02 June 2012

Sun Tzu : The Art of War (Bab 7, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 7/13

Perjuangan Bersenjata

Li Quan » Perjuangan adalah pencarian keatas kelebihan ; apabila kerapuhan dan keampuhan dikenalpasti, seseorang akan berjuang bersama yang lain untuk kelebihan.

Wang Xi » Berjuang bermaksud berjuang untuk kelebihan ; mereka yang peroleh kelebihan dengan itu berjaya. Mula-mula seseorang itu harus menetapkan samaada untuk menggunakan senjata ringan atau berat, dan nilai samaada untuk menghampiri secara tidak-terus atau terus, jangan benarkan musuh mengambil kesempatan atas kerja keras seseorang.

(7.1) Master Sun
Peraturan am untuk kegunaan kuasa ketenteraan ialah untuk pemerintah tentera menerima arahan dari pihak berkuasa awam, kemudian kumpul dan himpunkan pasukan-pasukan, berikan mereka tempat tinggal bersama. Tiada yang lebih sukar dari perjuangan bersenjata.

Zhang Yu » Berlawan untuk mendapatkan kelebihan secara bersemuka dengan orang adalah perkara paling sukar didunia.

(7.2) Master Sun
Kesukaran dalam perjuangan bersenjata ialah menjadikan jarak yang jauh jadi dekat dan menjadikan masalah jadi kelebihan.

Cao Cao » Sementara menunjukkan sedang berada ditempat yang jauh, lajukan langkah kamu dan sampai disana sebelum pihak musuh.

Du Mu » Perdayakan mereka supaya (mereka) mengambil mudah, kemudian buat tergesa-gesa.

(7.3) Master Sun
Lantaran itu jadikan laluan mereka itu jauh, umpan mereka dengan harapan adanya habuan. Bila kamu telah bersiap mendahului yang lain dan tiba sebelum mereka, kamu tahu (bagaimana) strategi untuk membuatkan jarak menjadi dekat.

Jia Lin » Jika pihak lawan benar-benar ada jalan dekat untuk dilalui, jika kamu boleh memanjangkan jalannya dengan membuatnya (seolah) mengejar angsa liar, kamu boleh perdayakan mereka, lantas mereka tidak dapat datang melawan kamu.

Ho Yanxi » Kamu gunakan skuad khas untuk mengumpan pihak lawan (umpama) mengejar angsa liar, supaya ia kelihatan seperti angkatan induk berada jauh; kemudian hantar pasukan serangan mengejut untuk tiba disana dahulu, walaupun ianya dipersiapkan untuk bertahan.


(7.25) Master Sun
Tentera yang terkepung mesti diberi jalan keluar.

Cao Cao » Peraturan silam tentera berkuda mengatakan, "kepung mereka di tiga sisi, biarkan satu sisi terbuka, untuk menunjukkan mereka jalan untuk hidup."

Du Mu » Tunjukan mereka jalan untuk hidup (menyelamatkan diri) jadi mereka tidak terus bersemangat untuk melawan sampai mati, kemudian kamu boleh ambil kesempatan untuk menyerang mereka.

(7.26) Master Sun
Jangan ditekan tentera yang terdesak.

Du Mu » Haiwan yang keletihan akan tetap melawan, itu adalah hukum alam.

Zhang Yu » Jika pihak lawan membakar bot mereka, memusnahkan periuk masak mereka, dan datang melawan habis-habisan, jangan tekan mereka, bila haiwan terdesak mereka merempuh secara liar (membabi-buta).

(7.27) Master Sun
Inilah peraturan-peraturan operasi ketenteraan.

01 June 2012

Siapa makan cili,terasa lah pedasnya



Siri 2. Lembu Jambatan

Di England, seorang pemuda aristokrat bercadang membeli sebidang tanah yang subur. Namun banyak halangan dihadapi untuk mendapatkan tanah tersebut kerana ia dipunyai ramai penduduk kampung.Kerana itu dia telah menghantar ejen untuk memujuk orang kampung menjualnya. Banyak halangan yang dihadapi kerana orang kampung meletakkan harga yang tinggi dan bermacam lagi permintaan. Namun atas bantuan agen-agennya dan kawan-kawan yang jadi penasihatnya, pemuda aristokrat itu berjaya juga akhirnya mendapatkan tanah tersebut.

