23 July 2008

Hilang Islam hanyutlah Melayu

by Motro

Non Muslim Malay
Siapakah orang Melayu kalau bukan Islam? Dalam kampung tradisi Melayu, mana mungkin ada Melayu yang tak beragama Islam. Dimanakah kedudukan orang Melayu-bukan-Islam dalam masyarakat jika dia masih tinggal dalam komuniti Melayu. Ok...orang Melayu memang Islam rata rata nya..tapi kita tahu ada orang Melayu yang bukan Islam..

Islam dan Melayu di Malaysia ni dah 'diassimilate' dengan lumat sekali. Orang Melayu tu Islam dan banyak upacara Melayu tu dah diIslamkan, walaupun ada yang khurafat macam mula mula Malaysia ada kapal terbang, ada majlis tepung tawar. Kereta Proton Saga dulu ada tepung tawar tak?
Jadi memang terasa di dimensi lain kalau ada Melayu-bukan-Islam yang mengamalkan adat Melayu...,di Singapura macamana?

Bila membincangkan Melayu dan Islam, bukan hanya di Malaysia dan Singapura saja, tapi menjangkau hingga ke Sumatera, terutama Riau, Palembang, situ lah asal-usulnya umat Melayu.

Bagaimana pula kes murtad di Indonesia dan reaksi masyarakat atau suku yang si murtad itu tinggalkan. Apakah dia masih tetap dengan adat kaum atau sukunya. Indonesia, negara Islam terbesar yang mengamalkan dasar sekular.

Soalannya,apakah yang dah murtad itu mahu terus mengamalkan budaya Melayu, meneruskan adab sopan Melayu..tunduk bila melintas depan orang tua...menegur yang tua dengan sopan...apakah yang murtad tu masih datang majlis berinai saudara mara...apakah dia atau zuriatnya akan bersanding ikut adat melayu bila berkahwin nanti... masih sanggupkah datang majlis kahwin sedara mara dah berpeluk sakan dengan sedara yang dah lama tak jumpa...apa dia masih pakai baju Melayu bersongkok dan pakai baju kurung kalau yang perempuan.

Soal kesopanan memang kekal diamalkan, itu nilai universal..tapi pasal berinai,bersanding ala Melayu, baju melayu tu , tidak sekali. Padahal berinai dan bersanding tu bukan Islam asalnya. Fasal datang kenduri kahwin, jumpa saudara mara, datang berhari raya, apa yang saya saksikan, itu tak jadi masalah.

Orang Cina, selain Taois, menganut Buddha dan Kristian. Namun ketiga-tiganya masih menyambut Gong Xi Fa Chai. Walaupun sambutan Cina Kristian tak "havoc" tapi masih lagi sambut. Makan besar tetap ada. Budaya ang-pau dan mercun bagi Cina Buddha tetap dipertahan. Budaya melihat tarikh untuk upacara seperti kahwin, buka kedai baru atau temujanji penting, sedikit sebanyak masih dipraktikan oleh Cina Buddha dan Kristian. Budaya Cina merentasi ketiga-tiga fahaman ugama itu, kalau tidak banyak, sedikit tetap ada.

'Non Hindu Indian' masih diterima oleh masyarakat India sebagai orang India. Tiada pandangan serong oleh masyarakat India pada mereka yang memeluk Kristian. Masih ada identiti India nya,Micheal Veerapan, contohnya, kombinasi dua nama. Samuel J Dass, pemuzik sitar Malaysia. Seperti di China juga, India Kristian memang telah wujud sejak sekian lama di Goa dan beberapa daerah jajahan Portugis dulu. Begitu juga India Muslim, Empayar Mogul adalah bahagian penting dalam sejarah benua kecil itu.

Apakah orang Melayu anggap orang Melayu murtad sebagai melayu (dari segi perundangan mereka bukan lagi Melayu)...atau mereka sendiri yang membuang identiti melayunya sebab di Malaysia, Islam dan Melayu dah 'homogeneous' . Tak mungkin "non muslim malay" boleh berinteraksi baik dengan orang melayu melainkan dia tu adik beradiknya, itupun ada had nya.

