Siri 3 : Penghulu
Raja Rimba
Satu
kisah benar terjadi dinegeri gajah putih. Seekor monyet
tunggal tiba-tiba ternampak dua ekor anak harimau sedang bergurau.
Lama si monyet ini memerhatikan anak harimau hingga dia berasa teruja
untuk turut sama bergurau. Namun apa kan daya, si monyet sedar, dia
hanyalah monyet yang mungkin jadi bahan terkaman anak harimau itu. Si
monyet sedar, walaupun anak harimau itu masih menyusu, tapi kalau dia
diterkam, buruk padahnya.
Namun
hatinya bergelojak hendak turut bergurau dengan kedua anak harimau
itu. Jadi pada suatu hari, dia menunggu ibu harimau pergi berburu.
Anak harimau itu tinggal berdua, berbaring dibawah pokok. Dengan
berhati-hati si monyet mendekati anak harimau itu dari atas pokok.
Sedang ekor anak rimau itu melibas-libas keatas kebawah, si monyet
merentap ekornya. Anak rimau terkejut dan bingkas bangun. Si monyet
tadi melompat ke dahan yang lebih tinggi, gembira sakan sambil ketawa
terkekek pada anak rimau itu.
Anak
rimau yang berang itu cuba menangkap si monyet itu, tapi hanya di
tertawakan saja oleh monyet yang jauh diatas pokok. Sekali lagi
monyet itu datang waktu anak rimau itu sedang leka, kali ini dia
dapat memial telinga anak rimau. Begitulah seterusnya, si monyet itu
menjadikan kedua anak rimau itu bahan gurauannya. Manakala anak rimau
itu rasa terhibur dengan gelagat monyet itu yang melompat
terkinja-kinja.
Untuk
dijadikan
cerita,begitulah
seterusnya hari kehari jalinan hubungan si monyet tunggal dan kedua
anak rimau itu semakin akrab tanpa diketahui ibu rimau. Setiap kali
ibu rimau itu balik kesarangnya, si monyet akan menyorok
dicelah-celah dahan pokok yang tinggi sambil memerhati dua-dua
kawannya itu dari jauh.
Ibu
rimau hairan mengapa tiap kali pulang berburu, kedua anaknya
tercungap-cungap keletihan dan mereka begitu banyak menyusu. Dilihat
sekeliling tiada apa yang aneh. Fikirnya anaknya itu kuat bergurau.
Pada
suatu hari, ibu harimau membawa mangsa tangkapan untuk dijadikan
habuan anak-anaknya. Sudah tiba masanya bagi anak-anak rimau makan
daging berdarah. Alangkah terkejutnya anak rimau itu , rupa-rupanya
seekor monyet mati dibawa oleh ibunya. Dari kejauhan anak rimau itu
menjenguk monyet diatas pokok sana tanda simpati. Si monyet, dengan
muka hiba, hanya mampu menjengahkan kedua-dua bahunya seolah
memberitahu, apakan daya, itulah nasib kami.
Kedua
anak rimau memberitahu ibunya mereka tidak mahu menjamah monyet itu.
Ibu rimau hairan sambil menegaskan sudah tiba masanya mereka makan
daging, lagi pun monyet ini memang patut dibunuh kerana ia haiwan
yang jahat dan suka buat kacau.
Kedua
anak rimau itu menggelengkan kepala sambil berundur dari bangkai
monyet itu.Kedua-duanya membawa diri kepangkal pokok sambil
berpelukan seolah menangisi kematian monyet itu. Hari itu berlalu
dengan kesedihan.
Hari
silih berganti, anak rimau semakin besar remaja. Kepala si monyet
kini hanya sebesar telapak kaki anak rimau. Sesekali si monyet naik
menunggang ditengkuk rimau itu. Kedua-dua rimau itu suka bila monyet
menunggang mereka sebab monyet tolong membersihkan kutu dibadan
mereka.Ibu rimau sudah tidak mengambil peduli dengan kehadhiran
monyet itu. Elok juga ada monyet ini, tak perlu lah dia nak melayan
anak remajanya itu bergurau.
Cerita
monyet berkawan dengan rimau telah tersebar ke pelosok belantara. Ada
yang percaya ada yang tidak. Pada suatu hari harimau mengajak monyet
berjalan-jalan sekitar belantara itu. Katanya, monyet yang tahu
jalan-jalan dalam hutan itu, jadi lebih baik monyet ikut serta dan
menunjukkan arah. Monyet pun bersetuju, jadi keesokan harinya,
kedua-dua rimau remaja itu keluarlah bersama monyet yang menunggang
diatas tengkuk mereka. Bergilir-gilir anak rimau itu membawa si
monyet yang menunjuk jalan.
Sepanjang
perjalanan itu, terpegunlah segala mergastua di belantara itu. Beruk,
ungka, rusa, tenuk, unggas, beruang, kijang, harimau akar, musang,
ular sawa kehairanan melihat si monyet nenunggang harimau. Semua
terpegun dan terdiam. Benarlah cerita yang mereka dengar selama ini.
Sambil
menunggang, si monyet memakan buahan yang di capainya sekitar hutan
itu. Sambil itu juga dia menuding-nuding kan jarinya menunjukkan arah
pada kedua rimau itu. Dia memberitahu si rimau tentang nama flora
dan fauna di rimba itu.
Semakin
hairanlah segala mergastua di rimba belantara itu. Mana mungkin
seekor monyet menunggang harimau, si raja rimba yang garang itu.
Lagaknya umpama raja menunggang gajah. Sibuklah penghuni rimba
memperkatakan peristiwa itu.
Kini
si ,monyet itu dihormati diseluruh pelosok riimba, apakan tidak,
bagaimana seekor monyet yang selama ini menjadi bahaman harimau,
tiba-tiba boleh menunggang si raja hutan.
Kini,
si monyet tunggal itu disanjung. Ramailah yang datang padanya membawa
segala macam buah dan makanan. Dahulu tiada siapa mempedulikannya
kini dia telah diangkat dan digelar Penghulu Raja Rimba.
No comments:
Post a Comment