Setelah menguasai tanah tersebut, dia berjaya mengusahakannya dengan membuat ladang pertanian dan lembu ternakan. Usaha yang dibuat dengan kerjasama rakan-rakan aristokratnya itu membuahkan hasil yang lumayan.

Kejayaannya itu telah menarik perhatian wizurai dan pemerintah. Mengetahui perhatian yang diberi oleh wizurai, lantas pemuda aristokrat mengunjungi wizurai dan membawa hadiah yang banyak untuk mengambil hati wizurai. dan membayar cukai pada perbendaharaan
Lama kelamaan hubungan pemuda aristokrat itu dengan wizurai menjadi akrab. Untuk menjadikan hubungan lebih bersifat peribadi, pemuda itu telah mengahwini anak perempuan wizurai itu.

Setelah masa berlalu dan menyedari dirinya dikenali dikalangan ahli pemerintah, pemuda aristokrat itu bercadang untuk membeli dan mendiami istana hinggap diraja yang tidak digunakan lagi dalam daerah itu.Dia pun mulalah meminta kawan-kawan rapatnya dahulu, yang kini turut sama bekerja dan bersosial dengan ahli pemerintah untuk melobi bagi pihaknya agar dia dapat membeli istana hinggap tersebut.

Tanpa diduga,istana lama itu juga menjadi idaman seorang pemuda aristokrat dari daerah lain. Kini pemuda aristokrat itu rasa tercabar, yang mana selama ini beliau rasa beliau tiada tandingan.

Bagi kedua-dua pemuda tersebut, memiliki istana lama itu adalah suatu prestij, yang mana ia merupakan satu simbol hubungan peribadi dengan pihak diraja. Kini bermulalah persaingan antara mereka berdua. Kedua-duanya pintar dan dikelilingi oleh agen dan kenalan yang bijak pandai. Pemuda pertama tadi kelahiran Oxford dan ramai agen dan sahabatnya juga dari tempat yang sama dan ada juga dari Cambridge. Kumpulan mereka ini digelar Ox-bridge. 

Pemuda kedua itu juga tidak kurang hebatnya. Namun kehebatan sebenar pada pemuda kedua tersebut ialah beliau memiliki sebentuk cincin yang istimewa. Batu cincinnya itu adalah harta pusaka dan mempunyai kuasa mistik, barangsiapa yang terpandangnya pasti akan rasa gerun. Disebut saja nama pemuda kedua tersebut, pasti orang akan teringat batu cincinnya. Bila saja orang menyebut nama pemuda itu pasti orang menyebut nama cincin ditangannya. Pendeka kata namanya ber-bin kan batu cincin itu.

Setelah usaha lobi-melobi berjalan dengan rancak dan kadangkala genting,akhirnya kekecewaan menimpa pemuda aristokrat yang pertama tadi. Pemuda aristokrat pertama itu kecewa tidak terkata, baginya ini satu penghinaan terhadap kredibilitinya, intelektualitinya dan kekayaannya. Walaupun dibarisi oleh pasukan Ox-bridge, namun kuasa mistik batu cincin itu tetap berpengaruh walaupun sudah lama tidak diasap kemeyankan.


31 May 2012

Siapa Makan Cili Terasalah Pedasnya


Siri 1 : Raja Lembong

Pada suatu masa dahulu disebuah negeri disebalik samudera, ada seorang raja yang pintar, pandai bercakap dan berpidato. Bijak memerintah dan menewaskan lawannya. Suka membaca dan menulis syair.
Rakyat menyukai raja sebab negara aman dan banyak pedagang datang berdagang. Rakyat jadi senang dan kaya kerana banyak hasil negeri dapat diniagakan.

