13 April 2010

Komen dan Jawapan : Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera oleh A Kadir Jasin

Written by: Motro

Bila pelabuhan Melaka dan istana Sultan telah jatuh ketangan kuasa asing, secara teknikalnya Melaka telah dijajah.

Apabila Sultan Melaka telah hilang kuasa keatas sebahagian tanahnya kepada kuasa asing, lebih-lebih lagi pelabuhan yang menjadi sumber ekonominya, bermakna Sultan Melaka tidak lagi berkuasa secara total keatas tanah Melaka.

Ketika itu Sultan Melaka hidup dalam buangan, baginda tidak mempunyai kuasa di pusat pemerintahannya, dan jika ada utusan asing datang ke istana Melaka mencari Sultan Melaka, memang sia-sia saja.

Ini sebagai menjawab tulisan A Kadir Jasin (AKJ) yang seolah cuba lari dari realiti.


“Hanya pelabuhan Melaka dan sekitarnya saja yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu terus wujud sebagai pemerintahan berdaulat.”

(The Scribe A Kadir Jasin Sunday, April 11, 2010, http://kadirjasin.blogspot.com/ )



Apakah maknanya “berdaulat” bila kuasa dan hasil mahsul negeri tidak lagi milik Sultan.

Apakah maknanya bila setiap negeri Tanah Melayu ada Residen Inggeris dan konco-konconya yang menguruskan pentadbiran harian, (day to day administration).

Sultan dan pembesar Melayu hanya berkuasa keatas soal ugama dan adat istiadat yang jelas tiada kepentingan ekonomi. Segala cukai dan pendapatan negeri terus masuk kedalam pentadbiran Residen.

Bukan kah itu maknanya “penjajahan”, atau mungkin AKJ ada definasi tersendiri fasal penjajahan.

AKJ harus mengajak orang Melayu hidup dalam kebenaran bukan penafian. Tun Mahathir (TDM) sendiri, selama memerintah 22 tahun, entah berpuluh kali malah ratusan kali mungkin, mengingat kan orang Melayu itu pernah dijajah beratus tahun.


”Istilah penjajahan adalah diayah Barat. Tetapi ia berkesan ke atas minda orang Melayu. Sampai hari ini pun, ramai orang Melayu, akibat tidak celik sejarah dan kompleks rendah diri, percaya Tanah Melayu dijajah.”

Sambung AKJ dalam blognya.


Perlembagan dengan jelas mempertahankan hak keistimewaan Raja Raja Melayu dan orang Melayu dan bumiputera. Bahasa, adat resam dan ugama juga telah termasuk. Tak ada apa yang perlu dirisaukan . Tidakkah AKJ dan orang Melayu amnya, dapat melihat perkara yang perlu dirisaukan ialah bukan nya survival orang Melayu ditanah Malaysia ini, atau nak lebih lebih “sedap” didengar, di Tanah Melayu ini, tetapi survival Melayu dikalangan bangsa-bangsa lain di dunia.

Secara jujur, orang Melayu untuk menyerlah sebagai satu unit atau organisasi amatlah sukar. Tetapi secara individu, boleh. Orang Melayu untuk menyerlah diatas kebolehan dan kapasiti individu memang boleh dan Malaysia pula tak boleh menyerlah hanya semata-mata atas kapasiti oang Melayu yang dibaluti dengan hak istimewanya.


Kontrak sosial, 13 May, DEB mahupun MEB yang terbaru ini, tidak lagi boleh dijaja untuk meneruskan polisi polisi perlindungan dan “affirmative action”. Apa yang diperlukan Melayu bukan perlindungan tetapi kesedaran dan motivasi yang betul.

Seorang kenalan saya yang terlibat dalam NGO seringkali pergi kekampung Melayu untuk program kemasyarakatan. Beliau bercerita pernah pergi kesatu penempatan Melayu yang amat menyedihkan di Pahang. Sedih kerana, penduduk kampung tersebut menerima bantuan yang banyak dari agensi kerajaan dan GLC. Rumah, tanah, infra tapi bila NGO ini sampai kesana mereka meminta-minta apa lagi bantuan yang belum disalurkan.

Tanah yang diberi tidak dikerjakan,dibiarkan sampah berlonggok dan infra yang ada tidak dijaga dengan baik. Masing-masing bertelagah sesama sendiri. Ahli politiknya pula hanya sibuk melihat kesempatan mana yang boleh diambil.


Lain pula ceritanya bila kenalan saya itu pergi kesebuah perkampungan Melayu di Johor, mungkin kerana susur keturunan yang berlainan, sikap dan penerimaan mereka sungguh berlainan. Mereka lebih pragmatik.


Seorang kenalan Cina saya beritahu, perbezaan antara peniaga Melayu dan Cina ialah, orang Melayu mencari jalan untuk mendapatkan kontrak dari kerajaan yang cuma menghabiskan duit kerajaan. Tetapi peniaga Cina mencari peluang baru untuk menambahkan kekayaan dan memberi pulangan pada kerajaan secara tak langsung.


Namun, kebanyakan peniaga Melayu yang nak menghabiskan duit simpanan kerajaan itu bukannya orang lain, mereka adalah orang-orang dalam lingkungan dan kitaran orang orang kerajaan dan politik pemerintah juga. Mereka ini mempunyai motivasi yang berlainan. Objektif mereka untuk mendapat wang secara mudah dan banyak.


Berbalik pada soal utama, jika orang Melayu hanya berfikir tentang kepentingan mereka di Tanah Melayu ini, mereka akan semakin tersepit dan terancam. Perkara yang lebih besar lagi kena fikir, kena fikirkan bagaimana Malaysia boleh “survive”, penglibatan Melayu dalam industri teras ekonomi. Bukan hanya bergantung dengan kontrak kerajaan saja. Bila masuk kepasaran terbuka global, istilah kontrak kerajaan sudah jadi istilah asing.

Tahun 70’an, ekonomi kita setara dengan Singapura. Taiwan dan Korea ketika itu, jika tak sama pun, bawah setakuk dari Malaysia, lebih tak mungkin.

Sekarang?? Berapa pendapata per kapita mereka. Berkali ganda dari kita.


Tapi yang peliknya, ada kalangan pemimpin politik, selalu membandingkan keadaan kehidupan kita dengan negara negara Afrika, yang banyak perang, pelarian, kebuluran. Rakyat pula diajak berterimakasih kerana kerajaan sekarang ini dapat mengelakkan musibah itu semua. Hey!!!.....mengapa nak bezakan negara kita dengan negara Afrika yang tak maju. Bila pula negara Afrika jadi “benchmark” kita. Kalau macam itu sampai bila pun tak maju.

Yang sedihnya, ada segelintir “hardcore” parti pemerintah yang kata negara kita ini dah cukup bagus kerana tiada kes kebuluran. Bagi Malaysia yang nak jadi negara maju lagi 10 tahun, isu kebuluran bukan lagi jadi perbandingan !!, tapi kualiti dan kos makanan yang jadi ukuran. Ikut peratusan, satu keluarga di Malaysia berbelanja untuk makanan lebih tinggi dari negara maju. Kos belanja makan kita mencecah 30%, manakala negara maju hanya antara 10-15% saja berbanding pendapatan.


Ini yang orang Melayu kena fikir, kena risaukan. Apa gunanya hanya gah di tanah sendiri, tapi ekonomi Malaysia langsung tak signifikan. Penguasaan ekonomi tak signifikan, siapa yang nak pandang. Siapa yang nak dengar cakap kita. Dulu Portugis, Belanda berlumba-lumba nak kan Melaka sebab Melaka menguasai sumber ekonomi terkaya di dunia. Tak ada sebab lain.


Dan bagi mereka yang tak celik sejarah (meminjam kata AKJ), pada peringkat awal, sebenarnya yang mentadbir Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris ialah British East India Company. Residen British dibayar gaji oleh mereka untuk menjaga kepentingan perniagaan mereka dan urusan PR dengan Sultan dan pembesar Melayu. Empayar British di England mendapat hak jajahan dan keuntungan dari cukai dan imbuhan. Begitu juga dengan Belanda dan Portugis. Biasa tak nampak batu bertulis di A’Famosa yang tertulis “VOC” (Verenigde Oostindische Compagnie )Itu ialah singkatan kepada Syarikat Hindia Timur Bersatu, lebih dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda. Modus operandi mereka sama saja dengan BEIC.