Di Malaysia, Melayu masih belum lagi bersedia untuk menerima non-muslim-malay. Belum bersedia untuk bertoleransi dengan mereka. Tidak seperti kaum Cina, India dan Serani, mereka sedia menerima jika ahli kelurganya berlainan ugama malahan yang Muslim.

Apa sebab sebenarnya. Pertama, apakah orang Melayu terasa dikhianati oleh si murtad?.
Kedua, apakah benar ini soal aqidah, syurga dn neraka?
Ketiga, atau ini memang soal mempertahankan kesucian Islam?
Dan keempat, apakah ia berkaitan 'kesucian' Melayu?

Ini penting sebab ia menentukan atas dorongan apa sebenarnya undang undang murtad digubal. Sentimen bangsa dan politik tak boleh diambil kira dalam menangani isu murtad.

Isu murtad dan hukum hakamnya mesti 'diselak' dengan terperinci dan jelas. Isu murtad ini mempertaruhkan kredibiliti ugama Islam sebagai ugama yang tinggi toleransinya.

Dalam satu temuramah dengan beberapa pelajar bukan Melayu, mereka mengatakan, adalah sesuatu yang 'hampir tidak mungkin' perundangan Malaysia dapat membenarkan seorang yang lahir sebagai Islam untuk menukar ugama.
Ini disebabkan adanya 'political willing' untuk mempertahankan 'status quo' itu.
Soalan yang sama diajukan! 'political willing' itu didorong oleh empat faktor yang mana satu? (seperti yang tertera di perenggan atas)

Masjid Cina, masjid India
Saya tertarik dengan isu nak bina masjid orang Cina. Saya sokong seratus peratus kalau dibina, barulah nampak universalnya Islam itu. Amat sedih bila mendengar alasan Timbalan Menteri di parlimen, menolak pembinaan masjid Cina. Katanya tidak boleh diperbuat perbandingan dengan masjid India yang memang telah wujud sekian lama. Maknanya, masyarakat Cina Muslim akan terus 'di Melayukan' ?
Kenyataan Timbalan Menteri itu sama seperti menimbulkan andaian dikalangan Cina Muslim "oh, kalau dulu lagi dah ada ramai Cina Muslim di Malaysia, tentulah dah ada masjid Cina'
Apakah Timbalan Menteri itu menyalahkan generasi Cina terdahulu tidak memeluk Islam ?

Bangsa dan ugama adalah dua perkara berbeza. Hanya orang Melayu yang berjaya 'melumatkan' kedua-duanya. Adalah tidak adil untuk masyarakat Cina hanya semata-mata komuniti Cina Islam tidak seramai dan setua India Muslim di Malaysia.

Saya berani mengatakan, keputusan ini lebih bersifat politik, kerana kalau hendak dikira munasabah, lebih mudah syiar Islam dikalangan kaum Cina berkembang dengan adanya masjid Cina.
Memanglah Islam itu universal, digalakan bercampur gaul dengan bangsa lain. Namun tidak dapat dinafikan, semangat 'kekitaan' itu tetap wujud. Tak perlu pergi jauh, jika orang Melayu di luar negeri, tentu tempat yang ramai orang Melayu jadi pilihan.

Islam dapat berkembang sihat jika wujud kemesraan. Saya percaya ramai muallaf Cina lebih mesra berbicara tentang ugama dalam bahasa ibunda mereka dalam pertemuan tidak formal dengan rakan sebangsa yang berkongsi idea dan adat yang sama.
Pembinaan Masjid Cina boleh menyemarakan persefahaman antara kaum dengan mengenali budaya Islam dari 'topografi' yang berlainan. Juga boleh dijadikan 'jambatan' untuk mengeratkan lagi budaya dan pemikiran Islam Tanah Besar China dan Malaysia.

Salah satu sebab Malaysia tidak progressif sebab suasana pentadbiran terlalu 'rigid'. Terlalu berhati-hati tak tentu fasal, terlalu 'administrative oriented', terlalu mengawal persaingan, tidak menggalakan penerokaan baru dalam hal sosial. Interaksi dan saingan antara kaum terhad pada bidang-bidang tertentu.

