Siri 5. Langit
nak runtuh
Dahulu
ada satu cerita dongeng yang mengisahkan binatang di belantara
mendapat khabar langit nak runtuh. Perkhabaran itu disampaikan sang
helang. Lantas mendengar khabar itu, segala mergastua dibelantara
bekerjasama menggali lubang didalam tanah untuk buat perlindungan.
Semua
binatang diberitahu supaya cepat balik dan beritahu yang lain supaya
buat lubang untuk berlindung sebab langit nak runtuh. Tiada cara lain
nak selamat melainkan berlindung dibawah tanah.
Justeru
berita bencana yang bakal tiba itu telah diketahui keseluruh pelosok
rimba dan alam mergastua. Tidak kira siapa haiwan pemangsa dan siapa
mangsa, mereka saling bekerjasama untuk menyelamatkan diri dari
malapetaka ini. Kerjasama ini sesuatu yang luarbiasa kerana mereka
bekerjasama untuk meneruskan hirarki kehidupan mereka. Walaupun si
rusa yang berganding bahu dengan harimau itu tahu dia mungkin akan
dibaham tanpa belas, jika masing-masing terselamat dari malapetaka
ini.
Akhirnya,
mengikut cerita dongeng itu, runtuhlah langit dan segala mergastua
yang berlindung didalam tanah terselamat dari malapetaka.
Masing-masing kembali pada hirarki kehidupan mereka. Pemangsa tetap
mengejar mangsa. Cerita ini mungkin tercipta puluhan, ratusan atau
ribuan tahun dulu.
Dongeng
tetap dongeng, hinggalah tiba peristiwa ombak besar tsunami
menghentam manusia dan harta bendanya, barulah manusia tahu, cerita
dongeng itu bukan dongengan semata.
Apa
kah tidaknya, pada hari akan berlaku tsunami itu, segala binatang
peliharaan hilang melarikan diri. Burung-burung yang biasa berkicau,
senyap, hilang entah kemana. Ayam dalam reban, anjing dalam kandang,
resah nak melarikan diri. Gajah peliharaan pun lari naik bukit. Ikan
dilaut pun berlumba-lumba naik kedarat, kerana takutkan bencana
didasar laut. Kalau binatang darat lari sampai tak cukup tanah,
mendaki sampai tak cukup bukit, ikan dilaut pula berenang sampai tak
cukup air. Katanya lebih mulia aku mati didarat daripada aku mati
dilaut. Sekurangnya manusia tidak hairan aku mati didarat.
Kini
ada satu dongeng yang baru muncul. Kononnya ada manusia lain akan
datang melawat bumi setelah sekian lama tidak datang singgah melawat.
Bolon Yokte nama ketuanya, datang nak melawat legasi yang
ditinggalkannya dulu. Kalau dulu si Bolon Yokte ini datang, dia
merasmikan upacara, kini dia datang untuk upacara juga, iaitu
upacara penutup.
Kalau ada perubahan, mungkin si Bolon Yokte ini, selepas dia menutup
upacara, dia kena tunggu sekejap untuk membuka upacara yang lain
pula. Sibuk juga si Bolon Yokte ini, kononnya, dia sebenarnya wakil
utama dari pemerintah kerajaan yang hebat teknologinya. Macam tak ada
tempat lain si Bolon Yokte ini nak melawat. Alam semesta yang besar
dengan berbillion galaksi ini, bumi yang sebutir pasir ini juga jadi
pilihannya.
Jadi,
kalau masa langit nak runtuh dulu, mergastua menggali lubang untuk
menyelamatkan diri, jadi apa kita nak buat masa si Bolon Yokte ini
turun dari langit pula? Bolon Yokte ini bawa sengsara atau bawa
gembira?
Dongeng
tetap dongeng hinggalah tiba waktunya terjadi.
No comments:
Post a Comment