Atas kepentingan politik, orang Melayu telah dimanja dan didodoikan sejak puluhan tahun dulu. Atas kepentingan politik iu lah yang melemah jati diri Melayu. Betul, memang ramai jadi professional, ramai yang berjaya. Anak nelayan dan petani miskin jadi doktor, jurutera. Kejayaan sebegitu lah yang dilaungkan dan diperbesarkan sebagai kejayaan DEB. Dua puluh tahun dulu,laungan sebegitu memang relevan, tapi tidak lagi sekarang, keutamaannya sudah berubah. DEB atau apa jua jelmaan barunya itu sendiri yang sudah tak relevan.

Kejayaan individu memang terserlah, tetapi sebagai organisasi atau rumpun ia memerlukan lebih dari kejayaan individu.

Secara dasarnya apa yang disimpulkan oleh AKJ dalam pembentangannya itu memang sering disebut umum dan cuma tertinggal seruan supaya orang Melayu berfikir besar, dan diluar kotak . Jangan hanya fikir fasal hak istimewa yang menentang arus alam itu. “Think big ,think outside the box and think outside your world”


http://rainwonder.blogspot.com

04 January 2010

Have you forgotten what Allah have warned you?

Written by Motro

Apakah kamu telah lupa amaran Allah?

Ingatlah….

Sudah lupa kah kamu wahai orang Melayu, beberapa purnama dulu kamu sekelian menginjak-injak lambang ugama jiran-jiran kamu. Kamu berarak sekeliling kota menunjukan kesombongan kamu. Kamu berkumpul dan berteriak menghina dan meludah kepala haiwan yang tak berdosa.

Nah sekarang, amaran tuhan yang telah kamu pinggirkan menerkam dari segala sudut. Tuhan sedang memerhatikan kita yang terkinja-kinja melenting bila nama Allah boleh di miliki oleh orang lain. Umat Melayu di Malaysia, risau akan disalahgunakan nama Allah itu oleh golongan yang lain. Namun mereka itu bukan orang lain tetapi jiran-jiran mereka juga, sahabat handai mereka juga, rakan taulan mereka juga,mungkin saudara sedarah mereka juga.

Apakah sekarang mereka sedar perasaan jiran,sahabat mereka dahulu yang pernah diperlekehkan oleh segerombolan manusia Melayu songsang yang sanggup memijak kepala haiwan yang tak bernyawa. Walaupun setakat ini belum lagi ada berbuat begitu terhadap nama Allah, belum lagi yang menghina nama Allah, belum lagi ada yang menginjak-injak kan nama Allah, tetapi umat Melayu melenting bagai monyet di cucuh puntung rokok.

Dalam kitab yang kamu sanjungi, Al Quran, jelas dan nyata melarang kamu menghina tuhan orang lain. Telah juga disebut dalam Al Quran apa yang bakal kamu terima jika kamu berbuat demikian, namun atas kebodohan, kesombongan dan kedegilan segerombolan manusia Melayu, bahana nya diterima oleh seluruh umat Islam. Sekarang , nah!.... balasan tuhan itu dihadapan kamu semua. Angkara secubit Melayu yang buta hati pada Quran, sekawah Melayu yang merasa hangatnya.

Baliklah lah kamu kepangkal, buka lah Al-Quran, jika amaran dan balasannya telah tertera jelas di dalamnya, cari lah penawarnya, cari lah antidotnya didalam kitab Allah itu. Jangan lah lagi kamu bertekak menyalahkan orang lain, lihat kedalam diri kamu, carilah didalam hati kamu, perincikan lah isi Al Quran itu agar terungkai kekusutan ini.

Orang Melayu di Malaysia penuh dengan bijak pandai ugamanya, politiknya, hujahnya. Janganlah pula kamu mencari dan menjurangkan lagi perbezaan yang ada diantara fahaman ugama. Janganlah lagi dicari kurangnya i’tikad ugama lain, janganlah lagi dicari silapnya ugama lain kerana bukan itu caranya menegakkan yang hak, bukan itu caranya berdakwah. Jika itu juga yang dibuat, ingatlah pesan Allah tentang ugama mu urusan mu, ugama mereka urusan mereka.

Realitinya….
Isu perkataan Allah kini seperti dipermainkan oleh satu pihak. Ucapan-ucapan provokasi sengaja di siarkan supaya jadi hangat. Media kerajaan sedang memainkan isu sensitif secara tak bertanggungjawab. Ada orang cuba menangguk di air keruh. Pemimpin Melayu UMNO sudah mengarahkan pencacai mereka mencanang-canang kan isu ini. Media suruhan sudah mula memalukan gendang perang saraf.

Apakah kerajaan tidak dapat melihat isu itu boleh didebatkan secara harmoni, intelektual dan akademik. Apa kah pihak TV kerajaan terlalu terdesak mengambil hujah dan pandangan yang bersifat emosi. Nampak gayanya ada orang yang nampak dia boleh dapat keuntungan dalam hal ini. Keuntungan politik. Perkara ini dilihat dan diputar-putarkan dalam konteks Melayu-Islam saja.

Jeyovah,Yahoo,Yahweh… apakah Itu. Perkataan itu merujuk kepada Siapa? Tak salah kalau ada Muslim mengatakan “Yahweh” kamu itu ialah “Allah” aku. Sebab mereka percaya, Yahweh itu tuhan Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Yusuf, Nabi Isa.

Kita takut dengan bayang-bayang. Kita takut orang Islam terkeliru kerana penggunaan berganda. Mengapa kita tak fikir kita ada kelebihan sebab orang lain sudah mengakui Tuhan kita adalah tuhan mereka juga. Yang berbeza pada mereka ialah secara teknikal. Bukan kah lebih mudah kita hendak menerangkan Islam pada mereka dalam keadaan mereka mengakui Allah itu tuhan. Mengapa kita fikir kita yang “at lower side”. Tak boleh kah kita fikir kita yang berada di “upper side”. Apa fasal kita pula yang takut tentang isu perkataan “Allah”. Takut terkeliru, terseleweng, penggunaan yang salah.
Cuba kita kunyah-kunyah ini:Selama ini para pendakwah Islam berusaha menyampaikan Allah itu ialah tuhan, sekarang mereka yang bukan Islam beria-ia hendak mengaku yang Allah itu tuhan, kita pula cuba nak halang.
Oleh sebab mereka dah mengaku Allah itu tuhan, bukan kah dengan itu lebih senang kalau hendak memperjelaskan apa maksud Allah itu maha esa.
Ini lah sifat tipikal orang Melayu, orang tak nak, dia nak bagi. Bila orang nak dia pula tak nak bagi.

“Perkataan Allah itu eksklusif untuk orang Islam saja”. Satu komen yang keluar di kaca TV. Saya rasa komen itu memalukan umat Melayu atau umat Islam di Nusantara yang berjumlah ratusan juta ini.
Kawan saya berugama Hindu menyebut “Inshallah” bila saya minta dia jumpa saya esok hari. Saya rasa bangga dan terharu seolah dia dah faham benar apa maksudnya. Dan saya tahu nada yang di sebut bukan menghina. Dia serius.

Kawan saya Cina menyebut “Alhamdulillah”, bila sendawa sesudah makan. Bukan niat berjenaka tapi spontan sebab sudah terikut-ikut mendengar kawan Melayu yang lain menyebutya.

Terhina kah nama Tuhan?

Tidak! sama sekali tidak. Bukan kah dia sudah setapak mengenali Allah dan Islam jika dibandingkan dengan kawan seagama yang tak pernah menyebutnya?

08 March 2009

Twelve years ago Tun Mahathir said.....

Written by: Motro


Saya terpanggil untuk menyentuh isu yang disiar dalam blog “Din Merican: the Malaysian DJ Blogger” dan ditulis oleh BangsaMalaya, 8 March 2009.


“Just imagine what happens if some parts of the Altantuya stories are true and some foreign Governments have proof of it. If Najib is the Prime Minister and in the dealings with those countries, they make it known to him that they have the proof. They also state that unless Malaysia agrees to their terms, the matter would be made public. What would Najib as Prime Minister do?”
http://dinmerican.wordpress.com/2009/03/08/quick-democratic-action-to-save-malaysia-by-bangsamalaysia-received-via-e-mail/

Dua belas tahun dulu TDM menyebut ciri-ciri penting untuk seorang PM Malaysia mestilah seorang yang tidak dapat dicucuk hidung oleh anasir Barat. Untuk itu, saya ingin meminjam ‘blogging format’ TDM, dengan izin.


