Siri 2. Lembu
Jambatan
Di
England, seorang pemuda aristokrat bercadang membeli sebidang tanah
yang subur. Namun banyak halangan dihadapi untuk mendapatkan tanah
tersebut kerana ia dipunyai ramai penduduk kampung.Kerana
itu dia telah menghantar ejen untuk memujuk orang kampung menjualnya.
Banyak halangan yang dihadapi kerana orang kampung meletakkan harga
yang tinggi dan bermacam lagi permintaan. Namun atas bantuan
agen-agennya dan kawan-kawan yang jadi penasihatnya, pemuda
aristokrat itu berjaya juga akhirnya mendapatkan tanah tersebut.
Setelah
menguasai tanah tersebut, dia berjaya mengusahakannya dengan membuat
ladang pertanian dan lembu ternakan. Usaha yang dibuat dengan
kerjasama rakan-rakan aristokratnya itu membuahkan hasil yang
lumayan.
Kejayaannya
itu telah menarik perhatian wizurai dan pemerintah. Mengetahui
perhatian yang diberi oleh wizurai, lantas pemuda aristokrat
mengunjungi wizurai dan membawa hadiah yang banyak untuk mengambil
hati wizurai. dan membayar cukai pada perbendaharaan
Lama
kelamaan hubungan pemuda aristokrat itu dengan wizurai menjadi
akrab.
Untuk menjadikan hubungan lebih bersifat peribadi, pemuda itu telah
mengahwini anak perempuan wizurai itu.
Setelah
masa berlalu dan menyedari dirinya dikenali dikalangan ahli
pemerintah, pemuda aristokrat itu bercadang untuk membeli dan
mendiami istana hinggap diraja yang tidak digunakan lagi dalam daerah
itu.Dia
pun mulalah meminta kawan-kawan rapatnya dahulu, yang kini turut sama
bekerja dan bersosial dengan ahli pemerintah untuk melobi bagi
pihaknya agar dia dapat membeli istana hinggap tersebut.
Tanpa
diduga,istana lama itu juga menjadi idaman seorang pemuda aristokrat
dari daerah lain. Kini pemuda aristokrat itu rasa tercabar, yang mana
selama ini beliau rasa beliau tiada tandingan.
Bagi
kedua-dua pemuda tersebut, memiliki istana lama itu adalah suatu
prestij, yang mana ia merupakan satu simbol hubungan peribadi dengan
pihak diraja. Kini bermulalah persaingan antara mereka berdua.
Kedua-duanya pintar dan dikelilingi oleh agen dan kenalan yang bijak
pandai. Pemuda pertama tadi kelahiran Oxford dan ramai agen dan
sahabatnya juga dari tempat yang sama dan ada juga dari Cambridge.
Kumpulan mereka ini digelar Ox-bridge.
Pemuda kedua itu juga tidak
kurang hebatnya. Namun kehebatan sebenar pada pemuda kedua tersebut
ialah beliau memiliki sebentuk cincin yang istimewa. Batu cincinnya
itu adalah harta pusaka dan mempunyai kuasa mistik, barangsiapa yang
terpandangnya pasti akan rasa gerun. Disebut saja nama pemuda kedua
tersebut, pasti orang akan teringat batu cincinnya. Bila saja orang
menyebut nama pemuda itu pasti orang menyebut nama cincin
ditangannya. Pendeka kata namanya ber-bin kan batu cincin itu.
Setelah
usaha lobi-melobi berjalan dengan rancak dan kadangkala
genting,akhirnya kekecewaan menimpa pemuda aristokrat yang pertama
tadi. Pemuda
aristokrat pertama itu kecewa tidak terkata, baginya ini satu
penghinaan terhadap kredibilitinya, intelektualitinya dan
kekayaannya. Walaupun dibarisi oleh pasukan Ox-bridge, namun kuasa
mistik batu cincin itu tetap berpengaruh walaupun sudah lama tidak
diasap kemeyankan.
No comments:
Post a Comment