » Apabila seorang jeneral bacul dan lemah dan ingin balik
hidup-hidup, hatinya tidak sepenuhnya dalam pertempuran dan askarnya
tidak benar-benar bersungguh-sungguh. Kedua-dua jeneral dan pasukan
dalam keraguan, jadi mereka terancam pada serangan dan ditawan.
Cao
Cao » Orang yang panas baran boleh diumpan untuk datang pada kamu
dengan kemarahan dancelaan, orang yang warak boleh diumpan datang
pada kamu dengan fitnah dan keaiban. Jika kamu tampil ditempat yang
pasti mereka bergegas untuk pertahankannya, mereka yang menyayangi
(mengambil berat) orang ramai akan sentiasa ragu-ragu untuk
menyelamatkan mereka, menyusahkan dan meletihkan mereka sendiri dalam
proses itu.
(8.8) Master
Sun
Inilah
lima perkara yang menjadi kesalahan pada jeneral, malapetaka pada
operasi ketenteraan.
Chen
Hao » Jeneral yang bagus pula sebaliknya: mereka tidak rela untuk
mati dan tidak pula berharap untuk hidup; mereka bertindak
berpandukan kejadian, bukan panas baran, tidak tergugat dengan
keaiban. Bila mereka lihat peluang, mereka seperti harimau, jika
tidak mereka tutup pintu. Tindak tanduk dan keengganan mereka adalah
perkara strategi, dan mereka tidak boleh dirai atau dimarahi.
No comments:
Post a Comment