1. Perkara yang sama pernah disebut TDM semasa huru hara pemecatan Awar Ibrahim. Seluruh MSM dan jentera kerajaan menaburkan dakyah moral DSAI. Propaganda yang mengatakan Malaysia akan ikut telunjuk Barat kalau DSAI jadi PM di canang ke seluruh ceruk rantau. Allahyarham Tun Ghafar Baba juga disalur dengan dakyah songsang itu. Allayarham Tun Ghafar adalah simbol ketulenan UMNO, sebab beliau adalah jambatan antara perjuangan asal UMNO pada zaman pra kemerdekaan dengan UMNO zaman TDM.

2. Prinsip yang seseorang tak bersalah hingga mahkamah mengatakan ya,diketepikan. Lama sebelum itu,isu moral Rahim Tambi Chik dipertahan dengan dengan prinsip tadi, manakala DSAI ‘dihukum’ sebelum hakim menjatuhkan hukum. Jadi dimana konsistensi TDM. Isu kena tunggu mahkamah jatuh hukum dan isu moral bakal PM.


3. Krisis kewangan 97-98 berjaya menyelamatkan reputasi TDM hingga ke hari ini. Jika tidak kerana TDM berani dan ‘extraordinary smart’, justeru kita selamat keluar dari krisis, isu pemecatan DSAI mungkin mencabut kepercayaan orang Melayu pada TDM secara total. TDM telah membuktikan untuk kali kedua, krisis boleh ditukar menjadi ‘opportunity’. Kali pertama masa UMNO berpecah tahun ’87 dulu.

4. Tapi hingga kehari ini, TDM tak banyak menyentuh kualiti yang perlu ada pada bakal PM ke 6. Apakah Tun sudah puas hati dengan profile bakal PM Malaysia itu. Satu dunia tahu, kes Altantuya. Semua orang tahu, kalau tak banyak, sedikit tetap ada campurtangan seseorang sebelum, sewaktu dan selepas kematian Altantuya.


5. Mimpi ngeri TDM tentang PM Malaysia yang dicucuk hidung oleh Barat, sedang dalam pembikinan, namun tiada kerisauan yang ditunjukan atau diserlahkan dalam blog chedet
.cc. Semua orang tahu serangan Tun pada AAB adalah untuk memberi jalan pada Najib jadi PM secepat mungkin.

6. Bakal PM kita seperti disebut blogger diatas, seolahnya ‘fragile’. Dibandingkan dengan dengan isu moral DSAI yang kononnya bakal dicucuk hidung dan menggugat kedaulatan negara jika DSAI jadi PM, tak banyak bezanya dengan Najib. Yang berbeza, DSAI ‘diseret’ ke mahkamah secara terancang, Najib pula gagal dibawa ke mahkamah, juga secara terancang.


7. Dulu Tun sering berhujah menggunakan fakta sejarah, sesuatu yang nostalgik, melentur hati nurani orang Melayu dengan nostalgia. Itulah sesuatu yang dapat melembutkan orang Melayu, atau lebih tepat kelemahan orang Melayu. Selalu sangat nostalgia UMNO, kemerdekaan negara, perjuangan pemimpin negara diulang-ulang dalam perhimpunan besar, atas platform UMNO atau pun kerajaan. Namun kita tahu sejarah juga tak dapat lari dari prinsip sains.

8. Kalau dulu archeologist kata tamadun Inca musnah sebab penyakit, sekarang, penemuan arkeologi terbaru mengatakan bukan. Kalau 50, 60 tahun dulu, Hang Jebat itu ‘the bad guy”, tetapi sekarang tidak lagi. Sejarah Memali telah diinterpretasikan dalam berbagai versi bergantung pada siapa yang menceritakan walaupun sipencerita-pencerita itu berada di tempat kejadian dari mula hingga akhir. Sejarah yang kita faham sekarang tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku.

9. Tun yang pernah menangis mengenangkan nasib orang Melayu, apakah rela melihat Malaysia dan orang Melayu mempunyai PM yang ke 6, juga berbangsa Melayu dan berugama Islam, terpalit dengan persoalan “ya atau tidak dia terlibat”.

10. Ada frasa mat salleh kata “ no is not an option”.

11. Saya yakin para blogger dan pembaca blog amat sedar sekali yang Tun tidak konsisten dalam banyak hal. Apa yang disebut dan dibuat waktu Tun jadi PM dengan sekarang banyak yang kontradik. Mungkin kita boleh bagi pengecualian sebab Tun pernah sebut di 'inquest' VK Linggam banyak perkara yang Tun tak boleh ingat.

12. Namun dalam hal kualiti bakal PM Malaysia, ini adalah perkara teramat serius. Tun telah dinobatkan sebagai ‘statesman’. Untuk masa 10, 20 tahun yang mendatang, Tun tetap akan disanjung oleh kawan dan lawan. Tapi kalau Tun lupa tentang apa kualiti yang Tun kehendaki dari seorang bakal PM Malaysia, mat salleh celup cakap “forget is not an option”.

13. Lantaran itu jika Tun pernah mengaku memang tak pandai memilih Timbalan, apakah Tun puas hati dengan bakal PM ke 6 yang mana Tun adalah strategis dalam perlantikannya.

http://rainwonder.blogspot.com/




28 February 2009

Tony Fernandes, Merit and DEB

Written by: Motro

Kita bukan nak bincang fasal Tony Fernandes dengan LCCT Labu nya tapi dalam blognya dia tulis sesuatu yang saya amat bersetuju dari dulu lagi.