Hari berganti bulan, tahun berganti dekad. Pada suatu hari raja buat keputusan yang silap . Baginda telah mengarahkan batu bersurat yang menjadi kemegahan negara dialih ketempat lain. Sedangkan batu bersurat itulah lambang tamadun dan asal usulnya negara tersebut selama ini. Dibatu bersurat itulah tertulis rukun tertib negara.
Batu bersurat itu kononnya hendak dialih ketempat yang lebih selamat. Sebenarnya raja telah mendapat nasihat dari pedagang supaya dialihkan batu bersurat itu sebab tapaknya hendak di buat bangsal barang dagangan.

Ramai rakyat tidak bersetuju namun kuasa ditangan raja. Akhirnya kerja mengalihkan batu bersurat yang berpuluh bongkah itu dilaksana dan diselesaikan.

Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Sewaktu kerja pengalihan batu-batu bersurat itu, sebuah batu lagi dijumpai tertanam. Batu itu mengatakan satu perihal peraturan negara yang agung. Ia mengatakan jika raja berbuat salah, ia boleh dihakimi. Perkhabaran ini dimaklumkan pada raja. Raja termenung dan mendiamkan diri.
Bijak pandai dikalangan rakyat telah mengetahui hal ini dan ingin mengambil tindakan terhadap raja kerana tindakan raja mengalihkan batu bersurat itu mencemari warisan kerana dibatu bersurat itulah ditulis rukun tertib negara yang ditulis oleh nenek moyang raja itu sendiri dan boleh menyebabkannya musnah.

Setelah berbagai halangan ditempuhi oleh bijak pandai dikalangan rakyat jelata untuk menghakimi sang raja, maka tiba lah hari yang ditunggu. Dakwaan yang dibuat ialah sang raja dengan sengaja mengarah dan mengalihkan batu bersurat ke suatu tempat yang boleh mengakibatkannya musnah.Pada ketika sang raja hendak berangkat ke dewan hakim, raja tiba-tiba jatuh sakit. Rakyat jelata tertanya-tanya apa penyakit yang tiba-tiba menimpa raja. Nujum istana mengatakan penyakit itu berasal dari negeri atas angin, namanya 'alzhemeir'. Rakyat jelata hairan, tidak pernah didengar nama penyakit itu.

Namun penghakiman tetap dijalankan. Bila soalan diajukan pada raja, raja terdiam dan riak mukanya seolah cuba mengingat sesuatu. Di cuba juga untuk ingat tapi akhirnya raja menjawab 'beta lupa peristiwa mengalih batu bersurat itu'.
Ditanya lagi, berapa bongkah batu bersurat yang diperintah raja untuk dialihkan. Jawab raja 'beta lupa'. Ditanya lagi dengan siapa perbincangan dibuat untuk mengalih batu bersurat itu. Jawab raja 'beta lupa'. Begitulah seterusnya, tiap kali soalan, jawapannya, 'beta lupa'.
Oleh kerana itu, tiadalah hukuman dikenakan kerana raja sudah jatuh sakit, sakit lupa. Ironinya, bertahun sebelum itu, raja pernah menulis sebuah syair berjodol 'Rakyat ku mudah lupa'. Kini, raja pula yang jadi pelupa.

Tidak lama selepas raja turun takhta kerana penyakit lupanya itu, raja sudah mula menulis syair. Ada juga dikalangan rakyat ingin tahu apa kah syair yang ditulis raja. Tajuk syairnya itu 'dukun didalam rumah'. Peliknya syair itu mengisahkan cerita-cerita dan pengalaman raja yang berdekad lamanya. Rakyat tertanya-tanya, apakah raja telah pulih dari penyakitnya?

Sun Tzu : The Art of War (Bab 6, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The  Art  of  War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 6/13

Kerapuhan dan Keampuhan

Du Mu » Ahli ketenteraan mengelakkan yang ampuh dan menyerang yang rapuh, dengan itu mereka terlebih dahulu harus mengenali kerapuhan dan keampuhan pada orang lain dan diri mereka sendiri.