Salah satu idea Islam ialah bebas. Bebas dari fahaman taghut, perhambaan dan pilih kasih. Malaysia mengamalkan dasar bebas beragama, tapi tak bebas 'bermasjid'.

(Kita faham, disesetengah kawasan memang ada penolakan pembinaan surau/masjid oleh penduduk tetap Indonesia di Malaysia. Komuniti mereka hidup berjiran dengan warganegara Malaysia, menggunakan bahasa yang saling difahami , mempunyai adat resam yang terlalu mirip, mazhab yang sama, jadi tidak ada sebab mengapa harus ada masjid khusus untuk mereka. Sebab penolakan itu memang difahami.)

Islam di Malaysia ni bukan hakmilik orang Melayu..apa kata orang di Xin Jiang mengenakan kod pakaian bila sembahyang di masjid nya. Kena ikut pakaian yang dipakai mereka. Mereka orang boleh buat, tapi rasional ke, sama macam kita suruh Cina muallaf meninggalkan pakaian tradisi dia, mesti beridentiti Melayu bila masuk Islam, apa ni..tak faham lah.
Banyak sangat salah tafsiran dalam mengidentitikan Islam di sini. Jauh menyimpang dari falsafah yang Islam itu cara hidup.

Assimilasi Melayu dalam Islam
Balik pada 'assimilation' tadi. Jadi, orang Melayu tu 'nobody' bila 'backdrop' Islamnya hilang. Ini bukan kes murtad, ini orang Islam yang tak kenal Islam. Samaada tak sempat atau tak ada minat nak kenal Islam, yang mana, Islam hanya pada nama.

Seperti disebut diawal tadi, orang Melayu telah berjaya melumatkan, mengassimilasi Islam dan budaya Melayu. Berjaya mengasingkan amalan Melayu yang tak Islamik. Segala amalan, adat, dilihat dari hukum syarak dan feqah. Amalan tradisi Hindu seperti upacara cecah tanah, turun mandi dan mandi bunga juga telah 'diIslamkan' dengan selingan marhaban, berzanji dan bacaan Quran. Akhirnya, segala yang melayu ialah islamik, dah 'homogeneous'.

Sebab itu bila orang Melayu tak ada fundemental ugama, dia memang hanyut sehanyutnya sebab dah tak ada apa nak dipaut. Buang anak, sumbang mahram, bersekedudukan, buat video seks sendiri. Itulah 'drawback' nya jika assimilasi mengambil tempat, hilang satu, hilang semuanya. Tak tahu lagi nak bezakan adab, adat dan hukum.

Ruangan ini tidak membincangkan anasir sama dalam kaum lain.
Orang Melayu dianggap konservatif terhadap adab, adat dan hukum, dan ada yang menghormati orang Melayu kerana bersikap begitu. Bila ada kes-kes seperti diatas, mereka hairan mengapa perkara begitu boleh terjadi dalam masyarakat Melayu.

Tapi ada juga kes, orang yang kuat latarbelakang ugama pun buat benda-benda tadi. Biasa juga dengar kes mahkamah, ustaz mengambil kesempatan pada anak muridnya. Maksudnya, tak kiralah samaada 'ada atau tak ada' latarbelakang ugama, soalnya, sekuat mana dia 'percaya yang dia itu berugama'.
Ada juga orang yang tak kuat latarbelakang ugama, tapi tak buat benda terkutuk itu, sebab jauh di sudut hatinya dia percaya dia ada moral, ada ugama, ada benda yang dia percaya kan.

Jadi, bukanlah soal Melayu itu hilang Islam ?

Ia masih berkenaan Melayu yang hilang Islam atau lebih tepat Melayu yang Islam hanya untuk mengesah perkahwinannya, sambutan hari rayanya, anaknya bersunat dan cukur jambul.
Ironinya, empat perkara ini disambut semeriah yang boleh, sehebat yang mungkin, sebagai 'manifesto' Islamnya.

Fasal ustaz yang kurang akal tadi, ialah manusia yang didesak nafsu jahat. Itu soal kawalan diri.