"....Now wouldn't it be great if our GLCs took the same tack when hiring for the top posts? We needn't even have to look beyond our borders: Malaysia has a large and deep enough talent pool to supply a multitude of leadership candidates who can help our GLC’s compete on the world stage. I really cannot agree more with Nazir's call for the review and restructuring of the NEP. It is probably the single most important factor that is preventing Malaysia moving from good to great. I realize the important role it has played in narrowing the economic divide between races. But there is empirical evidence to show that there has been little incremental benefit over the past two decades. It's a 39-year-old machine that is broken, running on empty and which desperately needs to be fixed."
Beberapa tahun lepas saya terfikir mengapa tidak diberi GLG kepada bijak pandai Cina dan India yang lahir dan berwarganegara Malaysia. Kita tahu dan pernah melalui pengalaman disekolah menengah yang pelajar Cina terutamanya, memang lebih banyak yang pandai.
Baru-baru ini saya bertemu seorang pembekal bahan cetak, seorang peniaga Cina. Dia merungut sebab banyak bisness dah hilang. Kebetulan, sehari sebelum itu saya baru saja bagi satu order dengan salesmannya. Saya ingat, salesman itu masih bekerja dengannya, rupanya salesman itu dah buka syarikat sendiri. Tapi saya tak pula bagi tahu fasal order itu.
Kami berbual sedikit fasal iklim ekonomi sekarang, dia bersetuju bila saya kata, potensi ekonomi Malaysia tidak banyak berubah. Kita 'stagnant", tak banyak kemajuan. Tahun 90'an sebelum krisis, kita sama level atau bawah satu takuk saja dengan Taiwan, Korea. Dulu popular dengan label 'Harimau Asia Timur'.Kita pun megahlah sebab kita pun termasuk dalam keluarga 'harimau' tu.
Sepuluh tahun dah berlalu, kita dah jauh tertinggal, sekarang kita tengah bersaing dengan Vietnam pula. Cambodia pun dah mula tunjuk taring susunya pada kita.Eh...apa dah jadi. Tahun 70'an, mak saya pergi shopping di Singapura sebab barang di sana murah.
Tahun 60'an, ramai wanita Hong Kong jadi 'maid' di Filipina. Tapi sekarang berapa ramai Filipino yang yang sanggup buat apa saja untuk jadi 'maid' di Hong Kong. Sudah terbalik.
Kalau kita tak keluarkan otak-otak geliga yang ada di kalangan rakyat Malaysia ini. Kalau kita tidak pedulikan kebijaksanaan Cina/India Malaysia. Kalau kita tetap tak mahu melihat persaingan dikalangan bijak pandai Melayu dengan Cina/India berlaku di bumi Malaysia ini, mungkin anak cucu orang Melayu akan bekerja jadi pekerja kontrak di Indonesia, 20, 30 tahun lagi.
Ramai yang tahu seorang penerima anugerah Maal Hijrah beberapa tahun dulu, seorang guru berbangsa Cina yang dihantar ke sekolah pedalaman di Sabah. Sekolah yang terkenal dengan rekod buruknya dan segala masalahnya. Tapi sebab dengan semangat dan motivasi yang betul, Guru Besar wanita itu, berjaya mengubah imej sekolah itu dan menjadi sekolah contoh di Sabah, walau pernah disergah dengan parang di pejabatnya. Kejayaan yang dicapai guru itu sesuatu yang tak pernah dicapai oleh guru-guru bumiputera sebelumnya. Bukan hanya sekolah tu yang berubah, masyarakat setempat pun berubah mentalitinya.
Hasil yang sebegini lah yang nak kita lihat. Mengapa kita tak beri peluang orang Cina dan India untuk menjadi agen perubahan mentaliti orang Melayu. Guru Besar berbangsa Cina tersebut telah menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat yang bukan sebangsa dengannya.
Moralnya?? siapakah yang dapat munafaatnya?? Guru Besar itu dapat sanjungan, tetapi 'paradigm shift' yang berlaku dikalangan masyarakat setempat akan diwarisi untuk kesekian generasinya.Itu 'priceless"
GLC juga harus disuntik dengan agen perubahan supaya adanya idea, metodologi dan hasil membanggakan. Idris Jala, Bumiputera Sarawak bukan Melayu telah buat sesuatu yang tak berani dibuat oleh CEO Melayu. Hal begini perlu terus berlaku, bukan sepuluh tahun sekali.
Berbulan dulu, hari-hari kita dengar fasal 'Human Capital'. Siang malam, diceruk mana pun habis dijaja fasal human capital,modal insan. Faham ke orang yang yang menjaja human capital tu sedangkan potensi beribu rakyat Malaysia dibiarkan terpendam tak diberi peluang. Mengapa GLC harus diberi pada orang Melayu saja??.
Malaysia tak akan kemana kalau polisi-polisi lapuk DEB dibiar berterusan, kononnya nak menjaga kepentingan orang Melayu, memartabatkan Melayu, 'towering Malays', Melayu Glokal.
"..... oh... kita tak menyekat orang lain untuk maju. Kita tak mengambil hak orang lain."
Kalau tanya dengan Cina, ".... itu dia punya cakap saja...".
Maknanya itu semua retorik saja.
Apa gunanya "towering malays" kalau Malaysia pada realitinya tak kompetitif di arena antarabangsa. Untuk apa memartabatkan Melayu kalau Malaysia bukan negara yang terbilang di mata dunia.
Untuk Malaysia jadi kompetitif, segala kepala otak yang bijak pandai mesti bawa keatas. Kita tahu memang ada ramai Cina , India dan Bumiputera Sabah Sarawak yang lebih kompeten dari CEO GLC Melayu sekarang ini.
Kalau setakat nak menaikkan Melayu saja untuk pegang GLC, akhirnya CEO Melayu itu hanya jadi jaguh kampung, sebab jadi jaguh pun dengan bantuan kerajaan.
Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Mungkin dah hampir seratus orang 'trainee' yang buat praktikal di bawah seliaan saya dibeberapa syarikat yang saya bekerja. Juga beberapa orang graduan yang bekerja dibawah saya. Saya tidak mahu pergi secara terperinci, namun hasil yang dikeluarkan oleh 'non malay trainee/graduate' lebih menyenangkan hati saya.
Saya pernah ditanya mengapa saya bagi lebih perhatian pada Eksekutif Cina itu dari Eksekutif Melayu. Saya cakap mudah saja, Eksekutif Cina itu, setiap soalan yang dia tanya akan disusuli cadangan penyelesaian berbanding Eksekutif Melayu yang hanya bertanya soalan saja tapi tak memikirkan jalan penyelesaian.
Jadi macamana agaknya survival orang Melayu jika dasar peringkat nasional kita masih ada elemen mengongkong, menyekat, pilih kasih. Orang Melayu mesti didedahkan dengan persaingan terbuka. Bukan "persaingan tertutup" yang mana dia bersaing sesama dia saja. Masuk tender dengan 3,4 syarikat. Salah satu mesti sangkut, dia juga yang dapat.
Tony Fernandes, walaupun ada kaitan dengan KJ, namun apa yang ditulisnya jauh sekali dengan apa yang di 'gendong' KJ fasal DEB. Tony sebagai seorang CEO tidak harus kita palitkan dengan isu-isu politiking. Tony seorang ahli perniagaan yang 'genuine.' Air Asia adalah satu 'success story' bertaraf dunia hasil titik peluh beliau dan pasukannya orang Malaysia.
(Namun saya teringin hendak mendengar Tony buat ucapan dalam Bahasa Melayu walaupun dia pernah 'dera' Richard Branson pakai pakaian Melayu siap dengan tengkolok.)

22 February 2009

Who actually orchestrated the 'storm' in PKR.

written by:Motro

Siapa sebenarnya dibelakang keributan politik kini. PKR kini seolah diasak kiri dan kanan.Apa fasal ahli PKR yang jadi sasaran.

Perak jadi kelam kabut berpunca dari DUN PKR. MB Selangor,orang PKR,kena gasak MACC. Foto seksi juga PKR, Bukit Selambau pun PKR. Apa fasal??

Orang PAS dan DAP tak pula jadi sasaran utama walaupun ada.

Ini semua kerja strategis. PAS dan DAP dah berjuang berpuluh tahun dan kesannya pada UMNO/BN tak memeningkan. Pernah bekerjasama dengan S46 dan PBS. Tetap juga BN menang besar dalam PRU. Jadi bagi dia (mereka), PAS/DAP bukan masalah tunjang. Mereka mesti serang sasaran utama.

Sasaran utama strategis ini ialah Anwar Ibrahim. Masuk penjara sudah. OK, reda sekejap, keluar saja penjara, semua orang UMNO/BN huru hara.Serangan peribadi dah buat, tak jadi. Menang besar di Permatang Pauh. BN dengan segala armada dan General turun, satu undi pun tak dapat curi kalau di banding dengan PRU 12 dulu.

Kalau macam itu, serang pula orang-orang dia, sebab yang lain itu tak sekebal Anwar. Bila serang orang PKR, ini akan jadi masalah untuk Anwar.

Bagi strategis,kalau nak jatuhkan lawan, bagi masalah yang berterusan. Tak kiralah caranya bermoral atau tidak. Gentleman atau tidak. Pokok pangkalnya biar dia sibuk dengan masalah. Barulah boleh buat serangan yang dia tak sangka-sangka.

Taktik begini bukan baru dan bukan asing. Tiap minggu kita boleh tengok dalam EPL. Itulah yang dalam kepala tiap pengurus kelab. Sebelum kena 'sack', Scolari kata, dia tak ada orang yang boleh bagi masalah pada pihak lawan.

Peranan PAS dan DAP dalam merampas 4 negeri dari BN dulu memang tak boleh dinafikan, tapi dominasi DSAI dalam mencatur strategi memang nadi utamanya. Bagi strategis, DSAI ialah masalah terbesar. Kurang lebih sepuluh tahun saja kerjasama PAS, DAP dengan PKR, hasilnya drastik sekali. Dan kurang lebih 4 tahun saja DSAI bebas dan 'all out' berkempen, kesannya 'destructive' sekali bagi UMNO/BN.

Drastik dan 'destructive', kombinasi yang paling di geruni.

Bagi mereka PKR dan DSAI benteng yang mesti diruntuhkan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat. Kalau PKR dan DSAI bermasalah, maknanya bermasalah lah Pakatan Rakyat. Taktik yang sama DSAI sendiri buat masa kempen PRU 12, serang pemimpin UMNO, serang DEB, runtuhkan keyakinan rakyat pada UMNO/BN, hasil nya...tak payah disebut lah.

Serangan yang paling bagus ialah duit dan skandal seks. Ini cara paling mudah dan paling efektif selagi ia berlaku diatas muka bumi ini. Jika terjerat sebab dua benda ini, memang susah nak lepas. Rahim Tambi Chik berbelas tahun nak lepas. Isa Samad masih bergelut. Chua Soi Lek saja yang handal, tak sampai 5 tahun isu seks di hotel, terus jadi Timbalan Presiden.