(6.1) Master Sun
Mereka yang tiba dahulu di medan perang dan menunggu pihak lawan (akan) berada dalam selesa; mereka yang terakhir tiba dimedan perang dan (terus) menuju kedalam pertempuran akan keletihan.

Jia Lin » Mereka yang terlebih dahulu mengambil tempat yang memberi kelebihan (strategik) dan menungu pihak lawan adalah lebih bersedia, dengan itu pasukannya lebih tenang. Jika pihak lawan berada diposisi yang ada kelebihan, jadi kamu tidak harus merapati mereka, jauhkan pasukan kamu pergi ke tapak lain, buat ianya kelihatan kamu tidak akan menentang mereka. Pihak lawan akan fikir kamu tiada strategi, dan akan datang menyerang kamu. Kemudian kamu akan dapat mengubah keadaan dan membuatkan pihak lawan kepenatan tanpa melemahkan kamu.


(6.2) Master Sun
Lantaran itu pahlawan yang handal membuatkan pihak lain (lawan) datang pada mereka, dan tidak pergi pada yang lain (pihak lawan).

Du Mu » (Bila kamu) Membuatkan pihak lawan datang pada kamu, kamu harus memelihara kekuatan kamu dan tunggu mereka, jangan pergi kearah mereka bimbang akan meletihkan diri kamu.

Zhang Yu » Jika kamu membuatkan pihak lawan datang menyerang, kekuatan mereka akan sentiasa rapuh . Jika kamu tidak pergi melawan, kekuatan kamu sentiasa ampuh . Ini adalah seni merapuhkan yang lain dan mengampuhkan diri kamu.


(6.27) Master Sun
Lantaran itu kejayaan dalam peperangan bukan boleh diulang-ulang, tetapi jadikannya keadaan yang tiada penamat.

Li Quan » Tentukan perubahan sebaik mungkin, jangan ulangi strategi terdahulu untuk mencapai kemengangan.

Du Mu » Apa jua formasi pihak lawan bakal gunakan, dari mula lagi saya boleh sesuaikan dengan mereka untuk mencapai kemenangan.

(6.28) Master Sun
Formasi ketenteraan umpama air - bentuk air ialah mengelak dari tempat tinggi dan turun ke bawah, bentuk kuasa ketenteraan ialah mengelak keampuhan dan menyerang kerapuhan; aliran air ditentukan oleh bumi, kejayaan kuasa ketenteraan ditentukan oleh pihak lawan.

Li Quan » Bagaimana kamu boleh memastikan kemenangan jika tidak berdasarkan bentuk rupa musuh? Briged yang kecil tidak boleh bertahan lama, jadi jika kamu berterusan menyerang, tidak dapat disangkal lagi kekalahan mereka;briged yang besar tidak akan gagal bertindak-balas terhadap provokasi dan menonjolkan dirinya. Jika tentera lawan marah, malukan mereka; jika tenteranya kuat, biar mereka berehat. Jika jeneral lawan riak, malukan dia, jika jeneralnya tamak, umpan dia, jika jeneralnya berwaspada intipnya serapat mungkin - dengan itu tatacara kemenangan ditentukan dengan berpandu pada musuh.

(6.29) Master Sun
Jadi kuasa ketenteraan tiada bentuk yang tetap, air tiada bentuk yang tetap: kemampuan untuk peroleh kejayaan dengan mengubah dan menyesuaikan berpandukan (tindakan) musuh digelar genius.

02 September 2011

Sun Tzu: The Art of War (Bab 5, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 5/13

Kekuatan

Wang Xi »     Kekuatan bermaksud mengalihkan tenaga yang terkumpul atau momentum. Pahlawan yang mahir mampu untuk membiarkan kekuatan momentum  merampas kemenangan tanpa mengerah tenaga.