Soal yang dibincangkan ialah soal Melayu yang amat cetek pemahamannya tentang adat, adab dan hukum. Golongan ini ramai dan semakin bertambah. Bukan salah mereka jadi sebegitu, sebabnya tertulis diakhir ruangan ini. Melayu boleh hilang 'Melayunya' hanya dalam jangkamasa satu dua generasi saja. Buku I'm Muslim oleh Dina Zaman ada ceritanya.

Orang Cina masih ada lagi 'life line', adat resam yang ribuan tahun diamalkan. Mahupun kalau terlibat dengan kongsi gelap pun, benda itu memang wujud dalam budaya mereka ratusan tahun dulu. Cara hidup, ideologi dan doktrin kongsi gelap memang wujud dalam masyarakat Cina. Mereka pun ada disiplin tersendiri, sedar dan sedia pada kesan baik-buruknya.

Begitu juga orang India. Akar budaya dia orang masih kuat. Kita perlu mengaku yand dua bangsa ini adalah bangsa yang dominan ribuan tahun dahulu dan adat resam mereka memang kuat mencengkam.
Kalau di buka 'Sejarah Melayu' sendiri pun, kita tahu pengaruh Hindu India dalam budaya dan susur galur nya di alam Melayu.

Orang Melayu kalau hilang pegangan ugamanya, hilang semuanya. Agama dan budaya.

Banyak persoalan yang timbul sebenarnya..apa kita kena menilai mana nilai Islam dan mana nilai Melayu,....kalau kita nak ada pautan akar Melayu yang kuat, macamana nak buat garis pemisah dengan Islam..atau kena assimilate kannya.. seperti dimelayukan orang muallaf tu.

Nanti dulu,belum habis lagi persoalan ini, tak sampai klimaksnya. Orang Melayu ni fragile,lebih lebih lagi yang tak peduli pasal agama.
Asas agama mesti datang dari rumah,bukan diharapkan dari sekolah agama ke,masjid ke,ustaz yang datang seminggu sekali ke rumah ke..itu semua bagus tapi bukan asas.

Tapi macammana kalau mak bapak pun tak arif tentang agama,macamana nak bagi yang asas tu, takkan nak tunggu mak bapak sampai arif, lambatlah.

Komunikasi mak bapak dengan anak bukan lagi atas dasar, 'siapa makan garam dulu',tapi mesti interaktif, maksudnya kesedaran dan kepentingan agama tu mesti datang dari mak bapak.

Tak kisahlah kalau mak bapak tak dapat jawab soalan dari anak,asalkan dia mengaku tak tahu dan akan jawab soalan itu secepat mungkin atau sama-sama tanya dengan ustaz yang datang kerumah seminggu sekali tu atau di majlis agama.

Alhamdulillah, sekarang ini ada golongan yang menjemput ustaz datang kerumah untuk mengajar ugama secara 'in-person' atau berkumpulan. Ada juga yang sanggup mencari guru-guru ugama dan datang seminggu sekali kerumah guru itu, belajar mengaji dan tingkatkan pengetahuan. Malahan, ada yang sanggup ke luar negara untuk mengalami dan meneroka bagaimana 'versatile' nya Islam itu. Pengisian rohani, nampaknya semakin diberi keutamaan bagi masyarakat 'urban'.

SosiaƂ life?..Fikir sendirilah..nak minumke..telan ke..sex ke..anak dara orang ke..tanggung lah sendiri kalau jadi apa apa..itu dah jelas haram, jangan dibuat..tapi hanya satu jangan lupa...mesti mengaku apa yang salah, memang tetap salah..jangan nafikan dosanya..
Musibahnya amat teruk kalau kita tak nak mengaku salah..
kalau kita cuba menghalal kan yang haram, itu sama dengan mencabar tuhan.Sekali lagi..kalau jadi apa apa..tanggung lah.

Al-Quran telah menyebut dengan jelas, anak-anak itu bak kain putih, ibu bapa lah yang akan mencorakan mereka. Nak jadi putih, hitam, majusi, nasrani, yahudi. Izinkan saya tambah, hindu, seperti beberapa kes yang terjadi di Malaysia.

http://rainwonder.blogspot.com

04 July 2008

Dirty Harry dan Don Corleone ...episod baru politik Malaysia.