Mungkin ramai yang boleh mengandaikan siapa strategis itu.KJ??...Bukan, bukan...jauh panggang dari api. Akal Oxford nya tak kan sampai kesitu. Dia cuma "master in provocation".

BN memang tak ada isu untuk menghentam PR. Langsung tak ada isu, kalau ada pun isu terpencil. Tapi DSAI dan PR ada bertimbun isu yang nak dijaja pada rakyat.

Mood rakyat sekarang pada PR dalam fasa menaik bukit, sokongan bertambah-tambah. Belum lagi sampai klimaks atau takat tepunya. Masih ada banyak sebab rakyat nak berpihak pada PR. Beribu fakta PR boleh beri pada rakyat mengapa keadaan ekonomi, sosial dan politik kita jadi huru hara.

Sokongan orang Melayu bertambah, sebab orang Melayu suka tunggu dan lihat.Mereka dah tunggu dan lihat keputusan PRU lepas. Signalnya jelas, PR semakin kuat dan popular. Siapa yang tak suka memihak pada yang kuat dan popular. Orang Melayu yang atas pagar atau yang dulu undi BN sebab sentimen tradisi akan masuk menyokong PR.

UMNO/BN pada pandangan rakyat dah memang sinonim dengan politik wang. Sesuatu yang mustahil untuk dikikis dari pemikiran rakyat hatta untuk 15, 20 tahun lagi, melainkan Presiden UMNO itu tiba-tiba turun dari langit dan berwatak macam Nik Aziz.

Serangan-serangan keatas individu PKR akan berterusan sebab mereka melambangkan Anwar Ibrahim, dan jika ada orang PAS dan DAP yang boleh dipalitkan, juga tak terkecuali terutama yang ada 'direct network' dengan Anwar.

Strategis-strategis ini semua ialah orang yang memihak pada Najib, samaada mereka memerlukan Najib atau Najib memerlukan mereka untuk survival. Najib memang bijak orang nya, jika tidak tak kan lah dia bakal jadi PM Mac ini walaupun semua orang UMNO dan perwakilan tahu kes Altantuya dan Razak Baginda bagaikan irama dan lagu dengan Najib.

Namun strategis utamanya ialah musuh nombor satu yang juga bekas bos DSAI sendiri.Wallahualam.

http://rainwonder.blogspot.com

16 December 2008

Bahasa :'asset' dan 'attribute' (teaching math and science in English: another dimension)

Written by:Motro

Jika seseorang boleh menguasai bahasa asing, itu merupakan satu aset baginya sebab ia memberi faedah samada pergaulan, 'self esteem' atau kewangan. Lebih banyak penguasaan bahasanya lebih tinggi asetnya. Namun, jika bahasa yang dikuasai nya itu tidak memberi 'value added' untuk dirinya atau pihak ketiga, seperti majikan, masyarakat atau organisasi yang diwakilinya, kebolehannya itu tidak dianggap asset. 

Contohnya, orang yang boleh berbahasa Mandarin cukup berharga jika dibawa ke China untuk urusan perniagaan tetapi bahasa Mandarin nya tidak membantu di Itali untuk membuat urusan impot kereta Ferrari .

Jika dia menguasai bahasa orang Swahili pula, dia menjadi asset bagi mereka yang pergi bersamanya melawat perkampungan Swahili di Afrika. Tetapi kebolehannya itu tidak langsung bermakna jika dia pergi melancong ke Paris bersama kawan-kawan atau di bawa pergi berkhemah dan memancing di kawasan orang asli Semelai di hutan Pahang.

Jika seorang duta boleh berbahasa Sepanyol,dia adalah calon paling sesuai dihantar kemana-mana negara Amerika Selatan melainkan Brazil. 

Maknanya, dilihat dari satu aspek, bahasa juga adalah komoditi yang berubah-ubah mengikut 'supply and demand'

600 tahun dulu, bahasa Melayu menjadi pertuturan 21 bangsa, manakala ada 84 bahasa digunakan orang yang berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka ketika itu bukanlah kuasa besar, tapi merupakan kuasa serantau yang menguasai lokasi strategik di kedua-dua belah tanah besar Selat Melaka. 
Bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa yang digunakan di Melaka, Johor dan sebahagian Riau. Hingga sekarang daerah seperti Selat Panjang dan beberapa daerah lain di Riau masih menggunakan loghat bahasa yang sama di Malaysia, jika berbeza pun adalah sebab demografi bahasa Indonesianya.
21 bangsa tersebut ialah bangsa dari negara Laut China Selatan, negara Laut Bengal, Lautan Hindi dan bangsa Eropah.

Ada sejarahwan mengatakan pelabuhan Melaka adalah seperti hub pedagang China, ada juga mengatakan pelabuhan Melaka ialah sebagai extension pelabuhan di China untuk rantau ini. 'Anchor tenant' pelabuhan Melaka ialah pedagang China dan mendapat perlindungan Dinasti Ming. Bila Dinasti Ming mengubah polisi dan menghentikan penguasaan armadanya di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi, barulah armada laut Eropah berani tunjuk belang.Tapi pedagang China masih tetap berdagang di Melaka.

Sebelum kita teruskan, cuba kita 're-visit' sejarah Melaka.
Kalau ikut catatan sejarah, ada beberapa tarikh Parameswara membuka Melaka, antara 1399 - 1402, Laksamana Yin Ching dan Laksamana Zheng He (Cheng Ho) singgah di pelabuhan Melaka pada 1403 dan 1409. Betul ke, dalam masa beberapa tahun saja, Parameswara telah memajukan Melaka dari hutan menjadi pelabuhan yang boleh menarik kuasa laut terbesar dalam sejarah dunia untuk singgah? Berapa tahun diperlukan untuk menukar Pulau Lumut jadi West Port? Jadi, Parameswara kah yang membuka Melaka atau dia yang memaju dan men'transformas'ikan sebuah daerah penempatan tepi laut dan menamakan ia sebagai Melaka. 

Perlu diingat, pedagang China memang telah ulang-alik di Selat Melaka lama sebelum Melaka dibuka. Perkataan 'pinang' iaitu buah pinang, dah digunakan di China lebih kurang 1000 tahun dulu. Ini terdapat dalam catatan mereka sebagai perkataan yang dipinjam dari bahasa asing.

(Parameswara, yang berdarah raja dari Palembang, lari ke Semenanjung atas sebab politik dan perang. Tidak mustahil sewaktu di Palembang lagi beliau sudah ada hubungan dengan pedagang China yang mencadang kan pada beliau untuk memajukan daerah yang mempunyai potensi itu.Sepertimana kita tahu, banyak sejarah telah di 're-write' dan mungkin kita kena 're-visit' sejarah kita yang dikarang dan di 'edit' oleh kapitalis dulu yang cuba menyembunyikan sesuatu)

Tak ada siapa mempertikaikan pentingnya bahasa Melayu di zaman Melaka, dikenali Bahasa Melaka dalam sejarah China, tapi situasi sekarang berbeza. Dizaman Melaka, 'demand' nya ialah, siapa nak berdagang, mestilah ada penguasaan bahasa Melayu, jika tidak,mungkin tak buat untung atau minta lain dapatnya lain atau minta satu kodi dapat satu kati atau kena tipu hidup-hidup.

Lama selepas itu, Bahasa Melayu mencapai tahap kesusasteraan yang tinggi, kitab Tajus Salatin dan Bustanus Salatin ialah karya karya awal dalam bahasa Melayu dikarang di Pasai. Juga terdapat banyak kitab-kitab bahasa asing diterjemahkan ke bahasa Melayu dan pusatnya ialah Pasai di Acheh, tempat ramai ilmuwan bermastautin. Disini kita bayangkan, jika sudah ada kerja penterjemahan, nilai kesusteraan Bahasa Melayu itu sudah tinggi,dunia persuratan Melayu itu sudah ada taraf yang dihormati.