(5.1)    Master Sun
Mentadbir bilangan yang besar demikian jugalah mentadbir bilangan yang kecil, ia adalah urusan membahagi kepada beberapa kumpulan. Bertempur dengan bilangan yang besar demikian jugalah bertempur dalam bilangan yang kecil, ia adalah urusan bentuk dan keperluan.

Cao Cao »    Bentuk dan keperluan merujuk pada formasi dan isyarat yang digunakan untuk mengatur pasukan dan mengkoordinasi pergerakan.

(5.2)    Master Sun
Menjadikan tentera berupaya untuk berhadapan dengan pihak lawan tanpa dapat dikalahkan adalah perkara berkaitan cara  tidak-ortodoks dan ortodoks.

Jia Lin »        Apabila kamu bertembung dengan pihak lawan, dengan serangan mengejut dari semua arah yang dikoordinasikan, kamu sentiasa boleh   menang dan tidak akan gagal.

Ho Yanxi »    Badan ketenteraan mengharungi transformasi yang tak terhitung, yang mana kesemuanya disatukan. Tiada yang tidak-ortodoks dan tiada yang bukan tidak-ortodoks. Jika tentera ditubuhkan atas sebab keadilan moral, itu adalah ortodoks. Jika ia disesuaikan untuk perubahan dalam menghadapi musuh itu tidak-ortodoks. Apa yang ortodoks pada kamu, membuatkan pihak lawan melihatnya tidak-ortodoks; apa yang tidak ortodoks bagi kamu, membuatkan pihak lawan melihatnya sebagai ortodoks. Ortodoks adalah juga tidak-ortodoks, dan yang tidak ortodoks adalah juga ortodoks. Secara amnya dalam ketenteraan ianya sentiasa ada yang ortodoks dan tidak ortodoks, atau yang terang-terangan dan kejutan – kemenangan tanpa menggunakan cara ortodoks dan tidak ortodoks adalah menang dengan nasib dalam apa jua pertembungan.

Zhang Yu »  Berbagai orang mempunyai penafsiran yang berbeza tentang apa itu ortodoks dan apa itu tidak-ortodoks. Ortodoks dan tidak-ortodoks bukan tetap, tapi seperti putaran. Maharaja Taizong dari Dinasti Tang, pahlawan  dan pentadbir tersohor, bercakap mengenai memanipulasi tanggapan pihak musuh tentang apa yang ortodoks dan apa yang tidak-ortodoks, kemudian serang tanpa disedari, menggabungkan kedua-duanya (ortodoks dan tidak-ortodoks) jadi satu,  menjadikannya sukar ditafsir  (diduga) oleh pihak lawan.

(
(5.11)  Master Sun
Lantaran itu, para pahlawan yang handal, mencari keberkesanan dalam pertempuran dari kekuatan momentum, bukan dari individu. Lantaran itu mereka berupaya untuk memilih orang dan membiarkan kekuatan momentum melakukan kerjanya.

Li Quan »      Apabila kamu ada kekuatan momentum dalam peperangan, malahan yang penakut akan jadi berani. Jadi adalah mustahil untuk memilih mereka diatas kebolehan dan memberi mereka tanggungjawab yang sepatutnya. Yang berani boleh berlawan, yang berhati-hati boleh berkawal, yang bijak boleh berkomunikasi. Tiada siapa dibazirkan (tidak digunakan).

Mei Yaochen »        Adalah senang untuk mendapatkan orang untuk bertindak bersesuaian dengan kekuatan momentum, manakala adalah sukar untuk menagih kuasa  (kekuatan) dari individu. Yang bijak harus memilih orang yang tepat dan juga membiarkan kekuatan momentum melakukan kerjanya.           

Zhang Yu »  Peraturan untuk penyerahan tanggungjawab ialah menggunakan keinginan membara (nafsu), gunakan helah, guna kepintaran, gunakan keberanian, membenarkan kuasa semulajadi keatas tiap satu, tidak menyalahkan orang diatas ketidakupayaannya, tetapi memilih tanggungjawab yang sesuai untuk mereka berpandukan kapasiti masing-masing.