By Motro

Sudah ada keyakinan mereka tak boleh menghalang MP mereka yang nak crossover.
Sudah ada keyakinan Anwar sudah ada 28 MP yang nak crossover.
Sudah ada keyakinan mereka akan tumbang kalau Anwar bergerak bebas.
Sudah ada keyakinan Anwar akan jadi PM pada 16 Sept 2008.
Sudah ada keyakinan mereka dah hilang upaya nak melawan PR.
Sudah ada keyakinan mereka akan 'dipanggang' bila kerajaan bertukar tangan.
Sudah ada keyakinan tak ada cara lain menghalang Anwar melainkan kes polis.

Dengan keyakinan yang berjela diatas lah,seorang pemuda dengan rela hati badannya dilumuri najis pantai Tanjung Sepat asalkan dapat yang dihajatnya.

Dengan itu akan tercetuslah episod 'world class crime case' untuk AAB menyamai pencapaian TDM.

IGP sekarang telah meletakan standard yang tinggi untuk setiap Pengarah CID sebelum boleh naik jadi IGP. Pencapaiannya sebelum jadi IGP, mengendalikan kes DSAI dulu sudah jadi 'benchmark' dan 'passing mark'.
Bolehkah Pengarah CID sekarang mengulangi pencapaian IGP dulu? Benchmark nya, menjatuhkan 'prominent politician'. Caranya, mengarang skrip, mengarah lakonan dan pastikan tilam berlubang. Beliau akan menemui George Lucas untuk belajar bagaimana untuk buat sequel yang berjaya seperti Star Wars. Kebetulan beliau juga memegang watak penting, beliau akan berjumpa Clint Eastwood bagaimana nak berlakon sehebat Dirty Harry.

Peguam Negara, hanya perlu membuka fail lama dan 'copy & paste' atas dokumen baru. Pat Ghani, sebagai 'proof reader', perlu memastikan tiap nama diubah kepada karakter baru, pastikan nama Azizan Abu Bakar ditukar Saiful bla...bla...bla. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan karakter karakter lama tak tertulis diatas dokumen baru. Begitu juga, condominium yang disebut mesti dah siap, dah ada CF dan dah ada orang tinggal. Paling penting Pat Ghani mesti ada schedule dan itenary DSAI untuk tempoh dua tiga bulan lepas supaya dia boleh 'counter check' laporan dari 'Dirty Harry'.

Don Corleone dalam Godfather part 1, mengarahkan tiga homicide dilakukan serentak dan beliau tidak berada di 'crime scene', tapi di tempat lain dengan berpuluh alibi. Salah seorang yang dibunuh ialah abangnya sendiri demi menjaga empayar legasi bapanya.

Saiful bal..bla.. adalah Dr Karim dalam 'Spy Game'. 'Dispensable', dia penting, tapi kalau mati pun tak apa. Samada dia hidup atau mati dalam misinya, itu hal nombor dua. Yang penting dalam filem itu, objektif nak membunuh ketua Hamas, tercapai. Tapi assignment Dr Karim yang dirancang agen CIA, Brad Pitt, tak kesampaian. Dr Karim mati dalam bangunan yang meletup. Tapi assignment Brad Pitt tercapai sebab dia yang letupkan bangunan itu sebagai 'back-up plan'. Brad Pitt peduli apa Dr Karim mati.

KJ tunggu peluang nak lastik dua burung dengan satu batu. Lastiknya, lastik lama, tapi baru beli. Bapa mertuanya beli dekat 'flea- market'. Masa PKR, pindah pejabat, barang-barang lama diborong orang, dan jual di flea-market. Lastik itu dari pejabat PKR lah asalnya. Lama juga lastik tu tersadai di flea-market, sampai lah father-in-law ternampak. Jadi seronok betul lah KJ dapat lastik tu. Sekarang tengah 'practice'. Tapi kalau silap pakai, batu boleh melenting ke mata sendiri. Ya lah, barang 'flea market', antik, mana lah tahu ada badi.