Kamus juga sudah ada yang dibuat oleh penterjemah China atas arahan Maharaja China. Sejarawan China kata kamus itu ialah untuk memudahkan pegawai Dinasti Ming berinteraksi dengan utusan dari Melaka. Dibuat hanya untuk kegunaan mereka sebab ditulis dalam tulisan China. Disini ada 2 hal penting untuk iktibar. 
Pertama, menunjukan pengiktirafan terhadap bahasa Melayu oleh dinasti terkuat dunia masa itu.
Kedua, Dinasti Ming sebagai kuasa besar dunia mempunyai polisi luar negara yang amat bertoleransi.('win&win sitution' sudah lama dipraktikan mereka)  

Jadi senarionya, selain orang dari rantau asing, orang Acheh, Bugis atau Jawa dan lain lain suku di rantau ini yang mempunyai bahasa sendiri, mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara. Atas sebab itu juga lah Kerajaan Indonesia mengangkat bahasa Melayu Riau sebagai bahasa Indonesia kerana dominannya bahasa itu di rantau Nusantara.(bukan bahasa Jawa, walaupun gerakan kemerdekaan Indonesia dipelopori di tanah Jawa)

Persoalannya sekarang, bagaimana dan dimana kita hendak meletakan taraf bahasa Melayu itu ? Di posisi apa kita hendak sanjungi nya ?

Bahasa Perancis tidak seluas bahasa Inggeris pemakaiannya, tetapi sesiapa yang boleh berbahasa Perancis, dia dikira 'special' (ooh la la), lebih-lebih lagi oleh kelompok yang meminati nilai estetik Perancis.

Bahasa Sepanyol dan Hispanic, orang akan kaitkan dengan Carlos Santana, Colombia, Pablo Escobar, Fidel Castro, salsa, bolasepak dan lain lain lagi.

Tapi jangan pula tersilap,walaupun nama orang Filipina berbunyi 'Spanish' tapi mereka tak berbahasa Sepanyol. 

Lagu popular Santana "corazon es pinado". Saya tak tahu maknanya hinggalah saya bekerja dengan syarikat Mexico, baru terfikir nak tanya dengan orang-orang Mexico itu apa maknanya.

Seorang darinya , Pedro, nama sebenar dia Juan Bourbon, dengan penuh semangat dan panjang lebar menerangkan pada saya. Dia kata 'corazon' ialah 'heart', sebutannya ialah 'ko-ra-son'.Jadi makna penuh lirik itu ialah 'you are my heart'. Dia kelihatan sungguh bangga bila saya menyebut perkataan itu berulang kali. Faham lah saya, kalau dalam bahasa Melayu, 'kau lah jantung hati ku'  

Tapi 'corazon' itu ada kena mengena dengan 'Corazon Aquino', bekas Presiden Filipina ke? Mungkin! sebab dia perempuan.

Masa Pedro baru sampai Malaysia, sewaktu proses 'acquiring' syarikat selesai, dia dan rakan-rakannya berminat untuk tahu beberapa perkataan Melayu. Dia tanya saya, apa perkataan Melayu untuk 'OK'. Saya tergelak, saya kata sama juga, bahasa Melayu pun 'OK' juga.  
 
Jadi pada hemat saya, salah satu cara untuk bahasa Melayu tertera dalam peta dunia, mesti 'diattachkan' dengan personaliti dan 'attribute' bangsa nya. Samaada bangsa Melayu atau bangsa Malaysia.

Mungkin ada orang kata memanglah bahasa melambangkan bangsa, apa perlu diattach kan. Tidak semestinya!. Australia juga pakai bahasa Inggeris. Jika kita lihat TV orang berbahasa Inggeris berlatarkan kanggaroo dan 'outback', kita tahu itu di Australia.Mereka ialah 'Australian' bukan English atau American.

Orang di Maldives berbahasa Perancis. Kalau kita lihat filem dokumentari berlatarkan pulau di tropika dengan laut biru dan pantai yang cantik, penduduknya pula berkulit hitam dan berbahasa Perancis, kita boleh mengagak itu mungkin di Maldives atau 'kawasan yang sewaktu' dengannya dan tak mungkin di Perancis.

'Muay Thai' atau 'Tomoi' adalah attribute orang Thai. Cukup popular. Ritual buka gelanggangnya cukup menarik. Saya percaya, kalau nak belajar muay thai di Thailand, paling tidak mestilah tahu perkataan asas tomoi dalam bahasa Thai dan untuk tujuan komunikasi.
Rata rata pemastautin 'mat salleh' di Bangkok,boleh berbahasa Thai, sebab keperluan komunikasi.

Lupakan dulu tentang nak jadikan bahasa Melayu itu bahasa ekonomi dan ilmu sejagat. Realitinya belum sampai lagi. Belum ada 'demand' lagi.

Untuk bahasa Melayu jadi bahasa ilmu sejagat masih jauh lagi. Jauhnya ialah sejauh teknologi dan innovasi Jepun dengan kita , sejauh disiplin dan etika kerja Jepun dengan kita, sebab bahasa Jepun menjadi antara bahasa ilmu terpenting didunia kerana tiga attribute tadi, teknologi, inovasi dan etika kerja bangsanya. 

Pada hemat saya , kecemerlangan sesuatu bahasa bukannya boleh di sorong sesuka atas sentimen bangsa dan patriotik. Pertumbuhan bahasa itu mesti secara organik. Kita mesti kenalpasti atas batas apa untuk bahasa itu tumbuh. Usaha untuk mencemerlangkan sesuatau bahasa, tidak akan kekal jika pertumbuhannya tak kukuh atau 'slapstick'.Ia mesti 'organik'.

Mandarin tumbuh sebab komunikasi perdagangan, bahasa Jepun kerana teknologi, innovasi dan etika kerja, Inggeris kerana medium ilmu dan sosio politik antarabangsa, Hispanik kerana dominasi penggunaan serantau yang luas, Amerika Tengah dan Latin. Bahasa Russia, teknologi aero-angkasanya. Begitu juga bahasa Arab, kerana penggunaan serantaunya.

Diruangan ini kita tidak membincangkan tentang nilai estetik dan kesusasteraan. Cuma membincangkan realiti kedudukan bahasa Melayu diarena antarabangsa. Kita jangan jadi 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'

Namun bila disentuh tentang penggunaan serantau, pengamal bahasa Melayu mempunyai kelebihan dirantau ini yang berjumlah hampir 300 juta orang. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia saling dapat berinteraksi dengan baik. Orang Malaysia tidak akan ada halangan bahasa jika melancong atau bekerja kemana ceruk pun di Indonesia dari Acheh hinggalah Sulawesi. Lagipun bahasa Indonesia memang berasal dari bahasa Melayu juga, walaupun ada perbezaan ketara yang kritikal sebab percampuran dialek.Contohnya perkataan Indonesia 'gampang' mempunyai kontras makna yang terlalu berbeza di Malaysia. Orang Indonesia mungkin akan disepak terajang kalau menyebut 'gampang' sembarangan di Malaysia.

Saya pernah menasihati rakan sekerja saya,seorang eksekutif perkapalan dari Jakarta supaya berhati-hati menggunakan perkataan 'gampang' . Dia memang cukup berpengalaman jadi boleh dikatakan masalah kerja yang timbul boleh diatasi dengan mudah. 'Gampang aja itu Pak', lebih kurang begitu lah bunyi nya. 

Biasanya 'gampang' dan lagi satu 'ganteng' (bukan 'gantang'), digunakan di Pulau Jawa, dan diadaptasi ke bahasa Indonesia. Biasanya perkataan Jawa dalam Bahasa Indonesia, agak membataskan orang-orang Malaysia. Tapi itu bukanlah satu halangan yang besar. 

Jika hendak mendapat 'mileage', adakan persefahaman dengan Indonesia untuk mentakrifkan kedua-dua bahasa ialah bahasa Melayu, iaitu, Bahasa Melayu Indonesia dan Bahasa Melayu Malaysia. Tapi mahu kah Indonesia?  

Jadi, kita kena hadapi realiti. Tak perlu hendak mengusahakan sesuatu yang tak 'real' untuk memenuhi permintaaan pihak yang berkepentingan yang ada agenda tertentu, samaada parti politik, pencinta bahasa, pembela bangsa, persatuan dan mana mana kumpulan pendesak.

Langkah kerajaan sekarang, menggunakan bahasa Inggeris untuk matapelajaran tertentu, bukanlah baik untuk perkembanagn bahasa Melayu, tetapi ia baik untuk bangsa kita dan rakyat Malaysia amnya untuk terus progres.
Bahasa Melayu akan dihormati dan menarik minat ramai orang bila orang Malaysia khususnya orang Melayu itu sendiri mencapai sesuatu yang 'extrordinary' untuk dunia.