 (5.12) Master Sun
Mendapatkan orang untuk berjuang dengan membiarkan kekuatan momentum bertindak adalah seperti kayu balak dan batu yang bergolek. Balak dan batu pegun bila ditempat yang rata, tetapi bergolek bila ada cerun, mereka kekal tak bergerak jika empat segi, tetapi bergolek bila bulat. Lantaran itu, apabila orang yang mahir mengetuai dalam pertempuran, momentumnya adalah seperti batu bulat bergolek menuruni gunung yang tinggi – ini ialah kekuatan.

Du Mu »        Batu bergolek menuruni gunung sepuluh ribu kaki, dan ianya tidak dapat dihentikan – ini adalah kerana gunung (itu), bukan batu. Dapatkan orang untuk berjuang dengan keberanian untuk menang setiap masa, dan yang gagah dan yang lemah bersatu – ini adalah kerana momentum, bukan individu.

15 June 2011

Sun Tzu: The Art of War (Bab 4, terjemahan Bahasa Melayu)


Sun Tzu
The Art of War

(terjemahan Bahasa Melayu oleh Mubaraq Abdullah ar-Rawi)

Sun Tzu
Seni Perang

Bab 4/13

Susunan (Formasi)

Du Mu »        Kamu lihat keadaan dalaman pihak lawan berpandukan formasi luaran mereka. Keadaan dalaman bagi yang tak berbentuk adalah tersirat, manakala bagi yang mengambil bentuk yang khusus ianya ketara. Yang tersirat menang, yang ketara tewas.

Wang Xi »     Mereka yang cekap dalam operasi ketenteraan berupaya untuk mengubah formasi sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan berdasarkan tindakan pihak lawan.

Zhang Yu »  Ini bermaksud formasi serangan dan pertahanan digunakan oleh kedua-dua tentera. Bila mereka bersembunyi didalamnya (formasi), mereka tidak akan diketahui oleh yang lain: bila mereka muncul tanpanya (formasi), musuh boleh masuk melalui laluan yang sempit. Formasi didedahkan melalui serang dan bertahan, jadi perbincangan berkenaan formasi menyusuli perbincangan merancang pengepungan.

(4.1)    Master Sun
Dimasa silam pahlawan yang cekap menjadikan diri mereka kebal terlebih dahulu, kemudian memerhatikan kerentanan (kelemahan/kerapuhan) pihak lawan.

Zhang Yu »  Menjadikan diri kamu kebal bermakna mengenali diri kamu sendiri; menunggu kerentanan pihak lawan bermakna mengenali pihak lain.

Mei Yaochen »  Sembunyikan formasi kamu, pastikan keadaan teratur, dan perhatikan ruangan dan kecuaian.

(4.2)    Master Sun
Kekebalan adalah dalam diri seseorang, kerentanan ialah pada pihak lawan.

Du Mu »        Kekalkan tentera kamu dalam keadaan teratur, sentiasa bersedia terhadap pihak lawan, padamkan jejak kamu dan sembunyikan formasi kamu, buatkan diri kamu tidak kelihatan oleh pihak lawan. Apabila kamu lihat boleh ambil kesempatan keatas pihak musuh, terus tampil untuk menyerang.

Wang Xi »     Kekebalan ialah persoalan pertahanan diri, kerentanan adalah sekadar urusan perolehi ruangan.

(4.3)    Master Sun
Lantaran itu pahlawan yang mahir berupaya untuk menjadi kebal, tapi mereka tidak boleh menyebabkan pihak musuh terdedah pada ancaman.

Du Mu »        Jika tiada formasi yang dapat dicari dipihak musuh , tiada ruang atau kecuaian untuk diambil kesempatan, jadi bagaimana kamu boleh mengatasi mereka walaupun kamu cukup kelengkapan ?        

Zhang Yu »  Jika kamu sembunyikan formasi, merahsiakan jejak kamu, dan sentiasa kekal dengan persediaan yang ketat, justeru kamu boleh menjadi kebal. Jika bentuk kekuatan dan kelemahan pihak lawan tidak dapat diperjelaskan secara luarannya, lantas bagaimana kamu boleh pastikan kemenangan atas mereka.?