Tak lama lagi kita bakal menyaksikan 'reality movie' terhebat untuk millenium ini. Ini semua gara-gara keyakinan terhadap perkara yang disebut diawal tadi. Atau gara-gara Don Corleone mengalihkan pehatian media dari isu yang tengah hebat diasak kepadanya oleh Royal Mongrel.

Mungkin dalam kiraan Don Corleone, dengan mewujudkan kes ini, kedudukan parti dan kedudukannya dalam parti dan kerajaan akan selamat ?

Tak pasti samada Don Corleone sakarang dalam Godfather part 1 atau 3. Kalau part 3, Don Corleone kena ambil sesuatu supaya beliau bakal dikenang sebagai pemimpin negara yang banyak jasa baik. Jangan cemarkan legasi bapanya.

Don Corleone tengah diasak dari luar dan dalam. Entah secara kebetulan pihak pihak yang mengasak sebenarnya bukan dari kelompok yang sama.

Tapi yang tak berapa molek, apa fasal Robert de Niro cepat sangat melatah. Dalam filem Heat, Robert de Niro tak patut ikut perasaan sampai cari musuh dia di hotel. Padahal dia dah nak berlepas naik 'flight'. Bertenang lah sikit. Sebab ikut perasaan, de Niro terjebak, semua rancangan tergendala. Orang lain dah jadi kan kelatahan dia sebagai modal nak menjatuhkan reputasi dia.

Rakyat telah beri peluang parti pemerintah selama 38 tahun untuk merealisasikan idea idea pembaharuan ekonomi, sosial dan politik. 1957 - 1969, ialah learning curve. Turning point nya 1970 sebab ia bertolak dari 13 Mei,barulah timbul kesedaran disetiap lingkaran dan lapisan masyarakat, yang Malaysia ini dikongsi bersama. Dari tahun 70 lah bermacam program timbul, Rukunegara, bermacam dasar perpaduan dicanangkan, bermacam jentera ekonomi di lancarkan.

Tapi watak watak Dirty Harry, Don Corleone, budak nakal main lastik, berleluasa dan berperanan penting dalam politik, pentadbiran dan penguatkuasaan di Malaysia.

Jadi sudah 38 tahun peluang diberi pada Perikatan-BN untuk membuktikan sesuatu. Betul, memang banyak pencapaian, tetapi pencapaian nya jauh tercicir dari yang sepatutnya jika dibandingkan dengan segala program dan duit yang dicurahkan. Orang Melayu masih dihimpit 'mental block', orang India rasa terpinggir, orang Cina rasa diperas. Golongan professional Melayu masih terendah dari peratusan.

Dasar Bahasa Kebangsaan, sebagai contoh, tiba tiba terencat. Bahasa ialah agen terpenting dalam keharmonian perpaduan dalam pembentukan bangsa. Tahun 70an, 80 an, artis bukan Melayu yang popular dengan lagu lagu Melayu ramai dan tak putus putus. Andre Goh, Alleycats,Chris and Moses Vadham, Streetlight, Francesca Peter, Freddie Fernandez dengan group nya, Ben Nathan dan ramai lagi. Kelihatan semangat dasar bahasa kebangsaan dah meresap dan begitu selesa dengan rakyat Malaysia. Tiba-tiba semangat itu hilang. Apa dah jadi. Saya percaya kalau dikira peratusan, artis bukan Melayu dengan album Melayu, lebih tinggi dulu dari sekarang.

Apa dah jadi sekarang?

Ini semua sebab gejala-gejala yang mirip kepada doktrin Dirty Harry dan Don Corleone. Heroic dan authoritarian.
(Hero dan champion berbeza).

Malaysia negara berdaulaut, ada Raja dan Sultan, ada perlembagaan. Raja-Raja kita telah menampilkan kedaulatan dan kebesaran dalam kemelut pembentukan empat negeri dalam episod lepas. Apa fasal takut sangat nak tukar kerajaan, melainkan bagi mereka yang banyak diari hitam. Kalau yang cakap jadi pembangkang itu senang, cuba lah pula jadi pembangkang, kalau nak tahu senang atau tak senang.

http://rainwonder.blogspot.com