Usahakan untuk bahasa Melayu itu ada 'niche' tersendiri selain sebagai bahasa rasmi urusan kerajaan jika benar hendak memartabatkan bahasa Melayu antara bahasa global.

Bahasa tak boleh berdiri dengan sendiri, mesti ada tunjangan dari attribute bangsa itu sendiri.

rainwonder@blogspot.com

23 July 2008

Hilang Islam hanyutlah Melayu

by Motro

Non Muslim Malay
Siapakah orang Melayu kalau bukan Islam? Dalam kampung tradisi Melayu, mana mungkin ada Melayu yang tak beragama Islam. Dimanakah kedudukan orang Melayu-bukan-Islam dalam masyarakat jika dia masih tinggal dalam komuniti Melayu. Ok...orang Melayu memang Islam rata rata nya..tapi kita tahu ada orang Melayu yang bukan Islam..

Islam dan Melayu di Malaysia ni dah 'diassimilate' dengan lumat sekali. Orang Melayu tu Islam dan banyak upacara Melayu tu dah diIslamkan, walaupun ada yang khurafat macam mula mula Malaysia ada kapal terbang, ada majlis tepung tawar. Kereta Proton Saga dulu ada tepung tawar tak?
Jadi memang terasa di dimensi lain kalau ada Melayu-bukan-Islam yang mengamalkan adat Melayu...,di Singapura macamana?

Bila membincangkan Melayu dan Islam, bukan hanya di Malaysia dan Singapura saja, tapi menjangkau hingga ke Sumatera, terutama Riau, Palembang, situ lah asal-usulnya umat Melayu.

Bagaimana pula kes murtad di Indonesia dan reaksi masyarakat atau suku yang si murtad itu tinggalkan. Apakah dia masih tetap dengan adat kaum atau sukunya. Indonesia, negara Islam terbesar yang mengamalkan dasar sekular.

Soalannya,apakah yang dah murtad itu mahu terus mengamalkan budaya Melayu, meneruskan adab sopan Melayu..tunduk bila melintas depan orang tua...menegur yang tua dengan sopan...apakah yang murtad tu masih datang majlis berinai saudara mara...apakah dia atau zuriatnya akan bersanding ikut adat melayu bila berkahwin nanti... masih sanggupkah datang majlis kahwin sedara mara dah berpeluk sakan dengan sedara yang dah lama tak jumpa...apa dia masih pakai baju Melayu bersongkok dan pakai baju kurung kalau yang perempuan.

Soal kesopanan memang kekal diamalkan, itu nilai universal..tapi pasal berinai,bersanding ala Melayu, baju melayu tu , tidak sekali. Padahal berinai dan bersanding tu bukan Islam asalnya. Fasal datang kenduri kahwin, jumpa saudara mara, datang berhari raya, apa yang saya saksikan, itu tak jadi masalah.

Orang Cina, selain Taois, menganut Buddha dan Kristian. Namun ketiga-tiganya masih menyambut Gong Xi Fa Chai. Walaupun sambutan Cina Kristian tak "havoc" tapi masih lagi sambut. Makan besar tetap ada. Budaya ang-pau dan mercun bagi Cina Buddha tetap dipertahan. Budaya melihat tarikh untuk upacara seperti kahwin, buka kedai baru atau temujanji penting, sedikit sebanyak masih dipraktikan oleh Cina Buddha dan Kristian. Budaya Cina merentasi ketiga-tiga fahaman ugama itu, kalau tidak banyak, sedikit tetap ada.

'Non Hindu Indian' masih diterima oleh masyarakat India sebagai orang India. Tiada pandangan serong oleh masyarakat India pada mereka yang memeluk Kristian. Masih ada identiti India nya,Micheal Veerapan, contohnya, kombinasi dua nama. Samuel J Dass, pemuzik sitar Malaysia. Seperti di China juga, India Kristian memang telah wujud sejak sekian lama di Goa dan beberapa daerah jajahan Portugis dulu. Begitu juga India Muslim, Empayar Mogul adalah bahagian penting dalam sejarah benua kecil itu.

Apakah orang Melayu anggap orang Melayu murtad sebagai melayu (dari segi perundangan mereka bukan lagi Melayu)...atau mereka sendiri yang membuang identiti melayunya sebab di Malaysia, Islam dan Melayu dah 'homogeneous' . Tak mungkin "non muslim malay" boleh berinteraksi baik dengan orang melayu melainkan dia tu adik beradiknya, itupun ada had nya.

Di Malaysia, Melayu masih belum lagi bersedia untuk menerima non-muslim-malay. Belum bersedia untuk bertoleransi dengan mereka. Tidak seperti kaum Cina, India dan Serani, mereka sedia menerima jika ahli kelurganya berlainan ugama malahan yang Muslim.

Apa sebab sebenarnya. Pertama, apakah orang Melayu terasa dikhianati oleh si murtad?.
Kedua, apakah benar ini soal aqidah, syurga dn neraka?
Ketiga, atau ini memang soal mempertahankan kesucian Islam?
Dan keempat, apakah ia berkaitan 'kesucian' Melayu?

Ini penting sebab ia menentukan atas dorongan apa sebenarnya undang undang murtad digubal. Sentimen bangsa dan politik tak boleh diambil kira dalam menangani isu murtad.

Isu murtad dan hukum hakamnya mesti 'diselak' dengan terperinci dan jelas. Isu murtad ini mempertaruhkan kredibiliti ugama Islam sebagai ugama yang tinggi toleransinya.

Dalam satu temuramah dengan beberapa pelajar bukan Melayu, mereka mengatakan, adalah sesuatu yang 'hampir tidak mungkin' perundangan Malaysia dapat membenarkan seorang yang lahir sebagai Islam untuk menukar ugama.
Ini disebabkan adanya 'political willing' untuk mempertahankan 'status quo' itu.
Soalan yang sama diajukan! 'political willing' itu didorong oleh empat faktor yang mana satu? (seperti yang tertera di perenggan atas)

Masjid Cina, masjid India
Saya tertarik dengan isu nak bina masjid orang Cina. Saya sokong seratus peratus kalau dibina, barulah nampak universalnya Islam itu. Amat sedih bila mendengar alasan Timbalan Menteri di parlimen, menolak pembinaan masjid Cina. Katanya tidak boleh diperbuat perbandingan dengan masjid India yang memang telah wujud sekian lama. Maknanya, masyarakat Cina Muslim akan terus 'di Melayukan' ?
Kenyataan Timbalan Menteri itu sama seperti menimbulkan andaian dikalangan Cina Muslim "oh, kalau dulu lagi dah ada ramai Cina Muslim di Malaysia, tentulah dah ada masjid Cina'
Apakah Timbalan Menteri itu menyalahkan generasi Cina terdahulu tidak memeluk Islam ?

Bangsa dan ugama adalah dua perkara berbeza. Hanya orang Melayu yang berjaya 'melumatkan' kedua-duanya. Adalah tidak adil untuk masyarakat Cina hanya semata-mata komuniti Cina Islam tidak seramai dan setua India Muslim di Malaysia.

Saya berani mengatakan, keputusan ini lebih bersifat politik, kerana kalau hendak dikira munasabah, lebih mudah syiar Islam dikalangan kaum Cina berkembang dengan adanya masjid Cina.
Memanglah Islam itu universal, digalakan bercampur gaul dengan bangsa lain. Namun tidak dapat dinafikan, semangat 'kekitaan' itu tetap wujud. Tak perlu pergi jauh, jika orang Melayu di luar negeri, tentu tempat yang ramai orang Melayu jadi pilihan.

Islam dapat berkembang sihat jika wujud kemesraan. Saya percaya ramai muallaf Cina lebih mesra berbicara tentang ugama dalam bahasa ibunda mereka dalam pertemuan tidak formal dengan rakan sebangsa yang berkongsi idea dan adat yang sama.
Pembinaan Masjid Cina boleh menyemarakan persefahaman antara kaum dengan mengenali budaya Islam dari 'topografi' yang berlainan. Juga boleh dijadikan 'jambatan' untuk mengeratkan lagi budaya dan pemikiran Islam Tanah Besar China dan Malaysia.