(4.15)  Master Sun
Undang-undang ketenteraan ada lima : ukuran, penilaian, perkiraan, perbandingan, dan kemenangan. Lapangan memberi sokongan pada pada ukuran, ukuran memberi sokongan pada penilaian, penilaian memberi sokongan pada perkiraan, perkiraan memberi sokongan pada perbandingan, perbandingan memberi sokongan pada kemenangan.

Cao Cao »    Dengan membuat perbandingan pada ukuran, kamu tahu dimana terletaknya kemenangan dan kekalahan.

Wang Xi »     Yang berat berjaya keatas yang ringan.

(4.16)  Master Sun
Lantaran itu, tentera yang gemilang umpama satu paun kepada satu gram, tentera yang tewas umpama satu gram kepada satu paun.
Apabila pemenang mendapatkan orangnya untuk pergi berperang ia adalah umpama mereka menyalurkan banjir besar kedalam gaung yang dalam, ini adalah berkaitan formasi.

Du Mu »        Apabila air berkumpul dalam jurang yang dalam, tiada siapa dapat menyukat jumlahnya, seperti pertahanan kita yang tidak menunjukan rupa. Bila air dilepaskan, ia menderu kedalam arus deras , seperti serangan kita yang tak dapat dihalangi.

22 May 2011

Sumpah itu boleh mempersendakan tuhan ?


Ditulis oleh Motro

Saudara Saudari, baik yang Pakatan Rakyat ataupun UMNO BN.
Perjuangan Pakatan Rakyat  bukan hanya berkisar tentang Datuk Sri Anwar Ibrahim. Setiap hari baik di media alternatif apatah lagi di media arus perdana (MAP), kisah fitnah DSAI terus dipaparkan.

Kadang-kadang rasa naik muak pula asyik dihidangkan dengan isu fitnah ini. Blogger dan pengamal media pro PR pula jangan terikut-ikut sangat rentak MAP ini.
DSAI adalah bahagian penting dalam gerak perjuangan PR. Agenda PR ialah untuk mengembalikan kedaulatan raja-raja, badan kehakiman, badan eksekutif dan ‘legislature’ di Malaysia ini.

Namun DSAI diserang siang dan malam kerana beliau lah Jeneral perang PR nombor satu. Lawan tetaaaap lawan…………..

Ada dua sebab isu fitnah ini dimainkan oleh  MAP, pertama hendak mempengaruhi minda dan arah pemikiran orang luar bandar. Keduanya ialah mengenepikan isu –isu besar dari perhatian rakyat. Dengan adanya isu fitnah Anwar, rakyat di bandar atau luar bandar hanya memperkatakan isu itu. Cuba kita dengar dimana-mana kedai kopi, jika mereka berbicara fasal politik, apa kah isu yang dapat perhatian. Tak lain tak bukan ialah cerita budak Saiful dan video fitnah porno.

Padahal masih ada banyak isu boleh dibualkan berkenaan hidup derita rakyat, kebobrokan pemimpin kerajaan UMNO-BN, kesongsangan penggunaan duit dan dana untuk rakyat, kepincangan pentadbiran kerajaan UMNO-BN, harga barang naik. Isu-isu tersebut amatlah dekat dengan kehidupan harian rakyat jelata. Tetapi MAP telah ‘mencurinya’ dari perhatian rakyat marhaen dan membiarkan rakyat jelata leka dengan kisah fitnah ‘sodomy’ dan video lucah. Mereka tidak peduli samaada rakyat akan percaya atau tidak, yang pentingnya rakyat harus dibiarkan leka dan khayal.

Isu sumpah
Cuba kita lihat isu sumpah dari konteks yang lain. Apakah maknanya bersumpah dengan nama Allah?

