Siri 1 : Raja
Lembong
Pada
suatu masa dahulu disebuah negeri disebalik samudera, ada seorang
raja yang pintar, pandai bercakap dan berpidato. Bijak memerintah dan
menewaskan lawannya. Suka membaca dan menulis syair.
Rakyat
menyukai raja sebab negara aman dan banyak pedagang datang berdagang.
Rakyat jadi senang dan kaya kerana banyak hasil negeri dapat
diniagakan.
Hari
berganti bulan, tahun berganti dekad. Pada suatu hari raja buat
keputusan yang silap . Baginda telah mengarahkan batu bersurat yang
menjadi kemegahan negara dialih ketempat lain. Sedangkan batu
bersurat itulah lambang tamadun dan asal usulnya negara tersebut
selama ini. Dibatu bersurat itulah tertulis rukun tertib negara.
Batu
bersurat itu kononnya hendak dialih ketempat yang lebih selamat.
Sebenarnya raja telah mendapat nasihat dari pedagang supaya dialihkan
batu bersurat itu sebab tapaknya hendak di buat bangsal barang
dagangan.
Ramai
rakyat tidak bersetuju namun kuasa ditangan raja. Akhirnya kerja
mengalihkan batu bersurat yang berpuluh bongkah itu dilaksana dan
diselesaikan.
Sesuatu
yang tidak diduga berlaku. Sewaktu kerja pengalihan batu-batu
bersurat itu, sebuah batu lagi dijumpai tertanam. Batu itu mengatakan
satu perihal peraturan negara yang agung. Ia mengatakan jika raja
berbuat salah, ia boleh dihakimi. Perkhabaran ini dimaklumkan pada
raja. Raja termenung dan mendiamkan diri.
Bijak
pandai dikalangan rakyat telah mengetahui hal ini dan ingin mengambil
tindakan terhadap raja kerana tindakan raja mengalihkan batu bersurat
itu mencemari warisan kerana dibatu bersurat itulah ditulis rukun
tertib negara yang ditulis oleh nenek moyang raja itu sendiri dan
boleh menyebabkannya musnah.
Setelah
berbagai halangan ditempuhi oleh bijak pandai dikalangan rakyat
jelata untuk menghakimi sang raja, maka tiba lah hari yang ditunggu.
Dakwaan yang dibuat ialah sang raja dengan sengaja mengarah dan
mengalihkan batu bersurat ke suatu tempat yang boleh
mengakibatkannya musnah.Pada ketika sang raja hendak berangkat ke
dewan hakim, raja tiba-tiba jatuh sakit. Rakyat jelata tertanya-tanya
apa penyakit yang tiba-tiba menimpa raja. Nujum istana mengatakan
penyakit itu berasal dari negeri atas angin, namanya 'alzhemeir'.
Rakyat jelata hairan, tidak pernah didengar nama penyakit itu.
Namun
penghakiman tetap dijalankan. Bila soalan diajukan pada raja, raja
terdiam dan riak mukanya seolah cuba mengingat sesuatu. Di cuba juga
untuk ingat tapi akhirnya raja menjawab 'beta lupa peristiwa mengalih
batu bersurat itu'.
Ditanya
lagi, berapa bongkah batu bersurat yang diperintah raja untuk
dialihkan. Jawab raja 'beta lupa'. Ditanya lagi dengan siapa
perbincangan dibuat untuk mengalih batu bersurat itu. Jawab raja
'beta lupa'. Begitulah seterusnya, tiap kali soalan, jawapannya,
'beta lupa'.
Oleh
kerana itu, tiadalah hukuman dikenakan kerana raja sudah jatuh sakit,
sakit lupa. Ironinya, bertahun sebelum itu, raja pernah menulis
sebuah syair berjodol 'Rakyat ku mudah lupa'. Kini, raja pula yang
jadi pelupa.
Tidak
lama selepas raja turun takhta kerana penyakit lupanya itu, raja
sudah mula menulis syair. Ada juga dikalangan rakyat ingin tahu apa
kah syair yang ditulis raja. Tajuk syairnya itu 'dukun didalam
rumah'. Peliknya syair itu mengisahkan cerita-cerita dan pengalaman
raja yang berdekad lamanya. Rakyat tertanya-tanya, apakah raja telah
pulih dari penyakitnya?
No comments:
Post a Comment