Salah satu sebab Malaysia tidak progressif sebab suasana pentadbiran terlalu 'rigid'. Terlalu berhati-hati tak tentu fasal, terlalu 'administrative oriented', terlalu mengawal persaingan, tidak menggalakan penerokaan baru dalam hal sosial. Interaksi dan saingan antara kaum terhad pada bidang-bidang tertentu.

Salah satu idea Islam ialah bebas. Bebas dari fahaman taghut, perhambaan dan pilih kasih. Malaysia mengamalkan dasar bebas beragama, tapi tak bebas 'bermasjid'.

(Kita faham, disesetengah kawasan memang ada penolakan pembinaan surau/masjid oleh penduduk tetap Indonesia di Malaysia. Komuniti mereka hidup berjiran dengan warganegara Malaysia, menggunakan bahasa yang saling difahami , mempunyai adat resam yang terlalu mirip, mazhab yang sama, jadi tidak ada sebab mengapa harus ada masjid khusus untuk mereka. Sebab penolakan itu memang difahami.)

Islam di Malaysia ni bukan hakmilik orang Melayu..apa kata orang di Xin Jiang mengenakan kod pakaian bila sembahyang di masjid nya. Kena ikut pakaian yang dipakai mereka. Mereka orang boleh buat, tapi rasional ke, sama macam kita suruh Cina muallaf meninggalkan pakaian tradisi dia, mesti beridentiti Melayu bila masuk Islam, apa ni..tak faham lah.
Banyak sangat salah tafsiran dalam mengidentitikan Islam di sini. Jauh menyimpang dari falsafah yang Islam itu cara hidup.

Assimilasi Melayu dalam Islam
Balik pada 'assimilation' tadi. Jadi, orang Melayu tu 'nobody' bila 'backdrop' Islamnya hilang. Ini bukan kes murtad, ini orang Islam yang tak kenal Islam. Samaada tak sempat atau tak ada minat nak kenal Islam, yang mana, Islam hanya pada nama.

Seperti disebut diawal tadi, orang Melayu telah berjaya melumatkan, mengassimilasi Islam dan budaya Melayu. Berjaya mengasingkan amalan Melayu yang tak Islamik. Segala amalan, adat, dilihat dari hukum syarak dan feqah. Amalan tradisi Hindu seperti upacara cecah tanah, turun mandi dan mandi bunga juga telah 'diIslamkan' dengan selingan marhaban, berzanji dan bacaan Quran. Akhirnya, segala yang melayu ialah islamik, dah 'homogeneous'.

Sebab itu bila orang Melayu tak ada fundemental ugama, dia memang hanyut sehanyutnya sebab dah tak ada apa nak dipaut. Buang anak, sumbang mahram, bersekedudukan, buat video seks sendiri. Itulah 'drawback' nya jika assimilasi mengambil tempat, hilang satu, hilang semuanya. Tak tahu lagi nak bezakan adab, adat dan hukum.

Ruangan ini tidak membincangkan anasir sama dalam kaum lain.
Orang Melayu dianggap konservatif terhadap adab, adat dan hukum, dan ada yang menghormati orang Melayu kerana bersikap begitu. Bila ada kes-kes seperti diatas, mereka hairan mengapa perkara begitu boleh terjadi dalam masyarakat Melayu.

Tapi ada juga kes, orang yang kuat latarbelakang ugama pun buat benda-benda tadi. Biasa juga dengar kes mahkamah, ustaz mengambil kesempatan pada anak muridnya. Maksudnya, tak kiralah samaada 'ada atau tak ada' latarbelakang ugama, soalnya, sekuat mana dia 'percaya yang dia itu berugama'.
Ada juga orang yang tak kuat latarbelakang ugama, tapi tak buat benda terkutuk itu, sebab jauh di sudut hatinya dia percaya dia ada moral, ada ugama, ada benda yang dia percaya kan.

Jadi, bukanlah soal Melayu itu hilang Islam ?

Ia masih berkenaan Melayu yang hilang Islam atau lebih tepat Melayu yang Islam hanya untuk mengesah perkahwinannya, sambutan hari rayanya, anaknya bersunat dan cukur jambul.
Ironinya, empat perkara ini disambut semeriah yang boleh, sehebat yang mungkin, sebagai 'manifesto' Islamnya.

Fasal ustaz yang kurang akal tadi, ialah manusia yang didesak nafsu jahat. Itu soal kawalan diri.

Soal yang dibincangkan ialah soal Melayu yang amat cetek pemahamannya tentang adat, adab dan hukum. Golongan ini ramai dan semakin bertambah. Bukan salah mereka jadi sebegitu, sebabnya tertulis diakhir ruangan ini. Melayu boleh hilang 'Melayunya' hanya dalam jangkamasa satu dua generasi saja. Buku I'm Muslim oleh Dina Zaman ada ceritanya.

Orang Cina masih ada lagi 'life line', adat resam yang ribuan tahun diamalkan. Mahupun kalau terlibat dengan kongsi gelap pun, benda itu memang wujud dalam budaya mereka ratusan tahun dulu. Cara hidup, ideologi dan doktrin kongsi gelap memang wujud dalam masyarakat Cina. Mereka pun ada disiplin tersendiri, sedar dan sedia pada kesan baik-buruknya.

Begitu juga orang India. Akar budaya dia orang masih kuat. Kita perlu mengaku yand dua bangsa ini adalah bangsa yang dominan ribuan tahun dahulu dan adat resam mereka memang kuat mencengkam.
Kalau di buka 'Sejarah Melayu' sendiri pun, kita tahu pengaruh Hindu India dalam budaya dan susur galur nya di alam Melayu.

Orang Melayu kalau hilang pegangan ugamanya, hilang semuanya. Agama dan budaya.

Banyak persoalan yang timbul sebenarnya..apa kita kena menilai mana nilai Islam dan mana nilai Melayu,....kalau kita nak ada pautan akar Melayu yang kuat, macamana nak buat garis pemisah dengan Islam..atau kena assimilate kannya.. seperti dimelayukan orang muallaf tu.

Nanti dulu,belum habis lagi persoalan ini, tak sampai klimaksnya. Orang Melayu ni fragile,lebih lebih lagi yang tak peduli pasal agama.
Asas agama mesti datang dari rumah,bukan diharapkan dari sekolah agama ke,masjid ke,ustaz yang datang seminggu sekali ke rumah ke..itu semua bagus tapi bukan asas.

Tapi macammana kalau mak bapak pun tak arif tentang agama,macamana nak bagi yang asas tu, takkan nak tunggu mak bapak sampai arif, lambatlah.

Komunikasi mak bapak dengan anak bukan lagi atas dasar, 'siapa makan garam dulu',tapi mesti interaktif, maksudnya kesedaran dan kepentingan agama tu mesti datang dari mak bapak.

Tak kisahlah kalau mak bapak tak dapat jawab soalan dari anak,asalkan dia mengaku tak tahu dan akan jawab soalan itu secepat mungkin atau sama-sama tanya dengan ustaz yang datang kerumah seminggu sekali tu atau di majlis agama.

Alhamdulillah, sekarang ini ada golongan yang menjemput ustaz datang kerumah untuk mengajar ugama secara 'in-person' atau berkumpulan. Ada juga yang sanggup mencari guru-guru ugama dan datang seminggu sekali kerumah guru itu, belajar mengaji dan tingkatkan pengetahuan. Malahan, ada yang sanggup ke luar negara untuk mengalami dan meneroka bagaimana 'versatile' nya Islam itu. Pengisian rohani, nampaknya semakin diberi keutamaan bagi masyarakat 'urban'.

Sosiał life?..Fikir sendirilah..nak minumke..telan ke..sex ke..anak dara orang ke..tanggung lah sendiri kalau jadi apa apa..itu dah jelas haram, jangan dibuat..tapi hanya satu jangan lupa...mesti mengaku apa yang salah, memang tetap salah..jangan nafikan dosanya..
Musibahnya amat teruk kalau kita tak nak mengaku salah..
kalau kita cuba menghalal kan yang haram, itu sama dengan mencabar tuhan.Sekali lagi..kalau jadi apa apa..tanggung lah.

Al-Quran telah menyebut dengan jelas, anak-anak itu bak kain putih, ibu bapa lah yang akan mencorakan mereka. Nak jadi putih, hitam, majusi, nasrani, yahudi. Izinkan saya tambah, hindu, seperti beberapa kes yang terjadi di Malaysia.

http://rainwonder.blogspot.com