Bersumpah dengan nama Allah maknanya kita menyerahkan pengadilan dan penghukuman kepada Allah swt. Apabila berlaku ‘deadlock’, tiada lagi upaya manusia untuk mengemukakan bukti, saksi dan mempertahankan diri seperti kisah Lian dizaman Rasulullah. Sumpah boleh dibuat.

Apabila sumpah telah dilafazkan, bermakna putusnya campurtangan manusia dalam kes tersebut kerana ia telah diserah kan pada Allah swt untuk mengadili dan menghukum. Tidak ada manusia sepatutnya memperkatakan lagi tentang kes tersebut. Jika kita masih merperkata dan mempertikaikan bermakna kita telah mencabar kuasa Allah swt. Itulah yang dinamakan mempermainkan sumpah.

Kita ambil analogi yang mudah, apabila sesuatu kes telah dibawa ke mahkamah sivil, tidak ada sesiapa pun diluar mahkamah, samaada orang yang menuduh atau tertuduh, media,polis dan pihak berkuasa lain dibenarkan memberi komen tentang kes tersebut. Jika ada, ia boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah.

Jadi, bila ada ‘makhluk-makhluk’ tuhan yang berani bersumpah di masjid, memegang Al-Quran, maknanya sudah selesai lah kerja kamu. Senyap lah. Sepatut-patutnya mereka harus menarik segala tindakan sivil yang dibuat. Ini tidak, setelah bersumpah, masih lagi membawa kes tersebut ke ‘mahkamah manusia’ sedangkan kamu telah menyerahkannya pada ‘mahkamah tuhan.’ Bukankah mereka telah mempersendakan tuhan.

Hukuman yang tuhan akan lakukan ada berbagai cara, mungkin ada yang dapat dilihat oleh manusia, mungkin ada yang tidak . mungkin turun ketika didunia, mungkin selepas orang itu meninggal. Itu semua terserah pada Allah swt.
Jadi memang wajarlah DSAI tidak melafazkan sumpah.


Ketulenan Video
Perkataan ‘tulen’ inilah yang dijaja oleh MAP untuk mengelirukan rakyat, hingga orang UMNO-BN yang kurang cerdik pun turut terkeliru. Biar pun video itu tulen tapi ia tidak bermakna orang yang didalam video itu Anwar yang tulen.

Habis dijajanya mengatakan video itu telah dihantar keluar negeri untuk disahkan ketulenannya. Pihak polis tak henti-henti berdolah dalik dengan isu tulen ini. Memang dah sah orang dalam video itu bukan Anwar, jadi untuk pengetahuan orang  UMNO-BN, tak mungkinlah polis akan buat kenyataan yang memihak pada PR dan Anwar sekeluarga. Semua orang sudah tahu mahupun orang yang memeriksanya diluar negeri, sememangnya pelaku dalam video itu bukan DSAI.

Amatlah sedih kita melihat polis sebagai pelindung rakyat telah dipergunakan oleh puak tertentu. Termasuk IGP yang terbaru, sudah lima kali IGP bertukar ganti dan mereka semua mempunyai persamaan, iaitu memastikan usaha DSAI dikekang.

Janganlah kita layan sangat tentang isu Saiful dan video itu, mari kita bergerak kedepan. Jika kita terikut-ikut sangat rentak MAP, maka tercapailah objektif mereka untuk meleka-lekakan rakyat. Jika ada cerita rakyat bergaduh, baling kerusi meja fasal dua isu tersebut, maka lagi sukalah MAP dan gembiralah ahli politik UMNO-BN. Mari kita dengar ceramah-ceramah yang memperkatakan tentang derita rakyat, harga minyak naik, harga gula naik, kos kehidupan yang mencengkam. Masih ramai lagi orang yang mengambil mudah tentang hal-hal ini. Walaupun mereka bukan orang BN mahupun PR, manakala mereka pula hidup dalam ‘comfort zone’, mereka perlu jengah-jengah isu yang dibawa PR kerana itu semua adalah isu ‘bread and butter’.

http://rainwonder.blogspot.com